You are on page 1of 8

MINIT MESYUARAT GURU KALI KE-4 SK SG TEKALI 2012 TARIKH MASA TEMPAT : 17 OKTOBER 2012 : 12.

52 TENGAHARI : BILIK MUAFAKAT SKST

KEHADIRAN

: -GURU BESAR -PK KURIKULUM -PK KO-KURIKULUM

1) PN NORAZMAH BT HUSSIN 2) PN JULIANAH BT MAAH 3) PN INDUN BT KUDRAT 4) PN NURAZILA BT SALLEH @ SALIM 5) PN ZAINON BT MOHD RAWI 6) PN SITI HALIZAH BT HASRAN 7) EN KAMARUL ARIFIN B MUHAMAD 8) EN AZHAR B MANAP 9) EN YUSHARIZAL B OSMAN 10)EN HASAN BAKRI B ABDUL HALIM 11)EN MOHD RAZI B M.ZAIN 12)PN ROSE IDAYU BT NORDDIN 13)PN NURUL ASHIKIN BT ADNAN

14)PN WAN AFIFAH RAMADHAN BT WAN HASSAN 15)PN RUSZIAN BT AYOB 16)PN RUSNAWATI BT ADAM 17)PN AZFA NORHAZAZA BT NORAZMI 18)CIK AZLINA BT MOHAMED YUNUS

19)PN NORHASIMAH BT MOHD HASHIM 20)PN NORLELA BT SIRAT 21)EN NIK MOHD FIKRI B NIK HUSAIN 22)EN NIK MOHD YAZID B NIK MOHAMAD 23)EN MOHD RAHMAT B JAMALUDDIN TIDAK HADIR BERSEBAB : 1) PN AZZURA BT BAHARUDIN 2) PN ANIZA BT ALWI 3) PN NATASHA BT CHE RAZENAN 4) EN AZIZ B AHMAD ASRI

AGENDA MESYUARAT

1.UCAPAN PENGERUSI 1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatehah. 1.2 Pengerusi mengucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru pada mesyuarat kali ini. 1.3 Pengerusi akan menyampaikan maklumat seringkas yang mungkin dan berharap semua guru sentiasa membuat penambahbaikkan dalam pekerjaan.

2.MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT KALI KE-3 SESI 2012 2.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat guru kali ke-3 sesi 2012. 2.2 Puan Norlela Bt Sirat mencadangkan minit mesyuarat kali ke-3 sesi 2012 diterima dan disahkan dan disokong sebulat suara.

3.PERKARA BERBANGKIT 3.1 Semua guru perlu hadir ke sekolah sebelum atau pada 7.15 pagi setiap hari.

3.2 Bacaan Surah Yaasin pada hari Jumaat akan diadakan pada pukul 7.20 pagi. 3.3 Kerjasama semua guru untuk tandatangan pada buku kehadiran semasa hadir dan semasa ingin pulang ke rumah. 3.4 Buku rekod mengajar perlu dihantar ke pejabat pada hari Jumaat sebelum pulang ke rumah. 3.5 Borang semakan kerja rumah murid perlu dihantar kepada Puan Julianah Bt Maah. 3.6 JSU perlu hantar pada 13 Julai 2012,namun tiada Panitia yang hantar dan harap ambil tindakan yang sewajarnya. 3.7 Ketua Jabatan boleh ambil separuh daripada cuti penggal persekolahan berdasarkan Perintah Am Bab C.Oleh itu,pengerusi akan meminta guru-guru untuk hadir ke sekolah dua minggu yang pertama dan satu minggu yang akhir pada cuti akhir tahun nanti untuk menyiapkan kerja,bermesyuarat dan membuat persediaan untuk penggal baru persekolahan nanti.

4.PERKARA MESYUARAT 4.1 Kehadiran dan Buku Rekod Mengajar. 4.1.2 Kehadiran ke sekolah dan waktu pulang perlu ditulis dan di tandatangan pada buku kedatangan. 4.1.2 Buku rekod mengajar perlu dihantar pada hari akhir minggu persekolahan ke pejabat. Makluman : Semua Guru

4.2 Persiapan Akhir Tahun. 4.2.1 Pn Julianah Bt Maah akan memberi senarai tugasan yang perlu dilakukan dan disiapkan. 4.2.2 Setiap panitia mesti melengkapkan laporan aktiviti,minit mesyuarat sebanyak empat kali perlu dihantar.Ada panitia yang belum menghantar minit mesyuarat yang pertama lagi. Fail KSSR perlu lengkap.Ada fail eviden murid KSSR masih kosong lagi. 4.2.3 Tempoh dua minggu diberikan untuk penambahbaikan bilik-bilik khas namun tidak memuaskan.Pengerusi telah melawat dua bilik khas setakat ini.Instrumen pemantauan dari bilik-bilik khas yang lain boleh dijadikan panduan untuk penambahbaikan itu.

Makluman : Semua Guru

4.3 RPT 2013. 4.3.1 Dalam takwim 2013, ada 46 minggu.Pastikan semua RPT ada 46 minggu.Minggu 47 52 adalah cuti akhir tahun.Buat RPT pada tahun ini dan beri pada kawan pada tahun 2013. pada mesyuarat kali pertama nanti,semua RPT siap dan beri kepada ketua panitia.Jika RPT diambil dari internet,perlu diperbetulkan nama sekolah,nama JPN dan sebagainya. 4.3.2 Rancangan Panitia 2012 perlu dihantar sebelum atau pada 30 Oktober 2012.Rancangan Panitia perlu ada pengenalan,objektif,matlamat,misi,visi,jawatankuasa(ikut tahun 2012) dan carta gant. Makluman : Semua Guru

4.4 Makan Malam Amal MGB. 4.4.1 Setiap sekolah diwajibkan membeli meja gangsa bernilai RM500.00 pada majlis tersebut. PIBG telah menyumbangkan wang sebanyak RM350.00.Bakinya sebanyak RM150.00 akan dikongsi oleh 6 orang guru yang akan dipilih untuk ke majlis itu nanti.Tarikh Makan Malam Amal MGB ialah pada 5 November 2012.Tempatnya belum diumumkan lagi. Makluman : Semua Guru

4.5 SPSK 4.5.1 Instrumen pemantauan dilakukan oleh Pn Julianah Maah dan Ketua Panitia dan akan dihantar ke PPD sebelum atau pada 30 Oktober 2012. Tindakan : Pn Julianah dan Ketua Panitia 4.6 PBS 4.6.1 Ikut takwim yang dikeluarkan oleh takwim sekolah.

4.6.2 Ada guru yang tidak menghantar Laporan Adab Belajar bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu.Laporan Adab Belajar bagi Peperiksaan Akhir Tahun mesti disiapkan dan dihantar.Untuk murid Tahun 1 dan 2,guru-guru mesti mengisi Buku Adab Belajar dan isi band. Makluman : Semua Guru

4.7 Hari Raya Aidil Adha 4.7.1 Sekolah akan bercuti lebih awal iaitu pada 25 Oktober 2012. Makluman : Semua Guru 4.8 Lawatan Dari JPN. 4.8.1 Sekolah telah mendapat peruntukan sebanyak RM50,000.00 dan akan digunakan untuk membaiki longkang,menukar atap dan syiling makmal computer,membuat pintu khas untuk lelaki dan perempuan di surau,memasang jubin dan tangki air khas untuk surau jika duit mencukupi. Makluman : Semua Guru 4.9 Lawatan MGB dan PK ke Hulu Langat. 4.8.1 Lawatan akan diadakan pada 20 November 2012.Seramai 23 orang Guru Besar dan 23 orang Penolong Kanan akan datang untuk mendengar Program Peningkatan UPSR SK Sungai Tekali. Tindakan : Pn Julianah Maah dan Penyelaras Tahun 6

4.10 Bilik Muafakat 4.10.1 Perlu ada peningkatan untuk keceriaan. En Mohd Razi akan dibantu oleh Puan Wan Afifah dan Puan Ruszian. 4.10.2 Moto sekolah yang baru ialah SKST HEBAT.

Tindakan : En Mohd Razi,Puan Wan Afifah,Puan Ruszian

4.11 Bilik Pusat Sumber Sekolah 4.11.1 PSS akan dipindahkan ke bangunan pejabat lama dalam masa terdekat. Makluman : Semua Guru

4.12 Cuti 4.12.1 CRK ialah sebanyak 7 hari setahun dan boleh dipohon untuk tujuan peribadi.Sekiranya telah habis digunakan,guru boleh memohon cuti tanpa gaji. 4.12.2 Cuti sakit pula ialah 90 hari.( 75 hari hospital kerajaan dan 15 hari swasta ) 4.12.3 Cuti Tanpa Rekod boleh dipohon untuk kegunaan peperiksaan di university atau menjadi saksi bagi kes rasmi di mahkamah. 4.12.4 Tindakan tatatertib boleh dikenakan sekiranya meminda sijil cuti sakit atau mengemukakan sijil cuti sakit palsu.Jika sabit kesalahan penjawat awam boleh dibuang kerja. Makluman : Semua Guru

5.TAKLIMAT DARI PENOLONG KANAN KURIKULUM 5.1 Duit Panitia 5.1.2 Duit panitia perlu digunakan dan dihabiskan segera. 5.2 Penyediaan Soalan Peperiksaan. 5.2.1 Setiap helaian kertas soalan perlu tulis muka surat.Selepas soalan terakhir, tulis perkataan SOALAN TAMAT. 5.2.2 Perlu ada tandatangan Ketua Panitia,Penolong Kanan Kurikulum atau Guru Besar pada muka surat depan.

5.2.3 Ikat kertas soalan dengan kemas dan tampal maklumat berkaitan.Maklumat sangat penting kepada pemeriksa kertas. Tindakan : Semua Guru 6. HAL-HAL LAIN 6.1 Pn Indun Bt Kudrat memaklumkan ada tiga fail yang berkaitan dengan HEM yang perlu disiapkan oleh guru-guru yang berkaitan. Sila semak nama yang tertera pada fail HEM untuk tindakan selanjutnya.Fail perlu dilengkapkan sebelum atau pada 30 Oktober 2012.

7.PENUTUP 7.1 Pengerusi mengharapkan semua guru dapat sama-sama melakukan penambahbaikan untuk kejayaan dan kehebatan sekolah. 7.2 Mesyuarat Guru Kali Ke-4 ditangguhkan dengan bacaan Surah Al-Asr.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.12 minit petang.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

. EN MOHD RAHMAT B JAMALUDDIN

.. PN NORAZMAH BT HUSSIN Guru Besar SK Sungai Tekali

You might also like