You are on page 1of 12

Bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan izinnya dapatlah saya menyelesaikan folio Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini

dengan jayanya. Saya Muslimul Hazlami bin Mohamed Noor dari kelas 4 Awam 2 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru matapelajaran saya iaitu Encik Md Afandi bin Hassan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan terhadap saya.Tidak lupa juga kepada keduadua ibu bapa saya iaitu Encik Mohamed Noor bin Mahmud dan Puan Zarina binti Burhan kerana telah memberi saya dorongan dan bantuan dari segi kewangan untuk menyelesaikan kerja kursus ini.Terima kasih tidak terhingga juga kepada rakanrakan saya yang telah banyak membantu saya dan menyokong saya iaitu, Muhd Farhan Bin Nasarudin, Muhd Alif bin Azman dan Muhd Syaaban bin Zainal.

NAMA: MUSLIMUL HAZLAMI BIN MOHAMED NOOR NAMA GURU: ENCIK MD AFANDI BIN HASSAN TINGKATAN/KURSUS: 4 KEJURUTERAAN AWAM 2

Tenis ialah satu permainan yang boleh dimainkan di dalam gelanggang sama ada diluar mahupun di dalam dewan yang tertutup. Tenis boleh dimainkan oleh semua peringkat umur, lelaki dan wanita secara perseorangan, beregu dan beregu campuran. Antara peralatanutama yang diperlukan untuk permainan tenis adalah seperti gelanggang, raket dan bola. Selain itu, peralatan pemain juga harus disediakan. Gelanggang Permukaan gelanggang tenis hendaklah rata dan bebas daripada sebarang gangguan. Ia boleh dalam bentuk gelanggang berumput atau diperbuat daripada kayu, simen atau parguay. Ukuran gelanggang tenis adalah 23.77 meter (78 kaki) panjang dan 8.23 meter (27kaki) lebar untuk perseorangan dan 10.98 meter untuk keseluruhan gelanggang. Semua garisan atau tanda didalamnya hendaklah jelas dan sebaik-baiknya dengan garisan putih.

Jaring Jaring untuk permainan tenis dibuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang dipintal dan digantungkan kepada kabel yang tahan

karat dan dlitupi dengan pita putih.Bahagian bawah jaring hendaklah menyentuh tanah dan bahagian atasnya mesti 0.91 meter tinggi pada titik tengahnya dan 1.07 meter pada kedua-dua bahagian tiangnya. Jaring hendaklah dipasang tegang semasa permainan. Raket Terdapat pelbagai jenis raket yang boleh dipilih oleh seseorang pemain. Ada raketyang bingkainya diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat raket juga adalah berbeza. Bagi pemain lelaki berat raket hendaklah diantara 282.7 hingga 396.9 gram. Manakala bagi perempuan pula berat raket hendaklah diantara 368 hingga 382 gram. Pemain harus memilih raket yang sesuai dengannya. Bola Bola tenis biasanya hijau kekuningan. Berat satu bola tenis ialah diantara 56.7 hingga 58.5 gram. Saiznya pula ialah diantara 6.35 hingga 6.65 cm diameter. Bola tenis harus dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering.

Pakaian pemain Setiap ahli sukan digalakkan mengenakan pakaian yang sesuai untuk permainan. Pakaian tersebut hendaklah tidak menjadi penghalang yang boleh mengganggu perjalanansesuatu permainan. Bagi sukan berpasukan, pakaian seragam hendaklah dipakai. . Bagi sukan perseorangan, pemakaian pakaian seragam juga perlu walaupun mereka bermain secara perseorangan atau beregu. Pakaian pemain tenis terdiri daripada seluar pendek atau seluar trek panjang, baju-T berkolar atau tanpa kolar, stoking dan kasut getah. Untuk pemain wanita pula, skirt atau seluar panjang sukan digunakan. Biasanya semua peralatan ini berwarna putih. Pegawai permainan

Pegawai utama dalam sesuatu perlawanan tenis adalah pengadil. Pengadil akan beradadi tepi bahagian tengah gelanggang, iaitu diluar tempat jaring dipasang. Biasanya tempatduduk khas disediakan untuk pengadil. Pengadil akan menentukan peraturan dan undang-undang permainan dipatuhi oleh pemain, mengira pungutan mata dan memulakan danmenamatkan permainan. Pengadil akan dibantu oleh beberapa orang pegawai permainanlainnya yang terdiri daripada seorang pengadil jaring dan beberapa orang penjaga garisan dn pengadil servis. Selain itu, terdapat juga dua orang pencatat mata dan pemungut bola dalam permainan yang bertaraf kebangsaan atau antarabangsa.

Terdapat pelbagai jenis sukan raket yang dimainkan dewasa ini dan tenis merupakan permainan yang paling diminati ramai. Menurut beberapa cacatan sejarah, permainanmenggunakan bola dan raket sudah dimainkan sejak aman purba lagi, iaitu di Mesir danGreece. Pada abad kesebelas, sejenis permainan iaitu jen de paume yang menyerupai permainan tenis kini, telah dimainkan buat pertama kali di sebuah kawasan di Perancis. Bolayang digunakan disalutkan dengan benang berbulu, manakala pemukulnya hanyalah tangan.Permainan ini kemudian diperkenalkan ke Itali dan Britain pada abad ke 13. Ia mendapatsambutan yang menggalakkan dalam masa yang singkat. Ramai rakyat tempatan menunjukkan minat terhadap permainan ini dan mula bermainnya. Sejak itu perkembangan sukan ini terus meningkat ke negara Eropah yang lain. Raket bertali pula diperkenalkan kali pertama pada abad ke 15 oleh Antonio da Scalo,seorang paderi berbangsa Itali. Beliau menulis undang-undang umum bagi semua permainan yang menggunakan bola termasuk tenis. Majalah inggeris

Sporting Magaine menamakan permainan ini sebagai tenis padang. Dalam buku Book of Games And Sports yang diterbitkan dalam tahun 1801 menyebut sebagai tenis panjang.Tenis, pada mulanya merupakan permainan golongan atasan. Tenis gelanggang rumput yang terkenal di aman Queen Victoria disertai oleh golongan pertengahan yang menjadikannya sebagai permainan luar.Kelab tenis pertama ditubuhkan ialah Kelab Leamington di Perancis yang telah diasaskan oleh J. B. Perera, Mejar Harry Gem, Dr. Frederick Haynes dan Dr. Arthur Tompkins pada tahun 1872. Pada masa itu, tenis dikenali sebagai pelota atau lawn rackets. Dalam tahun1874, permainan tenis telah pertama kali dimainkan di Amerika Syarikat oleh Dr. James Dwight dan F. R. Sears. Sementara itu, All England Croquet Club pula telah ditubuhkan pada tahun 188. Dua tahun selepas itu, ia telah membuka pejabatnya di Jalan Worple,Wimbledon. Pada tahun 1875, kelab ini juga telah bersetuju memperuntukkan sebahagian dari tanahnya untuk permainan tenis dan badminton. Sehubungan dengan itu, satu set undang-undang permainan tenis gelanggang rumput telah digubal. Amerika Syarikat pulatelah menubuhkan kelab tenisnya yang pertama di Pulau Staten. Bermula dari situlah, Amerika Syarikat telah berkembang dengan pesat sekali dalam permainan tenis. Ia telah berjaya melahirkan begitu ramai sekali jaguh tenis yang telah menguasai persada tenis antarabangsa.

Kejohanan Tenis Gelanggang Rumput pertama bermula tahun 1877. Seramai 21 orang pemain telah mengambil bahagian. Spencer William Gore telah muncul sebagai juara. Kini kejohanan itu dikenali sebagai Kejohanan Wimbledon.amun di Malaysia, permainan tenis mula diperkenalkan pada awal abad ke 20. PersatuanTenis Malaysia (LTAM) telah ditubuhkan pada tahun 1921. Pada tahun 1953, pertandingan pertama telah diadakan untuk merebut Piala Chua. Beberapa tahun kemudian selepas itu, bermula pula perlawanan antara Wilayah Utara Malaya dengan Selatan Malaya untuk merebut Piala Guillemard untuk lelaki dan Mc Cabe Peay pula untuk wanita. Kini di Malaysia terdapat pelbagai pertandingan peringkat

kebangsaan dan antarabangsa telah dijalankan. Malaysia juga turut menyertai pertandingan tenis peringkat antarabangsa seperti Piala Davis dan Piala Asia. Secara keseluruhannya, permainan tenis merupakan salah satu antara permainan yang termaju dan digemari di seluruh dunia. Ia telah melahirkan ramai jaguh dan bintang tenis yang terkenal seperti Jimmy Connors, John McEnro, Ile atashe, Bjorn Borg, Boris Becker,Mats Wilander, Stefie Graff, Monica Seles, Martina Hingis, Pete Sampras, Andre Agassi dan ramai lagi. Kini, tenis menjadi satu permainan yang berbentuk komersil yang menawarkan hadiah yang tinggi nilainya.

Good morning to my English teacher my fellow friends. Today I want to present a speech about correct method to use microscope. The first rule is to make sure your area is well lit. Then adjust the low power objective lens until it is directly on top of the stage. Next, adjust the mirror while looking through the eyepiece. Allow enough light to

enter. Now place the prepared slide on top of the stage. The specimen should be placed exactly on top of the stage hole. Use the clips to holds the slide in place. Look at the side of the microscope. Turn the coarse focus knob anticlockwise to move the body tube downwards until it nearly touches the slide. Then look through the eyepiece. Turn the coarse focus knob clockwise until you can see the specimen. This raises the body tube. Finally, turn the fine focus knob until the specimen is seen more clearly. Use the high power objective lens to look at the specimen. Thank you.

RM20,000 jadi rebutan takraw Piala Raja Libas

Mohamed Azlan Ghazali (dua dari kiri) pada sidang akhbar Piala Raja Libas 2011 Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Antara Regu 1 Malaysia di Kuala Lumpur, kelmarin.

KUALA LUMPUR - Hadiah keseluruhan sehingga RM20,000 menjadi rebutan pada Piala Raja Libas 2011 Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Antara Regu 1Malaysia bermula 11 hingga 14 Julai depan di Stadium Titiwangsa, di sini.

Kejohanan tersebut dianjurkan MDAG Marketing dengan kerjasama Gajah Emas Industries Sdn. Bhd., Southern Rubber Works (Pallas) serta Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan (PERSEWIP).

Pengarah Urusan MDAG, Mohamed Azlan Ghazali dalam sidang akhbar kelmarin berkata: "Kami menyedari pentingnya memelihara sesuatu yang dilabel sebagai warisan pusaka bangsa khususnya dalam sukan sepak takraw, jadi kejohanan ini adalah satu usaha memartabatkan warisan miliki kita,".

Jelasnya, kejohanan empat hari itu yang mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan akan menggunakan format liga satu pusingan pada peringkat awal, diikuti format kalah mati pada pusingan kedua.

"Ia terbuka kepada pemain yang berusia 15 tahun ke atas tanpa mengira bangsa dengan harapan dapat membantu membangunkan sukan sepak takraw, seterusnya mengembalikan kegemilangan sukan ini.

"Kejohanan ini juga dianjurkan untuk mempromosikan filem 'Raja Libas', yang bakal ditayangkan pada September depan.

"Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti Rosyam Nor, Scha Al-Yahya dan Johan Raja Lawak dan akan ditayangkan di pawagam pada 29 September ini," katanya.

Setiap pasukan boleh mendaftar seberapa banyak regu tetapi pihak penganjur akan memberi keutamaan kepada regu yang mendaftar awal dengan sasaran penyertaan antara 80 hingga 120 regu.

"Kami sentiasa memikirkan cara untuk mengembalikan semula era kegemilangan sukan ini terutama dalam bidang pembangunan sukan," katanya.

You might also like