You are on page 1of 8

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI PKG DAERAH SEBERANG PERAI UTARA BERSAMA PENGETUA DAN GURU BESAR

BIL. 1/2012 Tarikh Masa Tempat Kehadiran: 1. En. Ahmad Fauzi Bin Komari Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Penaga : : : 8 Mac 2012 (Khamis) 8.00 pagi 5.00 petang Bilik Pinang, BTPN Pulau Pinang

2. En. Khalid Al-Walid Dziyauiddin Bin Ishak


Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Penaga

3. En. Mohd Noor Bin Yusof


SMK Sri Muda

4. En. Mohamad Bin Abd. Samat


SMK Pmtg Tok Labu

5. Pn. Hjh Ruhayah Bt Ahmad


SK Kuala Muda

6. En. Ismail Bin Awang


SK Pasir Gebu

7. Pn. Nor Hayati Bt Saad


SK Penaga

8. Pn. Siti Aloyah Bt Jidin


SK Pulau Mertajam

9. Pn. Hadiah Bt Md Rasid


SK Pmtg Sintok

10. En. Mohd Amin Bin Yahaya


SK Penaga Jaya

11. Tn. Hj Hassan Bin Ahmad


SK Pmtg Janggus

12. Lee How Yew


SJKC Aik Keow

13. Chong Goay Im


SJKC Kuang Yu 14. En. Zaidi Bin Salleh Maahad Imam An-Nawawi

AGENDA: 1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua Pengetua dan Guru Besar ke BTPN P. Pinang dan mengucapkan salam serta terima kasih kerana dapat hadir untuk mesyuarat kali ini. 2.0 Bacaan doa oleh Ustaz Abd. Rahman Bin Hassan

3.0

Ucapan Perasmian oleh Tuan Ketua Penolong Pengarah BTPN P. Pinang En. Mohd Yusof Bin Sahab 3.1 Tuan KPP memberitahu majlis bahawa tahun 2012 ini merupakan tahun di mana ICT menjadi agenda utama kementerian BTPN dan PKG selaku pihak yang membantu sekolah ke arah penggunaan ICT di sekolah secara optima akan sentiasa membantu dan member keutamaan di dalam perkara ini.

3.2 Beliau juga berharap agar semua Pengetua dan Guru Besar yang hadir hari dapat berbincang dan mencari jalan memastikan pelaksanaan ICT di sekolah berjalan lancar. 3.3 Tuan KPP menyeru dan berharap agar semua Pengetua dan Guru Besar dapat menyelesaikan segala masalah secara jemaah terhadap aktiviti- aktiviti yang akan dilakukan. Makluman 4.0 Ucapan Tuan Pegawai Pelajaran Daerah SPU 4.1 Tuan PPD mengucapkan terima kasih pada pihak PKG Daerah Utara kerana menjemputnya hadir pada mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Daerah Utara. 4.2 Pelbagai aktivit yang telah dan akan dilaksanakan sepanjang tahun 2012 dan Tuan PPD mengharapkan semua aktiviti ini akan member manfaat kepada semua warga pendidik dan juga modal insan di sekolah. 4.3 BTPN dan PKG berfungsi sebagai agen perubahan dalam bidang teknologi pendidikan yang membantu kearah kecemerlangan pendidikan di Malaysia amnya dan SPU khususnya. Justeru, berilah kerjasama tanpa berbelah bahagi kepada mereka ini agar agenda pendidikan akan terlaksana dengan jayanya. 4.4 Beliau berharap dengan kerjasama semua pihak, pelbagai aktiviti yang dirancang akan dapat dilaksanakan. Makluman

5.0

Pelaporan Aktiviti PKG Daerah Utara oleh En. Abdul Ghafar bin Kadir Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Tasek Gelugor 1.7.2011 Mesyuarat Pengurusan Smart School Qualification Standards (SSQS) 19 21.07.2011 Khidmat Bantu Pusat Sumber SK Penaga Jaya 23.9.2011 Mesyuarat Perlaksanaan Dasar MBMMBI Sekolah Menengah 17 19.10.2011 Kursus Pengurusan dan Penggunaan Perisian Makmal Bahasa MBMMBI 10 11.11.2011 Khidmat Bantu PSS SK Pulau Mertajam

6.0

Taklimat Perancangan Aktiviti PKG Daerah Utara oleh Tn. Hj Abdul Halim bin Saad Pegawai Teknologi Pendidikan , PKG Kepala Batas 29.2.2012 Mesyuarat Penyelarasan Data NILAM 1.3.2012 Perjumpaan Khas PKG Daerah Utara bersama PPDU 8.3.2012 Mesyuarat Pengurusan Aktiviti PKG Daerah Utara bersama Pengetua dan Guru Besar 21.3.2012 Mesyuarat Pengurusan PKG Daerah Utara bersama GPM 22.3.2012 Mesyuarat Pengurusan PKG Daerah Utara bersama GPB 8 10.5.2012 Bengkel Pengurusan Media Pendidikan untuk GPM (Kumpulan 1) 26 28.6.2012 Bengkel Pengurusan Media Pendidikan untuk GPM (Kumpulan 2)

7.0

Ucapan oleh Pn Hindon Bt Ahmad Penolong Pengarah Unit Pengurusan Sumber Pendidikan dan Unit Pengurusan Hal Ehwal PKG, BTPN P.Pinang

7.1 Pn Hindon meminta agar perancangan aktiviti dilakukan mengikut PKG masing-masing. 7.2 GPM hendaklah berbincang untuk membuat sesuatu program mengikut PKG masing- masing.

7.3 Pada 27 April hingga 6 Mei 2012 nanti Pesta Buku Antarabangsa akan diadakan di PWTC, Kuala Lumpur. Kepada GPM yang berminat untuk pergi ke Pesta Buku boleh memberikan nama kepada Urus Setia. Sekiranya ramai yang berminat, pihak BTPN dengan kerjasama Persatuan Pusat Sumber P. Pinang akan berusaha untuk mendapatkan bas untuk ke program tersebut. 7.4 GPM yang belum dilantik diminta menulis surat dan menghantarnya kepada BTPN. GPM bukanlah jawatan hakiki. Guru Besar berhak membatalkannya. GPM hendaklah mempastikan mempunyai jadual penuh seperti guru lain iaitu 20 waktu PSS dan waktu mengajar yang ditetapkan oleh sekolah. 7.5 IQ PSS hendaklah diisi oleh GPM. Bahagian A hingga E boleh diwujudkan fail. PKG akan membuat penggredan pada bulan Ogos nanti. 7.6 Sekolah yang belum mendapat khidmat bantu hendaklah menghubungi PKG masing-masing. 7.7 Pada 18 April 2012,seminar untuk GPM dan Mesyuarat Agung Persatuan Pusat Sumber akan diadakan di IPGM Kampus Tuanku Bainun kertas Perancangan dan Hala Tuju PSS Abad ke 21 oleh wakil BTP akan diberikan semasa seminar berkenaan. 7.8 Program dan hala tuju PSS di Malaysia adalah sejajar dengan perkembangan ICT masa kini. PSS kini bukan hanya terdiri daripada bahan cetak sematamata (buku, surat khabar, jurnal, majalah) malah merangkumi bahan berbentuk elektonik dan digital (courseware, e-bahan, eduweb TV, e-book, audio book, e-jurnal, newspaper online). 7.8.1 berikut: i. ii. Program dan halatuju PSS tidak boleh lari daripada dua dokumen

The School Library Manifesto: The school library in teaching and learning for all (IFLA/UNESCO 2000) The IFLA/UNESCO School Library Guidelines (2002)

Kedua-dua dokumen ini akan menjadi asas kepada perancangan dan pembangunan PSS di Malaysia. 7.8.2 Konsep Pembelajaran Berasaskan Sumber

Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Sumber: Definisi : Segala usaha guru bagi melengkapkan pendekatan dan strategi pengajaran dengan melibatkan pelajar supaya belajar melalui penggunaan sumbersumber pembelajaran. 7.8.3 Faedah Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Sumber : a) Dapat menyelesaiakan masalah secara praktis. b) Pelajar dapat bergerak maju mengikut kebolehan masing-masing.

c) Penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran. d) Guru menggunakan "instructional methodology" yang pelbagai untuk mempertingkan proses pengajaran dan pembelajaran. e) Peluang mewujudkan situasi pembelajaran untuk individu atau kumpulan kecil.

8.0 Ucapan oleh En. Ismail bin Muhammad Ketua Unit Media Pendidikan BTPN P.Pinang

8.1 Pengedaran CD MBMMBI Tahun 1 dan Tingkatan 1 serta Pendidikan Khas telah dilaksanakan bagi kegunaan Tahun 2012. 8.2 Penggunaan hendaklah direkodkan dan laporan hendaklah dihantar ke PKG sebulan sekali. 8.3 Selain itu Guru BM & BI yang telah menghadiri taklimat pengredan CD MBMMBI perlu membuat in-house training di sekolah masing-masing dan perlu menghantar laporan berkenaan ke PKG. Kajian Penggunaan CD MBMMBI Tahun 1 telah dibuat oleh KPM pada November 2011. Hasil kajian ini akan membantu dalam membuat penambahbaikan dalam CD MBMMBI Tahun 3 & 4 bagi perbekalan Tahun 2013. Makluman

8.4

9.0 Ucapan oleh En. Suhaimi bin Salleh Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit Perkhidmatan ICT BTPN P.Pinang 9.1 En. Suhaimi memberitahu majlis bahawa SSQS telah pun selesai dibuat. Beliau mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua sekolah. 9.2 Bagi negeri Pulau Pinang, keputusan yang dicapai amatlah membanggakan di mana keputusan SSQS 2011 adalah sebanyak 99.2 peratus. Bagi Negeri Pulau Pinang, didapati sebilangan kecil responden tidak mengisi maklumat berkaitan kemampuan diri masing-masing secara yang sepatutnya. Kebanyakkannya mengambil jalan selamat iaitu hanya mengisi skor di antara

9.3

1, 2 dan 3 sahaja sedangkan kemahiran responden adalah di tahap 4, 5 dan 6. Inilah yang antaranya menyebabkan sekolah-sekolah di Negeri Pulau Pinang tidak mencapai 100 peratus. 9.4 Bagi tahun 2012, penarafan SSQS akan bermula pada bulan Julai. En. Abdul Sukur selaku pegawai yang bertanggungjawab memohon dan merayu agar sekolah-sekolah dapat membuat pengisian tersebut dengan cara yang ikhlas dan bertanggungjawab dan PKG diminta membuat pemantauan ke atas perkara ini. Selaku pegawai yang bertanggungjawab mengenai inisiatif ICT khususnya di

9.5 sekolah,

En. Suhaimi memberitahu majlis bahawa ICT di sekolah kini telah menjadi salah satu agenda kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia. 9.6 En. Suhaimi menyentuh berkaitan Support Ticketing System (STS) di mana banyak maklumat yang diisi berkaitan masalah ICT di sekolah tidak diisi dengan lengkap di dalam sistem tersebut justeru menyebabkan pihak PKG dan BTPN menghadapi masalah dalam mengenalpasti kerosakan di pihak sekolah. Antara kelemahan atau kesilapan yang dikenalpasti adalah laporan kerosakan oleh pelapor adalah secara umum sahaja, tidak dinyatakan secara terperinci. Laporan yang lengkap sepatutnya mempunyai 11 perkara. Perkara ini telahpun didedahkan kepada semua GPB/GPICT pada sesi sebelum ini. Bagi penyelenggaraan peralatan ICT sekolah, En. Suhaimi menjelaskan kepada majlis bahawa peruntukan akan diberikan oleh Kementerian mulai bulan April ini. Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada jumlah peruntukan yang diperolehi dan keutamaan akan diberikan kepada sekolahsekolah yang menghadapi masalah serius yang menjejaskan pembelajaran murid-murid. En. Suhaimi juga menyentuh mengenai Makmal Bahasa MBMMBI. Semua PKG diminta memantau lebih kerap berkaitan penggunaan makmal Makmal Bahasa MBMMBI ini kerana ianya merupakan antara inisiatif utama kerajaan. Guru-guru bagi sekolah yang menerima MBMMBI telahpun dilatih pada bulan September 2011 dan mereka ini telah pun diminta mengadakan latihan dalaman bagi sekolah masing-masing. Perisian Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telahpun diintalasi ke dalam setiap komputer.

9.7

9.8

9.9 Kini sekolah-sekolah banyak dilengkapi dengan kelengkapan ICT bagi mengoptimumkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bagi sekolah-sekolah kawasan PKG Penaga, antara sekolah yang dilengkapkan dengan kemudahan ICT terkini adalah :Penggantian Makmal (HP Multiseat) a) SMK Sri Muda b) SK Pasir Gebu c) SK Kuala Muda Makmal Bahasa MBMMBI a) SMK Permatang Tok labu b) SK Pulau Mertajam

c) SK Permatang Sintok d) SK Permatang Janggus 1Bestari.net (Cadangan) a) SMK Sri Muda b) Maahad Al-Imam An-Nawawi c) SK Pasir Gebu d) SJKC Aik Keow

7.0

Hal-hal lain 7.1 Pn. Asmidar bt Musa dari SK Permatang Sintok bertanyakan mengenai password di dalam SSQS. En. Abdul Sukur menjelaskan PKG boleh membantu dengan reset password kepada default 123. Sekiranya tidak berhasil sila ajukan kepada pihak BTPN. Pn Lee Yah Sze dari SJKC Aik Keow membangkitkan tentang sekolahnya yang kurang murid tidak cukup responden. En. Abdul Sukur menjelaskan ada surat siaran dari BTP menyatakan sekolah kurang murid, jumlah responden hanyalah 14 orang. Pn. Nor Hashimah bt Abdullah dari SMK Paya Keladi bertanyakan bilakah boleh guna HP Multiseat. En. Adnan menjelaskan ianya boleh digunakan selepas Syarikat Smart Computing Sdn. Bhd. selesai menjalankan latihan penggunaan dan teknikal. En. Dzammin Ambar bin Ramlan dari SK Pulau Mertajam bertanyakan mengenai bagaimana sekolah beliau boleh mendapat penyelenggaraan komputer. En. Adnan menjawab ianya berdasarkan STS dan mengikut tiket yang lengkap dan aturan tiket. Kemudian kontraktor RHC akan mengambil laporan kerosakan di sekolah masing-masing. Semasa proses ini, perkara berkaitan kad harta modal, kad penyenggaraanpastikan ada bersama. Berkaitan MBMMBI, En. Abdul Ramis bin Abdullah dari SK Permatang Janggus ingin tahu berkaitan perisian English Builder dan Fun & Friend yang tidak boleh guna. En. Adnan memberitahu kontraktor akan menghantar cd instalasi yang baru dan install di komputer tutor (guru).

7.2

7.3

7.4

7.5

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Pencatat minit

Disemak oleh

Khalid Al-Walid Dziyauiddin bin Ishak

Ahmad Fauzi bin Komari

Pegawai Teknologi Pendidikan Pendidikan PKG Penaga

Pegawai PKG Penaga

Teknologi

You might also like