You are on page 1of 7

Jenis Motor

Motor arus terus (AT) Motor arus ulang alik (AU)

BAHAGIAN ASAS MOTOR AT


1. Pemegun
Pemegun ialah bahagian yang mengandungi belitan magnet yang menghasilkan fulks medan magnet.

2. Pemutar
Pemutar ialah bahagian motor yang berputar dalam motor elektrik. Pemutar berada di tengah-tengah motor iaitu di tempat pemasangan aci.

BAHAGIAN BAHAGIAN UTAMA


1. 2. 3. 4. Angker Kutub medan Penukartertib Berus karbon

Angker
Bahagian motor yang berputar dan merupakan bahagian yang menerima tenaga elektrik.
Terdiri daripada teras angker, belitan angker dan lubang alur.

Kutub Magnet
Kutub magnet ialah untuk menghasilkan medan magnet kekal dalam motor AT. Motor AT bersaiz kecil menggunakan magnet kekal sebagai kutub medan. Motor AT bersaiz besar menggunakan elektromagnet sebagai medan kutub. Belitan untuk menghasilkan kekuatan medan magnet pada kutub dinamai sebagai belitan medan.

Penukartertib
Komponen berbentuk silinder yang terdapat di dalam pemutar. Diperbuat daripada bar kuprum yang ditebat di antara satu sama lain. Bilangan bar kuprum bergantung kepada bilangan belitan angker. Penghujung setiap belitan angker akan disambungkan ke bar kuprum dan dipaterikan.

Penukartertib bertugas sebagai penetap arah arus yang mengalir ke dalam pengalir belitan angker melalui berus karbon.

Berus Karbon
Berbentuk bongkah kecil yang bertindak sebagai media penyambung litar elektrik yang berputar dengan bahagian pegun. Digunakan untuk membawa arus masuk ke belitan angker dan keluar dari belitan angker. Apabila angker berpusing berus karbon akan sentiasa menyentuh pada penukartertib dan menyebabkan arus elektrik mengalir ke belitan angker.

You might also like