You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PENYELARASAN AKTIVITI PKG DAERAH SEBERANG PERAI UTARA BERSAMA GURU PENYELARAS BESTARI/GURU PENYELARAS ICT

BIL. 1/2012 Tarikh Masa Tempat Kehadiran: 1. En. Ahmad Fauzi Bin Komari Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Penaga : : : 22 Mac 2012 (Khamis) 8.00 pagi 5.00 petang Bilik Pinang, BTPN Pulau Pinang

2. En. Khalid Al-Walid Dziyauiddin Bin Ishak


Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Penaga

3. Pn Nor Hashimah bt Abdullah


SMK Sri Muda

4. En. Wan Zarimi Bin Wan Ismail


SMK Pmtg Tok Labu

5. En. Ahmad Subaini Bin Asmuni


SK Kuala Muda

6. Pn. Eny Marliana Bt Ahmad Jamaluddin


SK Pasir Gebu

7. Pn. Hanisah Bt Hashim


SK Penaga

8. En. Dzammin Ambar Bin Ramlan


SK Pulau Mertajam

9. Pn. Asmidar Bt Musa


SK Pmtg Sintok

10. Pn. Najmulizzah Bt Mat Saleh


SK Penaga Jaya

11. En. Abdul Ramis Bin Abdullah


SK Pmtg Janggus

12. Lee Yah Sze


SJKC Aik Keow

13. Sun Gaik Ling


SJKC Kuang Yu 14. En. Ahmad Mathili Bin Shahabudin Maahad Imam An-Nawawi

AGENDA: 1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua GPB/GPICT ke BTPN P. Pinang dan mengucapkan salam serta terima kasih kerana dapat hadir untuk mesyuarat kali ini. 2.0 Bacaan doa oleh Ustaz Abd. Rahman Bin Hassan

3.0

Ucapan Perasmian oleh Tuan Ketua Penolong Pengarah BTPN P. Pinang En. Mohd Yusof Bin Sahab 3.1 Tuan KPP memberitahu majlis bahawa tahun 2012 ini merupakan tahun di mana ICT menjadi agenda utama kementerian. BTPN dan PKG selaku pihak yang membantu sekolah ke arah penggunaan ICT di sekolah secara optima akan sentiasa membantu dan member keutamaan di dalam perkara ini.

3.2 Beliau juga berharap agar semua guru GPB/GPICT yang hadir hari dapat berbincang dan mencari jalan memastikan pelaksanaan ICT di sekolah berjalan lancar. Makluman 4.0 Taklimat Keputusan SSQS oleh En. Abdul Sukur bin Othman Ketua Sub Unit Perkhidmatan ICT, BTPN P.Pinang 4.1 En. Abdul Sukur selaku Ketua Sub Unit Perkhidmatan ICT memberitahu majlis bahawa SSQS telah pun selesai dibuat. Beliau mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua sekolah. Makluman 4.2 Bagi negeri Pulau Pinang, keputusan yang dicapai amatlah membanggakan di mana keputusan SSQS 2011 adalah sebanyak 99.2 peratus. 4.3 Hanya 2 negeri di Malaysia iaitu negeri Melaka dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang mencapai keputusan 100 peratus. Makluman 4.4 Bagi Negeri Pulau Pinang, didapati sebilangan kecil responden tidak mengisi maklumat berkaitan kemampuan diri masing-masing secara yang sepatutnya. Kebanyakkannya mengambil jalan selamat iaitu hanya mengisi skor di antara 1, 2 dan 3 sahaja sedangkan kemahiran responden adalah di tahap 4, 5 dan 6. Inilah yang antaranya menyebabkan sekolah-sekolah di Negeri Pulau Pinang tidak mencapai 100 peratus.

Tindakan : GPB 4.5 Bagi tahun 2012, penarafan SSQS akan bermula pada bulan Julai . En. Abdul Sukur selaku pegawai yang bertanggungjawab memohon dan merayu agar sekolah-sekolah dapat membuat pengisian tersebut dengan cara yang ikhlas dan bertanggungjawab dan PKG diminta membuat pemantauan ke atas perkara ini. Tindakan : GPB & PKG

5.0

Taklimat Pengurusan Inisiatif ICT oleh En. Adnan bin Ghazali - Pegawai Teknologi Pendidikan Unit Perkhidmatan ICT, BTPN P. Pinang 5.1 Selaku pegawai yang bertanggungjawab mengenai inisiatif ICT khususnya di

sekolah,

En. Adnan memberitahu majlis bahawa ICT di sekolah kini telah menjadi salah satu agenda kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia. 5.2 Kini sekolah-sekolah banyak dilengkapi dengan kelengkapan ICT bagi mengoptimumkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bagi sekolah-sekolah kawasan PKG Penaga, antara sekolah yang dilengkapkan dengan kemudahan ICT terkini adalah :Penggantian Makmal (HP Multiseat) a) SMK Sri Muda b) SK Pasir Gebu c) SK Kuala Muda Makmal Bahasa MBMMBI a) SMK Permatang Tok labu b) SK Pulau Mertajam c) SK Permatang Sintok d) SK Permatang Janggus 1Bestari.net (Cadangan) a) SMK Sri Muda b) Maahad Al-Imam An-Nawawi c) SK Pasir Gebu d) SJKC Aik Keow Makluman 5.3 En. Adnan menyentuh berkaitan Support Ticketing System (STS) di mana banyak maklumat yang diisi berkaitan masalah ICT di sekolah tidak diisi dengan lengkap di dalam sistem tersebut justeru menyebabkan pihak PKG dan BTPN menghadapi masalah dalam mengenalpasti kerosakan di pihak sekolah. Antara kelemahan atau kesilapan yang dikenalpasti adalah laporan kerosakan oleh pelapor adalah secara umum sahaja, tidak dinyatakan secara

terperinci. Laporan yang lengkap sepatutnya mempunyai 11 perkara. Perkara ini telahpun didedahkan kepada semua GPB/GPICT pada sesi sebelum ini. Tindakan: Semua

GPB/GPICT

5.4

En. Adnan juga menyentuh mengenai Makmal Bahasa MBMMBI. Semua PKG diminta memantau lebih kerap berkaitan penggunaan makmal Makmal Bahasa MBMMBI ini kerana ianya merupakan antara inisiatif utama kerajaan. Guru-guru bagi sekolah yang menerima MBMMBI telahpun dilatih pada bulan September 2011 dan mereka ini telah pun diminta mengadakan latihan dalaman bagi sekolah masing-masing. Perisian Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telahpun diintalasi ke dalam setiap komputer. Tindakan : Guru B.Inggeris/B. Malaysia/PKG

5.5

Bagi penyelenggaraan peralatan ICT sekolah, En. Adnan menjelaskan kepada majlis bahawa peruntukan akan diberikan oleh Kementerian mulai bulan April ini. Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada jumlah peruntukan yang diperolehi dan keutamaan akan diberikan kepada sekolah-sekolah yang menghadapi masalah serius yang menjejaskan pembelajaran murid-murid. Makluman

6.0

Perancangan Aktiviti PKG Daerah SPU tahun 2012 oleh Tn. Haji Abdul Halim bin Saad Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Kepala Batas 01 Mac 2012 - Perjumpaan Khas PKG Zon Utara bersama PPDU 08 Mac 2012 - Mesyuarat Pengurusan Aktiviti PKG Zon Utara bersama Pengetua/Guru Besar 22 Mac 2012 - Mesyuarat Pengurusan PKG Zon Utara bersama GPB 05 Julai 2012 - Bengkel SSQS 27 Sept 2012 - Bengkel Pengurusan PKG Zon Utara bersama GPB(Kali II) Makluman

7.0

Hal-hal lain

7.1

Pn. Asmidar bt Musa dari SK Permatang Sintok bertanyakan mengenai password di dalam SSQS. En. Abdul Sukur menjelaskan PKG boleh membantu dengan reset password kepada default 123. Sekiranya tidak berhasil sila ajukan kepada pihak BTPN. Pn Lee Yah Sze dari SJKC Aik Keow membangkitkan tentang sekolahnya yang kurang murid tidak cukup responden. En. Abdul Sukur menjelaskan ada surat siaran dari BTP menyatakan sekolah kurang murid, jumlah responden hanyalah 14 orang. Pn. Nor Hashimah bt Abdullah dari SMK Paya Keladi bertanyakan bilakah boleh guna HP Multiseat. En. Adnan menjelaskan ianya boleh digunakan selepas Syarikat Smart Computing Sdn. Bhd. selesai menjalankan latihan penggunaan dan teknikal. En. Dzammin Ambar bin Ramlan dari SK Pulau Mertajam bertanyakan mengenai bagaimana sekolah beliau boleh mendapat penyelenggaraan komputer. En. Adnan menjawab ianya berdasarkan STS dan mengikut tiket yang lengkap dan aturan tiket. Kemudian kontraktor RHC akan mengambil laporan kerosakan di sekolah masing-masing. Semasa proses ini, perkara berkaitan kad harta modal, kad penyenggaraanpastikan ada bersama. Berkaitan MBMMBI, En. Abdul Ramis bin Abdullah dari SK Permatang Janggus ingin tahu berkaitan perisian English Builder dan Fun & Friend yang tidak boleh guna. En. Adnan memberitahu kontraktor akan menghantar cd instalasi yang baru dan install di komputer tutor (guru).

7.2

7.3

7.4

7.5

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Pencatat minit

Disemak oleh

Khalid Al-Walid Dziyauiddin bin Ishak Pegawai Teknologi Pendidikan Pendidikan PKG Penaga

Ahmad Fauzi bin Komari Pegawai Teknologi PKG Penaga

You might also like