You are on page 1of 4

Warkah dari Ummu Taqi di Gaza

Friday, 23 January 2009 13:56 - Last Updated Monday, 16 February 2009 06:23

Menemui saudara dan saudari seIslamku, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk
menyampaikan pesanan dari saudara-saudari seagamamu di Gaza.  Dengarkanlah bagaimana
keadaan kami di sini dan beritahukan kepada semua orang samada mereka yang kamu kenali
mahupun tidak.

Pada tanggal 27hb Disember 2008, ketika kami di serang rejim Zionis, mereka bukan sahaja
menyerang puak Hamas ataupun kaum Muslim di Gaza, tetapi mereka sebenarnya menyerang
seluruh umat Islam.  Mereka menyerang Islam dengan harapan mereka dapat melemahkannya
dan akhirnya melenyapkan Islam dan umat Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam.

Dan sudah tentunya mereka tidak akan sekali-kali berhenti di sini.  Mereka inginkan Al Aqsa
kesayangan kita, mereka mahukan Tebing Barat dan percayalah kepada ku bahawasanya
mereka mendambakan seluruh wilayah Timur Tengah.

Namun, mereka tidak akan pernah berjaya.  Mereka tidak akan pernah dapat menghilangkan
cahaya Allah, dari bumi ini, InsyaAllah.

Keadaan kami pada saat ini amat dahsyat dan mengerikan, tetapi keimanan kami tetap utuh. 
Alhamdulillah, walaupun kami tiada bekalan air dan sekiranya ada pun setitis air, ia adalah
tercemar dan membawa seribu satu wabak penyakit.   Kami tiada wang untuk membeli air
mineral dan seandainya kami menjumpai wang pun, mereka yang menjualnya mengatakan
kepada kami, bekalan tiada dan amatlah merbahaya untuk mereka keluar mendapatkan
bekalan baru.  Kami juga tiada bahan api(gas) semenjak empat bulan lalu.  Kami memasak
sedikit makanan yang kami ada dengan api sebenar  yang kami pelajari bagaimana untuk
menyalakannya.

Kerabat lelaki kami telah kehilangan semua pekerjaan mereka.  Pada masa ini,mereka hanya
menghabiskan masa di rumah. .Suamiku menghabiskan masa seharian hanya untuk
merayau-rayau dari satu tempat ke tempat yang lain semata-mata untuk mencari keperluan
asas seperti seteguk air.  Kebiasaannya beliau akan pulang dengan tangan kosong.  Tiada
sebarang sekolah mahupun bank-bank yang dapat kami keluarkan wang simpanan kami. 
Hanya terdapat beberapa hospital yang masih dibuka untuk merawat mereka yang tercedera. 

Kami sedar bahawa kami sentiasa mempertaruhkan nyawa apabila kami keluar atau berada di
luar rumah.  Rejim Zionis mengenakan perintah berkurung dari jam 1pm hingga 4pm.  Mereka

1/4
Warkah dari Ummu Taqi di Gaza
Friday, 23 January 2009 13:56 - Last Updated Monday, 16 February 2009 06:23

mengatakan adalah selamat untuk kami keluar mendapatkan bekalan asas pada waktu-waktu
tertentu, tetapi semua itu adalah satu pembohongan. . Bahkan mereka telah sering
menggunakan peluang yang ada itu untuk menambah senarai Syuhada’ didalam koleksi
mereka.
 
Kami memakan nasi dan roti secara berselang hari.  Daging dan susu adalah satu
kemewahan buat kami.  Rejim Israel menggunakan kaedah perang kimia di kawasan
sempadan.  Mereka membunuh kami menggunakan peluru-peluru dan kereta perisai dan
pesawat B52, tidak cukup dengan itu,bahkan mereka juga membunuh kami secara
perlahan-lahan dengan membiarkan anak-anak kami mati kelaparan, mengakibatkan
penyakit-penyakit yang tidak dapat diceritakan dengan menggunakan perang kimia mereka. 
Mereka bahkan hanya ketawa di saat melihat kami berterusan menderita dan tidak mampu
menahan penyeksaan ini lagi.

Pada ketika semua ini dilakukan, kami diberitahu bahawa semua orang di seluruh dunia
melakukan demonstrasi.  MasyaAllah, mengenangkan anda semua pergi ke
kedutaan-kedutaan  dengan meninggalkan kediaman anda memberikan kami satu perasaan
bahawa kami tidak bersendirian dalam perjuangan ini.

Akan tetapi, anda akan pulang semula ke rumah dan mengunci pintu pada waktu malam. 
Kami tidak mampu melakukan itu.  Aku sendiri terpaksa meninggalkan rumahku yang berada di
tingkat dua pada setiap malam untuk menumpang di rumah adikku di tingkat bawah. 
Seandainya kami diserang, adalah lebih mudah untuk kami lari menyelamatkan diri

Namun Umat bertanyakan dimanakah bala tentera kaum Muslim? Dimanakah Kemenangan?
Dan dimanakah pemimpin sebenar kami yang akan menyelamatkan kami dari kematian ini? 
Dimanakah bala tentera Salahuddin Al Ayubbi?  Usahlah berharap dan merayu kepada PBB,
mereka memperkenalkan Israel pada tahun1949 sebagai sebuah Negara dan menjamin nasib
kami seperti hari ini. Janganlah berpaling kepada Amerika atau British, apakah mereka tidak
mencerobohi umat Islam di Iraq dan Afghanistan. 

Serulah pasukan tentera di Mesir, Syria, Turkey dan Libya.  Dimanakah mereka?  Adakah
mereka tegar melihat wanita-wanita meraung dan merintih meminta ikhsan pertolongan pada
saat mereka mengebumikan anak-anak kecil mereka?  Adakah jeritan dan tangisan
adik-adik,kakak-kakak dan abang-abang kamu didengari oleh telinga-telinga yang pekak? 
Kami juga mempunyai hak untuk makan dan minum dalam suasana yang selamat dan
sejahtera.  Kami juga mempunyai hak untuk bergembira, ketawa dan hidup dengan dipenuhi
impian seperti anda semua.  Ataukah kami

tidak berhak???

2/4
Warkah dari Ummu Taqi di Gaza
Friday, 23 January 2009 13:56 - Last Updated Monday, 16 February 2009 06:23

Ya, memang benar kami sudah keletihan.  Apabila aku mendengar bunyi roket-roket dan bom
serta melihat pesawat-pesawat yang berterbangan amat rapat mendekati rumahku, aku
menjerit-jerit bersama anak lelaki kecilku dan di saat itu, suamiku hanya mampu terduduk kaku
dan tidak berdaya untuk melakukan apa-apa. 

Saudara-saudaraku, tentunya kamu mengetahui bagaimana perasaannya apabila kamu tidak


berdaya untuk mempertahankan maruah dan kehidupan keluarga kamu.  Ia membunuh sesuatu
dari dalam hati suami ku.  Kami sering tertanya-tanya, bilakah mereka(para pemimpin umat)
akan menjual tanah kami ini dengan harga yang murah.  Adakah dengan seribu atau dua ribu
kematian.  Kami sedang menunggu untuk melihatnya.  Inilah yang telah terjadi pada kami.

Dengan semua ini, tiada siapa yang dapat menyelamatkan kami melainkan hanya Allah
Subhanahu wa Taala.  Janganlah kamu sekalian melupakan kami di sini kerana hanya kamu
lah yang kami ada sekarang ini.  Sumbangan dan sedekah kamu tidak sampai ke tangan kami
dan apabila mereka membuka sempadan itu, hanya segelintir yang mendapatnya.  Mereka
yang mendapatnya(sumbangan) itu juga tidak mampu berbuat apa-apa dengannya kerana kami
terpaksa mempertaruhkan nyawa hanya untuk pergi membeli makanan. 

Mereka(Israel) akan membunuh sesiapa sahaja walaupun seorang anak kecil berumur lima
tahun yang membawa makanan untuk keluarganya.  Kami ingin hidup dengan usaha dan peluh
saudara-saudara Islam kami, bukannya orang lain kerana kami semakin menghampiri
kematian.

Teruskan lah usaha di jalan Allah ini dan berdoa serta bekerjalah untuk kemenangan yang
semakin menghampiri dan seterusnya bakal menyelamatkan umat di segenap pelusuk,
InsyaAllah.

Semoga Allah Subhanahu wa Taala mengukuhkan kita di atas DeenNya pada masa sukar dan
senang.  Ya Allah, kurniakanlah kami kemenangan dengan segera dan kembalikan lah Islam di
bawah satu kekuasaan yang mana kami hidup di dalamnya.  Ya Allah, kirimkanlah kami
anak-anak Salahuddin, tentera Islam untuk menyelamatkan umat Muhammad Sallallahu Alaihi
wa Sallam dari kekejaman yang kami sedang bergelumang hidup di dalamnya.  Ya Allah,
lindungilah anak-anak kami dan hapuskan lah zionis dari tanah kami.  Ya Allah, saksikanlah
pada hari ini, kami mengadukan tentang pengkhianatan pemimpin kami kepadaMu, dan kami
berdoa agar Engkau Ya Allah, mengembalikan segera pemimpin sebenar kami, iaitu Khalifah.
Amin.

3/4
Warkah dari Ummu Taqi di Gaza
Friday, 23 January 2009 13:56 - Last Updated Monday, 16 February 2009 06:23

‫واﻠﺴﻠاﻢ ﻋﻠﻴﻜﻢ ورﺤﻤﺔ اﻠﻠﻪ وﺒرﻜاﺘﻪ‬

Saudarimu Ummu Taqi

4/4

You might also like