You are on page 1of 16

MANGGA

Fatin amalina binti abd aziz 3PPISMP RBT 2

PENGENALAN
Mangga (Mangifera indica L.) ialah salah satu jenis buah-buahan bermusim yang banyak ditanam khususnya di Negara beriklim tropika dan subtropika.

Terdapat dua pendapat umum tentang asal usul tanaman mangga.

Yang pertama berpendapat bahawa mangga berasal dari rantau Indo-Burma berdasarkan pelbagai jenis mangga yang dijumpai tumbuh liar di kawasan tersebut.

Yang kedua menganggap semenanjung Malaysia sebagai kawasan asal mangga kerana banyaknya bilangan spesiesMangnifera yang dijumpai di kawasan ini.

Sejak lebih daripada 4000 tahun yang lalu, pokok mangga telah tersebar ke merata tempat kawasan tropika iaitu benua-benua Afrika, Amerika, Asia dan Australia.
Umumnya, mangga kaya dengan vitamin C, B2 DAN B3 yang sederhana tinggi.

Mangga mempunyai pelbagai kegunaan, selain dimakan segar, buah mangga yang cukup masak boleh diproses menjadi minuman segar, cordial, halwa dan jem.

Buah mangga yang muda sesuai diproses menjadi jeruk (basah atau kering), acar dan cutni.

FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KAEDAH PEMBIAKAN

Mangga boleh dibiakkan menggunakan biji atau secara vegetatif.

Walaupun pembiakan menggunakan biji mudah dan murah, ia tidak dapat mengekalkan ciri-ciri pokok induk kerana kebanyakan varieti komersial melalui pendebungaan silang. Pokok ini juga lambat berbuah.

Dengan itu, pokok mangga lebih baik dibiakkan secara vegetatif. Selain boleh berbuah lebih awal, pokok yang dibiak secara cantuman lebih kecil dan rendah berbanding dengan pokok daripada biji.

Pengurusan tanaman juga lebih mudah kerana bahan tanaman daripada anak pokok cantuman seragam.

MEMBIAK TUMBUHAN

Terdapat beberapa teknik cantuman bagi tanaman mangga.

Teknik yang biasa diamalkan ialah cantuman mata tunas, cantuman tunggul dan cantuman baji sisi.

Cantuman mata tunas

Cantuman dijalankan apabila batang anak benih sebesar batang pensel atau 4 bulan selepas disemai.

Kulit mata tunas diambil daripada pokok induk (klon) yang hendak dibiakkan dan diselitkan di bawah kulit batang pokok penanti yang dikopek.

Bahagian cantuman diikat dengan pita cantuman.

Pokok diperiksa 3 minggu selepas dicantum .

Sekiranya cantuman berjaya (mata tunas masih hijau dan tidak kecut), bahagian atas batang pokok penanti dipotong kira-kira 10cm dari mata tunas untuk menggalakkan pertumbuhan mata tunas.

Pertumbuhan mata tunas boleh dipercepatkan dengan menyapu bahan kimia penggalak tunas pada mata tunas.

Bagi cantuman yang tidak berjaya, pokok penanti boleh digunakan lagu untuk cantuman semula. Pokok cantuman boleh diubah ke lading 3 bulan selepas dicantum.

Cantuman tunggul

Teknik cantuman ini sama dengan cantuman mata tunas kecuali cantuman dilakukan pada pokok penanti yang masih di tapak semaian. Bahagian atas batang dipotong kira-kira 10cm dari mata tunas dan sedikit bahagian hujung akar tunjang juga dipotong.

Selepas 3 minggu, pokok yang cantumanya berjaya dicabut.

Anak pokok yang berupa tunggul ini kemudiannya dipindahkan ke dalam polibeg yang berisi tanah campuran.

Cantuman baji sisi

Pokok penanti yang dipilih hendakla h subur dan berumur kira-kira 10 minggu.

Potongan meyerong sepanjan g 3cm dibuat pada batang pokok penanti kira-kira 5 cm dari aras tanah.

Dalamnya potongan tersebut mestilah tidak melebihi 1/3 daripada saiz batang pokok penanti.

Pucuk tunas yang dipilih hendakla h subur dan berukura n 8-10cm. semua daun pada pucuk tunas dibuang.

Bahagian pangkal pucuk tunas dipotong runcing berbentuk v dengan satu bahagian permukaan lagi berukuran kirakira 3cm dan satu bahagian permukaan lagi berukuran 1cm.

pucuk tunas disispkan ke dalam celahan telah dibuat pada pokok penanti.

Bahagian permukaan yang panjang menghala ke arah batang dan pastikan keduadua bahagian permukaan pokok penanti dan pucuk tunas bertemu dengan kemas.

Pita cantuman digunakan untuk membungkus pucuk tunas adalah untuk mengurangkan kehilangan air serta menentukan bahagian pucuk tunas sentiasa berkeadaan lembab.

Selain pita cantuman, beg plastic ais krim boleh juga digunakan untuk menyerkup pucuk tunas bagi mengekalkan lembapan.

Pokok penanti dicantas 3 minggu selepas cantuman dan pita cantuman pada bahagian pucuk tunas ditanggalkan tetapi bahagian cantuman masih terikat.

Selepas 6 minggu, pita cantuman di bahagian cantuman dibuka. Bahan tanaman ini sudah boleh diubah ke ladang.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like