You are on page 1of 10

PUSAT PENYELIDIKAN ARKEOLOGI GLOBAL , UNIVERSITI SAINS MALAYSIA UAW 101 PENGANTAR ARKEOLOGI TOPIK: LUKISAN DAN UKIRAN

Pengenalan Bidang melibatkan penyelidikan terhadap lukisan dan ukiran digolongkan dalam bidang cognitive archaeology salah satu sub-bidang baru dalam New Archaeology. Bidang ini memeberi focus terhadap bagaimana bentuk pemikiran masyarakat awal berdasarkan tinggalan arkeologi. Lukisan dan ukiran primitive merupakan sumber yang kaya tentang informasi cognitive dan juga melibatkan pengkaji sejarah seni. Bagaimanapun dalam zaman prasejarah, dimana tiadanya bukti-bukti tulisan, ahli-ahli arkeologi lama hanya menginterpretasi lukisan dan ukiran mengikut imaginasi dan reasoning mereka tentang kepercayaan dan corak pemikiran masyarakat awal. Atas kelemahan kajian bersifat spekulasi ini wujudnya nya New Archaeology yang turut mendapat tekanan kemudiannya untuk lebih banyak menggunakan kaedah saintifik selain memerlukan sokongan etnoarkeologi. Bagaimanapun terdapat kekurangan pendekatan cognitive diperingkat awal New Archaeology diperkenalkan dimana data-data cognitive tidak dapat diuji sepenuhnya.

Kita boleh mengkaji bagaimana pandangan masyarakat awal

terhadap kehidupan contohnya

masyarakat di tamadun Lembah Indus mencipta sitem timbangan, bagaimana sesuatu perancangan dan pelan, peta dan model disediakan untuk membina monument dan kota. Ianya juga akan

menginterpretasi bagaimana pandangan masyarakat awal terhadap sesuatu material yang mempunyai status yang tinggi dalam masyarakat. Selain itu ia melibatkan kefahaman tentang konsep kepercayaan, ritual .

Lukisan sebagai simbol Simbol adalah sesuatu aspek yang menjelaskan kebolehan manusia berbanding spesis lain. Kebanyakan corak pemikiran yang intektual contohnya berpidato adalah menggunakan symbol . Bagaimanapun, sesuatu perkataan atau sesuatu tanda tertentu melambangkan suatu symbol tertentu sahaja. Contohnya bintang dan jalur garisan, apabila kita melihatnya sepintas lalu ia kelihatan seperti bendera Amerika, maksudnya setiap corak mempunyai sejarah sekiranya kita telah sedia maklum. Tetapi, tiada apa-apa dalam sesuatu corak yang menjelaskan ia mewakili sesuatu negara. Sebenarnya sesuatu symbol hanya boleh di terjemahkan oleh sesuatu kumpulan budaya tertentu contohnya lukisan gua prasejarah Scandinavia yang menurut pandangan kasar kita adal sebuah perahu, tetapi kita memerlukan kajian lebih mendalam kerana ia mungkin sebuah papan luncur yang digunakan dikawasan sejuk.

Lukisan Gua Prasejarah Salah satu bukti arkeologi yang penting ialah lukisan gua yang terdapat di seluruh dunia. Diantara lukisan awal ialah di Perigord dan dan Pyrenees di France dan Cantabria di utara Sepanyol berusia Paleolitik sekitar 30,000 tahun BC. Bagaimanapun kebanyakan tapak lukisan berusia sekitar 10,000 BC .

Lukisan Gua Lascauxs ; Salah satu tapak lukisan gua yang penting ialah Lascauxs (yang terkenal sebagai Axial gallery) yang berusia 17,000 tahun dahulu. Lukisan inui mengandungi imej kuda, aurochs (sejenis lembu liar), rusa dan tanda-tanda titik dan empat segi bujur yang sukar difahami. Ahli arkeologi berpandangan bahawa bentuk-bentuk abstrak ini mewakili kumpulan etnik tertentu dalam struktur social masyarakat prasejarah. Selain itu ia juga di interpretasikan sebagai pagar atau terumbu karang, dimana lembu liar digambarkan sedang melompat melintasi tembok (barrier). Bagaimanapun, kebanyakan ahli arkeologi berpendapat lukisan tersebut mewakili tanda atau symbol tertentu.

Sejarah penyelidikan lukisan gua yang agak sistematik bermula dalam tahun 1960an, dimulakan oleh ahli arkeologi Peranchis, Andre Leroi-Gourhan, diikuti oleh Annette Laming-Emperaire. Leroi-Gourhan membuat kajian keduaukan dan assosiasi imej haiwan disetiap gua dan membuat interpretasi bahawa imej kuda dan bison merupakan imej paling popular mewakili 60% dari keseluruhan lukisan, dan kedudukan tertumpu ditengah-tengah panel gua. Imej seperti mammoth, ibex dan rusa pula terletak ditepi panel gua, manakala imej yang agak sedikit seperti beruang, rhinoceroses dan felines terletak dibahagian dalam gua dalam satu kelompok. Leroi telah meletakkan satu tema profil beberapa jenis haiwan dan susunatur lukisan pada dinding gua.

Lascauxs cave paintings Motif dan gaya lukisan Terdapat beberapa klasifikasi yang menunjukkan gaya atau attribute yang terdapat pada lukisan gua prasejarah, diantaranya ialah: a. zoomorfik

b. Antromorfik c. Geometri d. Abstrak e. Sinar x

Lukisan Gua di Malaysia Lukisan gua di Malaysia dibahagikan kepada dua jenis mengikut bahan yang digunakan untuk melukisnya iaitu : a. lukisan yang menggunakan hematite (iron oxide atau red ocre). Di Semenanjung Malaysia lukisan jenis hematite hanya terdapat di Gua Tambun,Ipoh manakala di Malaysia Timur ia terdapat di Gua Lobang Kain Hitam, Niah, Sarawak. b. lukisan menggunakan arang (lukisan monokromatik)

Tapak-tapak lukisan Gua di Malaysia: 1. Gua Tambun, Ipoh 2. Gua Kelilawar Sungai Siput,Perak 3. Gua badak,Lenggong,Perak 4. Gua Dayak,Lenggong, Perak 5. Gua Gelok,Lenggong, Perak 6. Gua Batu Puteh, Lenggong,Perak 7. Gua Tukang,Lenggong,Perak 8. Gua Batu Puteh, Kodiang,Kedah 9. Gua Batu Chincin, Ulu Kelantan 10. Gua Jaya, Ulu Kelantan

11. Gua Luas, Kuala Kenyam,Pahang 12. Gua Lobang kain Hitam,Niah,Sarawak

Lukisan Gua Tambun: Lukisan di Gua Tambun mempamerkan motif antromorfik iaitu imej manusia sedang menari, duduk mencakung, dipercayai sedang melakukan upacar ritual atau berpesta. Manakala bentuk antromorfik iaitu imej haiwan seperti ikan dugong, tapir, harimau,rusa, kura-kura atau penyu, kambing gurun dan sebaginya makala imej geometri diwakili bentuk abstrak diwakili lukisan titik, garisan . Lukisan dalam bentuk sinar x dilihat pada imej anak rusa yang terdapat dalam perut ibunya . Lukisan Gua Tambun mempunyai banyak persamaan dengan lukisan di Gua Tham Rob, Thailand serta beberapa gua di India dan Sri Lanka.

Lukisan Gua Tambun

Lukisan Gua Lobang Kain Hitam,Niah: Gua ini terletak pada banjaran Gunung Subis, pada formasi yang sama dengan The Great Cave - Gua Niah. Gua Lobang Kain Hitam (the painted cave) ini memaparkan lukisan prasejarah seperti motif perahu, imeg antromorfik manusia sedang menari dan bersayap yang

dilukis dengan hematite. Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan kepercayaan terhadap alam akhirat dan upacara pengkebumian. Ekskavasi yang telah dijalankan disini menemukan beberapa perahu sebagai keranda yang berfungsi untuk menyimpan mayat . Pentarikhan radiocarbon terhadap perahu menunjukkan ia berusia 1,200 tahun dahulu. Selain itu turut ditemui ialah alat-alat pengkebumian seperti perhiasan diiri dari siput, manik-manik dan seramik cina yang menunjukkan adanya ritual mengiringi kematian tersebut.

Lukisan Gua Badak, Lenggong: Lukisan gua Badak seperti lukisan-lukisan lain yang menggunakan arang di Lembah Lenggong memaparkan lukisan-lukisan yang agak baru berbanding lukisan Gua Tambun dan Gua Lobang kain Hitam dan dipercayai dilukis oleh masyarakat Negrito yang mendiami gua-gua tersebut. motif-motif antromorfik seperti imej manusia sedang menari, berburu, memanah, memikul galah panjang, menangkap ikan dengan jaring, orang sedang menunggang gajah, berkawad dan sebagainya. Manakala imej zoomorfik diwakili oleh imej beruk sedang memanjat pokok kelapa, biawak, kura-kura dan sebagainya. Corak geometri banyak terdapat dalam lukisan ini yang sebahagiannya mempunyai persamaan dengan motif-motif yang terdapat dalam budaya material masyarakat Negrito. Adalah dipercayai lukisan yang dilukis disini menggambarkan satu ekspresi atau cetusan ide dari pengalaman, pemikiran estetika masyarakat tersebut yang diterjemahkan dalam bentuk lukisan.

Lukisan Gua Badak

Fungsi lukisan gua Lukisan gua berperanan sebagai satu medium untuk berkomunikasi, sebagai masyarakat prasejarah yang primitive . Lukisan gua-gua merupakan gambaran sebuah cetusan ide, pemikiran universal, pengalaman, perjuangan, dan harapan hidup manusia pada zaman tersebut. Dengan melukis imej-imej haiwan yang akan di buru, maka para pemburu ini merasakan mereka akan menguasai binatang buruannya (sympathetic magic). Hal ini antara lain ditunjukan oleh gambaran sejumlah besar binatang yang terkena panah atau terluka. Lukisan ini juga adalah gambaran pengalaman yang berdasarkan pada sumber inspirasi dari cara hidup serta kebergantungan kepada sekitaran, yaitu hidup berburu dan mengumpulkan makanan. Lukisan yang selama ini ditemukan selalu menggambarkan kehidupan sosial ekonomi , teknologi untuk berburu dan memungut dan menangkap ikan. Selain itu ia juga melibatkan sistem kepercayaan serta upaca ritual yang dilakukan contohnya pengebumian dan kepercayaan terhadap kuasa supernatural, makhluk halus dan alam akhirat selain menunjukkan adanya struktur social masyarakat yang berbudaya.

UKIRAN Ukiran Bhimbetka Cave : salah satu ukiran terawal didunia ialah ukiran petroglyps ("petroglyph"
berasal dari dua perkataan Greek iaitu "petros" bermaksud rock,dan "glyphein" bermaksud to carve) dan cantuman keduanya bermaksud "rock carving") yang ditemui dalam tahun 1990an

di Auditorium Cave, Bhimbetka dan PeDaraki-Chattan rock shelter di Madhya Pradesh India. Ukiran diatas batu ini berusia pada zaman kebudayaan pra Achulean, iaitu pada Lower Palaeolithic sekurangnya berusia 290,000 -700,00 BCE secara relative.

Figura Tan-Tan : Ukiran berbentuk figura manusia prasejarah yang terawal pula dipercayai adalah figura manusia di Tan-Tan, di temui di Sungai Draa di Bandar Tan-Tan di Morocco. Figura ini berusia secara relative antara 200,000 500,000 BCE dan berdasarkan tarikh tersebut dipercayai diukir oleh Homo erectus bukan Homo sapiens. Figura ini diukir dari batu quartzite, berukuran panjang 6 cm, lebar 2.6 cm dan ketebalan 1.2 cm manakala beratnya 10 grams. Pada permukaannya terdapat kesan red ochre.

Figura Berekhat Ram : ditemui diutara Israel, salah satu figura prasejarah terawal didunia. Di ukir diatas pebel tuff dari basalt, dipercayai mengandungi figura seorang wanita memperlihatkan tubuh, kepala, tangan. Analisis mikroskopik menunjukkan ia dibuat oleh manusia dan bukan semulajadi, sama atau mungkin ada kaitan dengan penemuan Tan-Tan di Morocco. Ia dipercayai diukir pada zaman Lower Palaeolithic berusia antara 230,000-700,000 BCE berdasarkan penemuan diantara dua lapisan volkanik yang lapisan atasnya berusia 230,000 BCE dan lapisan bawah 700,000 BCE. Seperti Tan-Tan ia dipercayaai diukir oleh Homo erectus. Ukiran Blombos Cave: Ukiran Blombos Cave di Afrika Selatan ini berusia 70,000 BCE pada Paleolitik pertengahan. Ukiran ini telah diukir diatas dua biji batu ochre (iron oxide) dengan corak geometri yang

abstrak, selain itu kajian arkeologi digua itu juga menemukan beberapa artifak lain termasuk manikmanik dari cengkerang dari jenis Nassarius kraussianus. Turut ditemui ialah iron oxide atau ochre yang telah dibentuk seperti krayon yang dipercayai telah digunakan. Merupakan bukti ukiran terawal ditemui di Afrika, dan yang kedua terawal didunia selepas Bhimbetka petroglyps dan Venuses di Berekhat dan Tan-Tan.

Ukiran Blombos Cave

Bacaan Goran Burenhult (1993) The Rise of Art, DALAM Goran Burenhult (ed.), The First Humans HarperSanFrancisco, ms 97-122. Sklenar, Karel (1988) Painting and Sculpture, DALAM Sklenar K (ed.) Hunters of the Stone Age, Hamlyn Publishing Group Limited, ms 90-116. Renfrew, C & P Bahn (1991) What did they think? Cognitive Archaeology, Art, and Religion. DALAM Archaeology: Theories, methods, and practice Thames & Hudson, ms 339-370. The First Artists, Dalam Early People, Eyewitness Guides. Dorling Kindersley Limited, London, 1989, ms 24-25. Paul Tacon (1993) Art of the Land DALAM Goran Burenhult (ed.), The First Humans, HarperSanFrancisco, ms 158. Josephine Flood (1997) Rock Art of the Dreamtime, Angus & Robertson, Australia.

Sanim Ahmad,2005, Lukisan Primitif Gua Batukapur Malaysia 1, Jurnal Arkeologi Malaysia, Bil.18.

You might also like