You are on page 1of 4

Tahun2002 bulan nov

Persaingan dalam pemberian pinjaman di antara bank telah mendorong kepada


penurunan kadar pinjaman, sepertimana yang dicerminkan oleh penurunan kadar
purata pinjaman bank perdagangan dan syarikat kewangan. Dalam keadaan
mudahtunai yang mencukupi dan situasi monetari yang akomodatif, pembiayaan
kepada sektor swasta terus berkembang. Jumlah deposit turut mencatatkan
peningkatan yang ketara disebabkan oleh aktiviti perayaan, pembayaran bonushujung
tahun dan perbelanjaan oleh Kerajaan. Dengan itu, terdapat peningkatanyang ketara
dalam ketiga-tiga agregat monetari, M1, M2 dan M3 pada bulanNovember 2002.

Pada bulan November, aktiviti pinjaman kekal tinggi di dalam keadaan mudah tunai
yang mencukupi. Persaingan dalam pemberian pinjaman di antara bank-bank telah
mendorong kepada penurunan ke atas kadar pinjaman. Wang secara kecil mencatat
peningkatan yang ketara mencerminkan perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi
semasa musim perayaan. Wang secara meluas juga adalah lebih tinggi disebabkan
terutamanya oleh peningkatan pembiayaan sistem perbankan dan operasi
mengembang oleh Kerajaan. Keseluruhannya, dasar monetari yang akomodatif terus
menyokong pertumbuhan aktiviti ekonomi.

Kadar faedah antara bank kekal rendah dan stabil pada bulan November. Bagi
mengekalkan dan menstabilkan kadar faedah antara bank pada paras yang sedia ada,
operasi mudah tunai BNM adalah menguncup bagi mengimbangi kesan
pengembangan operasi Kerajaan dan sektor luaran.

Peningkatan persaingan di dalam pemberian pinjaman telah menyebabkan kadar


purata pinjaman (ALR) bagi bank perdagangan dan syarikat kewangan terus
menurun walaupun kadar purata berian pinjaman asas (BLR) kekal tidak berubah.
Arah aliran ALR bagi bank perdagangan dan syarikat kewangan masing-masing
menurun kepada 6.48% dan 9.81% pada bulan November (6.52% dan 9.86% pada
akhir bulan Oktober).

Suatu perkembangan yang penting pada bulan November ialah kenaikan yang besar
dalam M1 sebanyak RM3.3 bilion, bersamaan dengan kadar pertumbuhan tahunan
sebanyak 13.5%. Kenaikan besar dalam wang secara kecil ini disebabkan terutamanya
oleh perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi sempena musim perayaan dan
penghantaran balik perolehan eksport oleh syarikat-syarikat dalam Malaysia.
Peningkatan yang kukuh dalam M3 sebanyak RM6.5 bilion atau dengan kadar
pertumbuhan tahunan sebanyak 7.1% telah disebabkan oleh peningkatan yang
berterusan dalam aktiviti pembiayaan bank (RM4.6 bilion). Pemegangan sekuriti
hutang oleh institusi perbankan bertambah sebanyak RM2.9 bilion berikutan
peningkatan dalam isu bon korporat pada bulan ini. Sementara itu, Kerajaan telah
mengeluarkan deposit dengan BNM untuk membiayai perbelanjaannya, seterusnya
mengenakan kesan pengembangan ke atas bekalan wang

tahun03 bulan nov

Perkembangan keseluruhan monetari dan kewangan pada bulan November


menunjukkan aktiviti ekonomi dalam negeri yang terus kukuh. Pertumbuhan bagi
agregat monetari kekal mapan dengan M1, M2 dan M3 masing-masing berkembang
pada kadar 13.3%, 10.8% dan 10% (Okt 03: 13.7%, 10.8% dan 9.9%). Pinjaman
terkumpul terus meningkat sebanyak RM1.3 bilion atau pada kadar pertumbahan
tahunan 4.4% pada bulan November (RM1.7 bilion atau 4.6% pada akhir bulan
Oktober). Pinjaman terkumpul kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
berkembang dengan kadar yang lebih tinggi pada 9%, catatan pertumbuhan yang
tertinggi semenjak Julai 2001. Pada asas terkumpul, pinjaman kepada PKS meningkat
sebanyak RM6.5 bilion pada sebelas bulan yang pertama.

Kadar purata berian pinjaman asas (BLR) kekal tidak berubah pada bulan ini.

tahun 2001 bulan nov

Sementara itu, kadar purata berian pinjaman asas (BLR) bank perdagangan dan
syarikat kewangan kekal tidak berubah pada bulan November.

Ketiga-tiga agregat monetari meningkat pada bulan November. Wang secara luas,
M3 meningkat sebanyak RM1.8 bilion atau 0.4% sementara M1 mencatat
peningkatan sebanyak RM1.5 bilion atau 1.9%. Pada asas tahunan,
M1, M2 dan M3 masing-masing meningkat sebanyak 8.1%, 3.9% dan 4.3%.
Peningkatan dalam M3 pada bulan November mencerminkan terutamanya operasi
Kerajaan yang mengembang berikutan pengeluaran deposit oleh Kerajaan untuk
membiayai perbelanjaan.

Tahun04 bulan nov


Kadar pemberian pinjaman asas purata (BLR) bank perdagangan dan syarikat
kewangan kekal tidak berubah, masing-masing pada 5.98% dan 6.90% pada akhir
November.

Wang secara kecil, M1, berkembang pada kadar tahunan 11.7% pada akhir November
(13.5% pada bulan Oktober), mencerminkan penggunaan yang mapan. Wang secara
luas , M3, meningkat pada kadar tahunan 10.3% pada akhir November (10.7% pada
akhir bulan Oktober). Pada asas bulanan, peningkatan dalam M3 sebanyak RM6
bilion mencerminkan pengembangan operasi luaran dan peningkatan dalam
pembiayaan bank.

Bulan n0v 2006


Wang secara kecil atau M1 meningkat pada kadar tahunan yang lebih tinggi sebanyak
15.2% (Oktober: 9.4%). Wang secara luas atau M3 berkembang pada kadar tahunan
11.2% (9.1 % pada bulan Oktober). Tuntutan bersih terhadap Kerajaan dan operasi
luaran bersih memberikan kesan pengembangan terhadap M3 pada bulan itu,
sementara kesan pengembangan tuntutan terhadap sektor swasta melalui pinjaman
terkumpul yang lebih tinggi bagi sistem perbankan sebahagiannya diimbangi oleh
pemegangan PDS yang lebih rendah.

Pada bulan November, wang secara kecil atau M1 meningkat pada kadar tahunan
yang lebih tinggi sebanyak 15.2% (Oktober: 9.4%) disebabkan deposit permintaan
yang lebih tinggi terutamanya oleh institusi kewangan bukan bank. Wang secara luas
atau M3 berkembang pada kadar tahunan 11.2% (9.1% pada bulan Oktober). Pada
asas bulanan, tuntutan bersih terhadap Kerajaan memberikan kesan pengembangan
terhadap M3, apabila Kerajaan mengeluarkan depositnya daripada Bank Negara
Malaysia berikutan penebusan bersih sekuriti Kerajaan dan untuk membiayai
perbelanjaannya.
2005
Agregat monetari berkembang pada kadar yang lebih perlahan pada bulan November.
Wang secara kecil atau M1, tumbuh pada kadar tahunan 7.3%, manakala wang secara
luas atau M3, berkembang pada kadar tahunan 8.4% pada akhir bulan November.

Dari segi kadar pemberian pinjaman runcit, BLR purata bagi bank perdagangan dan
syarikat kewangan masing-masing meningkat kepada 6.19% dan 7.03% pada 15
Disember (akhir November: 5.98% dan 6.90%) ekoran langkah 19 bank perdagangan
dan dua syarikat kewangan menaikkan BLR mereka dalam julat 0.25 – 0.30%

Wang secara kecil atau M1 yang merupakan baki urus niaga, meningkat pada kadar
pertumbuhan tahunan yang lebih perlahan sebanyak 7.3% (Oktober: 12.6%) pada
bulan November, disebabkan sebahagiannya oleh pemegangan matawang yang
berkurang berikutan berakhirnya tempoh perayaan dan bilangan hari bekerja yang
lebih rendah. Sementara itu, wang secara luas atau M3 meningkat pada kadar
pertumbuhan tahunan 8.4% (Oktober: 9.8%) pada bulan November. Tuntutan bersih
terhadap Kerajaan dan sektor swasta memberi kesan pengembangan namun ini telah
diimbangi oleh kesan penguncupan operasi luaran bersih

You might also like