You are on page 1of 7

3.

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Sebagaimana yang kita sedia maklum, perlembagaan berfungsi untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan negara yang adil dan mampu untuk memenuhi tuntutan dan kehendak rakyatnya. Perlembagaan dijadikan sebagai panduan di dalam merangka sesuatu kenyataan. Dengan mengambil kira perlembagaan semasa merangka dan bentuk pentadbirannya kestabilan sesebuah negara dapat di nikmati dengan baik. Perlembagaan juga

membolehkan pemimpin atau pentadbir menjalankan tugasnya tanpa berlakunya penyalahgunaan kuasa. Seterusnya, kita akan melihat dengan lebih lanjut

tentang sejauhmana kepentingan perlembangaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi menjamin kestabilan negara. Perlembagaan juga merupakan asas bagi merangka bentuk pentadbiran serta penggubalan undang-undang. Unsur-unsur perlembagaan menjadi titik tolak bagi memupuk perpaduan di antara kaum. Unsur-unsur perlembagaan seperti bahasa kebangsaan, agama, hak istimewa orang Melayu dan pemerintah beraja telah menjadi panduan untuk menjamin kecekapan, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran. Perlembagaan juga sebagai panduan kepada pemimpin semasa

memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. Ini kerana masa hadapan rakyat dan negara terletak diatas bahu seorang pemimpin yang berkaliber dan bertanggungjawab di dalam mengatur dan mengurus negara supaya segala kemudahan dan kesenangan dapat di kecapi oleh semua golongan masyarakat. Dengan cara yang telus, jujur dan amanah berpandukan perlembagaan, rakyat akan terus menyokong pemimpin yang menjaga kepentingan mereka. Menurut Hasnah Husin (2007), kewujudan perlembagaan adalah

bertujuan untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan tidak menjurus kepada sesetengah kaum sahaja. Sebagai contoh, Perkara 152 dalam

Perlembagaan Malaysia mewartakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Namun begitu, kewujudan bahasa rasmi atau kebangsaan tidak menjejaskan bahasa ibunda kaum lain malah bahasa ibunda mereka di jamin oleh Perlembagaan Malaysia. Bagi menjamin kesetiaan rakyat, Perlembagaan Persekutuan Malaysia turut menggariskan perkara mengenai unsur taat setia. Contohnya, dalam Perkara 24 perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya manakala Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatan jika terbukti tidak setia kepada negara. Hal ini bertujuan supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia. Menurut Mustafa Ishak (2006), perlembagaan mempunyai peranan penting dalam memastikan keutuhan dan kestabilan sesebuah negara. Kerajaan adalah unsur yang tidak kekal dalam pembentukan negara, dan apabila berlaku pertukaran kerajaan maka perlembagaan berperanan untuk memberi panduan dan rujukan mengenai urusan perlantikan dan pemilihan pemerintah. Oleh hal yang demikian, kestabilan negara akan terus bertahan kerana kerajaan yang baru akan mengikut lunas undang-undang yang digariskan dalam perlembagaan. Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi telah termaktub di dalam perkara 3 (1) iaitu Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agamaagama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Walaupun agama Islam ini merupakan agama rasmi, namun agama-agama lain juga mendapat hak keistimewaan dimana Perkara 3 memperuntukkan suatu fasal imbangan dimana agama-agama lain yang terdapat di Tanah Melayu boleh diamalkan dengan aman di mana-mana bahagian persekutuan. Kebebasan beragama ini diberikan kepada semua agama di Malaysia adalah bertujuan untuk menjaga keamanan dan keharmonian kaum sekaligus memberikan hak kepada setiap individu untuk memilih dan

mengamalkan agama yang mereka anuti.

Di samping itu, para pemimpin negara menyedari bahawa perlu diwujudkan bahasa kebangsaan sebagai wadah komunikasi atau bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi negara bagi menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Hasil permuafakatan perlembagaan, bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan dalam Perkara 152

Perlembagaan Malaysia. Berdasarkan sejarah, bahasa Melayu telahpun menjadi lingua franca sekian lamanya (Salleh Abbas, 1986). Oleh itu, tujuan di sebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini ke arah menjadi sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama. Perlembagaan Malaysia juga berperanan dalam memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum. Bagi menjamin keadilan antara kaum, kebebasan ini dihadkan. Hal ini bermakna seseorang itu diberi kebebasan bercakap tetapi kebebasan ini dihadkan oleb Bab I Perkara 10(2)(a) kerana seseorang itu tidak dibenarkan bercakap mengenai isu sensitif yang boleh menimbulkan kebencian terhadap kaum lain, yang akan mengakibatkan berlakunya persengketaan dan pergaduhan antara kaum serta mengancam keselamatan Negara. Dengan ini perlembagaan menjamin keselamatan setiap rakyat daripada dianiaya. Perlembagaan Malaysia turut menggariskan beberapa perkara untuk Yang di-Pertuan Agong bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa. Menurut Perkara 34(3), Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melibatkan diri secara aktif dalam apa-apa perusahaan komersil. Hal ini mengelakkan baginda mengunakan kuasa yang ada untuk mengaut keuntungan yang bersifat peribadi. Disamping itu, Perkara 40(1A) turut menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri, yang mengetuai jemaah menteri. Langkah ini juga dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah iaitu Yang di-Pertuan Agong. Di samping itu, perlembagaan juga mengiktiraf pemerintahan beraja yang telah sedia ada sejak dahulu lagi di dalam sistem pemerintahan Negara. Menurut Shamsul Amri Baharuddin(2007), perlembagaan bertujuan untuk menjamin kedaulatan institusi beraja. Oleh hal yang demikian, kedaulatan raja-

raja melayu akan dipertahankan dan menjadi simbol taat setia rakyat kepada institusi beraja. Di samping itu, melalui Perkara 10(4) turut menyatakan batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja, Islam, orang melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya. Melalui perlembagaan ini, kemakmuran negara yang mempunyai pelbagai kaum akan sentiasa terjamin dan menjunjung institusi beraja yang wujud sekian lama. Akhir sekali, Perlembagaan Malaysia juga menentukan supaya hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak. Hak istimewa ini meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan. Oleh itu, isu-isu yang memperjuangkan hak sama rata antara bumiputera dan bukan bumiputera perlu di ambik perhatian serius kerana ini akan mengancam keharmonian negara. Pihak yang menuntut hak sama rata ini juga perlu meneliti isu ini daripada sudut perundangan dan perlembagaan agar peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tidak berulang.

4.0

KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John Locke, teori kontrak sosial ialah manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya (Mohamad Syafiqe Bin Abdul Rahim 22 Mac, 2008). Kontrak sosial ini juga

merupakan persetujuan yang telah dilakukan bukan sahaja daripada kalangan pemimpin-pemimpin atau kumpulan elit tertentu tetapi merupakan persetujuan yang telah dicapai dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu memahami fakta sejarah bahawa kontrak sosial ini merupakan salah satu wadah perpaduan kaum yang dicapai melalui konsep muafakat dan musyawarah. Kontrak sosial terdiri daripada dua elemen iaitu pertama, penerimaan orang Melayu terhadap sebilangan besar penduduk bukan Melayu sebagai rakyat jus soli bagi negara yang baru merdeka. Elemen yang kedua ialah penerimaan penduduk bukan Melayu terhadap pengiktirafan hak istimewa serta kepentingan kaum Melayu dalam negara.bagai aspek yang melibatkan kepentingan kaum yang berbeza. Pada umumnya kontrak sosial mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Kontrak sosial merupakan salah satu langkah kerajaan dalam

mewujudkan keadaan politik yang stabil. Keadaan politik yang stabil dapat dilaksanakan kerana wujudnya pelbagai kaum serta parti-parti di Malaysia. Kerakyatan yang diberikan kepada kaum bukan Melayu memberi mereka peluang untuk menyokong parti-parti berdasarkan pilihan mereka sendiri dan ini secara langsung akan mewuiudkan sebuah negara demokrasi dimana setiap masyarakat mempunyai hak untuk menentukan hala tuju perjalanan sesebuah negara dan secara tidak langsung akan menjaga kepentingan mereka sebagai rakyat Malaysia.Justeru itu, tidak akan timbul isu ketidakadilan dalam sistem pemerintahan negara.

Selain itu, kepentingan kontrak sosial ini juga adalah untuk melanjutkan kelangsungan dilaksanakan, pentadbiran maka yang cekap. Apabila dapat kontrak dibina sosial ini

perpaduan

antara

kaum

sekaligus

meningkatkan kerjasama yang terjalin antara kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum, negara kita mempunyai sistem Rajaraja Berperlembagaan dimana mereka menjalankan tugas-tugas mengikut lunaslunas yang telah ditetapkan. Hal ini bermakna, mereka tidak boleh sewenangwenangnya mempertikaikan hak dan kepentingan kaum lain di Malaysia. Oleh itu, jelaslah bahawa kontrak sosial dapat melanjutkan kelangsungan pentadbiran yang cekap dan menjamin kepentingan rakyat Malaysia supaya sentiasa bersatu padu dalam mempertahankan kemerdekaan negara yang telah kita kecapi pada hari ini. Kepentingan kontrak sosial yang seterusnya adalah untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan tanah air serta mencapai integrasi nasional. Kepentingan ini dapat kita lihat secara jelas daripada konsep kontrak sosial itu sendiri iaitu untuk menjamin keharmonian dan perpaduan rakyat di Malaysia. Sekiranya kontrak sosial ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, maka kita tidak akan berhadapan dengan masalah perpecahan kaum seperti tragedi 13 Mei yang pernah melanda negara kita suatu masa dahulu. Semangat patriotisme ini akan dapat diwujudkan apabila semua individu yang bergelar rakyat Malaysia berpeluang untuk menyertai pilihan raya bagi memilih tampuk kepimpinan negara. Mereka akan berusaha untuk memilih yang terbaik kerana sekiranya negara kita mempunyai pemerintah yang adil dan berkaliber, maka kita akan dapat membentuk sebuah negara yang cekap. Selain itu, kewarganegaraan yang telah diberikan kepada kaum bukan Melayu akan membuatkan mereka lebih menghargai detik-detik bergelar rakyat Malaysia sekaligus akan memupuk perasaan cintakan tanah air di dalam diri mereka. Peluang ini akan membuatkan mereka lebih menghargai kehidupan kerana dapat hidup di dalam sebuah negara yang aman dan terhindar daripada perpecahan seperti negara-negara bergolak pada hari ini. Permuafakatan yang terjalin dapat membentuk persefahaman antara semua kaum sekaligus dapat

membentuk sebuah negara demokrasi yang sentiasa menjaga kepentingan dan keharmonian rakyatnya. Mewujudkan masyarakat yang bebas dan adil juga merupakan salah satu kepentingan yang terdapat di dalam kontrak sosial. Kebebasan yang diberikan kepada rakyat Malaysia ini terdiri daripada aspek agama, bahasa, pendidikan, kewarganegaraan dan perkhidmatan awam dan berpeluang untuk melakukan apa sahaja yang mereka inginkan selagi perkara tersebut tidak melanggar etika, undang-undang dan rukun negara. Sebagai contoh, kebebasan beragama diberikan di Malaysia adalah bertujuan untuk member hak kepada setiap individu untuk memilih dan mengamalkan agama yang mereka ingin anuti. Kebebasan beragama yang diberikan kepada warganegara Malaysia bertujuan untuk memastikan bahawa kepentingan kaum-kaum lain terjamin kerana seperti yang kita tahu negara kita merupakan sebuah negara demokrasi dan setiap warganegaranya mempunyai hak dalam memilih yang terbaik di dalam kehidupan mereka.. Kesimpulannya, formula kontrak sosial yang telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa berlaku sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial ternyata berjaya membawa semua kaum di Malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh perlembagaan. Sesungguhnya elemen-elemen kontrak sosial yang terdapat dalam

perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan urusan pentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan mempersoalkan manamana daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan akan mencetuskan perpecahan dalam keharmonian kaum.

You might also like