You are on page 1of 5

SK BELIAU AHAD,TIRIS D/A JABATAN PELAJARAN DAERAH SUBIS, 981500 BEKENU,MIRI SARAWAK.

Kepada; Semua staf sekolah

Ruj.kami: Tarikh :

JEMPUTAN MENGHADIRI MESYUARAT KURIKULUM PERTAMA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan mesyuarat kurikulum kali pertama bagi merancang dan melaksanakan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang sesi persekolahan 2012.

3Sehubungan dengan itu, Pihak sekolah menjemput tuan/puan menghadiri mesyuarat tersebut. Maklumat tentang mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh Masa Tempat

: 02.01.2012 : 9.00 pagi : Makmal komputer

4Diharapkan tuan/puan dapat menghadiri bagi melancarkan mesyuarat ini. Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan, pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih. Sekian.

" Berkhidmat untuk negara"

( Guru Besar S.K Beliau Ahad,Tiris


s.k fail Panitia

MINIT MESYUARAT KURIKULUM STAF 1 SK BELIAU AHAD 2012

Tarikh Masa Tempat

: 02.01.2012 : 9.00 pagi : Makmal Komputer

Kehadiran: 1. Cg. Wan Muhamad Bin Wan Omar 2. Cg. Manaf Bin Gunjang 3. Ust Mawardi Bin Daud 4. Cg. Mohd Hilmi bin Daud 5. Cg. Irman Bin Samsudin 6. Ust. Mohd zamri b Yaakub 7. Ustazah Sharifah Fairuz Bt Syed Muhammad 8. Cg. Yong Yaw Feng 9. Cg. Rapiah Bt Jumat 10. Cg.Azizan Bin Abdullah 11. Cg. Suhana Bt Eneng

Agenda: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Kata Aluan Guru Besar Jadual Waktu Buku BRPM Panitia Matapelajaran KSSR Pra Sekolah Minggu Orentasi UPSR 2012 Hal-hal Lain

Bil 1.0/Kur1/12

Perkara Kata Alu-aluan 1.1 Cikgu Wan Muhamad mengalu-alukan kehadiran semua guru yang menghadiri ke mesyuarat kurikulum staf kali pertama. 1.2 Guru Besar menerangkan tentang tanggungjawab guru yang perlu dilaksanakan kerana ia merupakan ko bisnes guru itu sendiri. 1.3 Guru Besar juga mengingatkan kepada semua guru supaya sentiasa mengambil berat tentang anak murid kerana murid merupakan klain kepada guru. Jika tiada murid maka tiadalah perkerjaan guru. Jadual Waktu 2.1 Guru Besar menyerahkan taklimat mengenai jadual waktu kepada penolong kanan 1 untuk menyerahkan jadual waktu kepada semua guru. 2.2 Jadual waktu mengajar Cikgu Noorfah diserahkan sementara kepada Ustaz Mohd Zamri dan jadual waktu Ustaz Mohd Zamri akan diserahkan pada Ustaz Mawardi sepenuhnya. Buku Rekod Persediaan Mengajar

Tindakan

Semua Guru

2.0/Kur1/12

Ustaz Mohd Zamri dan Ustaz Mawardi

3.0/Kur1/12

3.1 Buku rekod persediaan mengajar perlu diserahkan pada guru besar untuk disemak pada setiap hari jumaat. 3.2 Ringkasan mengajar perlu ditulis tangan oleh setiap guru. Panitia Matapelajaran 4.1 Ketua Panitia semua matapelajaran ialah penolong Kanan 1 4.2 Ketua Panitia matapelajaran Bahasa Melayu- Guru x yang mengantikan Cikgu Hajah Noorfah Bahasa Inggeris- Cikgu Yong Yaw Feng Sains Cikgu Rapiah Bt Jumat Matematik- Cikgu Manaf B. Gunjang Pendidikan Jasmani- Cikgu Mohd Hilmi B Daud Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik Dan KewarganegaraanCikgu Wan Muhamad B Wan Omar Pendidikan Islam- Ustaz Mohd Zamri B. Yaakub Muzik Dan kemahiran Hidup-Cikgu Irman B Samsudin Pendidikan Seni Visual-Cikgu Azizan B Abdullah Bahasa Arab-Ustaz Mawardi B. Daud 4.3 Cikgu Manaf B Gunjang mencadangkan supaya guru yang mengajar matapelajaran UPSR tidak dilibatkan dengan aktiviti kokurikulum KSSR 5.1 Guru besar memberitahu bahawa KSSR sudah masuk tahun yang kedua. 5.2 Ujian semester tetap akan diadakan dan begitu juga dengan ujian bulanan kssr perlu ada akan tetapi ia mestilah mengikut standard kssr.

Semua guru

4.0/Kur1/12

Semua guru

5.0/kur1/12

Semua guru

Pra Sekolah 6.1 Guru Besar memberitahu oleh kerana sekolah masih belum mempunyai guru pra sekolah yang mengantikan Cikgu Emily yang berpindah ke kuching maka buat sementara waktu pra sekolah akan dijaga oleh Cikgu Suhana. 6.2 Selain itu makanan untuk murid pra sekolah perlu disediakan oleh ibu bapa murid itu sendiri kerana makanan untuk pra sekolah masih belum dibekalkan oleh pihak pembekal. Minggu Orentasi 7.1 Guru Besar memberitahu minggu orentasi untuk murid-murid tahun 1 akan dikendalikan oleh Cikgu Azizan mengikut buku minggu Orentasi yang telah disediakan dan dibantu oleh guru-guru lain. 7.2 Cikgu Azizan memaklumkan kepada semua guru-guru bahawa murid tahun satu pada 2012 ini seramai 18 orang. UPSR 8.1 Guru besar memaklumkan bahawa tarikh peperiksaan UPSR mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 8.2 Guru Besar menyerahkan kepada Cikgu Manaf B. Gunjang untuk membentangkan program yang akan dijalankan untuk murid-murid yang akan menghadapi UPSR 2012. 8.2.1 Semua murid tahun 6 2012 akan diberikan latihan intensif bagi mencapai target UPSR sekolah. 8.2.2 Ujian pra peperiksaan akan diberikan pada setiap bulan bagi mengetahui tahap prestasi murid. 8.2.3 Murid tahun 6 akan dipecahkan kepada dua iaitu 1 kelas untuk lulus dan 1 kelas untuk galus. 8.2.4 Kelas tambahan akan dipecahkan kepada dua kumpulan. 8.0/Kur1/12 2.30-4.00 7.00-8.30 KUM A KUM B Isnin Bahasa Malaysia Sains Bahasa Malaysia Selasa Matematik Bahasa Inggeris Matematik Rabu Sains Bahasa Malaysia Sains Khamis Bahasa Inggeris Matematik Bahasa Inggeris 8.3 Cikgu Manaf B. Gunjang memberitahu bahawa kelas cemerlang akan dijalankan seperti biasa. 8.4 Guru Besar memberitahu ceramah motivasi akan diadakan pada atau selepas 24.03.2012 8.5 Guru besar juga memberitahu bengkel motivasi menjawab soalan akan diadakan pada 23-24.06.2012. 8.6 Ustaz Mawardi B. Daud memberitahu solat hajat akan diadakan 3 minggu sebelum UPSR iaitu pada 30.08.2012. Masa Semua guru

6.0/Kur1/12

Cikgu Suhana

7.0/Kur1/12

Semua guru

Ujian Bulanan 9.1 Cikgu Manaf B Gunjang memberitahu tarikh ujian bulanan yang akan dijalankan pada tahun 2012 9.1.1 Ujian bulanan 1 21-23.02.2012 9.1.2 Ujian semester 1 14-18.05.2012 9.1.3 Ujian bulanan 2 17-19.07.2012 9.1.4 Pra UPSR 04-06.09.2012 9.1.5 Ujian semester 2 22-25.10.2012 Guru Kelas 10.1 Guru Besar memaklumkan guru yang memegang jawatan sebagai guru kelas bagi setiap kelas 10.1.1 Tahun 1Cikgu Azizan B. Abdullah 10.0/Kur1/12 10.1.2 Tahun 2Ustazah Sharifah Fairuz Bt Syed Muhammad 10.1.3 Tahun 3Ustaz Mohd Zamri B Yaakub 10.1.4 Tahun 4Ustazah Nurul Aqma Bt Fadzin 10.1.5 Tahun 5Cikgu Irman B Samsudin 10.1.6 Tahun 6Cikgu Rapiah Bt Jumat Lain-lain Hal 11.1 Guru Besar memaklumkan mesyuarat kurikulum staf yang ke-2 akan diadakan 2 bulan dari sekarang. 11.2 Guru Besar membaca surat pekeliling dari JPN iaitu JPS(w)/SPS/153/06/01/04-jld 5(26) yang bertarikh 27.12.2011 yang bertajuk Kesiapsiagaan Sekolah Hari Pertama 2012-03-10 11.0/Kur1/12 11.2.1 Kehadiran semua guru wajib 11.2.2 Susunatur bilik darjah 11.2.3 Buku teks 11.2.4 Jadual Waktu Kelas 11.2.5 P&P berjalan 11.2.6 Peraturan Sekolah 11.2.7 Fokus pada P&P Mesyuarat ditangguh pada pukul 11.00 pagi Disediakan oleh,
( MOHD ZAMRI BIN YAAKUB)

9.0/Kur1/12

Semua guru

Semua guru

Semua guru

Disemak oleh, ( WAN MUHAMAD B WAN OMAR) Guru Besar SK Beliau Ahad.

Setiausaha, SK Beliau Ahad.

You might also like