You are on page 1of 3

Model Asertif Canter

Model ini dicipta oleh Lee dan Marlene Canter apabila mereka mendapati banyak guru kurang mampu mengawal tingkah laku pelajar di dalam bilik darjah. Model Disiplin Asertif Carter adalah berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Model ini adalah salah satu model yang termasyhur dan sangat diminati oleh ramai guru kerana mudah difahami dan diamalkan di dalam kelas serta amat berkesan. Model ini menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah di mana hak murid adalah belajar dalam persekitaran yang kondusif manakala hak guru adalah untuk mengajar tanpa gangguan.Pelan disiplin ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: a) b) c) Peraturan Pengenalan positif Akibat/kesan

Seorang guru hendaklah menegaskan tingkah laku yang sopan santun, dan sentiasa bertanggungjawab ke atas tingkah laku murid-muridnya. Seorang guru perlu mempunyai perkara-perkara asas di dalam kelasnya iaitu: a) b) menggunakan persekitaran pembelajaran semaksimum mungkin. mempunyai hak untuk menentukan, meminta, dan mengharapkan

sikap murid yang sentiasa dapat memberikan kerjasama. c) mendapat bantuan apabila guru meminta pertolongan daripada ibu

bapa mahupun penjaga murid-murid. Murid-murid juga mempunyai hak-hak yang tertentu iaitu: a) Mendapat seorang guru yang boleh membantu mereka sehingga

tahap kerjasama mereka. b) Mendapat sokongan yang positif daripada guru apabila mereka

memberikan kerjasama yang positif.

Strategi Penyelesaian Masalah Terdapat beberapa strategi yang dapat digunakan oleh guru tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh beliau. Canter berpendapat pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. Guru yang mengamalkan pendekatan asertif tidak membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas dan akan membantu muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah kegagalan. Sebagai contoh, guru perlu bertindak secara tenang ketika menegur murid bermasalah seperti Azmi. Komunikasi secara berhemah dapat menangani masalah disiplin secara baik. Secara ringkasnya, pendekatan asertif ini dapat menjamin hubungan baik antara guru dengan murid dan dapat menguruskan bilik darjah dengan lebih konsisten. Selain itu, guru tersebut boleh melakukan akibat atau tindakan pembetulan kepada murid yang bermasalah seperti Azmi. Apabila tindakan pembetulan hendak dikenakan kepada murid, murid tersebut perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah dengan peraturan yang telah ditetapkan, maka tindakan pembetulan itu perlu dilaksanakan. Sebagai contoh, guru perlu menegur Azmi secara individu dan mengingatkan Azmi tentang tingkah laku yang telah dilakukan dan akibat-akibat yang akan diterima. Guru perlulah tenang semasa memberi teguran dan cuba memahami perasan Azmi dan mengelak daripada berlaku sebarang perselisihan faham dengan murid. Guru juga perlu memberikan peluang kepada Azmi untuk meluahkan perasaan dan peluang untuk membela dirinya. Guru perlu berfikiran positif dan tenang apabila berdepan dengan murid bermasalah. Murid bermasalah melakukan tindakan yang kurang berhemah dan melakukan kesilapan mungkin disebabkan tekanan atau faktor luar. Oleh itu, guru perlu berfikiran secara rasional dan tidak tidak terburu-buru apabila berhadapan dengan situasi murid bermasalah seperti Azmi. Selain itu,langkah yang boleh diambil oleh guru untuk menghadapi situasi murid bermasalah seperti Azmi ialah mengenakan tindakan yang konsisten pada kesalahan yang sama yang ditunjukkan kepada mana-mana murid. Hal ini bermakna guru perlu adil dalam

melaksanakan tindakan pembetulan dan tidak berat sebelah kepada murid-murid di dalam kelas. Selain itu, guru harus menentukan peraturan di dalam bilik darjah dan memastikan murid mematuhi peraturan yang ditetapkan. Peraturan yang ditetapkan perlulah jelas dan spesifik. Sebagai contoh, peraturan yang ditetapkan ialah murid perlu mendengar dan menghormati guru. Peraturan tersebut perlu diterangkan kepada muridmurid dan akan diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka melanggar peraturan. Penjelasan guru diterangkan secara perbincangan dengan muridmurid dan bukannya berbentuk ancaman agar mereka sedar dan jelas sebab peraturan itu diadakan dan tahu akan kesan apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi. Oleh itu, situasi murid bertindak kurang sopan kepada guru seperti Azmi tidak akan berlaku. Strategi terakhir yang boleh dilakukan oleh guru tersebut ialah memberikan peneguhan apabila murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan Pemberian peneguhan kepada murid dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran bilik darjah yang positif. Murid yang mematuhi peraturan kelas akan diberikan pujian dan diberikan hadiah. Sebaliknya murid yang tidak mematuhi peraturan diberikan peneguhan negatif. Sebagai contoh, Azmi tidak menghormati gurunya di dalam kelas. Guru akan memberi teguran dan memberikan amaran pertama kepada Azmi dan berjanji akan menghantarnya berjumpa dengan guru disiplin sekolah sekiranya Azmi masih enggan mengubah sikapnya. Azmi akan mengambil tindakan selanjutnya dengan mengurangkan sebarang tindakan negatif untuk mengelak daripada berjumpa dengan guru disiplin sekolah. Kesimpulannya, Model Asertif Canter ini sesuai digunakan sebagai cara penyelesaian untuk menangani murid bermasalah seperti Azmi kerana murid yang bermasalah sebenarnya memerlukan perhatian dan pertimbangan daripada guru. Oleh itu,melalui pengendalian bilik darjah dengan berinteraksi secara tenang, serius dan konsisten, murid-murid akan berupaya mendapat suasana pembelajaran secara tenang dan tidak tertekan manakala guru dapat mengajar tanpa gangguan.

You might also like