Professional Documents
Culture Documents
Semibreve w W 1
1
Minim h H 2
1
Krochet q Q 4
1
Kuaver e E 8
1
Semikuaver s S 16
Demisemikuaver r ¨ 1
32
Contoh 1:
'&=g¶==. '&=gï=====W=.
=
Pada contoh di atas, minim bertitik d adalah mempunyai nilai yang sama dengan h+ q.
Contoh 2:
'&=g¶¶=. '&=gï=====W,===G=.
=
Pada contoh di atas pula, minim mempunyai dua titik. Titik pertama mewakili setengah daripada h,
dan titik seterusnya mewakili setengah daripada nilai titik pertama iaitu q. Oleh itu nilai : = h+ q+ e.
[C] Triplet
Triplet ialah tiga not yang dikumpulkan bersama dan, nombor ‘3’ menunjukkan
penggunaan triplet, contoh dibawah menunjukkan bagaiman not-not digabungkan
untuk membentuk triplet.
Bracket dan slur dengan nombor 3, digunakkan untuk mengumpulkan tiga not.
1
Triplet Krochet
Triplet krochet terdiri daripada 3 krochet yang dikumpulkan, dan mempunyai nilai
yang bersamaan dengan 1 minim atau dua krochet. Triplet krochet dimainkan
sepanjang jangka masa (duration) 1 minim.
Triplet Kuaver
Triplet kuaver terdiri daripada 3 kuaver dan nilai triplet kuaver adalah sama
dengan 1 krochet. Triplet kuaver dimainkan sepanjang jangka masa 1 krochet.
Triplet Semikuaver
Triplet semikuaver pula terdiri daripada 3 semikuaver, dan mempunyai nilai yang
sama dengan 1 kuaver. Triplet semikuaver dimainkan sepanjang jangka masa 1
kuaver.
Triplet Krochet
h
Triplet Kuaver
q
Triplet Semikuaver
e
2
[D] Duplet
Duplet merupakan tuplet yang terdiri daripada dua not yang digabungkan seperti
triplet-triplet di atas, nombor ‘2’ menunjukkan pengunaan duplet.
Duplet Krochet
Duplet krochet terdiri daripada 2 krochet yang dikumpulkan, dan mempunyai nilai
yang bersamaan dengan 1 minim bertitik. Duplet krochet dimainkan sepanjang
jangka masa (duration) 1 minim bertitik.
Duplet Kuaver
Duplet kuaver terdiri daripada 2 kuaver, nilai duplet kuaver adalah sama dengan
1 krochet bertitik, dan dimainkan sepanjang jangka masa 1 krochet bertitik.
Duplet Semikuaver
Duplet semikuaver terdiri daripada 3 semikuaver dengan nilai yang sama dengan
1 kuaver bertitik. Duplet semikuaver dimainkan sepanjang jangka masa 1 kuaver
bertitik.
Duplet Krochet
d
Duplet Kuaver
j
Duplet Semikuaver
i
Prepared by: Jerry Ubin [UiTM, Practicum 05 Jan – 03 April 2009]
Created on: 24 Feb. 09, 11:38:53