You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KEWANGAN BIL 3/2011 SEK. KEB. KLIA, TAMAN MAWAR BDR.

BARU SALAK TINGGI, 43900 SEPANG, SELANGOR

Tarikh Masa Tempat

: : :

10 November 2011 (Khamis) 2.45 Petang Bilik Mesyuarat SK KLIA

Senarai Kehadiran: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. Pn. Rumiah Bt Abd Jalil Pn. Nooriah Bt Kasah En. Md Sukri Bin Darus Pn. Nor Azliana Bt Ahmad Pn. Norazila Bt Daud Pn. Salasiyah Bt Talib Pn. Rohani Bt Salleh Pn. Ros Azillah Bt Mohd Rashid Pn. Norlelawati Bt Jusoh Pn. Ruzaimah Bt Salleh En. Abdullah Mohsin A. Nasaruddin Pn. Nor Amnah Bt Mohamad En. Mohd Rizalman Md Noor Pn. Salwana Bt Jaafar Pn Norsyamihah Bt Md Salleh Pn Suzi Bt Zamahshari Cik Tan Sook Ching Pn. Masniza Bt Md Shah Pn. Rohaya Bt Rosdi Pn. Mazeliah Bt Jalil Pn. Rodziah Bt Zakariya Pn. Nor Alina Bt Ali Pn. Siti Azura Bt Nasarudin Guru Besar / Pengerusi Penolong Kanan Pentadbiran PK Kokurikulum Ketua Pembantu Tadbir / Setiausaha KP Bahasa Melayu KP Bahasa Inggeris KP Matematik KP Sains KP Pendidikan Agama Islam KP Bahasa Arab KP Kajian Tempatan KP Sivik & Kewarganegaraan KP Pend. Jasmani & Kesihatan SU Pendidikan Seni KP Pendidikan Muzik KP Kemahiran Hidup KP Bahasa Cina Guru Prasekolah Guru Pemulihan Guru ICT / KP Pendidikan Moral Guru Pusat Sumber & Media Setiausaha Kokurikulum Juruaudit Dalaman

Tidak Hadir Dengan Izin : 1. 2. 3. Pn. Ana Liza Bt Zainuddin Pn. Anita Bt Ramli Pn. Azizah Bt Mihat PK HEM (Bertukar) Guru B & K (Mesyuarat di PPD Sepang) PT Kewangan

Agenda : 1. Ucapan Pengerusi Pn Rumiah Bt Abd Jalil (Guru Besar) 1.1 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan memulakan mesyuarat dengan Surah Al-Fatihah. Beliau memohon maaf di atas kelewatan mengadakan mesyuarat kewangan kali ketiga kerana menghadapi kekangan masa. Tindakan : Makluman semua

2.

Pengesahan Minit Mesyuarat Pengurusan Kewangan Bil. 1/2011 Cadangan Disokong : : En Abdullah Mohsin Bin Ahmad Nasaruddin Pn Ruzaimah Bt Salleh

3.

Perkara Berbangkit. 3.1 Pengerusi memaklumkan terdapat 4 orang murid yang masih belum menjelaskan Yuran Tambahan pada tahun ini dan beliau mencadangkan untuk memohon bantuan PIBG bagi menyelesaikannya (Perkara 3.2 ). Tindakan : 3.2 GB/KPT

Perkara 5.7 berkaitan Peruntukan Pend. Sivik & Kewarganegaraan. Memandangkan tiada permohonan untuk membeli bahan ABM daripada Panitia Bahasa Cina dan Pemulihan, maka peruntukan tersebut dikembalikan semula kepada panitia berkenaan. Tindakan : KP PSK / KPT

4.

Pembentangan Kedudukan Kewangan Akaun Kerajaan & SUWA 2011 4.1 Pengerusi membentangkan kedudukan kewangan terkini (sehingga 31.10.2011) bagi kedua-dua akaun sekolah dan kenyataannya adalah seperti di Lampiran A & B. Tindakan : Makluman semua 4.2 Pengerusi mengingatkan kepada semua panitia supaya memastikan peruntukan yang diterima dibelanjakan mengikut Pekeliling Kewangan Bil 8/2010 sebelum sesi persekolahan berakhir pada bulan November ini. Bagi panitia yang menghadapi masalah dalam membelanjakan peruntukannya, panitia tersebut boleh merujuk kepada GB/KPT/PT Kewangan supaya ianya dapat diambil tindakan. Tindakan : Semua KP / KPT 4.3 Pengerusi mengingatkan kepada KPT supaya memastikan lebihan peruntukan semasa seperti peruntukan RMT, Makan Prasekolah, BKK, BSS dan Yuran Khas bagi Akaun Kerajaan dipulangkan kepada KPM sebelum berakhir 31.12.2011. Tindakan : 4.4 KPT

Pengerusi juga mengingatkan kepada KPT supaya memastikan Yuran MSSS dan Insuran yang masih ada dalam Akaun SUWA dijelaskan kepada pihak berkaitan sebelum bulan November berakhir. Tindakan : KPT

4.5

Pengerusi mengingatkan kepada semua KP supaya mengemaskini laporan kewangan masing-masing. (Contoh format dilampirkan). Tindakan : Semua KP / KPT

5.

Hal-hal lain 5.1 KP Bahasa Melayu meminta kepastian berkaitan siapa yang perlu menyimpan Buku Stok Panitia samada ianya disimpan oleh KP atau di Pejabat sekolah. Tindakan : Pengerusi memutuskan supaya ianya disimpan di Pejabat Sekolah kerana KP mungkin akan bertukar kepada orang lain untuk tahun berikutnya.

5.2

KP Bahasa Cina meminta kepastian samada masih boleh membeli bahan ABM bagi panitia tersebut. Tindakan : Pengerusi menjelaskan tiada peruntukan pada tahun ini dan meminta panitia tersebut menunggu sehingga tahun hadapan.

6.

Ucapan Penangguhan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan mengakhiri mesyuarat ini dengan Surah Al-As. Mesyuarat ditangguhkan jam 3.30 petang.

Disediakan oleh :

Disahkan Oleh :

You might also like