You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN (Bil.

2/2010) IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Tarikh Masa Tempat Hadir:

: : :

7 Julai 2010 8.00 pagi Bilik Mesyuarat

1. Encik Abdul Qahhar b. Mohd Radzi

(Pengerusi)

2. Encik Muhammad Siddik b. Juraimi 3. Encik Mohd. Syazwan b. Mohamed 4. Encik Muhd. Amin Afifi b. Othman 5. Puan Nurul Eezzah bt. Awang 6. Puan Raihanah Athirah bt Mat Razali 7. Puan Nurlyana bt Sakarudi 8. Encik Mohd. Zuhdi b. Sabri 9. Puan Nor Shariza b. Abd. Rahman 10. Puan Sim Yie May 11. Puan Siti Zulaikha Izlyn bt Rusman 12. Puan Siti Nur Amalina bt Mohamed 13. Puan Farhanis bt. Omran 14. Puan Ezzah bt Ahmad 15. Encik Mohd. Ridhuan b. Ghazali 16. Encik Mohd. Khairuladli b. Abu Bakar 17. Encik Mohd Hafizie b. Zulkefle 18. Puan Nur Fadhila bt. Saugi 19. Encik Mohd Izzad Fadzly b. Abdul Halim 20. Puan Nor Hayani bt. Maliki Haris 21. Puan Nurul Nazierah bt. Omar 22. Puan Nor Aishah bt Azmi

(Setiausaha)

1.0

Ucapan Pengerusi 1.1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh En. Abdul Qahhar b. Mohd Radzi.

1.2

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli IPG Kampus Pendidikan Teknik yang hadir dalam mesyuarat hari ini dan berharap agar mesyurat berjalan dengan lancar.

2.0

Pengesahan Minit Mesyuarat 2.1 Minit mesyuarat Jabatan Hal Ehwal Pelajar Bil. 2/2010 yang bertarikh 31 Jun 2010 disahkan tanpa pindaan oleh Encik Abdul Qahhar bin Mohd. Radzi.

3.0

Perkara berbangkit 3.1.1 Borang Penilain Pensyarah telah siap diedar dan menunggu arahan selanjutnya untuk proses kemaskini.

4.0

Agenda Baharu 4.1 Peraturan 4.1.1 Encik Muhamad Siddik bin Juraimi selaku ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar menjelaskan bahawa pelatih guru perlu mematuhi kod etika berpakaian yang telah ditetapkan. Bagi pelajar Melayu lelaki, mereka perlu berkemeja dan berseluar panjang berwarna gelap, manakala pelajar Melayu perempuan berbaju kurung atau kebaya. Sebaliknya, bagi yang bukan Islam hendaklah berpakaian sopan. 4.1.2 Puan Farhanis binti Omran mencadangkan agar undang-undang pemakaian tanda nama diwajibkan ke atas semua pelatih guru. Tindakan yang wajar perlu diambil bagi mereka yang melanggar peraturan tersebut. Tindakan: Jabatan Hal Ehwal Pelajar 4.1.3 Encik Muhd Zuhdi pula selaku ketua Jabatan Ekonomi memberi usul agar kedatangan guru pelatih diwajibkan pada perhimpunan pagi setiap hari Isnin bermula jam 7.30 pagi hingga 9.00 pagi. Pihak tutor perlu memainkan peranan untuk mengawal kehadiran guru pelatih.

Tindakan: Jabatan Disiplin 4.1.4 Puan Nor Shariza binti Abdul Rahman menjelaskan pelatih guru yang menginap di asrama IPG Teknik perlu mematuhi peraturan asrama yang telah digariskan. Peraturan terbaru yang dikeluarkan, para penghuni perlu menutup lampu selepas jam 11 malam bagi menjimatkan penggunaan elektrik. 4.2 Ko-kurikulum

4.2.1 Pemantapan ko-kurikulum di kalangan guru pelatih perlu ditingkatkan. Mereka perlu melibatkan diri dalam setiap kegiatan yang telah ditetapkan oleh pihak institut. 4.2.2 Puan Raihanah Athirah mewajibkan setiap guru pelatih menyertai aktiviti sukan yang ditetapkan pihak institut. Tindakan: Jabatan Ko-kurikulum 4.3 Kehadiran 4.3.1 Encik Muhd Amin bin Afifi membentangkan statistik kehadiran pelajar ke kuliah. Kedatangan pelajar ke kuliah perlu dan tindakan tegas perlu dikenakan bagi guru pelatih hadir ke kuliah. Tindakan: Jabatan Disiplin 4.3.2 Guru pelatih perlu menyiapkan tugasan yang diberikan pada masa yang telah ditetapkan. Tindakan: Jabatan Akademik 5.0 Hal-hal lain 5.1 Puan Siti Nur Amalina mencadangkan agar mengetatkan peraturan yang sedia ada bagi setiap guru pelatih di IPG Teknik. Puan Nurlyana binti Sakarudi berharap agar pensyarah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah disiplin di kalangan guru IPG Teknik. Tindakan: Semua pensyarah

diwajibkan yang tidak

5.2 pelatih

5.3

Ceramah motivasi Membentuk Peribadi Seorang Guru akan diadakan pada 2 Ogos 2010 bertempat di Dewan Besar IPG Teknik. Kehadiran akan diwajibkan ke atas setiap guru pelatih. Ketua Jabatan dan semua pensyarah dijemput hadir. Tindakan: Semua jabatan dan pensyarah

5.4

Cadangan agar meningkatkan infrastruktur di IPG Teknik dan menyediakan kelengkapan yang cukup bagi setiap guru pelatih akan dipertimbangkan. Tindakan: Jabatan Hal Ehwal Pelajar

6.0

Penutup Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ketua jabatan yang terlibat memberikan cadangan dan pandangan dalam mesyuarat ini. Beliau mengharapkan agar para pensyarah dan ketua jabatan dapat memberikan kerjasama dan meningkatkan iltizam ke arah kecemerlangan. Mesyuarat ditangguh pada jam 10.00 pagi.

Disediakan oleh, __________________ PUAN NOR AISHAH BINTI AZMI Setiausaha Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Tarikh: 7 Julai 2010

You might also like