You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT LINTANG, 75460 MELAKA MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA 2012 Tarikh: Hari: Masa: Tempat:

Kehadiran: 2 Februari 2012 Khamis 12.30 tengahari Bilik Mesyuarat En Mustaffa B Husin Pn Anita Rahayu Bt Hasan Pn Julitah Bt Minhad Pn Junainah Bt Ibrahim En Adnan B Othman Pn Fairuz Shahillah Bt Mazlan Pn Khadijah Bt Abd Rahim Pn Siti Aishah Bt Zakariya

1.0

Ucapan Guru Besar ( En Mustaffa B Husin ) 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 Guru besar mengucapkan selamat datang kepada semua guru yang hadir. Memaklumkan beliau akan cuba memendekkan masa mesyuarat pada hari ini. Memaklumkan giliran penyelaras pada tahun ini diambil alih oleh Pn Anita Rahayu dan merasakan jawatan ini akan dikekalkan. Memaklumkan beliau akan sentiasa memantau guru-guru PPKI. Menurut beliau semua guru PPKI adalah guru yang banyak bersabar melayan kerenah murid-murid dan perlu ikhlas dalam menjalankan tugas. Kewangan yang ada diharapkan dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk keperluan anak-anak terutama untuk pembelian buku, aktiviti dan makan murid. Beliau juga berharap pengurusan kelas lebih ceria, terkawal dan semoga apa yang dihajatkan dapat dicapai.

1.7

1.8

Mengharapkan murid-murid PPKI yang berumur 12 tahun, boleh mengambil UPSR. Jika tidak mengambilnya boleh terus ke sekolah menengah. Jika mahu tinggal setahun lagi di sekolah rendah juga boleh. Memaklumkan kelas masih memerlukan seorang guru agama. Tindakan: Makluman

1.9

2.0.

Ucapan pengelaras ( Pn Anita Rahayu Bt Hasan ) 2.1 2.2 2.3 2.4 Memaklumkan beliau kali pertama sebagai penyelaras. Baru pertama kali juga mengendalikan sesuatu mesyuarat. Memohon maaf terlebih dahulu, jika ada yang akan disampaikan nanti mengguris hati sesiapa. Meminta semua membuka lembaran baru pada tahun ini. Semua perkara yang sudah lepas minta di buang jauh-jauh. Memaklumkan juga bertuah dapat guru besar yang memberi komitmen dan sokongan kepada program PPKI. Tindakan : Makluman

3.0

Pengurusan pentadbiran 3.1 Memaklumkan beliau ada membekalkan kepada setiap orang guru sebuah fail yang boleh menempatkan semua maklumat yang berkaitan dengan kelas dan pendidikan khas. Memaklumkan jadual waktu guru telah diberikan dan aktiviti P&P telah pun berjalan sejak hari pertama persekolahan. Setiap orang guru mempunyai 27 masa dalam satu minggu. Ada beberapa subjek yang digabungkan kelas antara Sinaran 1 dan Sinaran 2 iaitu bagi matapelajaran Seni, Kemahiran Manipulatif, Multimedia dan Pendidikan Jasmani. Memaklumkan juga sehingga hari ini belum ada Guru Tambahan Agama Islam. mengucapkan terima kasih kepada PPM kerana telah ceriakan kelas semasa cuti sekolah dan membantu dalam menyediakan dokumen.

3.2

3.3

3.4 3.5

3.6

Memaklumkan guru kelas bagi tahun 2012 ialah : Sinaran 1 En Adnan B Othman Sinaran 2 Pn Fairuz Shahillah Bt Mazlan Sinaran 3 Pn Junainah Bt Ibrahim Memaklumkan sebarang urusan mengenai murid, guru kelas yang bertanggungjawab. Kemudian guru perlu memaklumkan kepada penyelaras. Segala urusan Kurikulum, HEM dan Kokurikulum perlu mengikut jawatan yang telah diberikan kepada guru yang terlibat berdasarkan organisasi yang telah diberikan sebelum ini. Meminta guru jangan meninggalkan kelas semasa P&P berjalan. Segala urusan samada di dalam atau di luar kelas perlu dibuat pada waktu lapang yang tiada kelas. Jika ada urusan segera yang tidak dapat dielakkan, minta bantuan PPM untuk menjaga kelas. Beri keutamaan mengajar di dalam kelas. Meminta PPM memberi keutamaan kepada membantu guru di kelas Sinaran 3. Tugas pentadbiran jika perlu disiapkan segera boleh dibuat pada waktu pagi. Jika tidak, PPM boleh menyiapkan pada waktu petang. Memaklumkan mulai pada tahun ini, semua buku latihan murid perlu dikutip sebanyak 2 kali dan diserahkan kepada penyelaras untuk disemak. Mengenai lembaran kerja murid, kutipan sebanyak RM 30 setahun telah dibuat. Jika guru membuat fotostat kertas lembaran, tulis bilangan yang digunakan pada kertas di atas mesin fotostat. Lembaran kerja bagi Sinaran 1 dan Sinaran 2 boleh minta bantuan murid masukkan ke dalam fail. Bagi kelas Sinaran 3, PPM akan membantu guru memasukkan ke dalam fail murid. RPI murid pada tahun ini perlu sibuat 2 kali setahun. Bagi kelas Sinaran 1 dan Sinaran 2, matapelajaran yang terlibat ialah Bahasa Melayu dan Matematik. Manakala bagi Sinaran 3, Pengurusan Diri dan Kemahiran Tingkah Laku. P&P yang dibuat boleh diselitkan dengan permainan tetapi mesti sesuai dengan matapelajaran yang diajar. Kalau menggantikan guru yang tidak hadir pula, terpulang kepada guru yang mengganti tersebut. Jadual bertugas mingguan telah diedarkan kepada guru. Oleh kerana ada 2 orang murid yang memerlukan perhatian lebih, En Adnan akan membantu membawa murid ini balik ke kelas. Murid yang terlibat ialah Ikhwan dan Abdul Hakim. Manakala Ain dan Zikri akan rehat di dalam kelas.

3.7

3.8

3.9

3.10

3.11 3.12

3.13

3.14

3.15

3.16

3.17

Memaklumkan buku catatan penggunaan laptop, buku laporan disiplin murid dan buku pergerakan kunci dan alatan telah disediakan. Sesiapa sahaja yang menggunakan perlu mengisi buku tersebut. Manakala buku laporan disiplin murid perlu diisi oleh guru bertugas jika ada berlaku salah laku disiplin murid PPKI. Pergerakan modul, sukatan, RPH kelas juga perlu dicatatkan. Program keusahawanan akan diteruskan pada tahun ini. Aktiviti membuat kad dan gelang manik akan diteruskan seperti biasa. Jika guru tidak dapat hadir ke sekolah samada mengambil cuti rehat atau cuti sakit, perlulah dimaklumkan kepada penyelaras dan guru besar. Jika ada temujanji di hospital pula, perlulah dimaklumkan lebih awal. Tindakan : Makluman

3.18 3.19

4.0.

Aktiviti ko-kurikulum 4.1 Setiap murid satu sukan. Setiap minggu aktiviti ko-kurikulum akan dibuat secara bergilir. Minggu pertama pengakap istimewa, minggu kedua program keusahawanan, minggu ketiga aktiviti permainan dan minggu keempat aktiviti seni budaya. Bagi aktiviti perkhemahan peringkat zon pula, jadual waktu guru bertugas akan dibuat dan semua guru akan terlibat secara bergilir-gilir. Begitu juga dengan giliran bermalam. Oleh kerana aktiviti pendidikan khas yang terlalu padat, semua guru akan terlibat samada dalam mengurus murid dan membawa murid. Giliran di kalangan guru juga akan dibuat. Aktiviti dalaman pula akan melibatkan SK Paya Redan dan SK Tambak Paya. Ini termasuklah aktiviti bowling sebanyak 3 kali, sukaneka- SK Tambak Paya sebagai tuan rumah pada 21/6, terapi air- di Wet World Batu Pahat, lawatan jauh samada ke Pulau atau Terengganu. Tindakan : Makluman

4.2

4.3

4.4

5.0.

Elaun murid 5.1 Elaun murid sudah turun pada sekolah. Elaun terus turun RM1800 manakala sekolah akan pecahkan 2 kali setahun iaitu pada bulan 2 dan bulan 8.

5.2

Elaun boleh dikeluarkan 2 bulan sekali sebanyak RM 300. Jika ada lebihan tahun lepas, bolehlah dikeluarkan lebih. Asalkan elaun yang dikeluarkan untuk kegunaan murid. Kad OKU perlu diberitahu kepada murid supaya dibuat baru secara online. Memaklumkan enrolmen murid telah di hantar untuk menentukan kelayakan mendapat GTPI. Program Outrich dimana murid linus tegar boleh terus memasuki kelas PPKI. Pelanjutan tempoh persekolahan murid bagi yang tidak sesuai naik ke sekolah menengah boleh dilanjutkan beberapa tahun. Perlu ada surat hitam putih kalau ada yang ingin meneruskan umur lebih 14 tahun. Kelab kebajikan PPKI tidak perlu ditubuhkan. Segala penyelenggaraan kecil boleh menggunakan LPBT. Duit peruntukan yang disediakan perlu dibelanjakan dengan berhemah. Segala program yang dijalankan perlu permohonan kepada Unit Perhubungan dan salinan kepada Unit Pendidikan Khas. Akan ada pemantauan dan laporan 1 Murid 1 Sukan. Aktiviti dalaman perlu ada kertas kerja, surat penurunan kuasa dan dokumentasi. Kelas juga telah membeli sebuah kamera, jadi setiap aktiviti mesti ada gambar. Laporan aktiviti yang dibuat perlu dibinding, ditampal gambarnya di luar kelas, dimasukkan ke dalam album gambar dan di buat perbentangan power point. Tindakan : Makluman

5.3 5.4 5.5 5.6

5.7 5.8 5.9 5.10 5.11 5.12 5.13

6.0

Hal-hal lain 6.1 Meminta apa yang berlaku dalam kelas pendidikan khas ini biar secara dalaman sahaja. Tidak perlu diberitahu kepada orang lain.

6.2 6.3

Guru juga tidak boleh menganiaya murid dan perlu sentiasa ada dengan murid. Pn Aishah juga meminta lembaran kerja murid Sinaran 3 yang telah dikumpulkan untuk diasingkan mengikut matapelajaran perlu dituliskan nama murid dan matapelajaran. Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan jam 4.30 petang. Disediakan oleh: ...................................... . ( Pn Julitah Bt Minhad) Setiausaha PPKI SK Bkt Lintang Disemak oleh: ..................................... ( Pn Anita Rahayu Bt Hasan) Penyelaras PPKI SK Bkt Lintang Disahkan oleh: ................................... (En Mustaffa B Husin) Guru Besar SK Bkt Lintang

You might also like