You are on page 1of 2

Model Disiplin Asertif Canter Diasaskan oleh Lee dan Marlene Canter, model ini mementingkan tanggungjawab seorang

guru dalam bilik darjah. Model ini sangat mementingkan peranan dan kawalan kelas oleh seorang guru. Model ini menekankan bahawa gaya respon seseorang guru boleh bersifat asertif, tidak asertif serta agresif. Sifat asertif berlaku apabila guru memberi amaran dan menyatakan hukuman kepada murid jika melakukan sesuatu salah laku. Sifat tidak asertif pula meminta guru untuk memarahi dalam nada tegas dan meminta murid menghentikan perbuatan tersebut. Dan terakhirnya, bersifat agresif pula berlaku apabila guru bercakap nada yang paling tegas dan hampir melaksanakan hukuman kepada murid. Dalam model ini, guru perlu membina peraturan dan arahan yang jelas untuk menyatakan tingkah laku yang boleh diterima dan dilarang di dalam bilik darjah. Guru mengawal kelas dengan tegas, tetapi dalam cara yang positif. Bantuan daripada ibu bapa dan pihak pentadbiran juga boleh membantu guru dalam situasi-situasi tertentu. Tujuan mengawal tingkah laku ini ialah untuk mengelakkan masalah semasa proses pembelajaran. Guru perlu berpegang kepada beberapa prinsip dalam model ini iaitu: 1. Tidak bertolak ansur terhadap murid yang menghalang proses mengajar 2. Tidak bertoleransi terhadap murid yang menghalang murid lain untuk belajar. 3. Tidak bertoleransi kepada murid yang melakukan tingkah laku yang tidak bermanfaat kepada dirinya dan murid lain. 4. Memberi galakan kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang baik. 5. Guru yang asertif adalah ketua di dalam bilik darjah, dan mempunyai skil dan keyakinan untuk mengawal kelas. Guru yang asertif peka terhadap murid, serta tidak membenarkan murid untuk bertindak menguasai seseorang guru. Kesan daripada kesalahan tingkah laku murid perlu mengakibatkan murid berasa tidak selesa, tetapi tidak membahayakan. Model ini mengaplikasikan pemberian ganjaran dan pujian kepada murid.

You might also like