You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIAMATEMATIK KALI PERTAMA / 2013

TARIKH HARI MASA TEMPAT KEHADIRAN

: 26.12.2012 : RABU : 10.00 PAGI : KELAS 1 HANAFI SK MANIR : EN. MANSOR MOHD NOR EN. MOHD. SUKRI BIN OTHMAN PN. KHAMISAH MOHD MUKHTARUDDIN PN. SHAIRAH HASSAN PN. NOOR AZAH KHALIPAH PN. SALMI YASIN PN. AZIAH A. WAHAB PN. ANIZA ABDULLAH

AGENDA 1 : UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 En. Mansor Mohd Noor selaku pengerusi panitia memulakan mesyuarat panitia matematik buat kali pertama dengan bacaan Ummul-Kitab.

1.2 En. Mansor Mohd Noor mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua guru matematik dan juga GPK Pentadbiran kerana dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini.

AGENDA 2 : UCAPAN GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

2.1. En. Wan Chik Wan Endut selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia kerana dapat menghadirkan diri pada hari ini.

AGENDA 3 : RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 3.1. Ketua Panitia berharap agar rancangan pengajaran tahunan ditampal dalam buku rekod pengajaran mengikut format yang diedarkan oleh Puan Guru Besar.

3.2. Perancangan Tahunan Matematik mengikut guru yang mengajar: Tahun 1 dan 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 : En. Mohd. Sukri bin Othman : Pn. Aniza Abdullah : Pn. Salmi Yasin : En. Mansor Mohd Nor : Pn. Noor Azah Khalipah

TINDAKAN: Guru Matematik AGENDA 4 : PENYELARASAN PENULISAN FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 2013

4.1. Pelarasan penulisan buku rekod mengajar bagi matapelajaran Matematik: (Rancangan harian dibekalkan untuk semua guru matematik) a) Format KSSR: Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran Aktiviti EMK Impak

: : : : : :

b) Format KBSR (Year 6 dan Year 5): Topic : Learning Area : Learning Outcome : Activities : Reflection : c) Format KBSR (Tahun 4): Bidang Tajuk Objektif Hasil Pembelajaran Aktiviti Impak

: : : : : : TINDAKAN: Guru Matematik

4.2. Pn. Noor Azah mencadangkan agar penulisan buku rekod mengajar bagi tahun 5 ditulis dalam bahasa inggeris terlebih dahulu. TINDAKAN: Guru Matematik Tahun 5

AGENDA 5 : PEMBENTANGAN PLAN STRATEGI TAHUN 2013

5.1. Pengerusi menerangkan pelan Strategi dan pelan Taktikal bagi tahun 2013 kepada semua ahli panitia Matematik.

AGENDA 6 : PERANCANGAN BELANJAWAN TAHUN 2013

6.1. Pengerusi panitia Matematik memaklumkan bahawa Bajet 2013 untuk panitia Matematik berjumlah RM 1 090.80. 6.2. Rujuk Lampiran untuk Perancangan Belanjawan tahun 2013.

AGENDA 7 : HAL-HAL LAIN

7.1. Pn. Shairah Hassan berharap agar Program Linus menjadi agenda wajib dalam mesyuarat panitia Matematik. 7.2. Pn. Shairah Hassan juga memaklumkan bahawa semua murid tahun 1, 2 dan 3 pada tahun 2012 telah melepasi program Linus. 7.3. Pn. Salmi mencadangkan agar sasaran bagi tahun 2013 mengikut sasaran dalam buku Aspirasi 2013. 7.4. Pengerusi panitia meletakkan harapan agar panitia Matematik bertambah maju dan ahli-ahli panitia Matematik berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai target yang disasarkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.05pagi dengan bacaan surah Al-Asr.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

(MOHD. SUKRI BIN OTHMAN) Setiausaha Panitia Matematik SK Manir 21200 Terengganu Terengganu Darul Iman

. (MANSOR MOHD NOOR) Ketua Panitia Matematik SK Manir 21200 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman

You might also like