You are on page 1of 1

Pada zaman yang penuh dengan pancaroba ini, kes pembuangan bayi semakin berleluasa di Negara Malaysia, iaitu

negara kita. Kes ini menjadi serius apabila banyak remaja membuang bayi mereka sesuka hati di tempat-tempat seperti sungai-sungai dan tong sampah. Mereka yang berdosa ini mungkin dapat menyembunyikan identitinya sebagai ibu bapa bayi yang dibuang jika isu ini tidak dititikberatkan oleh pihak kerajaan dan lain-lain. Kes pembuangan bayi ini disebabkan oleh banyak punca. Salah satu punca ialah penghamilan dalam kalangan remaja. Mereka berasa seronok jika selalu boleh melakukan seks bebas tanpa diketahui ibu bapa mereka. Mereka juga tidak tahu lelaki mesti memakai kondom apabila melakukan seks. Lelaki tidak sedar bahawa spermanya dilepaskan apabila melakukan seks yang cepat ketika memasukkan auratnya ke dalam aurat teman wanitanya. Masyarakat juga terlalu cepat menilai seseorang (berburuk sangka). Kesan kesan pembuangan bayi ialah amalan pembuangan bayi menjadi trend remaja sekarang. Perkara ini tidak baik langsung kerana mereka tidak menghargai bayi sendiri pun. Sleain itu, imej negara akan terjejas selepas berita ini disebarkan ke luar negara. Nyawa bayi juga diancam kerana boleh mati jika tidak dijumpai orang. Teman lelaki dan wanita yang melakukan seks bebas menjejaskan imej sendiri dan keluarganya. Langkah langkah menyelesaikan kes ini adalah dengan mendidik remaja mengenai keburukan seks bebas. Selain itu, pihak kerajaan mesti menjalankan kempen anti-seks bebas. Selain itu, guru-guru harus mengajar remaja untuk mempunyai harga diri supaya mereka sedar akan isu ini. Mereka yang melakukan kesalahan ini hendaklah diberi hukuman berat. Kesimpulannya, semua pihak mesti bekerjasama agar imej negara terjamin.

You might also like