You are on page 1of 4

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL BATANG KALI 44300,BATANG KALI HULU SELAGOR,SELANGOR Minit Mesyuarat Program Hari Kokurikulum

2012

Tarikh Masa Tempat Kehadiran

: 26 Julai 2012 : 1.30 Tengah hari : Bilik Guru SJKT Batang Kali : 1. Pn.P.Manjulah (Guru Besar ) 2 .Pn.B.Saraswathy (GPK 1 ) 3. Pn.G.Loganayaki (GPK Hem ) 4. En.M.Nethasi (GPK Kokurikulum ) 5. Pn.T.Tanggalithimy 6. Pn.K.Muthumogana 7. Pn.R.Paruwathi 8. Pn.A.Nirmala 9. Pn.A.Rajeswari 10. Pn.M.Kunavathi 11. Pn.K.Vijaya 12. Pn.S.Vithiya 13. Pn.A.Leela 14. Pn.Sellam 15. Pn.R.Saraladevi 16. Cik.A.Subashiny 17. Cik.A.Kavitha 18. Cik.A.Rukumani 19. Pn.S.Sithirakala 20. En.S.Yogarajan 21. En.M.Janagaraj 22. Pn.Zaiton bt. Mokthar

Agenda: 1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan salam. 1.2 Mengucapkan terima kasih dan mengalu alukan kehadiran Guru Besar dan semua guru yang hadir. 1.3 Pengerusi memaklumkan agenda mesyuarat.

2.0

Ucapan Guru Besar 2.1 Pihak sekolah dimaklumkan bahawa semua guru Program Pensiswazahan Guru (PPG ) Ambilan 2012 adalah dikehendaki melaksana dan menjalankan Program Bina Insan Guru ( BIG ) sebagai memenuhi keperluan sebahagian daripada syarat lulus kursus Program PPG yang sedang diikuti.Dengan ini pihak sekolah memberi kebenaran dan kerjasama kepada guru berkenaan menjalankan program BIG di sekolah seperti yang dirancang. 2.2 Sehubungan itu, guru guru PPG Ambilan 2012 dikehendaki melaksana dan menjalankan Program Bina Insan Guru ( BIG ) dan menyiapkan laporan tugasan seperti yang telah diarahkan oleh pihak pengurusan IPG masing masing dengan jayanya. Makluman / tindakan Semua guru Program PPG 2012

3.0

Lokasi dan Tarikh Pelaksanaan 3.1 Melalui kerjasama dengan Unit Ko-Kurikulum , lokasi pelaksanaan program ini akan dijalankan di padang sekolah. Ini telah dipersetujui oleh pihak Unit Kokurikulum. 3.2 Manakala tarikh pelaksanaan Program Hari Kokurikulum ini seperti dalam perbincangan iaitu pada 26 september 2012.Iaitu bersamaan hari Rabu. Bermula dari 7:45 pagi 4:15 petang . 3.3 Pihak sekolah juga telah meneliti tarikh tersebut dan mempersetujuinya setelah memastikan tarikh berkenaan tidak bertentangan dengan aktiviti sekolah yang yang melibatkan semua murid.

4.0 Cadangan Aktiviti 4.1 Antara cadangan aktiviti yang bakal dijalankan ialah:4.1.1 Sukaneka (Stesen Mainan) 4.1.2 Memasang Khemah 4.1.3 Perbarisan 4.1.4 Aktiviti mewarna logo 4.1.5 Penutup 5.0 Lawatan Tapak 5.1 Pihak Unit Kokurikulum bersama guru yang terlibat akan menyediakan kelengkapan mencukupi sebelum aktiviti dijalankan. Makluman / tindakan Semua guru Program PPG 2012 6.0 Peralatan 6.1 Semua peralatan perkhemahan akan diuruskan oleh AJK peralatan melalui GPK Kokurikulum. Makluman / tindakan AJK Peralatan 7.0 Agihan Tugas 7.1 Semua guru yang terlibat diberi tugasan masing masing seperti tercatat dalam kertas kerja Makluman / tindakan Semua AJK guru 8.0 Kos Perbelanjaan 8.1 Sumber kewangan untuk aktiviti ini didapati melalui PCG unit Kokurikulum, yuran penyertaan murid dan kutipan kewangan daripada guru guru PPG seramai 3 orang guru. Makluman / tindakan Semua AJK guru

9.0 Kebajikan , Makanan dan Keselamatan 9.1 Kebajikan murid dari segi kelengkapan , bahan edaran, P.A sistem dan makanan akan diuruskan oleh semua guru dan AJK terlibat. 9.2 Keselamatan murid pula akan diawasi oleh pihak berkuasa dan guru yang terlibat. Makluman / tindakan Semua AJK guru

10.0 Dokumentasi 10.1 Semua aktiviti yang dijalankan perlu ada dokumentasi , sama ada berbentuk video, audio mahupun gambar .AJK yang dilantik bertanggungjawab mengambil gambar untuk setiap aktiviti.

Makluman / tindakan Semua AJK guru 11.0 Hal hal lain 11.1 Guru Besar mengingatkan guru PPG agar lebih proaktif dalam menjalankan

amanah dan mewujudkan modal insan dan pelaksanaan program Hari Kokurikulum ini berjalan lancar dengan jayanya.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

---------------------------(PN.LOGANAYAKI A/P GANESAN ) NO.KP: 700919105498

--------------------------

You might also like