You are on page 1of 3

Minuman Alkohol Minuman alkohol merupakan salah satu penggunaan daripada ethanol.

Minuman alkohol diminum oleh dewasa terutamanya di Negara barat. Mereka mengambil minuman alkohol adalah untuk memanaskan badan mereka

memandangkan negara mereka mempunyai suhu yang rendah. Minuman alkohol dapat dihasilkan melalui proses penapaian. Terdapat beberapa aspek yang perlu kita mengambil kira untuk menjayakan proses penapaian. Antaranya ialah penggunaan yis, enzim dan suhu yang sesuai. Dalam esei ini, kita akan melihat bagaimana proses penapaian berlaku dan bagaimana aspek yang dinyatakan tadi dapat menjayakan proses ini.

Rajah 2 : Botol wain J.Collin ( 2012 ) Kilang pemprosesan wain mengaplikasikan proses penapaian untuk membuat wain. Selepas, buah anggur dipetik dan dihancurkan, jus anggur tersebut akan dihantar ke kilang pemprosesan wain. Untuk menjalankan proses penapaian, yis akan ditambah di dalam anggur yang telah dihancurkan. Yis tersebut akan menukarkan gula (C6H12O6) semulajadi yang terdapat dalam anggur iaitu fruktosa kepada alkohol 2(CH3CH2OH) dan karbon dioksida 2(CO2). Maka, produknya adalah alkohol dan karbon dioksida. Karbon dioksida akan dibebaskan daripada wain dan alkohol pula akan dikekalkan dalam wain .

Rajah 2 : Kilang pemprosesan wain. Nice.K (2000) Yis yang sesuai untuk digunakan dalam proses ini ialah Saccharomyces cerevisiae dan ia akan menjalankan proses penapaian tanpa kehadiran oksigen . Glukosa yang terdapat dalam anggur yang telah dihancurkan akan ditukarkan kepada piruvat dan NAD+ akan diturunkan kepada NADH . Selepas itu , piruvat akan dikarbosilasikan dan ia akan menjadi alkohol yang dikenali sebagai ethanol . Enzim merupakan satu faktor yang mempengaruhi yis untuk menukarkan gula kepada alkohol . Beberapa enzim digunakan semasa proses penapaian dan pada akhirnya, enzim Zymase akan digunakan . Zymase akan menukarkan produk enzim yang lain kepada etil alkohol . Walau bagaimanapun , kepekatan alkohol yang tinggi akan memusnahkan enzim. Bagaimanakah yis berhenti berfungsi dalam penapaian? Kandungan alkohol yang tinggi akan memusnahkan yis yang telah digunakan dalam proses tadi hal ini kerana kepekatan alkohol di dalam wain bergantung kepada jenis yis yang telah digunakan. Hal ini kerana, jenis yis yang berbeza boleh menahan kepekatan alkohol yang berlainan. Yis yang digunakan dalam wain boleh bertahan kepada kepekatan alkohol di antara 1015%. Yis yang dikultur boleh menahan kepekatan alkohol lebih daripada 21%. Kandungan alkohol yang tinggi akan memusnahkan yis yang telah digunakan dalam proses tadi.

Selain daripada yis, suhu juga memainkan peranan yang penting dalam proses penapaian. Semasa penapaian, wain merah akan diletakkan dalam tapak yang mempunyai suhu lebih kurang 70C - 90C . Jikalau suhu yang digunakan lebih daripada suhu tersebut , wain itu akan dimusnahkan . Semasa penapaian wain putih, suhu yang rendah akan digunakan . Suhu yang kurang daripada 70C adalah sangat sesuai digunakan semasa penapaian wain putih . Maka pengilang harus bijak dalam menentukan suhu yang sesuai bagi wain yang tertentu. Semasa penapaian kedua, wain tersebut akan dimasukkan dalam bekas yang sangat ketat supaya mengelakkan oksigen daripada campur dengan wain. Kandungan alkohol yang tinggi dapat dihasilkan selepas proses ini berakhir. Selepas itu , wain tersebut akan dibotolkan dan dihantar ke pasaran.

You might also like