You are on page 1of 12

PENGETAHUAN MASTERI 4 KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS

1. Apakah yang anda telah pelajari daripada aktivitI tersebut? Melalui aktiviti ini, saya mempelajari bahawa kemahiran membuat inferens adalah membuat kesimpulan awal yang logik yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu pemerhatian, fenomena, kejadian atau peristiwa. Mengikut Kamus Dewan (2005), membuat inferens bermakna membuat kesimpulan awal yang wajar berdasarkan sesuatu pemerhatian. Ini bermakna sesuatu kesimpulan itu dibuat adalah hasil daripada kelakuan seseorang atau sesuatu fenomena. Menurut Mohd Nashua (1997), membuat kesimpulan awal untuk membuat inferens, kita cuba

yang mungkin benar ataupun tidak daripada

maklumat-maklumat pemerhatian yang telah dikumpul. Oleh itu, untuk membuat inferens, kita perlu menggunakan penaakulan logik untuk membuat kesimpulan awal berdasarkan bukti atau pemerhatian yang terdapat dalam situasi tertentu. Menurut (Som dan Mohamad Dahalan, 1998), kemahiran membuat inferens ialah kemampuan menggunakan minda untuk membuat kesimpulan berdasarkan maklumat, bukti, petanda-petanda dan pola-pola tertentu.

Kemahiran ini membolehkan murid menggunakan minda dengan rasional dan dapat menghubungkaitkan data-data dan maklumat yang diperoleh untuk membentuk tafsiran awal. Shahrom (1997) turut menyatakan kemahiran membuat inferens ini adalah penting kemahiran ini juga menggalakkan proses pemikiran semasa hendak menerangkan sesuatu pemerhatian. Semasa membuat inferens, kita akan memeriksa data atau maklumat dan kemudiannya kita berikan sebab-sebab yang mungkin mengapa kejadian itu berlaku. Oleh itu, pemeriksaan data dan maklumat perlu dianalisis dengan tepat agar dapat memberikan inferens yang logik.

Daripada pelaksanaan aktiviti ini, saya turut mendapati bahawa semasa membuat inferens, murid akan dapat membanding dan membezakan

penaakulan logik yang dikumpul untuk memilih satu inferens yang tepat. Oleh itu, murid turut dapat melatih kemahiran berfikir melalui aktiviti yang melibatkan kemahiran ini.

2. Dalam kurikulum sains sekolah rendah, bahagian manakah yang merangkumi topik berkenaan?

Tahun

Tema

Topik

Hasil pembelajaran

Sains Bahan

Timbul dan Tenggelam

Mengenal pasti objek yang timbul dan objek yang tenggelam melalui penyiasatan.

Tahun

Tema

Topik

Aras

Pembelajaran Tentang Benda Hidup

Benda Hidup dan Bukan Hidup

Membuat inferens tentang faktor pengelasan benda hidup dan bukan hidup

Diri kita

Membuat inferens tentang kesan kekurangan makanan dan minuman kepada benda hidup

Tahun

Tahap Tema

Aktiviti

KBSR

Alam sekeliling Topik: Magnet Topik kita. Aras Hasil magnet, Memahami jenis, keadaan Pembelajaran kekuatan, perbezaan penggunaan magnet.

Tahun Tema

KBSR

Alam sekeliling Topik: Elektrik kita Menerangkan litar elektrik

KBSR

Alam sekeliling Topik: Spring kita Menerangkan keadaan spring.

KBSR

Alam sekeliling Topik: Penyerapan kita Menerangkan penyerapan.

KBSR

Alam sekeliling Topik:Tanah kita Menerangkan keadaan tanah

KBSR

Alam sekeliling Topik: Bahan campur kita Menerangkan keadaan bahan campur.

Membuat inferens tentang keperluan asas hidupan

Hidupan dan Proses Hidup Membuat inferens kepentingan penyingkiran hasil perkumuhan dan nyah tinja

Memahami hidupan memerlukan keperluan asas untuk hidup

Memahami hidupan berkumuh dan menyahtinja

Menyiasat Alam Kehidupan Membuat inferens manusia dan haiwan bergerak Memahami manusia dan haiwan bergerak

Membuat inferens tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan

Memahami hidupan bergerak balas terhadap rangsangan

Bumi, bulan dan Matahari Menyiasat Bumi dan Alam Semesta

Membuat inferens tentang kewujudan tarikan graviti Bumi

Memahami bentu, saiz,dan tarikan garviti Bumi

Membuat inferens punca semula jadi cahaya dan haba di Bumi

Memahami ciri Matahari

Tahun

Tema

Bidang

Hasil Pembelajaran

Pembelajaran 5 Menyiasat Alam Fizikal Haba Membuat inferens tentang perbezaan kepanasan air.

Bunyi

Membuat inferens tentang Penghasilan bunyi.

Tahun 6

Tema Menyiasat Alam Kehidupan

Topik Interaksi Antara Hidupan

Aras Aras 2 Membuat inferens tentang sebab berlakunya kepupusan haiwan dan tumbuhan.

Menyiasat Alam Fizikal

Daya dan Gerakan

Aras 1 Menjelaskan dengan contoh daya menyebabkan perubahan bentuk dan pergerakan objek.

3. Bincangkan bagaimana anda menggunakan aktiviti tersebut dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Mohd Nashua (1997), untuk membuat inferens, kita cuba membuat kesimpulan awal yang mungkin benar ataupun tidak daripada

maklumat-maklumat pemerhatian yang telah dikumpul. Kemahiran ini membolehkan murid menggunakan minda dengan rasional dan dapat menghubungkaitkan data-data dan maklumat yang diperoleh untuk

membentuk tafsiran awal. Oleh itu, untuk mengaplikasikan kemahiran membuat inferens di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru juga boleh melaksanakan

pengajaran koperatif iaitu satu strategi yang melibatkan penyertaan kanakkanak dalam aktiviti pembelajaran kumpulan kecil dan menggalakkan interaksi positif. Guru akan menayangkan video atau gambar yang

menunjukkan situasi dalam kehidupan seperti jalan raya yang basah, lantai kelas yang kotor atau pokok yang baru ditebang. Murid diminta untuk memberikan idea atau pendapat berdasarkan bukti atau pemerhatian yang terdapat dalam situasi tersebut dengan untuk membuat kesimpulan awal. Murid dalam pengajaran koperatif akan bekerja dalam kumpulan untuk menyempurnakan tugasan kumpulan, bertukar pendapat, membuat menggunakan penaakulan logik

perancangan dan mencadangkan penyelesaian kepada masalah. Dengan cara ini, segala aktiviti yang dijalankan akan menggalakkan pemikiran kreatif di kalangan murid-murid.

4. Kreativiti ialah satu elemen penting dalam berfikir dan bekerja secara saintifik. Apakah ciri-ciri kreatif dalam proses kemahiran mengelas?

Menurut Ikhsan dan Norila (2005) pula, usaha bagi menggalakkan para pelajar ke arah berfikir secara kreatif dan kritis mestilah dimulakan di peringkat sekolah rendah lagi kerana peringkat ini dianggap sebagai masa yang paling sesuai untuk meletakkan batu asas bagi pelaksanaan pendidikan seterusnya. Semasa melaksanakan kemahiran membuat inferens, kreativiti murid dapat dipupuk dan dikembangkan dengan baik. Melalui proses kemahiran ini, murid akan menggunakan idea kreatif mereka untuk menghubungkaitkan iaitu di mana murid dapat membuat perkaitan dalam sesuatu data atau maklumat yang diperolehi sepanjang melakukan pemerhatian. Seterusnya ialah murid dapat menjanakan idea di mana murid mampu menghasilkan idea yang berkaitan dengan sesuatu perkara. Melalui pemerhatian yang dilakukan, murid akan berfikir dengan lebih mendalam terhadap sesuatu perkara dan mencari idea bagi menjelaskan persoalan. Sebagai contoh, murid akan membuat tafsiran secara logik untuk setiap situasi atau pemerhatian yang dilakukan. Selain itu, melalui kemahiran ini, murid dapat meningkatkan daya kreativiti mereka dengan membuat jangkaan awal tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian atau data yang telah diperolehi sepanjang eksperimen dijalankan. Jangkaan awal atau kesimpulan awal yang dibuat oleh murid melatih minda mereka untuk membina satu penaakulan yang tepat berdasarkan pelbagai tafsiran yang timbul.

5. Dalam mengembangkan kebolehan kanak-kanak untuk berfikir dan bekerja, terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan oleh guru

untuk mengalakkan pengembangan kreativiti. Bincangkan teknik yang boleh anda gunakan. Amabile (1992) menyifatkan institusi sekolah merupakan tempat paling penting untuk memupuk alam kreativiti di kalangan pelajar. Menurut Shallcross (1981), guru disarankan agar menyediakan iklim persekitaran yang membantu pembangkitan tingkah laku kreatif di kalangan pelajar. Oleh itu, kreativiti pelajar dapat dipupuk dan ditingkatkan semasa mereka berada di sekolah melalui bimbingan dan bantuan guru. Oleh itu, guru perlu menginspirasikan pelajar ke arah pemikiran kreatif melalui beberapa cara seperti berikut. Guru juga boleh melaksanakan teknik pelaksanaan projek bagi mengembangkan kreativiti murid. Melalui teknik ini, murid dapat mengenal pasti cara untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Sepanjang pelaksanaan projek, murid dakan menggunakan kreativiti masing-masing untuk menyiapkan tugasan dan dapat melatih kemahiran berfikir dalam penulisan laporan projek. Selain itu, pelajar-pelajar sepatutnya diberikan banyak tugasan secara berkumpulan. Sebagai contoh, guru boleh meminta pelajar membuat model kawasan perumahan mereka. Apabila tugasan ini telah selesai maka para pelajar diminta membentangkan hasil tugasan itu di hadapan kelas. Tugasan secara berkumpulan ini bukan sahaja baik untuk menggalakkan daya cipta pelajar tetapi juga baik untuk pergaulan mereka dan boleh membina keyakinan diri. Oleh itu, penekanan terhadap perhubungan atau maklumbalas dalam pembelajaran sains adalah sangat penting. ( Azrina, 2009. Dalam pembelajaran sains, pelajar seharusnya tidak duduk di dalam kelas semata-mata. Mereka seharusnya digalakkan untuk meneroka persekitarannya. Oleh itu, guru boleh melaksanakan pengajaran kajian luar untuk mengembangkan kreativiti murid. Teknik ini menyediakan murid dengan peluang-peluang belajar berdasarkan pengalaman langsung (learn handle on experience) dalam dunia sebenar. Pengalaman tersebut diperolehi

daripada kajian di mana murid berpeluang membuat pemerhatian terhadap sesuatu perkara dalam persekitaran semulajadi. Kajian luar yang dirancang dengn baik merupakan salah satu cara yang paling berharga untuk membantu murid mengaplikasikan pembelajaran buku teks danbilik darjah dengan dunia sebenar. Ia memperkaya dan memperluaskan kurikulum sekolah serta menyediakan murid dengan pengalaman yang sukar diperoleh dalam bilik darjah biasa. Contoh pengajaran kajian luar adalah praktikum, lawatan ke kilang,mengusahakan tanaman dan lain-lain. Kauffman (1976) menyatakan bahawa seorang guru harus

memberikan kefahaman kepada murid kita terhadap isu-isu penting, masalah dan peluang-peluang yang mereka akan hadapi, mengajar mereka kemahiran-kemahiran yang mereka perlukan untuk terus berjaya dalam

kehidupan dan menyediakan mereka dengan cara-cara yang berkesan untuk menghadapi segala halangan dan tekanan kesan daripada perubahan mendadak. Oleh itu, guru boleh menggunakan teknik kajian masa depan untuk membolehkan murid berkomunkasi dengan jelas, memahami

pengetahuan, serta berfikiran kreatif dan kritis bagi membuat keputusan tentang peristiwa masa hadapan.

Bibliografi

BUKU Hiang, P. S. (2003). Pedagogy of Science 2: Science Teaching and Learning Strategies. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Rashid, N. A. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar.

JURNAL. Mohamad Mohsin Bin Mohamad Said, N. Y. (2008). Halangan-halangan Kepada Usaha Memupuk Kreativiti di Kalangan Murid. Jurnal Pendidikan , 1-8. Suhailah A (2006). Penguasaan Kemahiran Membuat Inferens Dan Kemahiran Membuat Kesimpulan Di Kalangan Pelajar Tingkatan 5 Aliran Sains Rose Aminah Abdul Rauf, A. R. (2004). Pemupukan Kemahiran Proses Sains di Kalangan Pelajar Tingkatan Dua di Sekolah Bestari. Jurnal Teknologi , 1-13.

INTERNET

Kemahiran Membuat Inferens . (2011, April 14). Retrieved April 07, 2012, from http://kemahiran-sains.blogspot.com/2011/04/kemahiran-sains_5479.html Jaafar, A. (2009, Jun 28). Konsep Main. Retrieved April 07, 2012, daripada blogspot.com: http://mabjip.blogspot.com/2009/06/konsep-main.html

You might also like