You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI KEDUA SESI 2012-2013 SK TAMAN MUHIBBAH Tarikh Hari Masa Tempat : 9/5/2012

: Rabu : 8.30 malam : Bilik Gerakan

Kehadiran : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. En. Mazlan b.. Muhammad (YDP) En. Mohd Baharun b. Hussin (NYDP) Cik Husna bt. Eahsan Cik Sahidah bt Abdul Latif Pn. Salmah bt Thompson Pn. Aniza bt Aziz En. Mohd Syamil b. Othman En. Khalid b. Muhe Pn. Salbiah bt Lehar Pn. Richa bt Abdul Rahman Cik Azimah bt Saman Pn. Hafidza bt Mohd Yusoh Pn. Norlida bt Ahmad Sobli En. Hamidon b. Salleh Pn. Zunaidah bt Mohamad Pn. Noor Asyikin bt Kamusi

Turut hadir: 1. En. Hasan b. Ismail (GPK 1)

1. Ucapan Yang Dipertua PIBG 1.1 Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada YDP PIBG. 1.2 YDP mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi dan berterima kasih atas kehadiran AJK PIBG. Tindakan: YDP

2. Ucapan Wakil Sekolah 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 En. Hasan b. Ismail mengalu-alukan kehadiran AJK PIBG serta mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua. Menyampaikan ucapan salam daripada Guru Besar. Memaklumkan keadaan SKTM iaitu guru seramai 47 orang, kakitangan sokongan 7 orang dan murid-murid berjumlah 606 orang. Menyatakan bahawa terdapat 24 buah kelas yang beroperasi. Mengalu-alukan maklumat dan aduan daripada pihak ibu-bapa. Tindakan: En. Hasan b. Ismail (GPK 1 SKTM ) 3. Pengesahan Minit Mesyuarat 3.1 Pn. Salmah bt Thompson mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan dan Cik Sahidah bt Abdul Latif menyokong. Tindakan: Setiausaha PIBG 4. Pembentangan Laporan Kewangan 4.1 Pembentangan kewangan tidak dapat dilakukan. Tindakan: Bendahari PIBG 5. Kem Solat 5.1.1 5.1.2 5.1.3 5.1.4 5.1.5 YDP memaklumkan bahawa kerjasama antara PIBG SKTM dan Pejabat Agama Kulai dibatalkan. En. Hasan b. Ismail mencadangkan agar program ini turut melibatkan penglibatan ibu-bapa. Setiausaha membentangkan perjalanan kem solat. YDP mengalu-alukan sumbangan ajk dari segi duit , makanan atau tenaga. YDP memaklumkan bahawa penceramah jemputan ialah Ustaz Nik Shahrul dengan bayaran sebanyak RM 200. Tindakan: PIBG SKTM

6. Tandas Sekolah 6.1 Pn. Salbiah bt Lehar telah memaklumkan bahawa beliau telah membeli barang keperluan tandas. 6.2 En Hasan b. Ismail menyatakan bahawa terdapat masalah dengan kontraktor pembersihan. 6.3 En. Hamidon b. Salleh mencadangkan agar ditamatkan kontrak. . Tindakan: Pentadbiran SKTM

7. Kantin 7.1 Pn. Zunaidah bt Mohamad memaklumkan bahawa makanan di kantin tidak mencukupi bagi murid tahap 2. 7.2 En. Hasan b. Ismail telah memaklumkan bahawa perjumpaan antara pengurusan sekolah dan pihak kantin telah diadakan. 7.3 Beliau turut meminta kerjasama pibg agar menyalurkan aduan berkaitan kantin kepada beliau. Tindakan: Pentadbiran SKTM 8. Pra Sekolah 8.1. En. Hasan b. Ismail meluahkan rasa terkilan terhadap masalah yang dihadapi. 8.2 YDP memaklumkan agar bertindak selepas sebulan untuk menyelesaikan masalah ini. 8.3 Mesyuarat sebulat suara bersetuju member mandat kepada YDP selepas 9/6/2012 untuk bertindak. . Tindakan: PIBG 9. Hal-Hal Lain 9.1 En. Hasan b. Ismail mencadangkan agar diadakan takwim PIBG. 9.2 Pn. Zunaidah bt Mohamad menyatakan lampu di kawasan perhentian bas tidak menyala. 9.3 En. Hasan b. Ismail menyatakan akan memaklumkan kepada pengawal keselamatan tentang hal ini. 9.4 Pn. Salbiah bt Lehar mencadangkan agar lubang berdekatan perhentian bas disimen. 10. Penutup 10.1 YDP mengharapkan aktiviti yang dirancang akan berjalan lancar. 10.2 Mengharapkan komitmen semua AJK PIBG. Tindakan: YDP Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.45 malam.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(HUSNA BT EAHSAN) Setiausaha PIBG SK Taman Muhibah

.. (MAZLAN B. MUHAMMAD) Yang DiPertua PIBG, SK Taman Muhibah

You might also like