You are on page 1of 8

PENDAHULUAN

Islam menggalakkan umatnya membangun untuk mengecap kemajuan fizikal atau keduniaan. Namun begitu, Islam tidak meminggirkan pembangunan rohani atau keakhiratan. Hal ini bererti dalam mengejar kemajuan, Islam mementingkan pembangunan akhlak dan dalaman manusia agar pembangunan fizikal dapat dipimpin oleh pembangunan rohani. Dengan itu lahirlah manusia yang cemerlang daripada pandangan Allah S.W.T. Gejala sosial yang lahir dalam masyarakat khususnya masyarakat Islam itu sendiri berpunca daripada kelalaian pembangunan dalam setiap individu dalam masyarakat.

Gejala sosial yang melanda masyarakat hari ini amat mencemaskan kerana setiap hari di dalam media terpapar tentang permasalahan tersebut. Hal ini menunjukkan gejala tersebut amat sinonim dengan kehidupan manusia hari ini. Oleh sebab itu sebagai manusia yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan akal fikiran yang waras maka manusia dituntut untuk mencari jalan penyelesaian ke atas fenomena yang tercetus daripada gejala sosial yang melanda masyarakat dunia.

PENAGIHAN DADAH
Masalah penyalahgunaan dadah semakin meruncing saban tahun dalam kalangan warga Malaysia. Menurut Agensi Anti Dadah Kebangsaan, (2003), statistic pada tahun 1998-2003 terdapat seramai 255,725 penagih dadah di mana merangkumi 1.02% jumlah penduduk Malaysia. Manakala purata pertambahan penagih baru pada tahun 1999-2003 seramai 17,174 setahun. Jika berterusan dengan kadar sama, jumlah penagih dijangka 461,000 pada tahun 2015. Hal ini akan merencatkan perjalanan kempen dadah musuh nombor satu Negara. Dadah secara umumnya adalah sejenis bahan yang digunakan untuk tujuan perubatan. Namun, kemudahan teknologi moden dan permasalahan social yang tinggi dalam kalangan rakyat dunia umumnya dan Malaysia khususnya maka dadah telah disalahguna. Menurut Agensi Anti Dadah Kebangsaan, (1998), dadah merupakan bahan proaktif yang mempunyai ciri-ciri berikut: Membawa kesan buruk kepada sistem saraf pusat, digunakan bukan untuk tujuan perubatan, diperoleh secara haram, membawa pergantungan fizikal serta psikologi dan member kesan buruk kepada kesihatan. Mahmood Nazar Mohamad dan Md. Shuaib Che Din, (2003) menjelaskan para penagih menggunakan dadah kerana pelbagai sebab. Namun demikian mereka tidak dapat meninggalkannya kerana satu sebab utama iaitu mengelakkan dariapada mengalami sindrom putus (withdrawal syndrome). Melalui pengambilan dadah jenis heroin, sindrom putus akan dialami dalam jangkamasa 4-6 jam selepas pengambilan dos terakhir. Penagih akan mengalami gejala seperti cirit-birit, sakit perut, rasa sejuk, gelisah dan takut. Gejala ini memuncak selepas kira-kira 24 jam hingga 72 jam . Dadah terbahagi kepada beberapa jenis, di antaranya daripada sumber tumbuh-tumbuhan seperti kanabis, ganja, heroin dan morfin. Selain itu, terdapat juga dadah sintetik iaitu ATS ( amphetamine type stimulants) di mana semakin hari semakin popular penggunaannya. Dadah kebanyakannya dalam bentuk pil dan dikenali dengan Pil ectasy dan Pil Kuda. (Agensi Anti Dadah Kebangsaan, 1998 )

SEBAB-SEBAB PENGAMBILAN DADAH Menurut kajian Agensi Anti Dadah Kebangsaan, (1998) terdapat beberapa factor mengapa remaja mahupun penagih mengambil dadah. Di antaranya ialah pengaruh rakan sebaya .Kelompok teman sebaya diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan keputusan seorang remaja tentang perilakunya (Beyt-Maroom, et al, 1993; Conger, 1991 ). Memlih rakan bolehlah diibaratkan berkawan dengan tukang besi atau penjual minyak wangi. Jika berkawan dengan tukang besi, walaupun seseorang itu tidak mengetuk ataupun membakar besi, tetapi asap dan arang daripada kerja rakan-rakannya masih tetap terpalit sama . Ringkasnya seseorang itu, kebiasaannya cenderung untuk terpengaruh dengan sikap, perangai dan tingkahlaku rakan yang sentiasa didampinginya. Jika kawannya baik, baiklah dia dan jika tidak , maka sebaliknya lah .(Hairunnaja,2003 ) Selain itu, perasaan ingin tahu dan secara tidak sengaja juga mencetuskan punca keterlibatan penagih dengan dadah. Perasaan ingin tahu kebanyakannya berlaku dalam kalangan remaja kerana para remaja terdedah kepada krisis identity sepanjang proses perkembangan remaja sebelum mencapai peringkat dewasa. (Noraini Ahmad,1996). Situasi begini juga mendorong pelajar mengalami tekanan jiwa yang kronik seandainya mereka gagal menyesuaiakan diri di alam remaja lantas mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dengan dadah. (Noran Fauziah Yaakub, 1991). Masalah keluarga juga menjadi penyumbang kepada keterlibatan individu dengan najis dadah . Menurut Hairunnaja, (2003) di antara isu-isu keluarga yang boleh menyumbangkan permasalahan di kalangan remaja ialah ; i. Status ekonomi keluarga yang rendah dan daif di mana anak membesar dalam keadaan terbiar. ii. iii. iv. v. Ibu bapa lebih mementingkan kerjaya daripada menjaga kebajikan keluarga. Rumah tangga tidak kukuh atau bercerai-berai. Sikap ibubapa yang terlalu memanjakan anak-anak. Ibubapa bersikap pilih kasih terhadap anak-anak.

Kalau dilihat melalui permasalahan di atas, maka dari situ kita kita lihat kurangnya peranan ibu bapa dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Setiap ibubapa ingin melihat anak mereka berjaya. Maka, ibubapa menjadi tunjang utama dalam memberi galakan dan

perangsang kepada anak-anak sehingga mereka timbul minat dan keyakinan diri dalam menghadapi pelajaran. (Jamal Darus, 1989). Oleh itu, pendidikan awal penting dalam mengelakkan anak-anak daripada terjerumus dalam gejala sosial ibarat kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

IMPLIKASI PENAGIHAN DADAH Penagihan dadah akan melibatkan banyak pihak sama ada terhadap individu itu sendiri , keluarga, masyarakat, Negara dan agama. Bagi individu, ia akan melemahkan fizikal dan mental serta hilang daya kreativiti. Mangsa dadah umpama bangkai bernyawa. Ada kalanya sesebuah rumah tangga akan hancur apabila suami atau isteri menagih dadah. (Yahya Don, 2000 ) Selain itu, keharmonian hidup dalam masyarakat terancam kerana biasanya penagih akan melakukan apa sahaja sekalipun membunuh untuk mendapatkan bekalan dadah. Negara pula akan berkurangan tenaga mahir dan berdaya saing, sedangkan dunia sekrang amat memerlukan generasi yang produktif dan inovatif manakala dari sudut agama pula, maruah agama akan tercemar.(Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, 2003: 57). Oleh itu, akan lahirlah generasi yang akan meminggirkan agama daripada kehidupan. Maka lahirlah umat yang lemah dari sudut akidah dan mundur dan musuh akan mudah menghancurkan umat yang tidak bermaya ini. LANGKAH PENCEGAHAN NAJIS DADAH Berikut merupakan beberapa langkah pencegahan yang boleh dilakukan untuk membanteras gejala najis dadah ; Memperkuatkan Jati Diri. Ramai dalam kalangan penagih menyatakan di antara sebab utma mereka terlibat adalah kerana tidak dapat menguruskan tekanan dan permasalahan hidup.(AADK, 1998). Justeru, meraka mula mencari unsur-unsur escapism agar meraka dapat melupakan masalah yang dihadapi kononnya dengan mudah. Lantaran itu, kita insane biasa haruslah sentiasa berusaha untuk mengelakkan perkara tersebut dengan memperkukuhkan mental, emosi, dan spiritual. Allah telah berfirman dalam Surah ar-Rad(ayat 11);

Tuhan tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum kecuali kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Bagi memperkuatkan jati diri, kita haruslah bersandarkan kepada ilmu di samping berusaha mencari ilmu-ilmu tersebut. Sekiranya kita telah melengkapkan diri kita dengan ilmu, secara tidak langsung ianya dapat mendindingkan diri kita daripada pengaruh rakan, pengaruh persekitaran dan yang paling penting adalah pengaruh syaitan yang sentiasa mendorong manusai kepada kemaksiatan dan kemungkaran. Memperkasakan keluarga. Keluarga cemerlang akan melahirkan anak gemilang di mana akan membentuk Negara yang terbilang. Justeru, institusi kekeluargaan haruslah diperkukuhkan. Menurut Md. Hashim Yahaya, (1987) teras utama pembinaan keluarga adalah kasih sayang. Kebanyakan keluarga tidak menggunakan elemen kasih saying seoptimum mungkin. Kasih sayang ini sepatutnya ditonjolkan menerusi perbuatan dan bukannya hanya disimpan di dalam hati seperti mana pepatah inggeris menyebut Love is a verb. Justeru, kasih sayang haruslah meliputi hunbungan dengan isteri dan anak-anak. Bagi membina hubungan kasih sayang, suami isteri haruslah saling menghormati dan berfikiran terbuka dalam menyelesaikan masalah. Perbalahan didepan anak-anak perlu dihindari.Ibubapa seharusnya mengikuti perkembangan anak-anak seiring dengan perjalan zaman. Konsep Rumahku Syurgaku mesti diamalkan demi memupuk keharmonian dalam keluarga. (Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, 2003:58). Jika didikan sebegini dilaksanakan, Insya Allah dadah tidak akan Berjaya mendekati keluarga kita. Memperkukuhkan Institusi Pendidikan. Penglibatan penuntut dengan najis dadah adalah seperti berikut;

Sumber : Jabatan Narkotik PDRM Berpandukan kepada statistik di atas, jumlah penglibatan penuntut sekolah dan IPt terhadapa dadah menunjukkan pola menaik sepanjang tahun. Keadaan ini akan semakin meruncing jika tidak disekat. Justeru, institusi pendidikan perlu diperkukuhkan hasil kerjasama yang mantap dikalangan ibubapa, guru-guru, agensi kerajaan dan swasta serta komuniti.Ini bermakna salah laku seperti merokok, lumba haram, mengugut dan sebagainya perlu dibanteras denagn segera.Selain bersifat tegas, elemen psikologi dan kaunseling juga perlu seiring bagi membentuk sahsiah pelajar. Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan adalah menghargai diri mereka, bijak mendengar, empati, dan memahami emosi remaja tersebut.Di antara ciri-ciri emosi remaja ialah rendah diri, bimbang, tidak dapat mengendalikan perasaan cinta, tidak yakin pada diri dan tidak stabil.(Noraini Ahmad, 1996). Ini bermakna pemahaman yang jelas terhadap perkembangan emosi remaja dapat membantu mereka mempertingkatkan maruah dan nilai diri sebagai banteng untuk tidak terlibat dalam najis dadah. MASYARAKAT DAN KERAJAAN Masyarakat harus perlu bekerjasama membasmi pengedaran dadah di kalangan remaja dengan membuat pengaduan kepada pihak berwajib bagi menyekat pengedarannya. (Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, 2003:58). Selain itu, fungsi Jawatankuasa Keselamatan Kampung harus diperkukuh.Di samping bekerjasama dalam pembanterasan gejala dadah , budaya hormat-menghormati di kalangan penduduk setempat perlu ditingkatkan Pihak kerajaan pula haruslah memperbanyakkan lagi tenaga kerja (staf) untuk membanteras gejala pengedaran dadah di samping menguatkuasakan undang-undang bagi pesalah dadah agar menjadi teladan kepada masyarakat. Sempadan negara perlu diawasi dengan rapi bagi membanteras penyeludupan . Ceramah, kempen, kaunseling, seminar dan motivasi yang berterusan perlu diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat. (Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, 2003: 58). Tindakan demikian merupakan benteng kepada rakyat terutamanya golongan remaja yang bakal menerajui negara pada suatu masa kelak .

RUJUKAN AGENSI DADAH KEBANGSAAN, (1998). Kenali dan Perangi Dadah.Kuala Lumpur: ADK Yahya Don, (2000).Penagihan Dadah dan Perlakuan Jenayah : Cabaran Kepada Pusat Serenti dan Masyarakat Masa Kini. PRosiding Seminar Kebangsaan Kerja Sosial 1999.UUM. Md.Hashim Yahaya,(1987).Tanggungjawab Ibubapa dan Anak Menurut Islam.Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar. Noraini Ahmad,(1996).Senario kaunseling.Kuala Lumpur :Berita Publishing Sdn.Bhd. Hairunnaja Najmudin,(2003). Memahami dan Membimbing Remaja Nakal.Kuala Lumpur: PTS Publications. Mahmood Nazar Mohamad & Md.Shuaib Che Din,(2003).Memulihkan Penagih Tegar : Implikasi kepada Modaliti Masa Kini.Pengurusan Perkhidmatan Kerja Sosial di Malaysia,UUM. Mahmood Nazar Mohamad,et.al,(1998).Keberkesanan Rawatan dan Pemulihan Penagihan Dadah : Modaliti Kerohanian dan Tradisional di Malaysia. Laporan kajian IRPA tidak diterbitkan,UUM.

PENUTUP Isu gejala sosial sering kita dengar telah mendatangkan kebimbangan walaupun kita telah mengetahui punca kepada masalah ini dan kita juga telah nampak kesan-kesan yang kita hadapi sekarang seperti kes pembuangan bayi, mat rempit, pelacuran dan sebagainya tapi kita

masih tidak dapat mengatasi masalah ini walaupun kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen tapi masih tidak berjaya dan adakah ini berpunca undang-undang Malaysia yang masih tidak di perketatkan ataupun berpunca dari sikap ibu bapa yang tidak peduli dan sibuk mencari duit hingga tidak tahu apa yang masalah anak mereka ataupun berpunca dari dari masyrakat sekeliling yang cuba lepas tangan dengan menunding jari ke arah orang lain ataupun guru-guru yang tidak mengajar dengan baik tentang adab-adab pergaulan sesama remaja ataupun diri sendiri yang patut dipersalahkan kerana tersalah pilih kawan seperti katakata perumpamaan ini "jika kita berkawan dengan anak penjual minyak wangi akan mendapat bau wangi tapi kalau kalau kita berkawan dengan anak penjual kambing kita akan mendapat bau busuknya" atau berpunca pada sikap diri sendiri yang mencuba sesuatu benda baru tapi memikirkan kesannya pada diri kita. Walaupun kita menunding jari diantara satu sama lain masalah ini tidak selesaikan kerana untuk mengatasi maslah ini kita hendaklah bekerjasama antara kita seperti kata perumpamaan ini "bersatu kita teguh dan bercerai kita roboh". Oleh itu hendaklah kita bekerjasama sesama kita tanpa perlu menunding jari antara kita.

You might also like