You are on page 1of 5

0519

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KINTA SELATAN JALAN KUALA DIPANG, 31900 KAMPAR, PERAK DARUL RIDZUAN.

TEL: 05-465 0521 FAX: 05-465

PERAK SENTIASA DIPUNCAK KECEMERLANGAN

MINIT MESYUARAT PERKHEMAHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS) PERINGKAT DAERAH KINTA SELATAN TAHUN 2012 Tarikh Hari Masa Tempat Kehadiran 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 15. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. : 29 Februari 2012 : Rabu : 2.30 pagi : Bilik Gerakan SK Sentosa : En. Mohammad Kamal b. Yahaya Pn. Mardiah bt Abdul Rahman En. Shahrom b. Hussien Tn. Hj. Zamri b. Hj Ariffin En. Raduan b. Abdullah Cik Norlailatul Akmal bt Said Pn. Norasiah bt Yusop En. Abd Hamid b. Md Nabir En. Azizol b. Abdullah Ismail En. Mohd Shahruddin b. Nordin En. Khairul Ikram b. Khairul Rashidi Cik Syakhira Husna Illias En. Fikri Hisyam b. Mohd Yasin En. Rahman Mandali En. Mohd Shazami Sabri En. Ahmad Sirajul Halimi b. Abd Wahay Pn. Rafidah bt Mat Diah En. Uzir b. Din Cik Hafizatun Habsah Zainudin Pn. Maizura bt Zahari En. Mulana bt Din En. Ranjit Singh Pn. Janatul Naim b. Jamaludin Pn. Norizam bt Mohamad Pn. Roslina bt Hj Karim Pn. Marimah Ramu Pn. Vanitha a/p S.Vijaiyan En. Tajul Rusli b. Hj Abas Cik Nur Sarina bt Sadri Pn. Rozziana bt Mohamad Som

Penyelia Kokurikulum PPDKS PK Kokurikulum SKS Guru Besar Sk Changkat Tualang PK Koko SK Tg Tualang GK Koko SK Ayer Papan SK St Bernadettes Convent SK Seri Jaya SK Sultan Yusuf SK Gopeng, Tmn Gopeng SK Kota Baharu SK Sungai Itek SK Ulu Geruntum SK Sri Tronoh SK TIWA SK Bakap SK Kuala Dipang SK Sahom SK Kampar SK Pos Dipang SK Methodist ACS Kampar SK Methodist Malim Nawar SK Methodist Malim Nawar SK Changkat Tin SK St. Paul SK Bukit Pekan SJK(T) Gopeng SJK(T) Kinta Valley SK Malim Nawar SK Sentosa SK Sentosa - Setiausaha

Agenda 1 1.1

: Ucapan Pengerusi

1.2

Pn. Mardiah bt Abdul Rahman, selaku pengerusi menggantikan Guru Besar SK SentosaEn. Zaini b. Abdullah Sani, mengucapkan syukur kehadrat llahi kerana memberi keizinan kepada semua untuk menghadiri mesyuarat pada petang ini. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir terutamanya En. Mohammad Kamal b. Yahaya, Penyelia Kokurikulum PPD Kinta Selatan. Pengerusi turut menyampaikan salam takzim Guru Besar SK Sentosa, En Zaini b. Abdullah Sani dan PK 1, En. Mazlan b. Baharin kerana tidak dapat menghadirkan diri atas tuntutan kerja rasmi yang lain. Pengerusi menyatakan tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membentangkan kertas konsep dan membincangkan secara terperinci segala perkara berkaitan Perkhemahan TKRS Peringkat Daerah Kinta Selatan Tahun 2012 yang akan diadakan pada 9, 10 dan 11 Mac 2012 ini. SK Sentosa berasa bertuah kerana terpilih menjadi tuan rumah bagi Perkhemahan TKRS kali ini. Ucapan Wakil PPD Kinta Selatan

1.3

Agenda 2 : 2.1

En. Mohammad Kamal b. Yahaya selaku Penyelia Kokurikulum PPD Kinta Selatan mengalu-alukan kehadiran semua menghadiri mensyuarat petang ini. Beliau turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada SK Sentosa kerana telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Perkhemahan kali ini. Akibat beberapa kekangan yang timbul maka perubahan tempat dan tarikh terpaksa dibuat dan akhirnya beliau telah mencadangkan agar Perkhemahan kali ini dijalankan pada 9, 10 dan 11 Mac 2012 di Kem Pulares, Batu Gajah. Beliau turut memaklumkan bahawa Perkhemahan TKRS Peringkat Negeri Perak akan diadakan pada 28 hingga 31 Mac 2012 di Kuala Kangsar. Manakala Perkhemahan PBB pada 21 hingga 24 Mac ini dimana PPD Batang Padang sebagai tuan rumah. Pengangkutan peserta akan disediakan oleh PPD. Penglibatan dari semua kaum amatlah digalakkan dan berharap agar sekolah-sekolah dapat menghantar peserta kaum Cina atau India menyertai perkhemahan ini kerana hanya ada (1) sebuah sahaja SJKT yang mempunyai TKRS. Sekolah yang terlibat juga diharap agar dapat menghantar peserta yang aktif, berkebolehan dan berketrampilan supaya pihak penganjur dapat mencari wakil yang terbaik untuk mewakili Daerah ke Peringkat Negeri nanti. Peruntukkan Kokurikulum telah pun disalurkan ke sekolah dan beliau berharap agar pihak sekolah menggunakan keseluruhan wang tersebut. Beliau turut menekankan kepentingan SOP, diharapkan agar semua sekolah yang terlibat dapat mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan segala borang-borang peserta perlulah diisi dengan LENGKAP dan dibuat salinan untuk disimpan disekolah.

2.2

2.3

2.4

2.5

2.6 2.7

Agenda 3 : 3.1

Pembentangan Kertas Konsep Perkhemahan

Pengerusi membentangkan Kertas Konsep Perkhemahan TKRS Peringkat Sekolah Rendah Tahun 2012 menggantikan Penyelaras Perkhemahan, En. Ahmad Tarmizi b. Shariff yang tidak dapat hadir atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Semua yang hadir dalam mesyuarat diminta merujuk kepada kertas kerja perkhemahan termasuk lampiran dan borang-borang yang telah diedarkan. Kandungan kertas konsep telah dibincangkan dan dibuat beberapa perubahan dan penambahbaikkan : 3.3.1 Penyertaan

3.2 3.3

Semua sekolah yang mempunyai Unit Beruniform TKRS DIWAJIBKAN


menghantar peserta.

Jumlah peserta perkhemahan telah dikecilkan dengan ketetapan berikut: Sekolah Gred A : 4 orang murid ahli TKRS (2 lelaki, 2 perempuan)
Sekolah Gred B/SKM :2 orang murid ahli TKRS (1 lelaki, 1 perempuan) 3.3.2 Yuran Penyertaan

Yuran Penyertaan dikekalkan RM15/seorang dan perlu diserahkan secara


TUNAI kepada SK Sentosa sebelum 6 Mac 2012 (Selasa)

Yuran Penyertaan Sekolah Gred A (4 orang) sebanyak RM60.00 manakala


sekolah gred B/SKM (2 orang) sebanyak RM30.00 sahaja 3.3.3 Borang Penyertaan

Borang Maklumat Penyertaan Peserta perlu diserahkan (fax/email) ke SK


Sentosa sebelum 6 Mac 2012 (Selasa).

Borang Pelepasan Tanggungan, Borang Deklarasi Peserta dan Borang


Perakuan Kesihatan yang LENGKAP perlulah dibuat salinan dan disimpan oleh pihak sekolah manakala borang asal perlu diserahkan kepada urusetia semasa sesi pendaftaran. 3.3.4 Masa Pendaftaran Masa pendaftaran telah ditetapkan bermula jam 3.00 petang pada 9 Mac 2012 (Jumaat) 3.3.5 Khemah Setiap sekolah DIWAJIBKAN membawa 1 (satu) buah khemah yang LENGKAP bagi tujuan aktiviti Buka dan Pasang Khemah. Sebarang jenis dan bentuk khemah diterima pakai. 3.3.6 Buku Log Setiap peserta perkhemahan DIWAJIBKAN membawa Buku Log TKRS masingmasing. 3.3.7 Guru Pengiring Dipertanggungjawabkan untuk menghantar/mengambil peserta dan menguruskan borang pendaftaran/kebenaran peserta dengan lengkap dan 3

Agenda 4 : 4.1

menyerahkannya semasa sesi pendaftaran serta perlu berada di tempat perkhemahan sehingga urusan pendaftaran peserta sekolah masing-masing selesai. Pembentangan Anggaran Penyata Perbelanjaan

Anggaran Penyata kewangan Perkhemahan TKRS Peringkat Daerah Kinta Selatan 2012 telah dibentangkan dan dibincangkan. Sehubungan dengan pengurangan jumlah penyertaan peserta kepada 100 orang sahaja maka beberapa perubahan telah dibuat bagi menampung perbelanjaan yang ada. Pembelian Tshirt Tn. Hj. Zamri b. Hj Ariffin, PK Ko SK Tg Tualang mencadangkan agar pemberian Tshirt kepada jurulatih/pegawai dikaji semula memandangkan sumber kewangan yang terhad. Tindakan : Mesyuarat memutuskan bahawa Tshirt akan diberikan kepada jurulatih/pegawai sebagai token atau penghargaan atas penglibatan mereka namun begitu bilangannya perlu dihadkan dan diberikan kepada mereka yang benar-benar layak. Fail Peserta En. Shahrom b. Hussein, Guru Besar Changkat Tualang menanyakan signifikan pemberian fail kepada para peserta kerana kebiasaannya fail-fail yang diberikan itu selalunya tidak dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh para peserta dan ini akan berlaku pembaziran. Tindakan : Pengerusi menyatakan bahawa didalam fail peserta tersebut akan diletakkan beberapa hand-out untuk kegunaan peserta. Namun begitu, Penyelaras akan menyemak kembali sama ada hand-out tersebut boleh terus dilekatkan di dalam Buku Log atau masih jua perlu menggunakan fail. Hal-hal Lain

4.2

4.3

Agenda 5 : 5.1

Penyertaan peserta berdasarkan jantina En. Raduan b. Abdullah (SK Ayer Papan) menyatakan bahawa sekolah beliau tidak mempunyai ahli TKRS perempuan untuk dihantar menyertai Perkhemahan tersebut. Tindakan : Mesyuarat membenarkan sekolah menghantar peserta lelaki atau perempuan sahaja jika ada mana-mana sekolah yang menghadapi situasi tersebut dan pihak urusetia perlu memastikan bahawa tempat penginapan peserta (lelaki/perempuan) mencukupi. Kaunter Pendaftaran En. Shahrom b. Hussein, Guru Besar Changkat Tualang mencadangkan agar dibanyakkan kaunter pendaftaran bagi mengelakkan kesesakan dan pembaziran masa semasa mendaftarkan peserta. Tindakan : Mesyuarat memutuskan agar SK Sentosa dan jurulatih menyediakan beberapa kaunter pendaftaran peserta mengikut kelompok sekolah masing-masing.

5.2

5.3

Aktiviti Kerohanian Tn. Hj. Zamri b. Hj Ariffin, PK Ko SK Tg Tualang menyatakan bahawa tidak tercatat penugasan sekolah bagi aktiviti Solat Zohor dan Solat Asar di dalam jadual aktiviti yang diedarkan dan beliau mencadangkan agar pengagihan tugasan turut dibuat seperti Solat Subuh dan Solat Maghrib/Isyak. Tindakan : Pengerusi menyatakan bahawa Waktu Solat Asar dan Solat Zohor tidak dinyatakan sekolah yang mengendalikannya kerana kedua-dua waktu solat tersebut akan dikendalikan oleh jurulatih perkhemahan itu sendiri. Solat Maghrib/Isyak (Jumaat) dan Solat Subuh (Sabtu) : SK Sentosa Solat Maghrib/Isyak (Sabtu) : SK TIWA Solat Subuh (Ahad) : SK Sultan Yusuf Kehadiran Penyelaras dan Kem Komandan Tn. Hj. Zamri b. Hj Ariffin, PK Ko SK Tg Tualang menanyakan ketidakhadiran Penyelaras Perkhemahan, En Ahmad Tarmizi dan Kem Komandan, En Ishak ke Mesyuarat kali ini. Tindakan : Pengerusi menyatakan bahawa Penyelaras tidak dapat hadir kerana ada urusan rasmi yang telah dijadualkan terlebih dahulu dan tidak boleh dibatalkan manakala Kem Komandan memang tidak dipanggil pada mesyuarat jawatankuasa induk ini. Pelaksanaan Aktiviti Tn. Hj. Zamri b. Hj Ariffin, PK Ko SK Tg Tualang menanyakan penugasan sekolah bagi setiap aktiviti dalam perkhemahan ini kerana SK Tg Tualang dipertanggungjawabkan sebagai AJK Aktiviti & Program Tindakan : Pengerusi memberitahu bahawa setiap aktiviti yang dirancang telah ditetapkan jurulatih yang dipertanggungjawab mengendalikannya. Pihak sekolah hanya memastikan bahawa aktiviti tersebut berjalan lancar. PENUTUP

5.4

5.5

Agenda 6 : 6.1

En. Mohamad Kamal berharap agar perkhemahan TKRS Peringkat Daerah ini akan berjalan lancar tanpa ada sebarang perkara/kejadian yang tidak diingini berlaku dan meminta agar semua sekolah mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Beliau juga memohon agar sekolah-sekolah dapat sama-sama terlibat dan menjayakan perkhemahan inin dengan cemerlang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.10 petang.

Disediakan oleh, ......................................................... (ROZZIANA BT MOHAMAD SOM) Setiausaha Perkhemahan TKRS Daerah Kinta Selatan 5

Disahkan oleh, .................................................. (MARDIAH BT ABD RAHMAN) PK Kokurikulum SK Sentosa Wakil Pengerusi Perkhemahan TKRS Daerah Kinta Selatan

You might also like