You are on page 1of 19

MOTIVASI DAN PEMBELAJARAN

KONSEP ASAS : MOTIVASI


Berasal daripada perkataan Latin movere yang bermaksud to move. Asal perkataan motif = menggerakkan. Sesuatu yang menggerakkan kita untuk mengambil sesuatu tindakan. ( Choong Lean Keow 2008). Daya penggerak yang ada dalam diri supaya dapat membuat sesuatu aktiviti untuk mencapai tujuan. ( Kimble et.al 1984 ). Proses untuk menggalakkan sesuatu tingkah laku mencapai matlamat tertentu. ( Wikipedia ).

RUMUSAN KONSEP MOTIVASI

Motivasi merupakan penggerak yang sama ada, terdapat dalam diri seseorang ataupun disebabkan sesuatu yang mendorongnya untuk mencapai keinginan dan matlamat dalam kehidupan.

JENIS-JENIS MOTIVASI

MOTIVASI EKSTRINSIK

MOTIVASI INTRINSIK

MOTIVASI EKSTRINSIK
Direka cipta oleh faktor luaran seperti ganjaran dan dendaan. Punca motivasi wujud daripada persekitaran. ( Woolfolk, 2006 ). Penggerak yang mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran nyata yang disediakan. Bersifat neutral; niat atau tujuan di sebaliknya menentukan sama ada baik atau buruk.

Bentuk motivasi yang paling sesuai untuk pencapaian akademik atau tingkah laku yang produktif. Cara yang terunggul untuk mengalih pelajar ke arah kejayaan dalam pembelajaran dan tingkah laku yang produktif di dalam bilik darjah. Contoh : Keinginan untuk memperoleh A memotivasikan pelajar untuk belajar.

MOTIVASI INTRINSIK
Penggerak yang mendorong anda melakukan sesuatu kerana anda percaya ia adalah tindakan betul atau baik. Sebenarnya wujud dari dalaman anda ( dorongan/minat diri ) dan melakukan sesuatu tanpa mengambil kira ganjaran.

Cara untuk merangsang motivasi intrinsik


Rangsangkan pelajar untuk mencari pengetahuan. Gunakan strategi-strategi seperti kejutan, raguan, kekeliruan dan konflik untuk mengekalkan naluri ingin tahu. Gunakan pelbagai medium persembahan seperti persembahan power piont, filem, demontrasi dan main peranan. Minta pelajar menentukan matlamat sendiri. Adakan permainan dan simulasi.

Perbezaan antara motivasi intrinsik dan ekstrinsik


MOTIVASI EKSTRINSIK
Berbentuk luaran dan nyata Mengharapkan kata-kata pujian dan pengiktirafan daripada orang lain berbanding dengan mereka.

MOTIVASI INTRINSIK
Berbentuk dalaman Melibatkan diri secara sukarela. Penglibatan mereka membawa keseronokan, membantu memahirkan diri sendiri.

Melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran semata-mata untuk memperoleh ganjaran, berusaha demi wang.

Belajar bersungguh-sungguh demi menimba ilmu, atau mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Penuhi keperluan pelajar Mendorong naluri ingin tahu Lebihkan pengajaran visual

CADANGAN MEPERTINGKATKAN MOTIVASI MURID DALAM BILIK DARJAH

Pastikan semua murid terlibat dengan aktif dalam p&p

Memberikan kata perangsang kepada murid

Pendekatan Behavioris
Motivasi perubahan tingkah laku akibat interaksi pengalaman seseotang dengan persekitaran. Menitikberatkan persekitaran luar. Prinsip motivasi :

Ganjaran

Denda

Ingatkah konsep pengukuh yang dikemukakan oleh Skinner? Apakah contoh-contoh pengukuh yang biasa digunakan oleh guru dalam bilik darjah?

Contoh pengukuh : Kata kata pujian, komen positif, teguran membina ke atas pencapaian tinggi yang diperoleh oleh murid.

Pengukuh-pengukuh tersebut :
boleh meningkatkan tahap motivasi murid. meningkatkan kemahiran dan kompetensi pelajar bertambah baik.

Menurut Skinner:
Motivasi ekstrinsik dikategorikan kepada 2 iaitu :

Ganjaran

Insentif

Ganjaran sesuatu objek atau peristiwa yang diberikan atas manifestasi sesuatu tingkah laku yang diingini. Contoh : murid-murid anda berjaya menyelesaikan masalah Matematik dengan betul dalam masa yang diperuntukkan. Anda berikan mereka ekonomi token yang berbentuk bintang.

Insentif sesuatu objek atau peristiwa yang menggalakkan atau tidak menggalakkan tingkah laku yang diingini. Contoh : Jaminan yang anda berikan bahawa murid tersebut akan memperolehi gred A setelah berjaya menghimpun sejumlah ekonomi token yang telah ditetapkan.

Aplikasi motivasi mengikut pendekatan behavioris dalam bilik darjah


Mengamalkan pemberian pengukuhan secara konsisten bagi sesuatu tingkah laku positif yang diperhatikan. Berikan ganjaran berdasarkan pencapaian tulen dan peningkatan kompetensi.

Rumusan
Pemberian gred, bintang, dan ekonomi token bagi tingkah laku yang diingini, atau markan demerit bagi salah laku, Sebenarnya adalah motivasi ekstrinsik berbentuk ganjaran, insentif, dan dendaan. Namun, bukan semua murid-murid boleh dimotivasikan dengan menggunakan cara demikian.

You might also like