You are on page 1of 3

6.

RUMUSAN Melalui tugasan projek Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran ini, para guru pelatih diminta untuk menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) berdasarkan Model ASSURE yang telah dipelajari sebelum ini. Langkah pertama dalam model ini ialah A Analyse learner (Analisis Pelajar). Langkah ini terdapat dalam butiran am RPH. Langkah ini penting untuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yag sesuai bagi mereka. Dalam langkah membuat analisis terhadap murid-murid, terdapat tiga perkara yang boleh dianalisis iaitu ciri-ciri umum pelajar, pengetahuan dan pengalaman sedia ada serta gaya pembelajaran pelajar. Sebelum guru memulakan pelajaran, guru perlu mengetahui tentang maklumat umum murid agar dapat memulakan pengajaran dengan lancar. Berdasarkan RPH yang telah saya reka, RPH ini dibuat bagi murid Tahun 2 yang berumur 8 tahun. Mata pelajaran yang akan mereka belajar ialah mata pelajaran Sains dan terdapat 28 orang murid di dalam kelas tersebut. Tahap pengetahuan dan pengalaman murid mengenai tajuk yang akan dipelajari boleh diuji melalui sesi soal jawab atau ujian pra tulis. Seandainya diadakan sesi soal jawab, guru bolehlah bertanya dan berbincang dengan murid mengenai ciri-ciri haiwan dan tumbuhan bagi memanggil semula ingatan murid terhadap terhadap tajuk tersebut. Langkah yang kedua iaitu S State Objective (Nyatakan Objektif). Langkah ini juga terdapat dalam butiran am RPH. Objektif yang dibuat perlulah dinyatakan secara khusus dengan menepati kehendak siapa yang hendak capai, apa yang hendak capai, bagaimana hendak capai dan ukuran tahap minimum yang hendak dicapai. Objektif pembelajaran perlu menyatakan secara jelas tentang bentuk keupayaan yang perlu dicapai oleh murid. Bagi RPH yang telah saya sediakan, kumpulan sasaran untuk pembelajaran ini adalah murid-murid Tahun 2 dalam mata pelajaran Sains. Objektif pembelajaran yang dipilih ialah murid dapat menyatakan definisi benda hidup dan benda bukan hidup dengan tepat serta dapat mengenal pasti 6 daripada 7 ciri-ciri benda hidup dengan tepat.
31

Langkah yang ketiga ialah S Select methods, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan). Pemilihan kaedah dalam RPH ini ialah kaedah

berpusatkan murid dan berpusatkan bahan. Kaedah ini telah dipilih kerana ia sesuai dengan pembelajaran murid. Di mana , terdapat komunikasi dua hala antara guru dengan murid serta terdapat bantuan daripada bahan. Media yang

dipilih ialah video, slaid powerpoint dan kad gambar. Bahan sumber pengajaran pula diambil daripada mengubahsuai bahan yang sedia ada. Langkah yang keempat ialah U Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan). Dalam langkah ini, guru menyemak kembali

bahan atau sumber yang akan digunakan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran. Jika terdapat kekurangan pada bahan pengajaran tersebut, maka guru harus memperbaiki rancangan pengajaran yang telah disediakan. Berdasarkan RPH yang telah saya rancangkan, sumber yang perlu saya sediakan ialah LCD, laptop, kad aktiviti dan video nyanyian Lagu Tiga Kupang. Saya perlu memastikan bahawa sumber yang saya telah sediakan itu boleh berfungsi dengan baik dan tidak mengandungi unsur-unsur sensitif. Hal ini

penting agar saya dapat merancang penggunaannya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu menyediakan persekitaran yang sesuai agar bahan dan sumber yang telah disediakan mudah dicapai, diambil atau dilihat. Susun atur bilik darjah perlulah sesuai dengan kaedah yang telah dipilih bersesuaian dengan RPH yang telah dirancang. Sebagai contoh, bagi sesi kuiz sains yang dirancang pada fasa Aplikasi Idea, susun atur kerusi perlulah membentuk bulatan kecil agar perbincangan dalam kumpulan mudah dilaksanakan. Langkah yang kelima ialah R Require learner participation (Libatkan Pelajar). Langkah ini terdapat dalam fasa Penstrukturan Semula Idea di dalam Rancangan Pengajaran Harian yang telah saya reka. Dalam langkah ini, guru perlulah memastikan suasana proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan sesuai, menarik serta efektif. Bagi mencapai tujuan ini, aktiviti yang
32

melibatkan murid perlulah bersifat baru, menarik serta melibatkan semua orang murid. Perlu dipastikan bahawa isi yang disampaikan adalah ringkas tetapi padat. Jangan biarkan isi yang ingin disampaikan adalah meleret kerana hal ini akan membuat murid- murid berasa bosan. Dalam Rancangan Pengajaran Harian yang telah saya rancangkan, terdapat aktiviti di mana ini murid perlu melaksanakan aktiviti main peranan. Sebelum aktiviti bermula, murid-murid akan berbincang dalam kumpulan masingmasing tentang apa yang perlu diilakonkan berdasarkan situasi yang telah diberikan oleh guru. Antara situasi yang boleh diberikan oleh guru ialah cara haiwan dan manusia bergerak, makan dan bernafas. Aktiviti yang melibatkan perbincangan menunjukkan bahawa semua murid terlibat sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Langkah yang terakhir ialah E Evaluate and revise (Nilai dan semak). Penilaian ini dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan objektif, media dan bahan serta sumber yang digunakan bersesuaian dengan keupayaan murid. Penilaian pengajaran juga boleh dibuat setelah selesai proses pengajaran dan pembelajaran melalui fasa terakhir iaitu fasa refleksi. Berdasarkan RPH yang telah saya sediakan, fasa Nilai dan Semak ini terdapat pada fasa Refleksi di mana saya telah mereka bentuk satu lembaran kerja yang berbentuk soalan silang kata. Melalui lembaran kerja ini, saya boleh mengetahui sejauh mana pencapaian objektif pembelajaran pada hari tersebut. Jika terdapat kelemahan, maka guru perlu menyemak kembali apa yang menjadi punca kepada kelemahan tersebut. Kemudian, guru perlu mangambil langkah bagi menyelesaikan kelemahan tersebut.

33