You are on page 1of 21

KEMAHIRAN GEOGRAFI

KEDUDUKAN (LOKASI)
Kedudukan merujuk kepada lokasi atau letaknya sesuatu benda atau tempat. Cara menentukan kedudukan sesuatu benda atau tempat ialah dengan menggunakan koordinat. Koordinat ialah satu angka (nombor) yang terdiri daripada angka baris dan angka lajur.

Dengan menggunakan angka baris dan angka lajur, kedudukan sesuatu tempat atau objek dapat ditentukan.
Dalam menggunakan cara koordinat angka lajur dinyatakan dahulu dan diikuti dengan angka baris. Koordinat juga boleh digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat atau ciriciri geografi dalam kawasan yang lebih luas seperti kampung, bandar atau daerah.

SKALA
Skala ialah nisbah jarak di atas peta dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi. Skala lurus ialah skala yang dilukis dalam bentuk garisan dan dibahagi dalam beberapa unit kecil untuk mewakili jarak tertentu di atas permukaan bumi.

Skala lurus juga dikenali sebagai skala linear atau skala garisan dan kadangkala ada juga ahli geografi menyebutnya sebagai skala piktograf.

JARAK
Jarak ialah ukuran sesuatu tempat atau objek dari tempat atau objek yang lain. Jarak terdiri daripada 2 jenis iaitu: - Jarak Mutlak. - Jarak Relatif

Jarak mutlak ialah jarak sebenar antara dua tempat yang diukur menggunakan unit ukuran jarak iaitu unit meter (m), kilometer (km) dan lain-lain. Jarak relatif ialah jarak diukur secara perbandingan dengan menggunakan kos dan masa.

Contohnya: 20 minit ke sekolah, RM25 ringgit tambang bas ke KL.

ARAH
Arah ialah kedudukan tempat dari satu tempat yang lain. Arah sesuatu tempat boleh ditentukan dengan menggunakan arah mata angin sebagai panduan. Kompas ialah alat yang digunakan untuk menentukan arah di satu tempat dan satu tempat yang lain dengan lebih tepat.

Kompas sangat berguna dalam : -Kerja mengukur tanah -Pengembaraan -Pelayaran -Penerbangan (kapal terbang) -Tentera Jarum kompus berputar bebas dan sentiasa menghala ke arah utara, iaitu utara magnetik.

Kompus mempunyai empat arah mata angin yang utama iaitu :

-Utara -Selatan -Timur -Barat

Empat arah mata angin itu boleh dibahagikan kepada empat arah mata angin perantaraan, iaitu: -Barat laut -Timur laut -Barat daya -Tenggara Arah kompus ditunjukkan dalam semua peta dan pelan untuk menentukan arah sesuatu tempat dari tempat yang lain.

GRAF
Graf digunakan untuk memperlihatkan maklumat atau menggambarkan data dengan tepat dan jelas.
Graf terdiri daripada beberapa jenis seperti:1. Graf bar berganda 2. Graf garisan berganda

Graf biasa digunakan untuk menunjukkan jumlah tertentu seperti hujan bulanan, bilangan penduduk atau keluaran sesuatu barangan bagi sesuatu tempoh yang tertentu.

GRAF BAR BERGANDA.


Graf ini digunakan untuk membandingkan dua unsur atau lebih unsur. Boleh dilukis secara menegak atau mendatar.

Langkah-langkah melukis graf:


1. Sediakan paksi X dan Y yang berbentuk seperti L huruf besar. Paksi Y menegak dan paksi X melintang. 2. Tentukan perkara paksi X dan Y. 3. Untuk paksi Y tentukan skala yang digunakan berdasarkan angka terendah atau tertinggi. 4. Lukis palang berdasarkan jadual. 5. Masukkan label. 6. Masukkan tajuk.

GRAF GARISAN BERGANDA.


Graf garisan digunakan untuk menunjukkan perubahan kuantiti sesuatu unsur yang hendak dikaji.

Penggunaan beberapa garisan dalam graf garisan berganda digunakan untuk mewakili perubahan kuantiti sesuatu unsur yang hendak dikaji. Graf garisan berganda sangat sesuai untuk membandingkan perubahan kuantiti beberapa unsur yang dikaji mengikut skala masa tertentu.

Langkah-langkah melukis graf:


1. Pindahkan data di atas dalam bentuk jadual dan lukis graf di atas petak grid yang disediakan.
2. Sediakan paksi X dan Y yang berbentuk seperti L huruf besar. Paksi Y menegak dan paksi X melintang. 3. Tentukan perkara paksi X dan Y. 4. Untuk paksi Y tentukan skala yang digunakan berdasarkan angka terendah atau tertinggi.

5. Lukis palang berdasarkan jadual. 6. Masukkan label. 7. Masukkan tajuk.

You might also like