You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS JALAN PEEL MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 1 / TAHUN 2013

Tarikh Masa Tempat Pengerusi Nama Yang Hadir

: 21 Januari 2013 : 3.30 petang 4.30 petang : 1 Wira : Encik K.Thayalan a/l K.Kanagaratnam : 1) Encik Azman Bin Harun 2) Encik Muhammad Safuan Bin Ashari 3) Encik Mohd Norazmi Bin Nordin 4) Encik Mohd Alhafiz Bin Omar 5) Encik Rafiuddin Bin Mohd Isa 6) Cik Shamila Nair a/p Chandran

Nama Yang Tidak Hadir Turut Hadir (Jika ada) Urus Setia

: Tiada : Tiada : Tiada

PERUTUSAN PENGERUSI

1.1.

Pengerusi mengucapkan selamat tahun baru 2013 dan berterima kasih di atas kehadiran semua guru yang terlibat pada mesyuarat kali ini. Pengerusi memperkenalkan AJK Kokurikulum bagi tahun 2013 yang terdiri daripada Penolong Kanan Kokurikulum, Setiausaha Sukan dan Permainan dan penyelaras bagi unit beruniform, kelab dan permainan.

No. Keluaran

Tarikh Keluaran

No. Pindaan

Tarikh Pindaan

Penolong Kanan Kokurikulum : Encik K.Thayalan a/l K.Kanagaratnam Setiausaha : Encik Muhammad Safuan Bin Ashari Penyelaras Kelab : Cik Shamila Nair a/p Chandran Penyelaras Unit Beruniform : Encik Rafiuddin Bin Mohd Isa Penyelaras Permainan : Encik Mohd Norazmi Bin Nordin
Tindakan:Semua AJK Kokurikulum 2013

1.2.

Pengerusi mengingatkan kepada semua guru bahawa aktiviti kokurikulum adalah wajib kepada semua guru di sekolah. Pekeliling akan diberikan kepada semua penyelaras untuk dihebahkan kepada guru-guru di bawah kendalian mereka.
Tindakan:Semua penyelaras dan guru

1.3.

Pengerusi menjelaskan kepada semua penyelaras bahawa perjumpaan kokurikulum harus dilakukan mengikut ketetapan yang telah diberikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Kelab dan Persatuan : 12 kali perjumpaan setahun Unit Beruniform : 18 kali perjumpaan setahun Sukan dan Permainan : 12 kali perjumpaan setahun
Tindakan: Semua guru

PERKARA BERBANGKIT 2.1. Encik Azman Bin Harun menjelaskan tentang penglibatan guru dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Semua murid dikehendaki memakai pakaian sekolah pada waktu pagi dan menukarkankan kepada pakaian sukan pada waktu kokurikulum.Sesetengah murid dibenarkan pengecualian daripada kokurikulum berdasarkan tahap kesihatan murid dan mesti dilampirkan surat pengecualian daripada ibubapa Tindakan:Semua guru

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN UNIT 3.1. Cik Shamila selaku penyelaras kelab dan persatuan mencadangkan aktiviti pengembaraan kek Batu Caves yang akan dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta dengan kadar bayaran yang istimewa. Cik Shamila akan mengadakan perbincangan lanjutan tentang aktiviti ini dengan pihak sekolah.
Tindakan:Penyelaras Kelab dan Persatuan

No. Keluaran

Tarikh Keluaran

No. Pindaan

Tarikh Pindaan

3.2.

Encik Rafiuddin mecadangkan pemakaian baju koparat bagi guru PBSM supaya kelihatan seragam dan segak.
Tindakan:Penyelaras Unit Beruniform

3.3.

Encik Alhafiz mecadangkan satu paparan buletin berkaitan kokurikulum diwujudkan untuk mengalakan persaingan di antara unit kokurikulum dalam menjalankan aktiviti bagi unit masing-masing. Akata dan perkeliling berkaitan kokurikulum juga perlu diberikan kepada semua guru di sekolah.
Tindakan:Penyelaras Rukun Negara

3.4.

Encik Norazmi mencadangkan penubuhan pasukan futsal bagi murid lelaki dan pasukan bola jaring bagi murid perempuan di peringkat sekolah.
Tindakan:Penyelaras Sukan dan Permainan

HAL-HAL LAIN 4.1. Encik Safuan akan menukarkan sukan badminton kepada sukan futsal dan bola jaring ekoran daripada cadangkan Encik Norazmi. Takwin kokurikulum akan diubah dan diedarkan kepada semua penyelaras pada minggu hadapan.
Tindakan: Setiausaha Kokurikulum

PENUTUP Pengerusi mengharapkan agar semua aktiviti yang dirancangkan boleh dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama semua guru. Segala masalah dan kekeliruan hendaklah dirujuk kepada pihak berkaitan.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

............................................

................................

( Muhammad Safuan Bin Ashari) Setiausaha Kokurikulum

(K.Thayalan a/l K.Kanagaratnam) Penolong Kanan Kokurikulum

No. Keluaran

Tarikh Keluaran

No. Pindaan

Tarikh Pindaan

You might also like