You are on page 1of 4

Sekolah Kebangsaan Kampung To Bedor, 13300 Tasek Gelugor, Seberang Perai (U), Pulau Pinang.

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2012 Tarikh Masa Tempat : : : 10.1.2012 1.30 petang Anjung Selera

Kehadiran : 1. Pn. Valentoresh Bt. Mohd. Saad (PKKO) 2. Pn. Aima Suriani Bt. Awang (Ketua Panitia) 3. Pn. Zuraida Bt. Abd Wahab 4. En. Mohd Noor B. Abd Rashid 5. Pn. Zuriatun Ashikin Bt. Abd karim (Setiausaha) Agenda : 1. Ucapan pengerusi 2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu 3. Perkara-perkara berbangkit 4. Dasar-dasar Kementerian Pelajaran NKRA, KSSR, PBS, PIPP 5. Sukatan pelajaran dan rancangan pelajaran 6. Persediaan buku rekod mengajar 7. Pencerapan dan semakan buku latihan 8. Pengurusan panitia 9. Program peningkatan akademik 10. Hal-hal lain AGENDA 1 : Ucapan aluan pengerusi 1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah. 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama guru-guru untuk hadir dalam mesyuarat ini. Tindakan : Makluman AGENDA 2 : Pengesahan minit mesyuarat yang lalu 2.1 Disahkan : Pn. Zuraida Bt. Abd Wahab Disokong : En. Mohd Noor B. Abd Rashid

AGENDA 3 : Perkara-perkara berbangkit 3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa PEKA thn 3, 4, 5 dan 6 mengunakan buku susbadi sebagai rujukan. 3.2 Pengerusi juga memaklumkan pelan strategik untuk 2012 telah disiapkan. 3.3 Pengerusi memberitahu bahawa fail panitia sudah dikemaskini pada cuti sekolah yang lalu. Tindakan : Makluman AGENDA 4 : Dasar-dasar Kementerian Pelajaran 4.1 Pengerusi menerangkan NKRA. Antaranya : 4.1.1 Bidang keberhasilan utama Negara. 4.1.2 Kerajaan menumpukan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti. 4.1.3 4 perkara utama ialah : i) Pra-sekolah ii) Linus iii) Sekolah Berprestasi Tinggi iv) Tawaran Baru kepada pemimpin sekolah (Baiah) 4.2 Pengerusi menerangkan mengenai KSSR dan PBS. Antaranya : 4.2.1 Cara menulis RPH seperti dalam lampiran. 4.2.2 Rekod Transit SPPBS dimasukkan ke dalam fail peribadi guru dan fail perkembangan murid. 4.2.3 Fail peribadi guru perlu mengandungi : i) minit mesyuarat PBS ii) surat pekeliling KSSR iii) standard kandungan dan standard prestasi iv) bahan bantu mengajar v) rekod evidens dan rekod transit Tindakan : Makluman AGENDA 5 : Sukatan pelajaran dan rancangan pelajaran 5.1 Pengerusi memaklumkan rancangan tahunan boleh dihantar selepas cuti tahun baru cina. Rancangan tahunan boleh dibukukan kerana terlalu tebal. Tindakan : AJK AGENDA 6 : Persediaan buku rekod mengajar 6.1 Pengerusi mengedar lampiran sebagai rujukan cara menulis rancangan harian. - rujuk lampiran Tindakan :

AJK

AGENDA 7 : Pencerapan dan semakan buku latihan 7.1 Untuk merujuk tarikh pencerapan, pengerusi meminta AJK merujuk buku pengurusan pentadbiran muka surat 11 bahagian pengurusan kurikulum. 7.2 Bagi tarikh semakan buku latihan, AJK diminta merujuk pada muka surat 12. Tindakan : AJK AGENDA 8 : Pengurusan panitia 8.1 Pengerusi meminta semua guru sains perlu senaraikan keperluan untuk pengajaran dan pembelajaran bagi tahun 2012 selepas cuti tahun baru cina. 8.2 Pengerusi memaklumkan baki wang PCG bagi 2011 sebanyak RM135.11. Manakala peruntukan untuk 2012 sebanyak RM1584.00. Jadi jumlah terkumpul ialah RM1719.11. 8.3 Pengerusi memberitahu bahawa pengurusan fail panitia akan dijalankan sepanjang masa. Tindakan : Makluman

AGENDA 9 : Program peningkatan akademik 9.1 Pengerusi memaklumkan program yang akan dijalankan pada tahun ini. Antaranya: 9.1.1 Program Selamat Pagi SKKTB - program ini akan dijalankan pada hari khamis berselang dengan mata pelajaran matematik. - aktiviti bermula pada pukul 7.20 pagi hingga 7.40 pagi. - contoh aktiviti seperti kuiz, teka silang kata dan istilah sains. 9.1.2 Kelas tambahan PERDA untuk tahun 6 - dijalankan pada pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang bermula 16hb Januari sehingga September 2012. 9.1.3 Klinik Sains 9.1.4 Istilah Sains 9.1.5 Latih tubi 9.1.6 Latihan hujung minggu Tindakan : AJK AGENDA 10 : Hal-hal lain 10.1 Pn. Valentoresh Bt. Mohd. Saad memberitahu bahawa guru besar meminta supaya surat panggilan mesyuarat mesti dinyatakan supaya AJK perlu membawa buku pengurusan pentadbiran, buku panduan staf dan buku mesyuarat semasa menghadiri mesyuarat. 10.2 Pn. Aima Suriani Bt. Awang memaklumkan bahawa setiap kali mesyuarat perlu membincangkan perkembangan KSSR dan dimasukkan ke dalam agenda mesyuarat. 10.3 Pengerusi memaklumkan bahawa kelas tambahan PERDA akan bermula pada 16 Januari sehingga September 2012 hari Isnin hingga Khamis pada pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang.
3

10.4

Pengerusi mengedarkan jadual guru penyedia soalan. Dan berharap supaya guru dapat bekerjasama menyediakan soalan yang baik dan berkualiti mengikut tarikh yang ditetapkan oleh SUP.

PENUTUP Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang. Disediakan oleh : _______________________________ (Pn. Zuriatun Ashikin Bt. Abd Karim) Setiausaha Panitia Sains SKKTB Disemak oleh : ________________________ (Pn. Aima Suriani Bt. Awang) Ketua Panitia Sains SKKTB

You might also like