You are on page 1of 2

Ayat songsang Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada

hujung ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa: AYAT BIASA AYAT SONGSANG AYAT PASIF SUBJEK + PREDIKAT PREDIKAT + SUBJEK

OBJEK + KATA KERJA + SUBJEK Ayat songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya membantu menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan menyebabkan bahasa anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang amat berguna jika anda perlu menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua jenis ayat dapat disongsangkan. Jenis ayat Ayat inti Ayat tanya Susunan biasa Encik Yosri birokrat. Kucing itu ke sana. Orang itu adik kamu? Kamu belum makan? Surat itu akan saya kirimkan. Saya ketinggalan bas pada hari itu. Susunan songsang Birokratlah Encik Yosri. Ke sana kucing itu. Adik kamukah orang itu? Belum makankah kamu? Akan saya kirimkan surat itu. Ketinggalan bas saya pada hari itu.

Ayat pasif

Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel "kah" (untuk ayat tanya) dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu digunakan supaya jelas bentuk ayat songsang itu.

(sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Jenis-jenis_ayat_bahasa_Melayu) Anda mungkin juga meminati: Ayat Inti Ayat Pasif Ayat Tanya

You might also like