You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KEWANGAN BIL 2/2011 SEK. KEB. KLIA, TAMAN MAWAR BDR.

BARU SALAK TINGGI, 43900 SEPANG, SELANGOR

Tarikh Masa Tempat

: : :

19 Julai 2011 (Selasa) 2.45 Petang Bilik Mesyuarat SK KLIA

Senarai Kehadiran: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. Pn. Rumiah Bt Abd Jalil Pn. Nooriah Bt Kasah Pn. Ana Liza Bt Zainuddin Pn. Nor Azliana Bt Ahmad Pn. Norazila Bt Daud Pn. Salasiyah Bt Talib Pn. Rohani Bt Salleh Pn. Ros Azillah Bt Mohd Rashid Pn. Norlelawati Bt Jusoh Pn. Ruzaimah Bt Salleh En. Abdullah Mohsin A. NasaruddinPn. Nor Amnah Bt Mohamad En. Mohd Rizalman Md Noor Pn. Salwana Bt Jaafar Pn Norsyamihah Bt Md Salleh Pn Suzi Bt Zamahshari Cik Tan Sook Chin Pn. Masniza Bt Md Shah Pn. Rohaya Bt Rosdi Pn. Mazeliah Bt Jalil Pn. Anita Bt Ramli Pn. Rodziah Bt Zakariya Pn. Siti Azura Bt Nasarudin Guru Besar / Pengerusi Penolong Kanan Pentadbiran Penolong Kanan HEM Ketua Pembantu Tadbir / Setiausaha KP Bahasa Melayu KP Bahasa Inggeris KP Matematik KP Sains KP Pendidikan Agama Islam KP Bahasa Arab KP Kajian Tempatan KP Sivik & Kewarganegaraan KP Pend. Jasmani & Kesihatan SU Pendidikan Seni KP Pendidikan Muzik KP Kemahiran Hidup KP Bahasa Cina Guru Prasekolah Guru Pemulihan Guru ICT / KP Pendidikan Moral Guru Bimbingan & Kaunseling Guru Pusat Sumber & Media Juruaudit Dalaman

Tidak Hadir Dengan Izin : 1. 2. En. Md Sukri Bin Darus Pn. Azizah Bt Mihat PK Kokurikulum (Bertugas di luar) Pt Kewangan (Cuti Rehat)

Agenda : 1. Ucapan Pengerusi Pn Rumiah Bt Abd Jalil (Guru Besar) 1.1 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan memulakan mesyuarat dengan Surah Al-Fatihah. Beliau memohon maaf diatas kelewatan mengadakan mesyuarat kewangan kali kedua ini yang sepatutnya diadakan pada bulan Jun kerana terdapat banyak program yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah seperti yang tercatat dalam takwim 2011. Tindakan : 2. Makluman semua

Pengesahan Minit Mesyuarat Pengurusan Kewangan Bil. 1/2011 Cadangan Disokong : : Pn Salasiyah Bt Talib Pn Norlelawati Bt Jusoh

3.

Perkara Berbangkit. 3.1 Perkara 6 (6.2 xi) Pengerusi mengingatkan semula kepada semua KP dan guru-guru yang terlibat supaya merekod bekalan/stok yang diterima ke dalam Buku Rekod Stok Panitia masing-masing. Tindakan : 3.2 Makluman semua

Perkara 7.1 berkaitan Yuran Tambahan Murid yang masih belum diterima, Pengerusi meminta PK HEM untuk menyemak semula purata pendapatan keluarga murid-murid yang terlibat. Sekiranya keluarga mereka tidak mampu, mereka boleh dipertimbangkan untuk memohon peruntukan KWAPM @ KWAPM eKasih pada tahun hadapan. Tindakan : PK HEM

3.3

Perkara 7.2 & 7.3 berkaitan Permohonan untuk membeli Kabinet berkunci oleh KP Sains dan almari berkaca oleh Guru PSS, Pengerusi mengingatkan kembali kepada mereka supaya membuat perbandingan harga di kedai dan memaklumkannya ke pejabat sekiranya masih berminat. Tindakan : KP Sains & Guru PSS

3.4

Perkara 7.5 berkaitan cadangan pembelian Gendang & Gong untuk pelbagai aktiviti di sekolah oleh Panitia Agama Islam. Pengerusi meminta supaya KP Pend. Muzik mendapatkan sebutharga kedua-dua alat muzik tersebut. Berdasarkan peruntukan yang ada, mesyuarat mengambil keputusan untuk membeli gendang sahaja pada tahun ini. Tindakan : KP Pend. Muzik / KPT

4.

Pembentangan Kedudukan Kewangan Akaun Kerajaan & SUWA 2011 4.1 Pengerusi membentangkan kedudukan kewangan terkini (sehingga 18.7.2011) bagi kedua-dua akaun sekolah dan kenyataannya adalah seperti di Lampiran A & B. Tindakan : Makluman semua 4.2 Pengerusi memaklumkan terdapat peruntukan yang perlu dihabiskan pada tahun ini seperti Peruntukan BKK, BKKP, BSS dan Yuran Khas. Oleh yang demikian Guru-guru yang terlibat hendaklah memastikan ianya dibelanjakan mengikut maksud perbelanjaan yang ditetapkan dalam Pekeliling Kewangan Bil 8/2010. Tindakan : PK Kokurikulum / KPT 4.3 Pengerusi meminta kepada semua KP dan Guru PSS, B & K, serta Prasekolah dapat menyediakan Laporan Anggaran Perbelanjaan Kewangan untuk simpanan dan rujukan masing-masing dengan merujuk kepada KPT bagi mengelakkan perbelanjaan melebihi peruntukan yang diterima. Tindakan : Semua KP / Guru PSS /B & K / Prasekolah / KPT

5.

Hal-hal lain 5.1 KP Pendidikan Muzik memohon untuk membeli sebuah TV untuk digunakan Di bilik Muzik. Tindakan : Permohonan tidak diluluskan dan Pengerusi meminta supaya KP berkenaan menggunakan TV di Bilik Tayang PSS jika perlu.

5.2

KP Pend. Jasmani & Kesihatan bercadang untuk membeli sebuah Roller yang boleh digunakan untuk membuat padang. Tindakan : Cadangan diluluskan.

5.3

KP B. Inggeris & B. Melayu menyatakan terdapat banyak kesilapan ejaan dalam bahan P & P yang telah dibeli daripada pembekal. Tindakan : Pengerusi mengingatkan kepada KP yang lain menyemak atau melihat contoh terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk membeli sesuatu bahan di lain masa.

5.4

Guru PSS memohon untuk membeli sebuah printer untuk digunakan di Bilik Sumber. Tindakan : Mesyuarat bersetuju dan akan dibincangkan kemudian.

5.5

KP Pend. Muzik, KP Pend. Seni, Guru Pemulihan & Guru B & K memohon untuk membeli langsir tingkap di bilik masing-masing. Tindakan : Permohonan akan dipertimbangkan berdasarkan sumber kewangan.

5.6

Kepada KP Pend. Agama Islam, Pengerusi meminta panitia tersebut membuat program supaya peruntukan SUWA (Akt. Agama Islam) tidak meninggalkan baki yang banyak di akhir tahun. Tindakan : KP Pend. Agama Islam

5.7

Pengerusi bertanya kepada KP Pend. Sivik & Kewarganegaraan samada peruntukan yang ada masih diperlukan atau tidak kerana jika tiada keperluan, Pengerusi mencadangkan supaya ianya dipindahkan peruntukan panitia yang memerlukan seperti Panitia B. Cina & Kelas Pemulihan. Keputusan : KP PSK bersetuju sekiranya tiada program / bahan yang hendak dibeli dalam jangka masa terdekat ini. Tindakan : KP PSK / KPT

6.

Ucapan Penangguhan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan mengakhiri mesyuarat ini dengan Surah Al-As. Mesyuarat ditangguhkan jam 4.30 petang.

Disediakan oleh :

Disahkan Oleh :

You might also like