You are on page 1of 18

Seniman Bujang Lapok

FAKTOR-FAKTOR SEJARAH YANG MENYULITKAN PROSES PENCAPAIAN PERPADUAN DI MALAYSIA SEBELUM TAHUN 1970

PENJAJAHAN BRITISH

PENDUDUKAN JEPUN

Divide And Rule

SOSIAL

POLITIK

EKONOMI

SOSIAL

PENDIDIKAN

PENEMPATAN

AGAMA & KEBUDAYAAN

PENJAJAHAN BRITISH

Dasar Penjajah British: Semasa menjajah negara kita penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah bertujuan menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri. British sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu. Kesannya, interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik.
Dasar Pecah dan Perintah Dasar ini telah menyukarkan proses perpaduan di Malaysia melalui beberapa aspek. Antaranya ialah:
Ekonomi Politik Sosial

Tumpuan ekonomi yang berbeza:

Sebelum merdeka, setiap etnik di Tanah Melayu menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan.
Orang Melayu lebih menguasai sektor primer, berteknologi rendah dan membawa pulangan yang kecil. : petani sara diri dan nelayan. Orang Cina menguasai sektor yang lebih maju dan berteknologi moden. : bergiat dalam sektor perdagangan dan perlombongan (ekonomi komersial biji timah. Orang India: ekonomi bercorak sara diri. Berkerja di ladang getah dan estet-estet. Sabah: Ladang tembakau ; Sarawak: Lada Hitam, lombong emas

KESAN Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan ras serta mengakibatkan perpaduan negara terancam. Aktiviti ekonomi yang berbeza hampir tidak memungkinkan setiap kaum untuk bertemu dan bergaul. Timbulnya perasaan iri hati: Orang Melayu cemburukan kemewahan dan orang Cina, sementara orang India dan Cina pula cemburukan kelebihan orang Melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran. Tiada ruang untuk mengenali antara satu sama lain, mahupun bertemu untuk urusan perniagaan.

PENDIDIKAN

Perbezaan sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa

Tiada satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu di mana setiap etnik lebih memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Kurikulum yang digunakan juga tidak sama, malah, kebanyakkannya berpusat ke negara nenek moyang mereka. Maka tidak terdapat bahasa pengantar yang sama.

Terdapat 5 jenis sistem sekolah sebelum merdeka, iaitu:


Sekolah Agama Islam Sekolah Vernakular Melayu Sekolah vernakular Cina Sekolah Vernakular Tamil Sekolah Inggeris Tiadanya satu bahasa Kebangsaan yang boleh menyatukan semua kaum. Sistem pendidikan yang ketara berbeza tidak dapat melahirkan perasaan kekitaan dalam kalangan muridnya. Kesannya, wujud jurang pergaulan yang besar, menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di samping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga negara yang beridentitikan satu negara. Oleh itu, semangat bersatu padu dan persefahaman juga tidak dapat dilahirkan.

Sek. Agama Islam

Sek. Melayu

Sek. Cina

Sek. Tamil

Sek. Inggeris

Bahasa pengantar Pembiayaan Kawasan Lain-lain

B.Melayu B.Arab Persendirian Luar bandar Peringkat sekolah rendah dan menengah

B.Melayu British Luar bandar Tidak berpeluang menjawat jawatan tinggi

B.Cina Persendirian (parti politik) Bandar Sukatan pelajaran, pengajar, buku teks daripada negara Cina.

B. Tamil Persendirian (pihak estet) Luar bandar Sukatan pelajaran berorentasi Sistem pend. India.Guru daripada India.

B. Inggeris British Bandar Boleh ke universiti dan kolej

Berpeluang menjawat jawatan tinggi

PENEMPATAN

Perbezaan Penempatan British menetapkan setiap kaum membuat petempatan di kawasankawasan yang menjadi tumpuan ekonomi masing-masing. Kaum Melayu : kawasan kampung Kaum Cina : bandar dan pekan Kaum India : ladang-ladang getah Perbezaan petempatan telah menyebabkan mereka sukar untuk berinteraksi, gagal memahami sosiobudaya kaum lain sekaligus menyukarkan proses mencapai perpaduan.

AGAMA DAN KEBUDAYAAN

Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza.
Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan seringkali menganggap mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum.

Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik:


Kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan.

- menambah jurang permusuhan antara orang Melayu dan orang Cina.

PENDUDUKAN JEPUN (19431945)

-Sebilangan besar tentera anti Jepun terdiri dari orang-orang Cina, sementara ramai orang Melayu yang diambil oleh tentera Jepun untuk menjadi askar dan polis. - ini menjejaskan persefahaman dan menimbulkan perasaan kurang senang antara masyarakat Melayu dan Cina.
PERBEZAAN LAYANAN
ORANG MELAYU Dilayan lebih baik untuk mendapatkan kerjasama orang Melayu bagi meneruskan pemerintahan

ORANG CINA Dilayan dengan kasar kerana menyokong kerajaan Cina dalam Perang Cina-Jepun.
ORANG INDIA Dilayan dengan baik kerana Jepun inginkan kerjasama mereka bagi mengusir British di India.

PERBEZAAN SISTEM PENDIDIKAN, PERSEKOLAHAN DAN BAHASA

PEMISAHAN PENEMPATAN

PERBEZAAN LAYANAN JEPUN

FAKTOR-FAKTOR SEJARAH YANG MENYULITKAN PROSES PENCAPAIAN PERPADUAN DI MALAYSIA SEBELUM TAHUN 1970

AGAMA DAN KEBUDAYAAN

AMALAN EKONOMI YANG BERBEZA

PERBEZAAN POLITIK MENGIKUT BANGSA, KAUM DAN ETNIK

Secara keseluruhannya, dasar penjajahan British iaitu dasar Pecah dan perintah serta pendudukan Jepun di Tanah Melayu sedikit sebanyak telah menyukarkan proses pencapaian perpaduan sebelum tahun 1970. Kini, negara kita telah berjaya hidup dalam keadaan bersatu padu, aman dan harmoni berkat usaha dan kerjasama semua pihak.

You might also like