You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS JALAN PEEL, 55100 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT AJK KECEMERLANGAN UPSR BIL 1/2012


TARIKH HARI MASA TEMPAT : : : : 11 JANUARI 2012 RABU 2.00 PETANG BILIK GURU, SKPK JALAN PEEL.

KEHADIRAN : 1. PN RAMENAH @RAMNAH BT HJ TANI 2. TN HJ AZMAN BIN HARUN 3. CIK ZARINA BINTI AHMAD 4. PN AZIZAH BINTI TALIB 5. PN JURINA BINTI ABDUL MANAF 6. EN MOHD KHAIRUL IZHWAN BIN MANSOR 7. PN LEE SENG KEAT 8. PN RUSNANI BINTI ROSILI 9. CIK NOR HANUM BINTI HARUN

TIDAK HADIR :

1. PN NOR AZIAH BINTI DAUD

AGENDA 1.

PERKARA Bacaan doa dan ucapan pengerusi 1.1 Bacaan doa oleh Tn Hj Azman Bin Harun 1.2 Pengerusi berterima kasih kepada guru-guru yang telah hadir ke mesyuarat. 1.3 Penghargaan kepada Pn Ooi iaitu selaku Setiausaha Kecemerlangan UPSR 2011 yang telah banyak berjasa kepada sekolah dan akan berpindah tidak lama lagi.

2.

Perlantikan Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR 2012 2.1 Pn Ramenah akan mempengerusikan Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR sepanjang ketiadaan Guru Besar, Pn Azizah telah dilantik sebagai Setiausaha. 2.2 Pn Ramenah mengalu-alukan kehadiran AJK Kecemerlangan UPSR 2012 dan mengharapkan agar ahli jawatankuasa dapat sama-sama meneruskan dan mempertingkatkan kecemerlangan sekolah.

3.

Program Kecemerlangan UPSR 2012 dan aktiviti tahunan 3.1 Berdasarkan keputusan Intervensi 1 2011, Jawatankuasa telah menerima permohonan penjaga Wong Sey Gin dari 6B Wira untuk terus menduduki UPSR pada tahun 2012. 3.2 Pembentangan Program Kecemerlangan UPSR 2012 oleh Setiausaha. (Sila rujuk handout yang diberi). 3.3 Penetapan target murid lulus telah dipersetujui ahli mesyuarat. Peratus pencapaian perlu diturunkan agar ia lebih realistik memandangkan terdapat murid yang amat lemah. 3.4 Cik Nor Hanum telah dipertanggungjawabkan mengadakan Program Orientasi dan Konsultansi Ibubapa Murid UPSR 2012 secepat yang mungkin dengan kerjasama guru-guru subjek. 3.5 Setiausaha memaklumkan bahawa Bengkel Format Kertas Soalan UPSR akan diadakan pada 31 Januari 2012 mengikut jadual kelas tersebut. 3.6 Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah menyediakan dan menjadualkan slot motivasi dan kaunseling murid-murid UPSR. Beberapa slot perlu difokuskan kepada murid-murid yang lemah iaitu Ashley Low Chi Yen dan Nurul Asyiqin Abd Rahim. Slot-slot tersebut akan dibentangkan kepada Jawatankuasa

Kecemerlangan UPSR untuk sebarang penambahbaikan. 3.7 Kem motivasi dan solat hajat akan diadakan dan akan dibincangkan dalam

mesyuarat yang akan datang. 3.8 Cik Nor Hanum akan menguruskan Banner UPSR 2012 dan akan dibantu oleh En Mohd Khairul Izhwan selaku jurugambar. 4. Hal-hal lain 4.1 Ganjaran UPSR akan diteruskan dan nilainya dikekalkan. 4.2 Kelas Bimbingan PRA UPSR akan dijalankan setelah pemilihan murid-murid yang akan terlibat dalam kelas tersebut. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh :

Dicadangkan oleh :

Disokong oleh:

____________________ PN AZIZAH BT TALIB SETIAUSAHA UPSR 2012 SKPK JALAN PEEL,KL

_____________________

________________________

Disahkan oleh :

_________________________

You might also like