You are on page 1of 7

Bahagian A Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D.

Pilih satu jawapan yang paling tepat dan bulatkan.

1. Semua yang berikut, merupakan keunikan manusia ciptaan Tuhan, kecuali A. Mempunyai wajah menarik dan anggota yang dicipta sempurna. B. Sanggup berperang untuk mempertahankan diri. C. Mempunyai akal fikiran untuk menimba ilmu. D. Tahu akan kepentingan hidup bermasyarakat.

2. Apabila mendapati guru tersilap memberi markah yang lebih kepada kita, kita hendaklah A. Memuji guru kerana bersikap pemurah. B. Memberitahu guru akan kesilapan yang telah dilakukan. C. Memberitahu rakan-rakan akan kesilapan guru. D. Mendiamkan sahaja perkara itu supaya guru tidak berasa malu.

3. Sebab utama kita menepati segala janji yang dibuat adalah supaya kita A. Dipuji dan dihormati orang lain. B. Sentiasa rasa selamat dan tidak berdosa. C. Dipercayai dan diyakini oleh orang lain. D. Orang tidak akan mengata kita.

4. Perlakuan manakah bukan ciri orang yang mempunyai harga diri? A. Menggunakan akal yang diberi oleh Tuhan untuk berfikir sebelum bertindak. B. Menghargai apa jua kebolehan, bakat serta kekuatan yang ada pada diri. C. Menyedari anda tidak boleh mengubah corak kehidupan anda. D. Mengembangkan potensi dan bakat anda untuk masa depan.

5. Kebersihan kawasan sekolah merupakan tanggungjawab I II Guru-guru di sekolah. Murid-murid sekolah.

III Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah.

IV Masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sekolah. A. I dan II C. I, II dan III B. II dan III D. II, III dan IV

6. Semua yang berikut menunjukkan amalan berdikari, kecuali A. Memasak sendiri makanan yang mudah apabila ibu tiada di rumah. B. Menyiapkan kerja-kerja sekolah tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain. C. Membeli alat tulis di koperasi sekolah tanpa menyuruh ibu dan ayah membelikannya untuk anda. D. Mengambil wang dari bilik ibu tanpa pengetahuannya untuk diberikan kepada peminta sedekah.

7. Bagaimanakah kita menunjukkan nilai kasih sayang kepada adik kita? A. Membuatkan kerja-kerja sekolahnya supaya dia tidak dimarahi oleh guru. B. Memberikan perhatian kepadanya dan bertanyakan masalahnya. C. Memastikan dia sentiasa makan sehingga kenyang supaya tidak lapar di sekolah. D. Membelikan apa-apa sahaja yang diminta supaya dia tidak bersedih.

8. Perlakuan-perlakuan berikut menunjukkan bahawa kita mengamalkan nilai kasih sayang terhadap ibu bapa, kecuali A. Menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa. B. Menerima teguran ibu bapa dengan hati yang terbuka. C. Menjaga maruah serta nama baik ibu bapa. D. Menghantar ibu dan bapa ke pusat penjagaan orang tua yang paling baik.

9. Amalan nilai keadilan dalam keluarga akan melahirkan keluarga yang A. Tenang dan bahagia. B. Mewah dan kaya-raya. C. Dikenali di seluruh kampong. D. Saling bermusuhan dan berdendam.

10. Manakah antara yang berikut merupakan kesan negatif kepada individu yang dibesarkan dalam keluarga yang tiada kasih sayang? A. Hidup bahagia dan gembira. B. Terlibat dengan masalah disiplin di sekolah. C. Mesra dan saling bermaafan antara adik beradik. D. Cemerlang dalam pelajarannya dan berjaya dalam hidup.

11. Antara tanggungjawab anak kepada ibu bapa termasuklah I. Menjaga ibu bapa apabila mereka tua.

II. Mengikut peraturan dalam keluarga. III. Mengikut nasihat ibu dan bapa. IV.Memberikan pendidikan kepada ibu dan bapa. A. II dan III C. I, II dan III B. III dan IV D. Semua di atas

12. Kementerian yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar ialah A. Kementerian Pelajaran. B. Kementerian Kesihatan. C. Kementerian Kerja Raya. D. Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. 13. Pembakaran secara terbuka akan menyebabkan A. Pencemaran air. B. Pencemaran bau. C. Pencemaran bunyi. D. Pencemaran udara.

14. Kita digalakkan melancong di dalam negara sendiri supaya A. Tidak membazirkan masa dan wang untuk ke luar negara. B. Ekonomi negara kita sentiasa stabil. C. Kita dapat mengenali dan mengagumi keindahan alam semulajadi Malaysia. D. Spesies flora dan fauna tidak pupus kerana orang ramai sentiasa melawatnya.

15. Bilakah Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut pada setiap tahun? A. Januari B. Julai C. Ogos D. Oktober

16. Siapakah yang bertanggungjawab menjaga dan memberikan perlindungan kepada kanak-kanak? A. Guru-guru B. Golongan dewasa C. Saudara-mara D. Datuk dan nenek

17. Untuk berjaya dalam aktiviti yang diceburi memerlukan ___________ yang tinggi. A. Kos B. Disiplin C. Tenaga D. Angan-angan

18. Contoh-contoh amalan sikap keterbukaan ialah A. Melenting apabila idea tidak diterima. B. Takut dan kecewa apabila gagal. C. Terpengaruh dengan hasutan. D. Berfikir dalam membuat pilihan.

19. Mengapakah kita perlu menghormati kedaulatan negara sendiri? A. Untuk menjaga imej dengan baik. B. Supaya tidak ditangkap polis. C. Supaya tidak dianggap sampah masyarakat. D. Untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara.

20. Apakah perasaan anda apabila mengenali dan mempelajari tentang negara sendiri? A. Kecewa B. Bangga C. Marah D. Geram

(40markah)

Bahagian B Tuliskan BENAR bagi pernyataan yang betul dan SALAH bagi pernyataan yang salah.1. Sekiranya kita diamanahkan oleh seseorang untuk menjaga barang kepunyaannya, kitaboleh meminjamkan barang tersebut kepada orang lain dengan syarat dipulangkan segera.( )2. Amalan nilai toleransi akan menjadikan kita lebih fleksibel. ( )3. Orang yang rasional akan bertindak tanpa dipengaruhi oleh perasaan. ( )4. Jacky lebih gemar membeli-belah di pusat beli-belah yang berprestij dan

mewahwalaupun di pusat beli-belah biasa juga ada terdapat barang yang dikehendakinya.( )5. Kita dibenarkan memanggil adik-beradik kita atau rakan-rakan dengan pelbagaipanggilan yang tidak disukai sekiranya hanya untuk tujuan bergurau. ( )6. Pada zaman moden ini, panggilan seperti Pak Ngah atau Abang Long tidak perludipraktikkan kerana panggilan itu akan menyebabkan orang tersebut berasa lebih tua.( ) 7. Sebuah keluarga asas terdiri daripada ibu bapa, anak-anak, datuk serta nenek. ( ) 8. Asap dari kenderaan dan kilang akan menyebabkan pencemaran udara serta cuaca bumiakan menjadi semakin panas. ( )9. Bendera negeri Selangor terdiri daripada dua warna. ( ) 10. Membeli barang mestilah berdasarkan minat dan berjenama. ( )(20 markah)

Bahagian C Isi tempat kosong dengan jawapan yang diberi.1. Hutan tidak seharusnya dimusnahkan kerana selain menjadi _____________________ kepada haiwan, hutan juga membekalkan ubatubatan tradisional kepada kita.2. Kita perlulah _____________________ sebelum menggunakan peralatan orang lain. 3. Orang yang mengamalkan toleransi akan lebih _____________________ dan empatiterhadap kesusahan dan kesulitan hidup yang dialami orang lain.4. Mengamalkan nilai berdikari membantu kita mempunyai _____________________ diri.5. Apabila kita melihat kejayaan orang lain, kita hendaklah menjadikan kejayaan tersebutsebagai _____________________ untuk kita pula berusaha mencapai kejayaan.6. Sekiranya ibu bapa kita tidak mampu memberikan sesuatu dengan sama rata, anak-anak haruslah _____________________ secara adil.7. Sikap bersederhana dalam pemakanan amat penting kerana makan secara berlebihan akanmendatangkan _____________________ kepada kita.8. Salah satu peranan penting hutan adalah mengekalkan keseimbangan__________________.9. Penggunaan minyak tanpa _____________________ pada kenderaan akan mengurangkan pencemaran udara.10. Kempen _____________________ yang dilaksanakan dapat mengurangkan pembuangansampah. kitar semula penyakit berkongsi habitat meminta kebenaran pendorong ekologi

plumbum keyakinan bersimpati

(20 markah) Bahagian D : Soalan Struktur 1 (a) Berikan maksud bagi nilai toleransi.__________________________________________________________________ _____ ______________________________________________________________________ _ __ (6 markah)( b ) N y a t a k a n dua sikap yang ditunjukkan oleh individu yang mengamalkan nilai toleransi.(i) _____________________________________________________________________ (ii)___ __________________________________________________________________ (4 markah)2 (a) Berikan maksud bagi nilai berdikari.__________________________________________________________________ _____ ______________________________________________________________________ _ __ (6 markah)( b ) B e r i k a n dua contoh perlakuan pelajar yang mengamalkan nilai berdikari.(i) _____________________________________________________________________ (ii)___ __________________________________________________________________ (4 markah) KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like