You are on page 1of 41

HAK CIPTA TERPELIHARA©

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Setinggi kesyukuran kepada Allah dengan limpah kurnia-Nya.


Selawat dan salambuat nabi junjungan, nabi pembawa rahmat ke seluruh alam.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah saya, En. Zulkifli bin Senin yang banyak memberikan bimbingan dan
dorongan untuk terus maju dalam pelajaran.

Tidak ketinggalan juga buat sahabat sekalian yang menjadi pembantu ketika
senang dan susah. Buat bonda dan ayahda, terima kasih kerana banyak memberi
sokongan dan bantuan dari segi kewangan dan emosi.

Akhir kalam, saya dahulukan dengan ucapan Jazakumullahu khairan kathira.

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


ISI KANDUNGAN

SOALAN TUGASAN

PENGHARGAAN

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN

a) PETA MINDA
• KONSEP PERLEMBAGAAN
• UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN
b) CARTA GARIS MASA SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN
SEHINGGA TAHUN 1963 DI MALAYSIA.
c) LAPORAN
1.0 PERLEMBAGAAN MALAYSIA
2.0 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
3.0 KONTRAK SOSIAL
3.1 KONSEP KONTRAK SOSIAL
3.2 UNSUR-UNSUR BERKAITAN DENGAN KONTRAK SOSIAL
3.3 KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL
3.4 KESIMPULAN
3.5 BIBLIOGRAFI
3.6 LAMPIRAN

KOLABORASI

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


PENGENALAN

Kira-kira 1000 tahun lampau, Semenanjung Tanah Melayu berubah menjadi


pusat perdagangan di Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan
mereka melalui Selat Melaka. Banyak kerajaan awal wujud pada abad ke-10 berasal
daripada bandar pelabuhan. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah,
Beruas dan Gangga Negara di Perak, serta Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-
15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat
penakluk daripada Portugis, Belanda dan Britain untuk mewujudkan petempatan atau
koloni di Selat Melaka.

Sejarah penempatan kolonial diraja Britain diwujudkan pada tahun 1826. Britain
atau dikenali sebagai British sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan
kawalannya ke atas seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Penempatan awal kolonial
British ini bertapak di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, British menjadi
semakin agresif dan mula mendapatkan negeri-negeri Melayu yang lain. Terdapat
banyak faktor-faktor yang menjadikan colonial Britisnh ini berminat untuk mendapatkan
Tanha Melayu antaranya untuk mendapatkan bahan atau hasil mentah seperti biji besi
dan timah. Pada tahun 1810-an, British mula mengambil peluang campurtangan dalam
negeri-negeri Melayu. Disebabkan perang saudara,dan gangguan kongsi gelap Cina,
Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah penduduk di Negeri-Negeri Melayu
dan Negeri-Negeri Selat.

Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan


kuasa British ke atas tanah air bangsa Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan
Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Melayu Bersekutu). Negeri-negeri

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


lain yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah,
Kelantan dan Terengganu berada di bawah kuasa Thailand.

Di Borneo pula, Borneo Utara British dahulunya berada di bawah pemerintahan


Kesultanan Sulu (sekarang Sabah) ditabalkan sebagai Koloni Diraja British, manakala
Sarawak menjadi milik keluarga Brooke (Raja berbangsa Inggeris). Akibat penaklukan
Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, sokongan untuk kemerdekaan
semakin kuat. Apabila British mahu mewujudkan Malayan Union selepas perang
berakhir, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-
Melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan
tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat
status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk
Semenanjung Tanah Melayu diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan
Malaya, tanpa penyertaan Singapura.

Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September


1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian
dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan
hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat
Brunei yang kecewa kerana sultan mereka tidak disenarai dalam bakal Yang Di-Pertuan
Agong. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan
Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan Sabah oleh Filipina. Selain itu, pada 1965,
Singapura menarik diri daripada Malaysia dan rusuhan kaum terjadi pada bulan Mei
1969.

Kini Malaysia berdiri di atas sejarahnya yang unik. Bermula dengan penaklukan
bangsa asing seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun sehinggalah penubuhan
sebuah negara merdeka, Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya pada tahun
1963 dikenali sebagai Persekutuan Malaysia. Pembabitan negara-negara asing
tersebut meninggalkan banyak kesan terhadap bangsa dan budaya masyarakat malah
mengubah sosio-politik negara.

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


a) PETA MINDA

• KONSEP PERLEMBAGAAN

PERLEMBAGAAN

KONSEP JENIS-JENIS

TIDAK
BERTULIS
BERTULIS

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


KONSEP PERLEMBAGAAN

TUN SALLEH ABAS SHAMSUL AMRI


Surat catatan atau surat cara yang Kumpulan peraturan atau undang-undang
mengandungi semua undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis.
tertinggi yang difikirkan mustahak bagi
Menentukan organisasi kerajaan,
mewujudkan sebuah negara yang moden.
pembahagian kuasa antara pelbagai badan
kerajaan dan prinsip-prinsip umum
bagaimana kuasa-kuasa tersebut
dilaksanakan.

RUSLAN ZAINUDDUIN
SALMAH HUSSAIN
Satu dokumen yang mengandungi semua
Suatu catatan yang amat penting dalam
susunan peraturan dan undang-undang
menyatakan kedaulatan dan kewujudan
dasar yang dianggap penting bagi
sesebuah negara yang merangkumi organisasi
pemerintahan dan pentadbiran
pentadbiran dan kemasyarakatan.
sesebuah negara.
Perlembagaan tersebut perlulah terpelihara
Perlembagaan ini berperanan dalam
dari pengubahsuaian, menjamin keselamatan
menentukan bidang kuasa
masyarakat dalam negara dan luar negara.
pemerintahan, bentuk sesebuah
Pembentukan Perlembagaan juga berlaku kerajaaan dan hak-hak rakyat.
kerana terjadinya perjanjian antara satu
bangsa dengan bangsa yang lain, atau
sesebuah masyarakat dalam negara dengan
masyarakat antarabangsa. • BERTULIS: Bentuk perlembagaan yang dikumpul
dan disusun dalam satu dokumen. Contoh:
Perlembagaan Malaysia

• TIDAK BERTULIS: Semua prinsip perlembagaan


yang tidak terkumpul dalam satu dokumen
seperti undang-undang adat. Contoh: adat
perpatih.
WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK
• UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN

UNSUR
UNSUR-UNSUR TRADISI
DALAM
PERLEMBAGAAN
MALAYSIA

BAHASA AGAMA KEDUDUKAN INSTITUSI


MELAYU ISLAM ISTIMEWA BERAJA
ORANG
MELAYU,
BUMIPUTERA
SABAH &
SARAWAK

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


• BM adalah bahasa kebangsaan yang mesti
digunakan untuk maksud-maksud
maksud rasmi
BAHASA MELAYU • Tiada larangan menggunakan atau mengajar
atau belajar bahasa lain.

• Perkara 3(1), agama Islam adalah agama


rasmi Persekutuan.
• Agama lain boleh diamalkan dengan aman
AGAMA ISLAM dan damai.
• Setiap orang mempunyai hak untuk
menganut dan mengamalkan agama.

• Jawatan dalam perkhidmatan awam,


KEDUDUKAN biasiswa, pendidikan, perniagaan,
ISTIMEWA ORANG kemudahan khas.
• Tanah rizab orang Melayu dilindungi
MELAYU, daripada diselenggara oleh orang bukan
BUMIPUTERA Melayu.
SABAH & SARAWAK • Kemasukan perkhidmatan orang Melayu ke
dalam Rejimen Askar Melayu.

• Raja berkuasa mutlak


INSTITUSI BERAJA pembesar yang
• Dibantu oleh pembesar-pembesar
dilantik sebelum penjajahan British.

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


b) CARTA GARIS MASA SEJARAH PENGGUBALAN
PERLEMBAGAAN SEHINGGA TAHUN 1963 DI
MALAYSIA

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


PERJANJIAN PANGKOR 1874
• Sejarah perlembagaan Malaysia bermula apabila Sultan iiii
menandatangani Perjanjian Pangkor pada 10 September 1877 di
Pulau Pangkor.
• Merupakan perjanjian bertulis antara negeri Perak dengna British.
• Perjanjian tersebut menjadi kesinambungan kepada
pembentukan perlembagaan Malayan Union.

MALAYAN UNION
• Menyatukan semua negeri Tanah Melayu di bawah satu
pentadbiran pusat.
• Ditentang hebat oleh Orang Melayu.

JAWATANKUASA KERJA (1946)


• Ditubuhkan pada Julai 1946 oleh British.
• Dianggotai oleh 4 orang wakil Raja Melayu, 2 wakil UMNO, 6
wakil pegawai British.
• Rangka perlembagaan baru yang boleh diterima orang Melayu.

JAWATANKUASA PERUNDING (1946)


• Dianggotai oleh 5 orang Eropah, 2 orang Cina, 2 orang India.
• Mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai draf
perlembagaan oleh Jawatankuasa Kerja.

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
• British isytihar Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1
Februari 1948.

JAWATANKUASA HUBUNGAN ANTARA


KAUM 1949 (CLC)
• Memupuk persefahaman antara pemimpin pelbagai kaum.

PENGENALAN SISTEM AHLI (1951)


• Wakil Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli Majlis Mesyuarat
Kerja Persekutuan.
• Beri latihan dan peluang kepada pemimpin tempatan memerintah
secara demokrasi.

PILIHANRAYA PERSEKUTUAN (1955)


Diadakan pada 27 Julai 1955.
Parti Perikatan menang 51 kerusi, PAS menang 1 kerusi.

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


PERJANJIAN LONDON (1956)
Tunku Abdul Rahman dan 8 orang wakil berangkat ke London untuk
berunding mengenai kemerdekaan dengan pihak British.

PENGISYTIHARAN PERLEMBAGAAN TANAH


MELAYU (1957)
Perlembagaan ini diambil dari Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
1948. ia dilaksanakan di Semenanjung Tanah Melayu sahaja.

SURUHANJAYA COBBOLD (1962)


Terdiri daripada 2 orang wakil British dan 2orang wakil kerajaan.
Tujuan suruhanjaya ini adalah meninjau pandangan rakyat Sabah
dan Sarawak untuk membina satu perlembagaan baru.

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


PERLEMBAGAAN MALAYSIA (1963)
Ditandatangani di London pada 9 Julai 1963.

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


c) LAPORAN

1.0 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembagaan sebagai tulang belakang sebuah negara selalunya muncul serentak


dengan pembentukan sesebuah negara itu. Ini mungkin berlaku akibat revolusi,
kemerdekaan atau sesuatu perubahan yang amat mendadak menyebabkan sebilangan
besar rakyat atau golongan yang berpengaruh mahukan satu titik tolak yang baru.

Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman berhasrat membentuk Malaysia dan
disambut baik oleh British kerana ia akan menjadikan hal ini memudahkan British
menguasai Malaysia melalui badan Komenwelnya. Kemudian satu Jawatankuasa telah
dibentuk yang diketuai oleh Lord Cabbold untuk menyiasat kehendak penduduk Sabah
dan Sarawak dan selesai pada Februari 1962. Laporan mengenainya siap pada 21 Jun
1962 .

Bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu, satu undang-undang di panggil Akta


Malaysia di luluskan pada 26 Ogos 1963 untuk menyesuaikan konsep dan stuktur
penubuhan Malaysia. Malaysia terbentuk pada 16 september 1963. Antara Akta
Malaysia ialah yang dipersetujuai adalah hal-hal luar negeri jadi tanggungjawab
kerajaan pusat, agama Islam agama rasmi tetapi diberi kebebasan beragama kepada
penganut agama lain, bahasa Melayu bahasa sebagai bahasa rasmi tetapi bahasa
Inggeris dan bahasa lain boleh terus digunakan, negeri-negeri di Borneo beransur-
ansur diubah mengikut Persekutuan Tanah Melayu, negeri-negeri di Borneo diberi
kuasa imigresan dan perkhidmatan awam dan semua warganegara Persekutuan,
negeri-negeri Borneo dan Singapura mendapat kewarganegaraan secara automatik
dan akan mendapat hak yang sama hak yang sama seperti orang Melayu.

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


Sekiranya dilihat perlembagaan yang dibentuk ini, ia masih lagi mengekalkan
apa yang terkandung di dalam Malayan Union dan Federated of Malaya iaitu
kekuasaan akan tertumpu pada seseorang sahaja iaitu Perdana Menteri manakala
Yang Dipertuan Agong hanya menjadi Ketua Agama Islam seluruh Persekutuan serta
setiap negeri mempunyai Majlis Agama yang menasihati Raja-raja tentang agama
Islam. Ia masih sama lagi dengan peruntukan di dalam Perjanjian Pangkor iaitu Raja
sebagai pengendali Agama dan adat-Istiadat Melayu manakala pentadbiran diasingkan
daripada aspek keagamaan. Sekiranya dilihat Malayan Union kekuasaan tertumpu
pada Gabenor, Federated of Malaya pula adalah PesuruhJaya Tinggi dan
Perlembagaan Malaysia pula ialah Perdana Menteri. Ini bermakna perkembangannya
adalah mengikut apa yang terkandung d idalam Perlembagaan Malayan Union.

Menurut Tun Mohamed Suffian (1990), perlembagaan Malaysia mempunyai ciri-


ciri berikut iaitu pertama, Perlembagaan Malaysia mengasaskan Malaysia sebagai
sebuah negera persekutuan. Kedua, Malaysia sebagai sebuah negara raja
berperlembagaan. Ketiga, Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen.
Keempat, perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan,
tetapi pada masa yang sama tidak mengasaskan Malaysia sebagai negara teokrasi
dengan jelas menjamin kebebasan beragama. Selain itu juga, Malaysia yang akan
dibentuk mempunyai perlembagaan yang memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-
tiga cabang kerajaan. Seluruh jentera pentadbiran diketuai Perdana Menteri akan
dibantu oleh kabinet serta seluruh birokrasi. Ketiga-tiga mempunyai status yang sama.
Tidak ada suatu pun yang lebih tinggi dari yang lain dan setiap satunya mempunyai
fungsi dan tanggungjawab yang berbeza. Perlembagaan juga memperuntukkan sebuah
badan kehakiman yang berasingan dan bebas dari kawalan parlimen manakala
eksekutif pula mempunyai bidang kuasa yang eksklusif untuk menentukan pertikaian
dan hak serta liabiliti lain dalam perlembagaan

Secara ringkasnya, perlembagaan Malaysia mengikut cara persekutuan iaitu


kuasa-kuasa Parlimen Persekutuan dan Dewan Negeri disebut dengan nyata
sementara segala baki kuasa tereserah kepada kerajaan negeri. Perlembagaan
Malaysia juga menjelaskan tentang hubungan antara Persekutuan dan negeri-negeri. Ia

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


diterangkan melalui senarai persekutuan iaitu meliputi hal-ehwal luar negeri,
pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang dan secara sivil jenayah serta
pentadbiran keadilan, kewarganegaraan, dan beberapa perkara lain.

Senarai bersama iaitu senarai ini menyenaraikan perkara-perkara yang


membolehkan badan perundangan Negeri membuat undang-undang tetapi jika ada
pertentangan antara undang-undang negeri dan undang-undang persekutuan
hendaklah dipakai. Antaranya ialah perlindungan bagi kanak-kanak, biasiswa,
perlindungan bagi binatang liar dan burung liar, perancangan Bandar dan kampong,
kesihatan awam dan lain-lain lagi.

Senarai negeri iaitu senarai perkara-perkara yang diserahkan kepada negeri


semata-mata bertujuan untuk buat undang-undang. Ia meliputi hokum syarak, dan
undang-undang diri dan keluarga orang Islam, hari kelepasan negeri, jentera kerajaan
negeri dan beberapa perkara lain.

Perlembagaan mempunyai fungsi utama iaitu memperincikan kuasa.


Perlembagaan menjadi dokumen yang memperincikan hak dan tanggongjawab sesuatu
golongan, sebab itulah ia menjadi dokumen yang ciri undang-undangnya lebih
menonjol. Ini tidak sahaja releven dalam soal individu malah releven dalam hubungan
antara wilayah. Dalam negara persekutuan, perlembagaan amat penting dimana setiap
wilayah mempunyai hak dan batasan, begitu juga dengan kerajaan yang berada di
peringkat pusat.

2.0 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN

Setiap perlembagaan atau undang-undang ada kepentingannya. Begitu juga dengan


perlembagaan Malaysia ini. Kebanyakkan kepentingannya banyak mengekalkan
perpaduan dan keistimewaan orang melayu di Malaysia ini. Antara keistimewaannya
ialah. Menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk
pentadbirannya. Di dalam merangka dan membentuk pentadbiran ketua atau Perdana
Menteri bersama ahli cabinet hendaklah meneliti dahulu perlembagaan. Perlembagaan
dijadikan sebgai panduan di dalam merangka sesuatu kenyataan. Dengan mengambil

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


kira perlembagaan semasa merangka dan bentuk pentadbirannya kestabilan sesebuah
Negara dapat di nikmati dengan baik.

Selain itu juga dengan adanya perlembagaan ini dapat membantu dan menjamin
kecekapan ,kejujuran, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan
pemerintahan sesebuah kerajaan. Ini kerana di dalam perlembagaan terdapat garis
pandua bagaimana cara gerak kerja sesuatu pentadbiran agar segala tindakan dapat
dijalankan dengan lancar sehingga berjaya. Selain itu juga aspek yang paling penting di
dalam pentadbiran ialah kejujuran, keadilan dan ketelusan sesebuah pentadbiran
menjalankan tugas di dalam sesebuah Negara. Kerana di sini lah terletaknya
kepercayaan rakyat terhadap seseorang pemimpin sebagai wakil mereka untuk
membangunkan sebuah Negara yang maju dan harmoni.

Perlembagaan juga sebagai panduan pemimpin setiap semasa memerintah


supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. Ini
kerana masa hadapan rakyat dan Negara terletak diatas bahu seorang pemimpin yang
berkaliber dan bertanggung jawab di dalam mengatur dan mengurus Negara supaya
segala kemudahan dan kesenangan dapat di kecapi oleh semua golongan masyarakat.
Dengan cara yang telus, jujur dan amanah berpandukan perlembagaan inilah rakyat
akan terus menyokong pemimpin yang menjaga kepentingan rakyat.

Dengan tertubuhnya perlembagaan ini juga Menyatakan seseorang yang


mempunyai kerakyatan Negara lain akan dilucutkan kerakyatan kewarganegaraannya
dan boleh dilucutkan kerakyatan jika terbukti tidak setia kepada negara ini. Malaysia
secara khususnya tidak memerlukan golongan yang derhaka pada Negara yang akan
membawa kepada kehancuran dan kemusnahan yang disebabkan tiada kesetiaan pada
Negara. Oleh itu dengan perlembagaan ini rakyat Malaysia akan terus
mempertahankan hak mereka supaya tidak mudah di cabuli. Dan bagi mereka yang
tidak ada kesetiaan mereka akan dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Dan yang terakhir, dengan adanya perlembagaan ini hak keistimewaan orang
melayu tidak akan dipersoalkan lagi. Ini kerana majoriti masyarakat Malaysia adalah
terdiri daripada orang melayu. Selain itu juga orang melayu hendaklah

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


mempertahankan hak mereka dan bertolak ansur jika sesuatu masalah yang di
bangkitkan agar tidak menimbulkan huru-hara sesama kaum.

Kesimpulannya

Bolehlah dikatakan bahawa perkembangan Perlembagaan Malaysia dari


Malayan Union adalah mendatar dan menyerupai antara satu sama lain. Hanya
beberapa peruntukan diubah untuk mengabui pandangan dan pendirian orang Melayu
tetapi konsep atau pengisiannya adalah bermatlamatkan sama iaitu terus mengekalkan
Malaysia dibawah kerajaan British. Kemerdekaan yang sebenarnya adalah
kemerdekaan dalam Komenwel dan masih lagi dalam bentuk neo-colonialisme.
Pembentukkan Malaysia dengan menggabungkan Sabah dan Sarawak serta Singapura
merupakan satu agand untuk menyatukan pentadbiran dan menggabungkann negeri-
negeri ini dibawah satu pentadbiran. Singapura pula punya pendirian yang sama.
Sekiranya dilihat Perlembagaan Malayan Union diteruskan kerana di dalam
Perlembagaan Union yang dibicarakan di atas telah jelas dinyatakan bahawa Singapura
diasingkan daripada Tanah Melayu dan mempunyai pentadbiran tersendiri dan
sehingga ini, perlembagaan itu etrleksana apabila Singapura memang mempunyai
pentadbiarnnya sendiri tetapi masih lagi di dalam Komenwel.

3.0 KONTRAK SOSIAL

Negara kita merupakan negara yang terdapat pelbagai kaum atau etnik yang hidup
harmoni. Ia adalah unik kerana walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang etnik
namun konflik antara kaum jarang berlaku. Jika berlaku tidaklah sehingga
menghancurkan negara.

Di antara masalah utama ke arah kemerdekaan ialah masalah perpaduan. Ia


berkait rapat dengan kepelbagaian keturunan, budaya, bahasa dan agama. Setiap
kaum mahukan bahasa ibundanya dijadikan bahasa kebangsaan. Di samping itu,
kaum-kaum lain berasa bimbang apabila orang Melayu mahukan agama Islam dijadikan
agama rasmi. Sementara itu orang bukan Melayu menuntut supaya mereka diberikan
kerakyatan.

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


Sebaliknya orang Melayu mempersoalkannya. Masalah ini bukan disebabkan
oleh sikap kaum-kaum yang ada di tanah Melayu tetap hasil daripada dasar pecah dan
perintah Inggeris yang mengasingkan mereka dari segi tempat tinggal dan bidang
ekonomi. Ini menyebabkan mereka kurang berinteraksi, akhirnya mewujudkan jurang
perbezaan dan menjejaskan perpaduan. [Nazaruddin Mohd Jalil, 2001]

3.1 KONSEP KONTRAK SOSIAL

Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang
dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin
yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga
turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan
MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi
dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan
permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya
menentukan sifat negara.

Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk


negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan
sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan.
Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha
untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini. Pengajaran utama yang harus
dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana
mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
Malaysia.

Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti
Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai
satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini
bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk
memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan
syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga boleh bermaksud dokumen
yg mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yg berkaitan dgn
kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yg berkaitan dgn masyarakat,
perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan
boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan
ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat di
sesebuah negara.

Dalam sistem demokrasi moden, kontrak sosial diungkapkan melalui pilihan


raya. Pilihan raya merupakan satu daripada ciri-ciri penting dalam amalan sistem
demokrasi berparlimen. Di Malaysia pilihan raya diadakan setiap lima tahun bagi
pemerintah menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat.

Untuk memperoleh semula kuasa, pemerintah perlu mendapat mandat baru


daripada rakyat melalui proses pengundian sulit oleh mereka yang layak mengundi.
Pada umumnya kontrak sosial mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Dalam
konteks masyarakat majmuk di Malaysia, kontrak sosial penting untuk mewujudkan
masyarakat yang kental, utuh dan kukuh berasaskan kesedaran terhadap pentingnya
faham memahami, hormat menghormati, harga menghargai dan bertolak ansur.
Manfaatnya terjelma dalam kehidupan sebauah negara yang aman damai dapat
dinikmati bersama. Justeru kontrak sosial adalah semangat dalaman yang
kepentingannya tidak semata-mata dihujahkan dengan bersandarkan perundangan dan
perbincangan ilmiah, tetapi juga dari segi hakikat sejarah dan keikhlasan hati
menjunjung hasrat murni sebuah negara.

Kontrak sosial di Malaysia lebih merujuk kepada permuafakatan dan perkongsian


hidup bersama secara aman harmoni antara penduduk dalam masyarakat majmuk di
negara ini. Seperti dalam mana-mana kontrak atau perjanjian, walaupun ada
sebahagiannya yang tidak disuratkan dan boleh dipinda mengikut keadaan, namun
segala perubahan itu mestilah merupakan persetujuan bersama atau keizinan bersama.
Kontrak atau perjanjian tidak boleh diubah secara satu pihak sahaja. Semua yang

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


terlibat dalam perjanjian itu mesti setuju kepada perubahan dan pindaan. Apatah lagi
kontrak sosial itu telah diinstitusikan dengan menyuratkannya ke dalam Perlembagaan
Persekutuan.

Di samping itu, asal usul dan rintitan sejarah kontrak sosial ini mesti didedahkan,
diperturunkan, dipelajari dan dihayati oleh setiap lapisan masyarakat, terutama generasi
muda daripada kalangan anak-anak Melayu, Cina dan India. Mereka mesti memahami
dan menghargai apa yang tersirat dan yang tersurat dalam kontrak sosial itu. Hal ini
amat penting kerana kontrak sosial dapat diertikan sebagai resipi kehidupan
masyarakat Malaysia yang bersatu padu, aman makmur dan harmoni. Penyebaran luas
maklumat mengenai kontrak sosial perlu dijalankan secara sungguh-sungguh, terutama
melalui sistem pendidikan di pelbagai peringkat sama ada rendah, menengah, kolej dan
universiti.

3.2 UNSUR-UNSUR BERKAITAN DENGAN KONTRAK SOSIAL

Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara


penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan
Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan
perjanjian perdamaian. [Ahmad Mohd Ibrahim, 1995]

Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa


elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para
penggubal mengangap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang
dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara
Malaysia yang berbilang kaum [Mohamed Suffian Hashim, 1984]. Peruntukan itu adalah
hasil proses tawar menawar pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik
pembentukan perlembagaan tahun 1957.

Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di


Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan
menghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam
masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua
pihak.

Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada


perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu
merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan. Elemen-elemen ini yang menjadikan
bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke
dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka iaitu institusi beraja, hak
keistimewaan orang Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Institusi beraja di Malaysia bermula sebelum kedatangan penjajah. Apabila


Tanah Melayu dijajah, raja-raja negeri Melayu merasakan kedudukan mereka mula
tergugat. Penjajah British memperkenalkan undang-undang beraja sebelum member
kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Pada tahun 1957, akhirnya kemerdekaan
diberikan kepada Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan
beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen
dan kemerdekaan [Salleh Abbas, 1997]. Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal
negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian
daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu
identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isi
kepada upacara rasmi negara. Kewujudan sistem beraja dengan sendirinya
menekankan ciri-ciri kemelayuan [Abdul Aziz Bari, 1999]

Masyarakat Melayu bimbang dengan undang-undang yang diperkenalkan oleh


British. Selain itu juga, masyarakat Melayu risau kedudukan dan hak mereka sebagai
penduduk pribumi akan tergugat dengan kemasukan pendatang dari negara China dan
India. Kerana itu, kontark sosial antara kaum di Malaysia member jaminan kepada
masyarakat pribumi. Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di
bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan
Sarawak. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat
Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka
kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan
atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen
perniagaan.

Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara


89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-
undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada
diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam
Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana
dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripada
kedudukan istimewa orang Melayu.

Selain itu juga, kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu
isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan pegangan orang
Melayu di Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:

“Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”
[Perkara 3: Perlembagaan Persekutuan]

Manakala isu bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati
diri sesebuah negara dan kontrak sosial. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang
menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk
menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa
pertuturannya. Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak
mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152
Perlembagaaan Persekutuan.

3.3 KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL

Ternyata selepas hampir 50 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak sosial yang
telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa berlaku

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial ternyata berjaya membawa semua kaum di
Malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh perlembagaan.

Sesungguhnya elemen-elemen kontrak sosial yang terdapat dalam


perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan urusan
pentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan mempersoalkan mana-mana
daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan akan mencetuskan perpecahan
dalam keharmonian kaum.

Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak tertentu


berbanding kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman damai di
Malaysia tanpa berasa tertindas. Ini berlainan dengan masyarakat di negara lain yang
mempunyai konflik antara kaum disebabkan kegagalan masyarakat untuk menghormati
dan patuh pada kontrak sosial yang telah ditetapkan.

Sebahagian masyarakat bukan Melayu ketika itu mungkin menganggap kontrak


sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan yang diberikan
kepada mereka yang pada masa itu terdiri daripada imigran atau keturunan imigran.
Generasi bukan Melayu sekarang pula menganggap kontrak sosial ini sebagai sesuatu
yang sudah berlalu.

Mereka tidak nampak kenapa ia masih dibangkitkan kerana bagi mereka ia


adalah sesuatu yang automatik. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat
bumiputera merupakan sebahagian daripada kontrak sosial. Jika golongan bukan
Melayu diberi kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, masyarakat bumiputera
pula diberi perlindungan melalui fasal-fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewa
orang Melayu.

Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau


sistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum
bumiputera pula harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat di
negara ini. Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah lama

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


bermastautin, lahir dan membesar di Malaysia. Apa yang penting ialah kedua-dua pihak
harus saling memahami.

Oleh yang demikian seharusnya polemik berkaitan hak-hak kaum lain tidak
dipertikaikan. Ini kerana ia telah pun termaktub di dalam perlembagaan. Penulis teringat
polemik berkaitan isu kontrak sosial ini yang pernah ditimbulkan oleh Jawatankuasa
Rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) satu ketika dahulu
iaitu tentang 83 tuntutan yang antaranya menuntut agar semua orang Cina mendapat
semua perkara yang dianggap sebagai hak mereka dan menghapuskan hak istimewa
orang Melayu.[Utusan Malaysia, "Suqiu keterlaluan - PM -Kerajaan menolak sama
sekali tuntutan hapuskan hak istimewa orang Melayu", 24 Disember 1998].

Begitu juga kenyataan yang dibuat oleh Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim
Keng Yaik yang menggesa parti-parti politik melupakan formula kontrak sosial antara
kaum yang dipersetujui semasa negara mencapai kemerdekaan.[Utusan Malaysia,
"Lupakan formula kontrak sosial antara kaum - Keng Yaik", 14 Ogos 2005]. Menurut
beliau, formula kontrak sosial itu membuatkan masyarakat Cina dan India merasa kecil
hati.

Malah negara kita juga pernah gempar dengan kontroversi berkaitan isu agama
iaitu tentang cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dan usaha
Kumpulan Artikel 11 yang giat berkempen ke seluruh negara atas nama kebebasan
individu untuk bebas beragama sehingga menimbulkan suasana tegang dan
kemarahan umat Islam setiap kali mengadakan kempen-kempen penerangan
mereka.[Utusan Malaysia, "Agama: Amaran Pemuda UMNO bangkit kesedaran", 16
November 2006]. Ini adalah rentetan daripada polemik kes Lina Joy dan juga kes
perebutan mayat Moorthy, Nyonya Tahir dan juga terbaru Rayappan antara keluarga si
mati dan juga Jabatan Agama Islam.

Contoh-contoh polemik di atas seharusnya perlu dielakkan bagi menjamin


keharmonian kaum di Malaysia. Ini kerana mengapa perlu kontrak sosial dirombak
sedangkan formula tersebut ternyata berkesan hingga kini dalam memelihara

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


perpaduan antara kaum. Mungkin jika kontrak sosial ini dibincangkan secara terbuka
akan memebi lebih banyak kesan kepada setiap kaum di Malaysia.

Ini kerana jika ini berlaku sudah tentu orang Melayu akan memprotes dan ini
sekaligus boleh menimbulkan ketidaksefahaman dan sangsi dengan kaum lain. Oleh itu
bagi mengelakkan rasa prejudus ini dan mengelak perkara yang tidak dijangka adalah
lebih wajar jika kita mengambil jalan mudah dengan tidak membicarakan tentang
kontrak sosial secara terbuka.

3.4 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, kontrak sosial adalah satu formula mewujudkan satu cara hidup
yang dinamik, aman dan terus membangun melalui perpaduan dalam kepelbagaian
berasaskan prinsip berkongsi, bekerjsama, toleransi dan bersatu padu. Formula ini
sebahagian besarnya tersurat dalam Perlembagaan Persekutuan, yang diamalkan
secara bijaksana dalam satu pakatan agung negara dengan inspirasi untuk membawa
Malaysia muncul dalam peta dunia sebagai sebuah negara maju.

Tugas rakyat Malaysia ialah menghayati semangat kontak sosial ini dengan
menolak keganasan, perkauman, ketaksuban dan ekstrimisme; dan pada masa yang
sama terus memperkukuhkan ikatan masyarakat majmuk ini dalam satu ikatan yang
erat dan padu serta mengadunkannya dalam acuan tersendiri yang unik dan
menyenangkan. Dalam kata-kata yang ringkas, kontrak sosial menjunjung semangat
keadilan dan perpaduan berasaskan kepada prinsip “duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi”. Dan inilah semangat kontrak sosial yang perlu kita pertahankan bersama dalam
sebuah masyarakat majmuk di Malaysia.

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


LAMPIRAN

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


PENGENALAN

Di dalam bab ini, kita akan melihat beberapa perkara penting mengenai sejarah
penggubalan perlembagaan negara Malaysia. Ia merangkumi beberapa bahagian
perbincangan iaitu konsep perlembagaan, unsur-unsur yang terdapat dalam
perlembagaan dan sejarah penggubalan perlembagaan Malaysia.

1.1 KONSEP PERLEMBAGAAN

Menurut buku “Perlembagaan Persekutuan”, terbitan International Law Book


Service (1994) menyatakan bahawa konsep perlembagaan terbahagi kepada dua
bahagian iaitu Prinsip Kedaulatan Parlimen dan Prinsip Kedaulatan Undang-Undang.
Walau bagaimanapun, seperti mana yang dijelaskan oleh Tun Salleh Abas, takrifan
bagi perlembagaan yang dijelaskan tersebut tidak mencukupi kerana apa yang
terkandung dalam perlembagaan itu merangkumi sesuatu yang pengertian yang lebih
luas dan menyeluruh. Menurut beliau, perlembagaan itu ialah suatu surat atau surat
cara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi
mewujudkan sebuah negara yang moden. Undang-undang tertinggi inilah yang menjadi
punca bagi semua undang-undang yang telah diwartakan atau yang akan dibuat.
Sekiranya terdapat sesuatu undang-undang yang telah diwartakan atau baru hendak
dibuat itu bercanggah dengan perlembagaan, maka undang-undang tersebut terbatal
dengan sendirinya mengikut setakat mana percanggahan yang berlaku.

Ruslan Zainuddin (2005), memberi takrifan perlembagaan sebagai satu dokumen


yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang
dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan
ini berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah
kerajaaan dan hak-hak rakyat. Ia digubal untuk menjadi garis panduan tentang cara
memerintah, sistem politik dan pentadbiran sesebuah negara, disamping memberi
jaminan perlindungan kepada rakyat. Setiap perlembagaan dinyatakan tanggungjawab
dan kewajipan setiap warganegara terhadap negara.

Tun Salleh Abas (1999), perlembagaan negara berfungsi untuk mewujudkan


satu bentuk pemerintahan yang adil, saksama dan mampu untuk memenuhi tuntutan

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


dan kehendak rakyatnya. Kerana itu, beliau menambah bahawa penggubalan dan
pewartaan sesuatu undang-undang hendaklah mengambil kira kepentingan rakyat.
Perlembagaan akan membolehkan pemimpin atau pentadbir menjalankan tugasnya
tanpa berlkunya penyalahgunaan kuasa. Sebagai contoh, kezaliman dan
penyelewengan yang dilakukan pihak berkuasa Perancis, iaitu Raja Louis XIV yang
memerintah Perancis pada kurun ke-17 memaksa seorang ahli fikir Perancis,
Montesquieu mencipta satu teori yang dinamakan Teori Pengasingan Kuasa. Teori ini
mengenengahkan bahawa kuasa pemerintahan tidak boleh dikawal dan dipegang oleh
seorang pemerintah sahaja, ini kerana berkemungkinan berlakunya penyelewengan
kuasa adalah lebih besar. Beliau berpendapat Teori Pengasingan Kuasa perlu
digunakan.

Perlembagaan atau dikenali juga sebagai Piagam (bahasa Arab dikenali sebagai
Dustur) merupakan suatu catatan yang amat penting dalam menyatakan kedaulatan
dan kewujudan sesebuah negara yang merangkumi organisasi pentadbiran dan
kemasyarakatan. Piagam tersebut perlulah terpelihara dari pengubahsuaian, menjamin
keselamatan masyarakat dalam negara dan luar negara. Pembentukan piagam juga
berlaku kerana terjadinya perjanjian antara satu bangsa dengan bangsa yang lain, atau
sesebuah masyarakat dalam negara dengan masyarakat antarabangsa (Salmah,
2007). Piagam ini dibuktikan melalui perjanjian antara Rasulullah dengan masyarakat
Madinah yang terdiri dari suku bangsa Arab iaitu Aus dan Khazraj di samping beberapa
kabilah Yahudi seperti Bani Quraizah dan Bani Nadhir sehingga diwartakan Piagam
Madinah.

Dalam laman sesawang Wikipedia, perlembagaan dinyatakan sebagai

1.2.UNSUR-UNSUR DALAM PERLEMBAGAAN

Menurut Montesquieu, di dalam bukunya Spirit des Lois menyatakan bahawa


unsur-unsur pembinaan sesebuah perlembagaan hendaklah mengambil kira kuasa
pemerintah iaitu badan pemerintah, badan kehakiman dan badan penggubalan undang-
undang disamping kedudukan dan hak rakyat. Pendapat beliau ini bersandarkan
kepada Teori Pengasingan Kuasa.

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


Namun begitu, dalam konteks perlembagaan negara Malaysia, unsur-unsur yang
menjadi asas kepada pembinaan perlembagaan dengan mengambil kira perkembangan
sejarah negara sebelum dan selepas penjajahan kuasa asing. Kebanyakan perkara
dalam Perlembagaan Persekutuan mengandungi amalan yang diwarisi daripada
penjajah, kecuali peruntukan pentadbiran, parlimen dan kewarganegaraan. Terdapat
empat unsur-unsur tradisi yang diwarisi sejak zaman penjajahan dan masih dikekalkan
dalam perlembagaan negara iaitu institusi beraja, agama Islam, bahasa Melayu dan
kedudukan istimewa orang Melayu.

1.3 SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN


1.3.1 PERJANJIAN PANGKOR

Sejarah perlembagaan bagi Malaysia bermula pada 10 Sepember 1877 di Kuala


Kangsar apabila Raja Muda Yusuf dan Residen British Sir Hugh Low menerangkan
tujuan diadakan Majlis Mesyuarat Negeri, "…To submit for…. Consideration…. And in
the hope at receiving advice and assistance all important subjects concerning the
welfare of the states and it's inhabitats which might present any dificulties. Involve
extensve modifcations of existing laws or custum, or be considered of general interest".

Namun, apabila dirujuk Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 didapati keterangan
ini adalah bercanggah dan boleh dikatakan bahawa perlembagaan yang diperkenalkan
oleh British sebenarnya telahpun diperkenalkan melalui Perjanjian Pangkor 1874.
Perjanjian Pangkor menyebabkan British mula berkuasa menentukan undang-undang
mengikut kehendaknya tanpa melibatkan Sultan dan pembesar Melayu. Sultan dan
pembesar Melayu hanya berhak di dalam hal-hal keagamaan dan adat istiadat Melayu.
Ini didasari melalui Perjanjian Pangkor 20 Januari 1876, perkara 6 yang menyatakan
bahawa Residen adalah berkuasa penuh dalam semua hal dan dan bertindak sebagai
mahkamah manakala Sultan haruslah meminta nasihat daripada Residen dan wajib
mematuhinya kecuali yang berkaitan dengan Agama dan adat-istiadat Melayu. Secara
tidak langsung, bermula pada tahun 1874, Sultan dan pembesar Melayu telah hilang
kuasa dan dirampas oleh British dengan alasan melindungi atau menaungi kepentingan
negeri.

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


1.3.2 PERLEMBAGAAN MALAYAN UNION

Perlembagaan Pangkor 1874 ini kekal sehinggalah Jepun menjajah Malaysia dan
apabila Jepun menyerah kalah dalam perang dunia kedua, British kembali ke Tanah
Melayu dan memperkenalkan Malayan Union. Malayan Union ini adalah untuk
menukarkan status 'melindungi' kepada status "koloni" penuh British seperti yang
dinyatakan oleh Zainal Abidin Abdul Wahid " The British for from trying to make amend
for it's failure to honour the treaties of protection insteand tried to colonies Malaya,
Changing the states of the Malay States from protec torates to colonies" . British telah
menyatakan untuk terus menguasai 'Tanah Melayu' dan menjadikannya jajahan penuh
British. Oleh kerana itu, Harold Macmicheal telah dihantar untuk membuat perjanjian
formal dengan Sultan Melayu dan telah menyelesaikan tugasnya pada 25 Disember
1945 . Selain itu, Malayan Union ini juga mempunyai peranan lain iaitu memudahkan
pentadbiran British dengan menyatukan pentadbiran. Segala kuasa terletak di tangan
Gabenor yang boleh membatalkan segala keputusan Majlis Perundangan manakala
Raja-raja Melayu hanya berkuasa dalam hal-ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat
orang-orang Melayu sahaja. Sultan telah hilang kuasa setelah menandatangani
perjanjian ini dan ini bermakna Sultan hanya boneka semata-mata untuk memastikan
orang Melayu tidak menentang British.

Lantaran itu, Perlembagaan Malayan Union telah diselenggarakan oleh pihak British
Colonial Office. Malayan Union diselenggarakan di England yang diusulkan oleh
kerajaan 'Labour' yang memerintah pada masa itu. Perlembagaan ini bukanlah hasil
daripada perbincangan atau rundingan dengan Sultan atau mana-mana pegawai di
Tanah Melayu . Antara perlembagaan Malayan Union ialah;

1. Malayan diketuai oleh gabenor yang berkuasa penuh dalam perkhidmatan awam dan
tidak akan bertanggungjawab kepada majlis undangan.

2. Sultan menjadi ketua negeri dan hanya penasihat, bersidang dalam Majlis Sultan
yang mana majlis ini yang memberikan nasihat kepada gabenor apabila gabenor
memerlukan nasihat itu. Apabila Malayan Union ditubuhkan, Negeri-negeri Selat
dimansuhkan sementara Singapura telah dijadikan sebuah Tanah Jajahan British yang

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


berasingan dan disebabkan Malayan Union, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di
mansuhkan. Dalam perkara ini rancangan Malayan Union menjelaskan bahawa British
mengambilalih kuasa yang dipunyai oleh Sultan negeri-negeri Melayu termasuklah
Negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka dicantumkan dibawah kuasa pusat
yang diketuai oleh gabenor. Manakala Singapura adalah jajahan yang terasing daripada
Malayan Union. Gabenor dinasihatkan oleh Sultan tetapi tidak semestinya mengikuti
nasihat Sultan ini. Sultan hanya menjadi ketua agama dalam negeri-masing-masing .
Jelas ini amat berbeza dengan Perjanjian Pangkor 1874, iaitu Sultan harus meminta
nasihat daripada Residen dan wajib mematuhinya. Tetapi perlembagaan Malayan
Union, gabenor akan diberi nasihat tetapi tidak semestinya mematuhinya. Jelas Sultan
kehilangan kuasa selain hanya sebagai ketua agama negeri masing-masing.

3. Majlis Undangan mempunyai bilangan ahli rasmi dan tidak rasmi yang sama banyak
dan gabenor mempunyai kuasa membatal atau meluluskan satu-satu undang-undang
walaupun tanpa pandangan Sultan. Disini menunjukkan Sultan telah tidak ada peranan
lagi malah boleh dikatakan Sultan seperti rakyat biasa saja. Sultan hanya lambang bagi
orang Melayu agar orang Melayu tidak bangkit memberontak.

4. Sultan pula dimasukkan dalam Majlis Penasihat Melayu yang ditubuhkan dalam tiap-
tiap negeri dan hanya menguruskan hal ehwal agama Islam sahaja. Berdasarkan
pernyataan ini ia mempunyai persamaan dengan Perjanjian Pangkor 1874 . Ini
bermakna Malayan Union terus saja menggunakan perjanjian Pangkor sebagai asas
untuk mengabui Sultan dan masyarakat Melayu.

5. Singapura dijadikan negara jajahan yang berasingan dan mempunyai gabenor dan
majlisnya sendiri. Atas aasan bahawa rakyat Singapura mempunyai kerakyatan
tersendiri dan dengan menyatakan untuk mengimbangi orang Melayu dan Cina serta
India di Singapura ketika itu kaum Cina dan India bilangannya adalah lebih 3 juta orang.
Bila dirujuk pembentukan Malaysia, Singapura telah turut serta dan setelah diistiharkan
'merdeka' Singapura keluar dan terus menjadi satu entiti negara yang berasingan.
Berdasarkan ini, Perlembagaan Malaysia adalah jelas menunjukkan penerusan
perlembagaan Malayan Union.

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


6. Gabenor dilantik untuk Tanah Melayu, Singapura dan Borneo.

7. Kewarganegaraan boleh diberikan kepada sesiapa saja yang menganggap negeri inI
adalah negeri mereka. Seperti yang dinyatakan oleh Zulkifli Abdullah . Prinsip ini juga
dikenali sebagai Jus Soli seperti dinyatakan oleh Zainal Abidin Abdul Wahid . Malayan
Union ini juga sebenarnya telah disokong oleh masyarakat Cina kerana ia
membolehkan mereka mendapat kewarganegaraan. Malah Tan Cheng Lock juga telah
menghantar memorandumnya kepada pihak British tentang pendirian masyarakat Cina
terutamanya dalam hal kewarganegaraan .

Harold Mac Micheal tiba di Malaysia untuk membuat laporan kepada pihak
British pada Oktober 1945 hingga Januari 1946, tujuannya ialah;

1. Mendapatkan perjanjian rasmi dengan Sultan-sultan Melayu untuk mendapatkan


kuasa penuh diserahkan kepada British.

2. Melaporkan tentang pendirian raja.

3. Menggesa supaya meyetujui Malayan Union.

Dan sehingga Januari 1946 Harold Mac Micheal telah mendapatkan sembilan
tandatangan Sultan dan April 1946 Malayan Union telah diwartakan dan gabenor
pertamanya ialah Edward Dent. Namun kerana protes orang Melayu yang memulaukan
Majlis Penasihat dan Sultan-Sultan Melayu tidak menghadiri upacara angkat sumpah
menyebabkan Malayan Union dimansuhkan atas desakan orang Melayu. Namun British
masih berdalih untuk menyatukan negeri Melayu menjadi satu agar mudah diperintah
dan dikendalikan, walaupun Malayan Union tidak dilaksanakan tetapi semangat
Malayan Union masih terus dilaksanakan. Lantaran itu, satu perjanjian telah dibuat
antara Raja Melayu dengan Kerajaan British pada 21 Januari 1948 dan terbentuklah
Federation of Malaya atau diterjemahkan sebagai Persekutuan Tanah Melayu yang
berkuatkuasa pada 1 Februari 1948.

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


1.3.3 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Federated Malay State) masih lagi


mengekalkan beberapa isi penting perlembagaan Malayan Union iaitu;

1. Melalui pelembagaan Federated Malay State 1948 hal-hal kewarganegaraan masih


lagi terbuka tetapi dengan agenda tertentu. Kerakyataan dibuat sama ada secara
automatik ataupun membuat permohonan . Iaitu;

• Kerakyatan automatik

• Kerakyataan automatik akan diberikan kepada sesiapa saja yang menjadi rakyat
Sultan Melayu dan British pada bila-bila masa saja.

• Kerakyataan permohonan

• Seseorang itu telah berada di Federated Malay State tidak kurang 8 tahun dariada
masa 12 tahun sebelum memohon. Atau

• Seseorang itu telah berada di Federated Malay State tidak kurang 15 tahun daripada
masa 20 tahun sebelum memohon.

2. Raja Melayu mendapat semula kuasanya iaitu seperti sebelum pendudukan Jepun.
Ini bermakna Sultan-Sultan negeri-negeri Melayu akan tertakluk berdasarkan Perjanjian
Pangkor 1874.

3. Kerajaan British mempunyai PesuruhJaya Tinggi yang dilantik oleh kerajaan British.
PesuruhJaya Tinggi mempunyai kuasa dalam segala hal dan dinasihatkan oleh majlis
mesyuarat kerajaan tetapi pesuruhjaya tinggi boleh menghiraukan nasihat ini . Dan ini
menunjukkan PesuruhJaya Tinggi mempunyai bidang kuasa yang lebih berbanding
Sultan. Dan ia merupakan penerusan Malayan Union. Cuma bezanya Federated Malay
State ada;lah Pesuruhjaya Tinggi manakala Malayan Union adalah Gabenor.

4. Pesuruhjaya Tinggi mempunyai tanggungjawab mempertahankan mana-mana hak


negeri-negeri Melayu, Negeri-negeri Selat dan kuasa raja Melayu.

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


Desakan mahukan kemerdekaan menyebabkan British terpaksa mengadakan
Pilihanraya. Pilihanraya ini telah diadakan dan keputusan pilihanraya telah dimenangi
oleh Parti Perikatan yang mengandungi UMNO, MCA dan MIC dengan mendapat 51
kerusi . Setelah pilihanraya , badan Membuat Undang-undang dibentuk dan satu
mesyuarat Perlembagaan diadakan di London dari 8 Januari hingga 6 Februari 1956
yang dihadiri oleh empat wakil raja, ketua Menteri, tiga menteri lain, Pesuruhjaya Tinggi
dan penasihatnya. Perlembagaan dibentuk untuk Federated Malay State atau
diterjemahkan sebagai Persekutuan Tanah Melayu supaya mampu berkerajaan sendiri
dan "merdeka dalam Komanwel". Perlembagaan ini berkuatkuasa pada 31 Ogos 1957 .
Perlembagaan Malaysia adalah yang tertinggi dan agak sukar untuk dipinda iaitu ia
terkandung Dalam fasal (1) perkara 4 Perlembagan Malaysia disebutkan
"Perlembagaan ini ialah undang-undang tertinggi bagi persekutuan dan mana-manan
undang-undang yang dibuat selepas hari merdeka yang bertentangan dengan
Perlembagaan ini mana setakat mana pertentangannya akan terbatal undang-undang
itu . Oleh kerana ketinggiannya Perlembagaan bertulis mempunyai 3 syarat ;

1) Perlembagaan itu kukuh iaitu sukar hendak dipinda melainkan ada peruntukan di
dalam Perlembagaan itu yang membolehkan pindan itu dibuat

2) Parlimen hanya mempunyai kuasa membuat undang-undang didalam apa-apa


perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan itu

3) Tafsiran Perlembagaan terletak di tangan mahkamah.

Sekira diperhatikan perlembagaan ini juga pada pandangan Muhamed Suffian Hashim
menggabungkan peruntukan daripada perlembagaan India yang telah diubahsuai dan
kelihatan di atas kertas amatlah kompleks dan menyebabkan seorang pemerhati
beranggapan perlembagaan Malaysia telah ditulis oleh seorang profesor gila dalam
bidang undang-undang perlembagaan yang mencuba dengan sebebas-bebasnya teori-
teori perlembagaan.

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


1.3.4 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman berhasrat membentuk Malaysia dan
disambut baik oleh British kerana ia akan menjadikan hal ini memudahkan British
menguasai Malaysia dengan badan Komenwelnya. Kemudian satu Jawatankuasa telah
dibentuk yang diketuai oleh Lord Cabbold untuk menyiasat kehendak penduduk Sabah
dan Sarawak dan selesai pada Februari 1962. Laporan mengenainya siap pada 21 jun
1962 .

Bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu, satu undang-undang di panggil Akta Malaysia
di luluskan pada 26 ogos 1963 untuk sesuaikan konsep dan stuktur penubuhan
Malaysia. Malaysia terbentuk pada 16 september 1963. Antara Akta Malaysia ialah ;

1) Hal-hal luar negeri jadi tanggungjawab kerajaan pusat

2) Agama Islam agama rasmi tetapi diberi kebebasan beragama

3) Bahasa Melayu bahasa rasmi tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh terus
digunakan

4) Kerajaan di Borneo beransur-ansur diubah mengikut Persekutuan Tanah Melayu

5) Negeri Borneo diberi peluang capai kerajaan

6) Borneo mengawal kuasa imigresan, perkhidmatan awam.

7) Semua warganegara Persekutuan dan Singapura boleh dapat kewarganegaraan


secara automatik dan akan dapat hak yang sama

8) Bumiputera Borneo akan dapat hak yang sama seperti orang Melayu.

Setelah sekian lama maka kerajaan Malaysia memudahkan tugasnya dengan


mengubah dan membuat beberapa pindaan sehinggalah terbentuk Perlembagaan
Malaysia yang memasukkan Sabah dan Sarawak di Dalam Perlembagaan ini. Dan
Sehingga sekarang Perlembagaan Malaysia ini mengandungi

1) Ketinggian Perlembagaan Persekutuan

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


2) Yang Dipertuan Agung

3) Raja dan Yang Dipertua Negeri

4) Jemaah Menteri

5) Parlimen

6) Pilihan raya

7) Kehakiman

8) Perkhidmatan awam

9) Negeri-negeri

10) Perhubungan persekutuan dan negiri

11) Peruntukan kewangan

12) Kebebasan asasi

13) Perbuatan surbertif, kuasa darurat dan tahanan pencegahan

14) Agama Islam

15) Kewarganegaraan

16) Orang melayu dan bumiputera di sabah dan sarawak

17) Bahasa kebangsaan

18) Ibukota persekutuan

19) Pindaan perlembagaan

Sekiranya dilihat perlembagaan yang dibentuk ini, ia masih lagi mengekalkan apa yang
terkandung di dalam Malayan Union kemudian Federated of Malaya iaitu kekuasaan
akan tertumpu pada seseorang sahaja iaitu Perdana Menteri manakala Yang Dipertuan
Agung hanya menjadi Ketua Agama Islam seluruh Persekutuan serta setiap negeri

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


mempunyai Majlis Agama yang menasihati Raja-raja tentang agama Islam . Ia masih
sama lagi dengan peruntukan di dalam Perjanjian Pangkor iaitu Raja sebagai
pengendali Agama dan adat-Istiadat Melayu manakala pentadbiran diasingkan daripada
aspek keagamaan. Sekiranya dilihat Malayan Union kekuasaan tertumpu pada
Gabenor, Federated of Malaya pula adalah PesuruhJaya Tinggi dan Perlembagaan
Malaysia pula ialah Perdana Menteri. Ini bermakna perkembangannya adalah mengikut
apa yang terkandung didaam Perlembagaan Malayan Union.

Kesimpulannya

Bolehlah dikatakan bahawa perkembangan Perlembagaan Malaysia dari Malayan


Union adalah mendatar dan menyerupai antara satu sama lain. Hanya beberapa
peruntukan diubah untuk mengabui pandangan dan pendirian orang Melayu tetapi
konsep atau pengisiannya adalah bermatlamatkan sama iaitu terus mengekalkan
Malaysia dibawah kerajaan British. Kemerdekaan yang sebenarnya adalah
kemerdekaan dalam Komenwel dan masih lagi dalam bentuk neo-colonialisme.
Pembentukkan Malaysia dengan menggabungkan Sabah dan Sarawak serta Singapura
merupakan satu agande untuk menyatukan pentadbiran dan menggabungkann negeri-
negeri ini dibawah satu pentadbiran. Singapura pula punya pendirian yang sama.
Sekiranya dilihat Perlembagaan Malayan Union diteruskan kerana di dalam
Perlembagaan Union yang dibicarakan di atas telah jelas dinyatakan bahawa Singapura
diasingkan daripada Tanah Melayu dan mempunyai pentadbiran tersendiri dan
sehingga ini, perlembagaan itu etrleksana apabila Singapura memang mempunyai
pentadbiarnnya sendiri tetapi masih lagi didalam Komenwel.

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


BIBLIOGRAFI

__________.(1994). Perlembagaan Persekutuan. International Law Book Service.

__________.(2008). Garis Masa Penaklukan Jepun dilayari pada 4 Februari 2008 dari
laman www.wikipedia.com

__________.(2008). Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 dilayari pada 4 Februari 2008


dari laman www.wikipedia.com

__________.(2008).Malaysia dilayari pada 4 Februari 2008 dari laman


www.wikipedia.com

__________.(2008). Penjajahan Jepun Di Tanah Melayu dilayari pada 4 Februari 2008


dari laman www.wikipedia.com

__________.(2008).Perlembagaan dilayari pada 4 Februari 2008 dari laman


www.wikipedia.com

__________.(2008). Perlembagaan Malaysia dilayari pada 4 Februari 2008 dari laman


www.wikipedia.com

Ahmad Ibrahim. (1992). Sistem Undang-Undang Di Malaysia. Selangor: Dewan Bahasa


dan Pustaka.

Mohamed Salleh Abas, Tun. (1999). May Day For Justice.

Mohamed Salleh Abas, Tun.(1987). Sejarah Perlembagaan Malaysia. Selangor: Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Mohamed Salleh Abas, Tun. (1992). Unsur-Unsur TradisiDalam Perlembagaan


Malaysia. Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Nasir Sulaiman. (2005). Sejarah (Fakta Diagramatik).Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK


Nik Safiah Karim (2006). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustka.

Ruslan Zaharuddin. (2005). Kenegaraan Malaysia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Salmah Hussain. (2007). Pengenalan Kepada Sistem Kemasyarakatan dan


Kenegaraan Islam. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti UiTM (UPENA).

Shamsul Amri Baharuddin, Prof. Datuk Dr. (2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam:
Pusat Penerbitan Universiti UiTM (UPENA)

Suriati Puteh. (1995). Sejarah Malaysia. Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Zaid Ahmad, Dr. (2006) Hubungan Etnik Di Malaysia. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

WAJ 3106 – HUBUNGAN ETNIK

You might also like