You are on page 1of 34

Bincangkan Tentang Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

Disediakan oleh : Muhamad Amirul Syafiq b Md Yusuf PISMP Pendidikan Islam 2, IPG Kampus Darulaman

Iklan Merdeka TM 2009 - As 1 we care

Link asal : http://www.youtube.com/watch?v=7uyPEAzX2wc

Sebelum Merdeka
Zaman penjajahan British terdapat 3 peringkat pendidikan: Inggeris - rendah dan menengah (elit) Melayu - rendah dan agama Vernakular - Cina (unsur komunisme) dan Tamil Tanpa mengambil kira keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara

Banding Beza Antara Laporan Pendidikan


SEBELUM MERDEKA Rancangan Cheeseman (1946) Laporan Barnes (1951) Laporan Fenn-Wu (1952) Ordinan Pelajaran (1952) Penyata Razak (1956) SELEPAS MERDEKA SEMASA Penyata Rahman Talib (1960) Akta Pendidikan 1996 Akta Pelajaran (1961) Penyata Aminuddin Baki (1964) Akta Bahasa Kebangsaan (Ordinan Pelajaran) 1967 Laporan Hussein Onn (1971) Penyata Mahathir (1979) Dasar Pendidikan Kebangsaan 1999 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010)

Rancangan Cheeseman (1946)


Disediakan oleh Mr H.R Cheeseman, Timbalan Pengarah Pendidikan pada tahun 1946. Kanak-kanak menerima pendidikan peringkat rendah (asas) secara percuma jika menghadiri sekolah vernakular. Bahasa Inggeris diajar di semua sekolah rendah. Pendidikan peringkat menengah (sekolah pertengahan dan tinggi) menggunakan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib di semua sekolah vernakular.

Laporan Barnes (1951)


Dipengerusikan oleh L.J Barnes, Pengarah Bahagian Latihan Sosial Universiti Oxford ketika itu. Menubuhkan sekolah dwibahasa dimana bahasa pengantar adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sekolah-sekolah Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan secara beransuransur kepada sekolah kebangsaan. Pengajaran Agama menggantikan Pengajaran Jawi di sekolah. Pendidikan percuma untuk semua kanak-kanak di sekolah kebangsaan. Sekolah Cina dan Tamil dihapuskan pada peringkat sekolah rendah. Sebagai ganti hanya satu jenis sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan. Sekolah kebangsaan menggunakan satu bahasa sahaja sebagai bahasa pengantar iaitu bahasa Melayu atau Inggeris. Sekolah kebangsaan ditadbir dan dibiayai bersama oleh Penguasa Pelajaran Tempatan. Untuk sekolah menengah, hanya satu bahasa pengantar Inggeris sahaja yang akan wujud.

Laporan Fenn-Wu (1952)


Jawatankuasa Fenn-Wu telah ditubuhkan oleh dua orang pengerusi iaitu Dr. W. O. Fenn dan Dr. Wu Teh Yau. Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah vernakular. Laporan ini mendapati bahawa: Dasar pendidikan di Tanah Melayu hendaklah bermatlamat ke arah pembentukan kewarganegaraan Malaya. Pemaksaan terhadap rakyat berbilang kaum untuk mempelajari satu atau dua bahasa akan menjejaskan perpaduan kaum. Orang Cina sedar dan akan bersedia mempelajari bahasa Melayu dan Inggeris di samping bahasa mereka, maka hendaklah memberi galakan.

Ordinan Pelajaran (1952)


Mengadakan dua sistem persekolahan, iaitu sekolah yang menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Sistem pendidikan sekolah kebangsaan dilaksanakan melalui pengenalan Bahasa Inggeris secara beransur-ansur di sekolah Melayu, Cina dan Tamil. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris juga mula dikuatkuasakan di sekolahsekolah Cina dan Tamil. Sekolah jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan. Pendidikan agama diadakan pada waktu persekolahan untuk murid-murid beragama Islam. Pelajaran Bahasa Melayu diwajibkan di sekolah Inggeris, manakala Bahasa Inggeris diwajibkan di sekolah Melayu. Pelajaran Bahasa Cina dan Tamil perlu disediakan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar. Sekolah-sekolah vokasional diperkembangkan.

Penyata Razak (1956)


Diketuai oleh Tun Haji Abdul Razak Hussien, Menteri Pelajaran persekutuan Tanah Melayu. Bertujuan: Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Melahirkan perpaduan kaum. Merapatkan jurang perbezaan antara kaum. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkesan. Menyediakan kemudahan pelajaran yang mencukupi. Antara cadangan-cadangan Penyata Razak: Dasar pelajaran adalah tanggungjawab Menteri Pelajaran. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menjadi mata pelajara wajib bagi semua sekolah. Untuk memasuki sekolah menengah rendah, pelajar hendaklah lulus dalam Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah.

Ordinan Pelajaran 1957


Dikecam oleh pelbagai pihak kerana merasakan terlalu mengutamakan bahasa Melayu Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) berasa kecewa dengan kerajaan yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang mengguna bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Berkat perjuangan Tuan Syed Nasir bin Ismail (Pengerusi), Dr. Mahathir Mohamad (Naib Pengerusi), Tun Razak bin Hussain, Dato Dr Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya gagasan Universiti Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar mendapat sokongan UMNO dan kerajaan perikatan dan ianya ditubuhkan pada 18 Mei 1970 Kaum cina memohon menubuhkan Universiti Merdeka, kerajaan membenarkan MCA menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR)

Penyata Rahman Talib 1960


Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang dikenali dengan Laporan Rahman Talib ialah: Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun. Murid naik darjah secara automatik. Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurangkurangnya 15 orang. Pendidikan akhlak dititikberatkan. Program latihan perguruan diberi penekanan. Kawalan mutu Pelajaran di tingkatkan di sekolah rendah oleh jemaah nazir

AKTA PELAJARAN, 1961


Objektif dasar dinyatakan dalam pendahuluan BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diidytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya

Objektif dasar pendidikan kebangsaan dinyatakan secara am dalam Ordinan Pelajaran Dalam melaksanakannya, berpandukan kepada Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, iaitu menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja bagi keperluan ekonomi Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan dan objektif-objektif diperkhususkan lagi (memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka masa panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdidiplin dan terlatih)

Laporan Aminuddin Baki 1964


Disediakan oleh Encik Aminuddin Baki (terlibat dalam menyediakan Laporan Razak dan Rahman Talib). Mengadakan pendidikan aneka jurusan bagi sekolah menengah rendah. Para pelajar dikehendaki mengikuti semua mata pelajaran wajib dan sekurang-kurangnya 1 mata pelajaran pilihan. Mata pelajaran wajib : Bahasa Pengantar (Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris), Bahasa ibunda (Bahasa Cina / Bahasa Tamil), Tawarikh (Sejarah) / Ilmu Alam, Ilmu Hisab (Matematik), Sains Am, Tatarakyat, Kesihatan dan Jasmani, Lukisan dan Kerja Tangan / Muzik, Pelajaran Agama Islam / Kristian Mata pelajaran pilihan: Seni Perusahaan, Sains Rumah Tangga, Sains Pertanian dan Perdagangan.

Akta Bahasa Kebangsaan (Ordinan Pelajaran) 1967


Menetapkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi tunggal. Bagaimanapun, di dalam Fasal 3, Akta ini membolehkan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri menggunakan penterjemahan dokumen rasmi atau komunikasi dalam bahasa lain jika terdapat kepentingan awam. Fasal 4: Yang Di-Pertuan Agong boleh membenarkan agar meneruskan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai tujuan rasmi apabila dianggap perlu. Semua mata pelajaran Tahun 1 di SRJK diajar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar, kecuali Bahasa Inggeris dan bahasa ibunda. Mulai tahun 1975, semua SRJK (I) ditukar kepada SRK. Mulai tahun 1982 pula, semua SMJK (I) ditukar kepada SMK.

Laporan Hussein Onn 1971


Tujuan utama Laporan ini selain dari untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara ketika itu, juga adalah untuk menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah. Ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Ketika itu, di sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan masih dijalankan dalam dua bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Walaupun kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara, namun kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut dipelihara. Masa mengajar Bahasa Iggeris ditambah dan guru-guru diberi latihan untuk memperoleh hasil yang baik.

PENYATA MAHATHIR 1979


Dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tumpuan diberikan kepada pendidikan asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira. Kedudukan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dikekalkan. Fokus diberikan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsurunsur disiplin yang diingini. Pendidikan menengah atas dibahagikan kepada dua jurusan, iaitu akademik dan vokasional. Peluang melanjutkan persekolahan ditambah daripada 9 tahun ke 11 tahun. Kurikulum ala Malaysia ditegaskan. Semakan semula dibuat ke atas kursus dalam perkhidmatan bagi Bahasa Malaysia.

Akta Pendidikan 1996


Memantapkan lagi sistem pendidikan kebangsaan bagi generasi muda sejajar dengan aspirasi negara menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi. Menggariskan perundangan yang berkaitan dengan bidang pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1988) dijadikan asas dan landasan. Konsep sistem pendidikan kebangsan dimantapan lagi dan merangkumi semua tahap persekolahan (pra sekolah sehingga pendidikan tinggi) dan semua kategori sekolah (sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, dan sekolah swasta). Status Bahasa Kebangsaan dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Falsafah Pendidikan Negara


Diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara Penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan 1999


a) Menyatukan sistem pendidikan b) Menyatukan kanak-kanak berbilang kaum c) Melahirkan warganegara yang bertanggungjawab, bersatu padu, berdisiplin, berakhlak, seimbang, harmonis dan samasama membina kesejahteraan diri yang dapat memberi kemakmuran negara d) Memperbaiki kemudahan penyelidikan, perancangan dan pelaksanaan

Strategi yang digubal


a) Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama b) Kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah c) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama d) Menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu e) Mendemokrasikan pendidikan dari peluang dan mutu (peruntukan adil) f) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin g) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib

PERBANDINGAN JENIS SEKOLAH-SEKOLAH


JENIS SEKOLAH
Prasekolah Pendidikan Rendah

HURAIAN
Dipantau secara berterusan berdasarkan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah Disediakan bagi kanak-kanak yang berumur 6 tahun selama 6 tahun tetapi boleh ditamatkan dalam tempoh 5 hingga 7 tahun

Pendidikan Menengah
Pendidikan Khas

Disediakan untuk murid yang tamat sekolah rendah


Memberi peluang pendidikan kepada pelajar istimewa demi merealisasikan dasar pendemokrasian pendidikan serta menjamin penyertaan mereka dalam pembangunan negara Mewujudkan golongan pelajar yang berorientasikan kemahiran teknikal bagi memenuhi keperluan guna tenaga negara Meningkatkan manusia golongan pertengahan dalam bidang kejuruteraan dan pengurusan ikhtisas

Teknik dan Vokasional

Politeknik

Latihan Perguruan

Pendidikan Tinggi

Meningkatkan kualiti tenaga pengajar di sekolahsekolah khasnya guru Sains, Matematik dan Teknologi Maklumat Bilangan IPTA dan IPTS ditambah bagi meningkatkan lagi peluang pendidikan tinggi

Bahasa
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan (bahasa rasmi negara) Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kemajuan Bahasa lain bebas diamalkan kecuali untuk maksud rasmi kerajaan

BAHASA JIWA BANGSA-Filem Negara

Link asal : http://www.youtube.com/watch?v=7n1RmluFynw

Sekolah Bestari
Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, menteri pendidikan (ketika itu), sekolah bestari ditubuhkan untuk melahirkan satu generasi rakyat Malaysia yang kreatif serta inovatif dalam pemikiran. Teknologi maklumat akan dapat mewujudkan infrastruktur untuk proses P&P

Sekolah Wawasan
Untuk penyatuan bangsa dan sebagai ruang untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan bangsa Sekolah yang berlainan aliran akan berkongsi kemudahan asas, seperti padang, kantin Perhimpunan bulanan dan kegiatan kokurikulum mengguna bahasa Melayu ketika interaksi sesama mereka

Teras 1: Membina negara bangsa

Teras 2: Membangunkan modal insan

Teras 3: Memperkasakan sekolah kebangsaan

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010)

Teras 6: Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

Teras 4: Merapatkan jurang pendidikan Teras 5: Memartabatkan profesion keguruan

TERAS

STRATEGI PERLAKSANAAN

TERAS

STRATEGI PERLAKSANAAN

TERAS

STRATEGI PERLAKSANAAN

Bangsa Malaysia

Komunikasi Terbuka

SEKOLAH WAWASAN ( SK, SRJK[C], SRJK[T] )

Sistem pendidikan Kebangsaan Perpaduan antara kaum

Komunikasi Terbuka

Kaki Tangan Pelbagai kaum

Identiti Etnik Positif

Kepelbagaian etnik dan budaya

NKRA
National Key Result Area (NKRA) atau Bidang Keberhasilan Utama Negara.

NKRA diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Hala tuju strategik NKRA ,
perancangan dan pelaksanaan selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-10.
Enam bidang tumpuan NKRA ialah : Mengurangkan jenayah Memerangi rasuah Meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman Menambah baik pengangkutan awam bandar

RUMUSAN
Sistem pendidikan di Malaysia telah berkembang agak pesat untuk memenuhi keperluan bangsa dan negara. Selepas merdeka dan sehingga masa kini, pihak kerajaan telah cuba mengubahsuai sistem yang sedia ada supaya sistem tersebut dapat mencapai hasrat membentuk sebuah negara yang boleh hidup dengan harmonis. Antara perkara-perkara yang telah dilakukan ialah : Bahasa Melayu sebagai bahasa utama komunikasi di negara ini dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kemajuan serta bahasa rasmi dunia Pendidikan seumur hidup kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan khas (OKU). Sekolah sebagai penyatuan masyarakat berbilang kaum Melahirkan modal insan bertaraf dunia yang produktif, progresif, inovatif dan berdaya saing di peringkat global Pendidikan yang dapat melahirkan seseorang yang dapat menyumbang kepakaran kepada masyarakat dan negara.

Kurikulum perlu sentiasa diperkukuhkan supaya menepati kehendak dunia tanpa mengetepikan keunikan sejarah dan kepelbagaian kaum serta agama.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, 14 Jun 2005

Kerajaan amat komited dalam soal pendidikan dan pembangunan modal insan dengan menyediakan jumlah peruntukan yang besar sebanyak 50.1 bilion ringgit iaitu 21.6% daripada keseluruhan bajet. Jumlah peruntukan yang besar ini TIDAK BOLEH DIANGGAP SEBAGAI SATU PERBELANJAAN SEMATA-MATA, tetapi PELABURAN yang bakal memberi keuntungan kepada negara dalam jangka masa yang panjang.
YB. Dato Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, 17 Oktober 2011

Kementerian akan terus berusaha untuk meningkatkan pembudayaan inovasi di sekolah. Bermula tahun 2011, Kementerian telah melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang menekankan aspek pemikiran kritis, kreatif dan inovatif sejak peringkat awal persekolahan.
YAB Tan Sri Dato Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana MenterI, 16 Mei 2012

You might also like