You are on page 1of 1

Kerja Projek Matematik Tambahan SPM 1 2012

KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN SPM 1/ 2012


Dalam dunia perniagaan dan industri hari ini, ramai yang berusaha untuk mengurangkan pembaziran dan memaksimumkan produktiviti. Kalkulus boleh digunakan untuk menangani masalah yang melibatkan penggunaan sumber. Kita mulakan eksplorasi dengan matlamat untuk mendapat hasil optimum daripada sumber yang terhad. Tugas anda adalah mencari kaedah untuk mengurangkan kos penghasilan bekas minuman. Bahagian 1 Reka sekurang-kurangnya tiga bekas minuman dengan menggunakan bahan mentah yang minimum. Bahagian 2 Bekas minuman ini boleh menampung 12 fl oz. (Tukar unit ukuran isipadu ini kepada unit S.I.) a) Lukis dan labelkan satu bekas minuman yang biasa diguna. Nyatakan andaian yang anda buat. Apakah bahan yang boleh diguna untuk menghasilkan bekas minuman tersebut? b) Tentukan pembolehubah-pembolehubah dalam bekas minuman yang anda lukis dan jelaskan hubungkait antara pembolehubah-pembolehubah itu. Seterusnya, kenalpasti kuantiti yang boleh diminimumkan supaya kos bekas minuman dapat dikurangkan. c) Tulis satu ungkapan untuk kuantiti yang hendak diminimumkan di bahagian (b) dalam satu pembolehubah sahaja. d) Guna sekurang-kurangnya dua kaedah untuk menentukan dimensi bekas minuman yang boleh meminimumkan penggunaan kuantiti bahan mentah. Jelaskan secara ringkas bagaimana anda membuat pengiraan dan beri ulasan tentang hasil dapatan anda. Eksplorasi Lanjutan a) Satu tin minuman boleh menampung 12 fl oz. Jika bahagian bawah dan bahagian atas tin minuman masing-masing adalah dua kali ganda lebih tebal daripada bahagian sisinya, cari dimensi tin minuman ini yang boleh mengurangkan bahan mentah yang diguna. (Petunjuk : Selain meminimumkan luas permukaan, anda juga boleh cuba meminimumkan kos; kos berkadar terus dengan hasildarab tebal dan luas permukaan.) b) Diberi tebal bahagian atas dan bahagian bawah tin minuman masing-masing adalah 2.23 kali tebal sisinya. Tunjukkan ketebalan ini meminimakan kos jika jejari tin minuman adalah 2.93624 cm. c) Bincang dua jenis ujian yang boleh diguna untuk menentukan ekstrema setempat (local extrema) suatu fungsi. (Nyatakan teorem, penerangan dan contoh-contoh yang bersesuaian dalam jawapan anda.)
~~~~~~~~~~~~~~~~ KERTAS SOALAN TAMAT ~~~~~~~~~~~~~~~~
Edit 1

You might also like