You are on page 1of 19

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PEJABAT DAERAH KUBANG PASU BIL 3/2013

TARIKH: 06 FEBRUARI 2013 (RABU) MASA: 9.30 PAGI TEMPAT: BILIK GERAKAN, PEJABAT DAERAH KUBANG PASU KEHADIRAN:1.

Y.Bhg Dato Abdul Aziz Bin Haji Abd Ghani, DSDK., AMK., BCK. Pegawai Daerah Kubang Pasu Puan Amirah Khairiah Binti Abdul Latip, BCK Ketua Penolong Pegawai Daerah [Pembangunan] Encik Afizudin Bin Mohd Saad Penolong Pegawai Daerah [Pentadbiran] Encik Ruslan Bin Dato Hj Jamaludin, AMK., BKM., PCK. Penghulu Mukim Jitra Encik Hussain Bin Haji Omar, BKM. PCK., Penghulu Mukim Jerlun Tuan Haji Mohamad Ali Mustaza Bin Mohamad, BKM., PCK. Penghulu Mukim Naga/Malau Encik Azizi bin Haji Abdullah Penghulu Mukim Jeram Encik Ahmad bin Haji Ali, BKM., PCK, Penghulu Mukim Temin Encik Mohamad Hashim Bin Abu Hassan, PCK. Penghulu Mukim Bukit Tinggi/Wang Tepus/Pelubang Encik Mohd Zamkhoshari Bin Ahmad, PCK. Penghulu Mukim Putat/Ah Encik Iskandar Hasdi Bin Ismail Penghulu Mukim Binjal

- Pengerusi

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

Encik Mohd Amran Bin Hanafiah Penghulu Mukim Padang Perahu Encik Hasnizam Bin Jahari Penghulu Mukim Sungai Laka Encik Nor Afdzal Bin Ahmad Noor, PCK. Penghulu Mukim Keplu / Pering Encik Mohd Azlan bin Jusoh Penghulu Mukim Gelong Encik Sulaiman bin Hashim, PCK. Penghulu Mukim Tunjang Encik Azahari bin Shafie Penghulu Mukim Kubang Pasu/Hosba Encik Mohamad Amin bin Hj Yahya Penghulu Mukim Sanglang Encik Hasri Bin Osman Ketua Pembantu Tadbir (Pentadbiran) Encik Muhamad Jamili Bin Che Nor, PCK. Juruteknik [KUP] Puan Hajjah Rogayah Binti Haji Baharom Pembantu Tadbir [KUP] Puan Noraini Binti Hashim Pembantu Tadbir [KUP] Puan Kasma Binti Bakar Pembantu Tadbir [KUP] Haji Anuar Bin Ahmad Pembantu Tadbir Puan Marsita Binti Abidin Pembantu Tadbir (Kewangan) Puan Nor Adilah Binti Sharipuddin Pembantu Tadbir (Kewangan) Encik Afiffuddin Bin Ismail Juruteknik Komputer
2

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.

21.

22.

23.

24.

25.

26.

27.

28.

Puan Roslina Binti Abu Pembantu Tadbir Cik Sabariah Binti Shafiee Pembantu Tadbir Puan Marsita Bt Abidin Pembantu Tadbir (Kewangan) Puan Fatin Syamimi Binti Jamaluddin Pembantu Tadbir Puan Faridah Binti Othman Pembantu Tadbir Puan Siti Muniroh Bt Man Pembantu Tadbir Encik Subri Bin Ismail Pembantu Tadbir Encik Abdul Mutalib Bin Hashim Pembantu Tadbir Puan Hasnah Binti Awang Kechik Pembantu Tadbir Encik Azizan Bin Mat Pembantu Tadbir Puan Azura Binti Ahmad Pembantu Tadbir Puan Nuraziah Binti Abd Hamid Pembantu Tadbir Puan Siti Maryam bt Ariffin Pembantu Tadbir Hajjah Salmah Binti Haji Hassan Pembantu Tadbir Puan Anizah Binti Arshad Pembantu Tadbir Puan Jumuni Binti Che Ani Pembantu Tadbir
3

29.

30.

31.

32.

33.

34.

35.

36.

37.

38.

39.

40.

41.

42.

43.

44. 45. 46. 47. 48. 49. 50. 51. 52. 53. 54. 55. 56. 57. 58. 59.

Jamaliah Bt Md Noh Pembantu Tdbir Encik Ismail Bin Din Pembantu Pejabat Encik Jasman Bin Aziz Pembantu Pejabat Encik Mohd Yusri Naim Bin Yusoff Pembantu Pejabat Encik Farmizie Bin Ani Pekerja Rendah Awam Puan Nor Hasila Binti Yaakob Pekerja Rendah Awam Encik Mohd Zaini Bin Abd Rashid, PCK Juruteknik Tingkatan Kanan Puan Sharifah Salmah Bt Sharif Harun Setiausaha Pejabat Tuan Haji Anuar Bin Ahmad Pembantu Tadbir Puan Norzita Binti Abidin Pembantu Tadbir (Kewangan) Encik Yusuf Bin Ismail Pembantu Tadbir Encik Anwar Bin Mat Isa Pembantu Tadbir (Pembangunan) Puan Norzita Binti Marzuki Pembantu Tadbir (Kewangan) Puan Siti Muniroh Binti Man Pembantu Tadbir Encik Shaiful Anuar Bin Abd Manaf Pekerja Rendah Awam Encik Khairul Nazad Bin Mat Taib Pekerja Rendah Awam
4

60. 61. 62. 63.

Encik Ilias Bin Darus Pembantu Tadbir Encik Zainol Bin Mat Pekerja Rendah Awam Encik Zahrul Shafri Bin Zakaria Pemandu Kenderaan Puan Nor Ashikin Binti Abd Hamid Pembantu Tadbir - Pencatat Minit

TIDAK HADIR DENGAN MAAF 64. 65. 66. 67. Puan Noraini bt Sudin Penolong Pegawai Tadbir [Eksekutif] Encik Diyaodin Bin Hj Shaari, PCK. Pembantu Tadbir [Pembangunan] Puan Rosmina Binti Abu Bakar Pembantu Tadbir Haji Ishak Bin Goi Pekerja Rendah Awam

1.0

BACAAN DOA 1.1 Bacaan Doa disampaikan oleh Encik Hussain bin Hj Omar, Penghulu Mukim Jerlun.

2.0

ALUAN PENGERUSI 2.1 Yang Berbahagia Dato Pengerusi mengucapkan salam serta terima kasih kepada semua yang dapat hadir ke mesyuarat pada pagi ini. Yang Berbahagia Dato Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam Program My Beautiful Malaysia Day 2013 kerana program berkenaan berlangsung dengan jayanya dan kehadiran sukarelawan yang ramai diluar jangkaan. Yang Berbahagia Dato Pengerusi pohon dikeluarkan surat penghargaan kepada pihak luar yang terlibat program berkenaan. Beliau memaklumkan bahawa Majlis Lawatan Ke Hospital Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan K.D.Y.M.M. Tuanku Sultan Kedah Darul Aman Ke-85 Tahun 2013 akan diadakan pada 20 Februari 2013 (Rabu), jam 9.30 pagi di Hospital Jitra. Beliau memaklumkan bahawa Puan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) akan mengetuai disamping dibantu oleh Tuan Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) bagi urusan-urusan penyelarasan dengan urusetia induk. Pejabat Daerah Kubang Pasu ditugaskan untuk mengatur urus jemputan di peringkat daerah dan jamuan untuk tetamu-tetamu jemputan. 2.4 Beliau memaklumkan bahawa perlu menempatkan kakitangan di kaunter khidmat pelanggan, kakitangan berkenaan mesti memiliki pengetahuan dalam semua urusan untuk memberi maklum balas kepada pelanggan-pelanggan. Y.Bhg. Dato Pengerusi memaklumkan bahawa perlu melantik seorang Pengurus Kompleks Pentadbiran ini bagi mengawal selia segala urusan di dalam kompleks ini termasuk urusan keluar masuk kenderaan serta tempat letak kereta awam.

2.2

2.3

2.5

3.0 3.1

SOROTAN SEMINGGU Aktiviti Seminggu Yang Lalu Seperti di paparan.

3.2.

Mesyuarat memutuskan bahawa :3.2.1 Muat naik gambar-gambar aktiviti di dalam Laman Web pejabat. Tindakan : Juruteknik Komputer 3.2.2 Menyelesaikan urusan pembayaran kepada katerer makanan untuk majlis bacaan yasin peringkat daerah. Tindakan : Ketua Pembantu Tadbir (Pengurusan) 3.2.3 Mengurus majlis persaraan kepada kakitangan yang bersara Tindakan : Ketua Pembantu Tadbir (Pengurusan) 3.2.4. Mengucap tahniah kepada kakitangan yang menjuarai pertandingan menembak bagi kategori jabatan dan meneruskan aktiviti di masa hadapan. Tindakan : Makluman 3.2.5. Mengawal selia orang awam di majlis-majlis dengan memberi keutamaan kepada Orang Kurang Upaya. Tindakan : Semua kakitangan

4.0

MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 4.1 Minit Mesyuarat Pengurusan Kali 02/2013 bertarikh 16 Januari 2013 yang lalu dicadang sah oleh Encik Zamkhoshari Bin Ahmad, Penghulu Mukim Putat/Ah dan disokong oleh Encik Mohd Amran Bin Hanafiah Penghulu Mukim Padang Perahu.

5.0

LAPORAN BAHAGIAN 5.1 Penghulu-Penghulu Mukim

5.1.1 Penghulu Mukim Jitra 5.1.1.1 Mesyuarat dimaklumkan permohonan peruntukan kepada UPEN bagi membaiki titi di Kampung Pondok Haji Wan Salleh agar dipohon semula bagi tahun 2013. Permohonan telah dihantar kepada UPEN. Tindakan : Makluman 5.1.1.2 Mesyuarat memutuskan agar Pejabat Daerah Kubang Pasu (PDKP) memantau operator-operator Kafe Siber yang beroperasi melebihi waktu operasi yang ditetapkan. Tindakan: Unit Pelesenan 5.1.2. Penghulu Mukim Jerlun 5.1.2.1 Mesyuarat dimaklumkan mengenai bantuan rumah kepada Puan Bashah binti Ahmad dari Pida 5, Kampung Sematang Jawa sedang dalam proses pembinaan. Tindakan : Penghulu Mukim Jerlun/Juruteknik 5.1.2.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa banjir kilat telah berlaku pada 31 Januari 2013 jam 6.00 petang hingga 7.30 malam di Pekan Kerpan yang melibatkan 10 buah rumah mengalami kerosakan. Pegawai Khas ADUN Ayer Hitam memohon peruntukan PDKP untuk menaiktaraf parit sepanjang 200 meter di kawasan berkenaan bagi mengatasi masalah banjir. Tindakan: Penghulu Mukim Jerlun/Juruteknik 5.1.2.3 Mesyuarat dimaklumkan bahawa kursus guaman di Mukim Jerlun telah diadakan pada 5 Januari 2013 melibatkan kawasan DUN Ayer Hitam dan kawasan Parlimen Jerlun. Tindakan : Makluman

5.1.3

Penghulu Mukim Keplu/Pering Mesyuarat dimaklumkan bahawa MADA bercadang untuk menukar racun yang lebih sesuai untuk mengatasi masalah penyakit pokok padi iaitu bena perang. Tindakan : Makluman

5.1.3.1

5.1.3.2

Mesyuarat dimaklumkan berlaku kerosakan jalan di KM 7 dari Kodiang-Changlun disebabkan lori muatan berlebihan dari kuari berhampiran menggunakan laluan berkenaan. Mesyuarat memutuskan untuk menyediakan laporan lengkap kepada PDKP untuk dipanjangkan kepada Pejabat Tanah Daerah Kubang Pasu. Tindakan: Penghulu Mukim Keplu/Pering

5.1.4

Penghulu Mukim Jeram Mesyuarat mengambil maklum bahawa masih menunggu peruntukan tahun 2013 berkenaan pemohonan 2 buah mesin jahit untuk 2 orang pemohon yang dianggarkan sebanyak RM5,000. Tindakan : KPPD

5.1.4.1

5.1.4.2

Mesyuarat dimaklumkan telah menyerahkan laporan berkenaan titi di Kampung Alor Changleh, Mukim Jeram perlu diperlebarkan bagi kemudahan orang ramai /pengguna yang menggunakan laluan ke sekolah dan klinik berdekatan. Status semasa adalah masih menunggu peruntukan tahun 2013. Tindakan : KPPD

5.1.4.3

Mesyuarat dimaklumkan bahawa pada 31 Januari 2013, berlaku ribut di Pida 3 dan sebuah rumah telah mengalami kerosakan 8 kepingan atap rumah. Mesyuarat memutuskan bahawa Unit Pembangunan akan membuat anggaran kerosakan rumah berkenaan. Tindakan: Juruteknik

5.1.5. 5.1.5.1

Penghulu Mukim Naga Mesyuarat mengambil maklum bahawa Puan Ketua Penolong Pegawai Daerah (KPPD) telah memanjangkan aduan kepada JKR berkenaan aduan penduduk kampung mengenai penutupan jalan mini tar dan pemindahan laluan elektrik di Kampung Baru, Tanjung Pauh. Status semasa adalah masih menunggu jawapan daripada JKR. Tindakan: KPPD

5.1.5.2

Mesyuarat dimaklumkan bahawa surat telah dikeluarkan pada 5 Januari 2013 kepada JKR mengenai permohonan daripada Pengerusi PIBG Sek. Keb. Padang Pekan agar pihak JKR menutup longkang besar yang membahayakan keselamatan murid di laluan ke Tanjung Kapor. Status semasa adalah masih menunggu maklum balas daripada JKR. Tindakan: KPPD

5.1.5.3

Mesyuarat mengambil maklum mengenai permohonan berkenaan pemasangan papan tanda jalan sehala di Pejabat Penghulu Mukim Naga. Perkara ini telah diusulkan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah dan masih belum mendapat maklum balas dari MDKP. Tindakan: Makluman

5.1.5.4

Mesyuarat bersetuju bahawa melaksanakan garisan tempat letak motosikal untuk kakitangan PDKP di lokasi yang sesuai. Status semasa adalah sedang dalam tindakan. Tindakan : Unit Pentadbiran

5.1.6

Penghulu Mukim Malau Mesyuarat mengambil maklum bahawa Majlis Maulidur Rasul telah diadakan di Mukim Malau. Tindakan : Makluman

5.1.6.1

10

5.1.7

Penghulu Mukim Padang Perahu 5.1.7.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa pemasangan lampu jalan di sepanjang jalan JKR iaitu di Kampung Pulau Maharaja dijangka siap pada hujung bulan Januari 2013. Terdapat masalah pemasangan kabel di laluan masuk di kampung berkenaan yang merupakan tanah wakaf. Tindakan lawatan ke lokasi tersebut oleh Pejabat Tanah Daerah Kubang Pasu dan Majlis Agama Islam Kedah bagi kerja-kerja sukat jalan telah dibuat dan tindakan selanjutnya sedang dijalankan. Status semasa adalah proses pemasangan kabel di peringkat akhir. Tindakan : Makluman

5.1.8

Penghulu Mukim Putat /Ah 5.1.8.1 Mesyuarat dimaklumkan telah menerima aduan masalah bena perang dan telah dimaklumkan kepada pihak MADA dan sedang dalam tindakan. Mesyuarat memutuskan bahawa Penghulu mukim akan mengemukakan laporan bergambar mengenai masalah tersebut dan memahami sepenuhnya masalah penyakit berkenaan. Tindakan: Penghulu Mukim Putat

5.1.9

Penghulu Mukim Temin 5.1.9.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa pemohonan 2 buah mesin jahit untuk 2 orang pemohon sebanyak RM5,000 akan dipohon semula menggunakan peruntukan pada tahun 2013. Status semasa adalah masih di dalam tindakan. Tindakan: Penghulu Mukim Temin 5.1.9.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa Tuan Penghulu Mukim Temin telah menghadiri :a) Mesyuarat Pembangunan Stesen Teksi di Bukit Kayu Hitam pada 27 Januari 2012 di UPEN. Maklum balas: Pihak Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia tidak bersetuju dengan pembangunan di lokasi berkenaan kerana kawasan berkenaan terletak di zon keselamatan sempadan.
11

b)

Lawatan ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bukit Kayu Hitam pada 29 Januari 2013. Program My Beautiful Malaysia Day 2013 di Pekan Changlun pada 3 Februari 2013. Tindakan : Makluman

c)

5.1.10

Penghulu Mukim Bukit Tinggi / Wang Tepus/Pelubang 5.1.10.1 Mesyuarat dimaklumkan mengenai banner yang berselerak di sepanjang jalan JKR akan diselesaikan oleh MDKP dengan menyediakan tempat gantung atau pemasangan banner dengan lebih teratur. Surat kepada Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) telah dikeluarkan. Status semasa adalah masih dalam tindakan MDKP. Tindakan : Makluman Tuan Penghulu Mukim mencadangkan agar Penghulu Mukim mendapat sesalinan surat-surat yang telah dihantar kepada pihak yang terlibat dengan isu-isu berbangkit di Mukim berkenaan. Mesyuarat bersetuju dengan cadangan berkenaan. Tindakan: Unit Pembangunan/Unit Pentadbiran 5.1.10.3 Mesyuarat mengambil maklum mengenai ketiadaan lampu jalan bermula dari Masjid Kepala Batas sehingga ke jalan susur keluar lebuhraya. Surat kepada JKR Elektrik telah dikeluarkan. Status semasa adalah masih dalam tindakan pihak JKR. Tindakan : Makluman 5.1.10.4 Mesyuarat dimaklumkan mengenai aduan awam iaitu lori-lori pasir yang beroperasi awal sebelum jam 8.00 pagi dan selepas jam 5.00 petang. Surat kepada Pentadbir Tanah Daerah Kubang Pasu telah dikeluarkan. Isu terbaru adalah kematian seorang Imam dan pihak polis telah mengambil tindakan mengarahkan lori-lori tersebut beroperasi pada waktu yang telah ditetapkan. Tindakan : Makluman
12

5.1.10.2

5.1.10.5

Biro Pengaduan Awam Negeri Kedah telah membuat aduan tentang pusat karaoke yang mengganggu ketenteraman awam. Pemilik didapati tidak memiliki lesen hiburan dan lesen premis. Lawatan telah dilakukan dan laporan bergambar telah disediakan. Status semasa adalah Unit Pentadbiran telah menerima laporan daripada Tuan Penghulu Mukim Bukit Tinggi. Tindakan: Unit Perlesenan

5.1.11.

Penghulu Mukim Sungai Laka 5.1.11.1 Mesyuarat dimaklumkan mengenai pusat kuarantin lembu-lembu (swasta) yang masih bertambah. Sisa kumbahan telah disalurkan ke dalam sungai/parit berhampiran. Siasatan perlu dilakukan oleh pihak Veterinar bagi pengeluaran lesen. Tuan Penghulu Mukim bercadang berjumpa Pengarah Jabatan Veterinar Daerah Kubang Pasu secara rasmi bagi membincangkan berkaitan perkara ini. Mesyuarat memutuskan agar Tuan Penghulu Mukim Sungai Laka membuat laporan bergambar untuk dikemukakan kepada Pejabat Daerah Kubang Pasu. Tindakan : Penghulu Sungai Laka 5.1.11.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa diselenggara dengan sempurna Perindustrian Bukit Kayu Hitam. rumput tidak di kawasan

Tindakan: Unit Pembangunan 5.1.12 Penghulu Mukim Hosba/Kubang Pasu 5.1.12.1 Mesyuarat dimaklumkan mengenai sebuah rumah yang daif yang didiami oleh Puan Zurina binti Jaafar bersama 3 anak di Kampung Belakang Sekolah Menengah Hosba tidak dapat dilakukan pembaikan berikutan pemilik sebenar tidak memberi izin. Mesyuarat memutuskan bahawa beliau ditempatkan di rancangan perumahan KEDA. Tindakan: Penghulu Mukim Hosba/Kubang Pasu

13

5.1.12. 2

Mesyuarat dimaklumkan agar jalan Kampung Padang Lurah ke Kampung Nongka dinaiktarafkan. Tindakan: Unit Pembangunan

5.1.13

Penghulu Mukim Tunjang 5.1.13.1 Mesyuarat dimaklumkan mengenai bil elektrik rumah dan Pejabat Penghulu Mukim Tunjang perlu dibayar walaupun Kerajaan Persekutuan telah menetapkan bil di bawah RM20.00 sebulan dikecualikan pembayaran. Bil yang diterima adalah dalam tempoh 2 bulan melebihi RM20.00 tetapi kurang daripada RM20.00 sebulan. Perkara ini akan dipanjangkan kepada TNB bagi maklumbalas selanjutnya. Setatus semasa adalah pihak TNB memaklumkan bahawa TNB tidak boleh membuat sebarang pindaan di atas bil sebenar. Tindakan : Makluman 5.1.13.2 Mesyuarat dimaklumkan perlu kaji semula pemberian sumbangan kepada Guru Al-Quran Kafa yang sedang dipersoalkan tentang mereka telah dibayar elaun oleh Jabatan Agama Islam sedangkan di sebelah malam masih mengajar secara sukarela tanpa sebarang bayaran. Isu yang timbul, adakah perlu disenaraikan sebagai penerima sumbangan. Mesyuarat memutuskan agar dimasukkan senarai nama Guru Al-Quran Kafa berkenaan yang mengajar secara sukarela di sebelah malam untuk menerima sumbangan. Tindakan : PPD (Pentadbiran) 5.1.13.3 Mesyuarat dimaklumkan bahawa terdapat sebuah rumah usang yang hampir roboh di Batu 17, Tunjang. Mesyuarat memutuskan agar permohonan peruntukan untuk membina sebuah rumah baru kepada UPEN dan Pejabat Zakat Negeri Kedah. Tindakan : Unit Pembangunan/ Penghulu Mukim Tunjang

14

5.1.14

Penghulu Mukim Binjal 5.1.14.1 Mesyuarat dimaklumkan, bahawa orang awam memohon pemasangan lampu isyarat di persimpangan Asun. Mesyuarat memutuskan agar Tuan Penghulu Mukim Binjal untuk menjalankan siasatan dan laporan terperinci kesesuaian pemasangan lampu isyarat tersebut kepada Pejabat Daerah Kubang Pasu sebelum dipanjangkan kepada JKR dan PLUS. Tindakan: Penghulu Mukim Binjal

5.1.15

Penghulu Mukim Sanglang 5.1.15.1 Mesyuarat mengambil maklum mengenai permohonan penduduk Kampung Pida 15 berkaitan kekurangan peruntukan bagi menyiapkan pembinaan surau di kampung tersebut. Permohonan peruntukan sebanyak RM 20,000.00 untuk kerja-kerja akhir surau berkenaan. Status semasa adalah akan disenaraikan di dalam senarai cadangan projek tahun 2013. Tindakan: KPPD 5.1.15.2 Mesyuarat dimaklumkan mengenai dahan/ranting pokok besar sepanjang jalan di KM 25 hingga KM 26 yang membahayakan pengguna jalanraya ketika ini. Mesyuarat memutuskan agar laporan bergambar mengenai perkara ini diserahkan kepada Pejabat Daerah Kubang Pasu untuk dipanjangkan kepada pihak JKR bagi tindakan selanjutnya. Tindakan: Penghulu Mukim Sanglang 5.1.15.3 Mesyuarat dimaklumkan bahawa terdapat 3 kematian sepanjang minggu lepas. 1 kes wabak denggi di Kuala Sanglang dan kejadian banjir di Kampung Sanglang. Tindakan: Makluman

15

5.1.15.4

Mesyuarat dimaklumkan bahawa 3 buah kilang beras telah menyumbang sebanyak 400 bungkusan beras. Mesyuarat memutuskan agar surat penghargaan dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Kubang Pasu kepada penyumbang-penyumbang dan sukarelawan yang terlibat. Tindakan : PPD (Pentadbiran)

5.1.16

Penghulu Mukim Gelong 5.1.16.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa sistem pengaliran/perparitan di Kampung Kemunting Baru dan Taman Setia Jaya kurang berkesan sehingga menyebabkan banjir kilat sering melanda di kawasan berkenaan. Mesyuarat memutuskan agar Juruteknik memberi komen berkenaan keperluan menaiktaraf longkang U shape sepanjang 400 meter. Tindakan : Juruteknik 5.1.16.2 Mesyuarat dimaklumkan mengenai permohonan lampu isyarat di persimpangan Jalan Kemunting dan Taman Bersatu oleh Pengerusi Rukun Tetangga. Kesesakan lalulintas kerap berlaku setiap hari terutama pada waktu pagi dan tengahari. Mesyuarat memutuskan agar dipanjangkan kepada pihak JKR. perkara ini

Tindakan : Unit Pembangunan 5.1.16.3 Mesyuarat dimaklumkan bahawa program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah diadakan di Maktab Rendah Sains MARA Gelong. Tindakan : Makluman

16

5.2

Bahagian Pembangunan 5.2.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa pendaftaran e-Sinar seluruh Daerah Kubang Pasu adalah seramai 1,993 Ketua Isi Rumah (KIR) iaitu pertambahan sebanyak 42 KIR daripada sebelumnya. Tindakan : Makluman 5.2.2 Mesyuarat memutuskan bahawa proses pemutihan eSinar Daerah Kubang Pasu perlu dijalankan oleh semua penghulu mukim. Tindakan: Semua Penghulu Mukim

5.3

Bahagian Pentadbiran/Kewangan 5.3.1 Mesyuarat dimaklumkan berkenaan prestasi perbelanjaan mengurus seperti lampiran C berkelat. Tindakan: Makluman 5.3.2 Mesyuarat mengambil maklum bahawa peratus perbelanjaan belanja mengurus B.40 sehingga 5 Februari 2013 ialah sebanyak 6.13%. Tindakan: Makluman 5.3.3 Mesyuarat dimaklumkan bahawa Kutipan Tabung Bencana Daerah Kubang Pasu sehingga 31/12/2012 berjumlah sebanyak RM 1,458.86. Tindakan: Makluman

5.4

Hal-Hal Lain 5.4.1 Mesyuarat bersetuju bahawa dibekalkan vest kepada Pekerja Rendah Awam semasa bekerja. Status semasa adalah dalam proses tempahan dan meletakkan logo Pejabat Daerah Kubang Pasu. Tindakan : KBT (Pentadbiran) 5.4.2 Mesyuarat mengambil maklum bahawa :a) Taklimat Akhir Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) untuk Pengundian Pos dan Pengundian Awal akan diadakan pada 18 Februari 2013 di Hotel
17

Regency, Alor Setar oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) b) Taklimat Akhir Persiapan PRU13 kepada Pegawai Pengurus dan Penolong Pegwai Pengurus akan diadakan pada 21-23 Februari 2013 di One Hotel Helang Langkawi oleh SPR. Taklimat Ulangan PRU13 Pengundian kepada Ketua Tempat Mengundi (KTM), Kerani Pengundian (KP) dan Penyelia Pusat Mengundi (PPM) akan diadakan pada 18 Februari 2013 di Dewan Utama, Pejabat Daerah Kubang Pasu. Tindakan : Makluman 5.4.3 Mesyuarat memutuskan akan mengadakan mesyuarat bersama semua Pembantu Tadbir (Penghulu) Mukim bagi membincangkan berkaitan Aset di Pejabat Penghulu Mukim. Tindakan : Unit Pentadbiran 5.4.4 Mesyuarat memutuskan bahawa proses pemodenan jabatan akan dilaksanakan selaras dengan kemajuan teknologi di negara ini. Tindakan : Makluman 5.4.5 Mesyuarat dimaklumkan bahawa sebarang aduan yang melibatkan unit pembangunan perlu dimaklumkan secara bersurat kepada unit berkenaan. Tindakan : Semua Kakitangan 5.4.6 Mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Daerah Kubang Pasu kerana berbesar hati menyerahkan sebatang pen rasmi berjenama Parker kepada semua kakitangan sebagai penghargaan semangat sebuah pasukan. Tindakan : Makluman

c)

18

5.4.7

Mesyuarat mengucapkan tahniah kepada Yang Berbahagia Dato Abdul Aziz Bin Hj. Abd Ghani, Pegawai Daerah Kubang Pasu yang telah dilantik menjawat jawatan sebagai Yang DiPertua Majlis Daerah Kubang Pasu. Tindakan : Makluman

6.0

PENANGGUHAN MESYUARAT 6.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa mesyuarat seterusnya akan diadakan pada hari Rabu minggu hadapan dan mesyuarat ditangguh pada jam 11.15 pagi.

Tarikh : 12 Februari 2013 Rujukan Fail : PDKP 7/2012 Pejabat Daerah Kubang Pasu Kompleks Pentadbiran Daerah Kubang Pasu 06000 Jitra, Kedah Darul Aman

19

You might also like