You are on page 1of 10

ANNOTATED BIBILIOGRAFFI 1. Muhammad Rashid Bin Rajuddin dan Eric Yeo Cheng Aun (2010).

Faktor-faktor yang mendorong masyarakat baba dan nyonya di Bandar melaka menceburi bidang keusahawanan. 1-7 MASALAH KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong masyarakat Baba dan Nyonya di Bandar Melaka menceburi bidang keusahawanan. PERSOALAN KAJIAN 1) Adakah kajian ini dapat mengetahui pengaruh faktor latar belakang keluarga dalam mempengaruhi seseorang yang berketurunan Baba dan Nyonya memilih kerjaya dalam bidang keusahawanan ? 2) Adakah kajian ini dapat menentukan faktor sikap usahawan-usahawan Baba dan Nyonya dalam menceburi bidang keusahawanan ? 3) Adakah kajian ini dapat menentukan faktor motivasi yang mendorong para usahawan Baba dan Nyonya semasa membuat pemilihan kerjaya sebagai seorang usahawan ? 4) Adakah kajian ini dapat mengenal pasti kemahiran-kemahiran yang ada pada usahawan-

usahawan Baba dan Nyonya dalam mempengaruhi mereka menceburi bidang keusahawanan ? METHODOLOGI KAJIAN Instrumen kajian yang dijalankan adalah set soal selidik yang mengandungi 40 item. Skala Likert telah digunakan untuk tujuan pengumpulan data dan set soal selidik tersebut telah diedarkan secara rawak kepada 30 orang usahawan Baba dan Nyonya di sekitar Bandar Melaka. Maklumat-maklumat yang diperolehi kemudiannya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 12.0 bertujuan untuk mendapatkan nilai min, kekerapan, dan juga peratusan. KEPUTUSAN KAJIAN Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa faktor sikap, faktor kemahiran serta faktor motivasi diri berada pada tahap yang tinggi. Cuma faktor latar belakang keluarga berada pada tahap sederhana. Faktor sikap usahawan merupakan faktor pendorong yang terkuat dalam mempengaruhi masyarakat Baba

dan Nyonya di Bandar Melaka menceburi bidang keusahawanan. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi membolehkan kajian lanjutan dilakukan pada masa hadapan.

2. Nooraini Othman dan Siti Soleha binti Misman (2010). Persepsi terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar 4sph dalam bidang keusahawanan. 1-9. MASALAH KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar 4SPH dalam bidang keusahawanan. PERSOALAN KAJIAN 1) Adakah kajian ini dapat mengenalpasti faktor kurikulum matapelajaran dan mepengaruhi minat pelajar terhadap bidang keusahawanan ? 2) Adakah kajian ini dapat mengenalpasti faktor persekitaran dalam mempengaruhi minat pelajar terhadap bidang keusahawanan ? 3) Adakah kajian ini dapat mengenalpasti faktor galakkan keluarga dalam mempengaruhi minata terhadap bidang keusahawanan ? METHODOLOGI KAJIAN Responden kajian ini terdiri daripada 127 orang pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Rekabentuk kajian adalah menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan statistik deskriptif perbandingan min. Satu set borang soalselidik telah diedarkan kepada responden bagi mengumpul data yang diperlukan. Data yang terkumpul telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 15.0. KEPUTUSAN KAJIAN Hasil dapatan menunjukkan faktor persekitaran paling mempengaruhi minat pelajar dalam bidang keusahawanan, diikuti dengan faktor kurikulum matapelajaran dan faktor galakan keluarga.

3. Azmi Abdul Manaf, Nik Hairi Omar dan Lee Kuan Yee (2012). Faktor kritikal kejayaan usahawan dalam perniagaan. Volume 7, number 1, 034-045.

MASALAH KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor kritikal kejayaan usahawan dalam perniagaan. PERSOALAN KAJIAN 1) Adakah kajian ini dapat menganalisis faktor yang mempengaruhi penglibatan usahawanan dalam perniagaan ? 2) Adakah kajian ini dapat menganalisis tahap keuntungan yang diperolehi dalam perniaagaan ? 3) Adakah kajian ini dapat mengnalisis faktor kritikal bagi kejayaan usahawan dalam perniagaan yang diceburi ? METHODOLOGI KAJIAN Seramai 70 usahawan terlibat dalam kajian ini. Korelasi Pearson sehala antara faktor kejayaan dengan tahap purata keuntungan dan purata keuntungan industri mendapati hanya empat faktor dapat dianggap sebagai faktor kritikal atau signifikan kepada kejayaan iaitu pengalaman pengurusan (r=0.312, k<0.05), pengalaman industri (r=0.308, k<0.05), keadaan ekonomi (r=0.265, k<0.05) dan kemahiran perancangan (r=0.251, k<0.05). Kajian menyarankan keempat-empat faktor ini diberi penekanan oleh agensi yang melatih usahawan bagi memastikan bilangan usahawan berjaya dapat ditingkatkan. KEPUTUSAN KAJIAN Dapatan kajian ini menunjukan terdapat signifikan atau kritikal kepada kejayaan usahawan dalam perniagaan. Keempat-empat pembolehubah tersebut ialah pengalaman pengurusan, pengalaman industri, keadaan ekonomi dan kemahiran perancangan. Kajian ini menyarankan supaya para usahawan yang terlibat dalam jenis-jenis sektor perniagaan yang dikaji dapat membina keupayaan dalam perkara tersebut supaya berupaya memperoleh keuntungan perniagaan yang lebih baik. Kajian ini turut menyarankan agar program pembangunan usahawan yang dijalankan oleh agensi kerajaan dan swasta memberi fokus kepada empat faktor kritikal kejayaan berkenaan selain memberi tumpuan ke atas faktor-faktor kejayaan yang lain. Para usahawan dan bakal usahawan juga perlu diberi maklumat dan kesedaran untuk terlibat dalam program pembangunan usahawan melalui pelbagai strategi dan kempen yang berkesan.

4. Muhammad Rashid B. Rajuddin dan Lumpur. 1-14.

Jesbains Kaur (2010). Faktor-faktor yang

mempengaruhi pembangunan kaum Sikh dalam bidang keusahawanan di bandaraya Kuala

MASALAH KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pembangunankaum Sikh dalam bidang keusahawanan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. PERSOALAN KAJIAN 1) Adakah kajian ini dapat mengenal pasti faktor pengurusan mempengaruhi pembangunan bidang keusahawanan kaum Sikh di bandaraya Kuala Lumpur ? 2) Adakah kajian ini dapat mengenalpasti faktor perkhidmatan mempengaruhi pembangunan bidang keusahawanan kaum Sikh di bandaraya Kuala Lumpur ? 3) Adakah kajain ini dapat mengenalpasti faktor dalaman mempengaruhi pembangunan bidang keusahawanan kaum Sikh di bandaraya Kuala Lumpur ? 4) Adakah kajin ini dapat mengenalpasti faktor pemasaran ? METHODOLOGI KAJIAN Pengkaji menjalankan temuramah dengan kaedah temuramah berstruktur kepada 40 responden yang berdaftar dengan Network of International Sikh Entrepreneurs (NISE). Keputusan kajian dianalisis mengunakkan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 12.00. KEPUTUSAN KAJIAN Hasil kajian menunjukkan faktor perkhidmatan merupakan faktor yang paling dominan atau pendorong yang paling utama yang mempengaruhi kejayaan usahawan Sikh iaitu bagaimana usahawan memberi perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan. Ia diikuti dengan faktor pengurusan yang merangkumi pengurusan kewangan dan pekerja. Namun begitu , sistem aperentis kurang diamalkan oleh usahawan Sikh di mana tidak ramai yang mewarisi perniagaan keluarga. Di samping itu, faktor dalaman yang merangkumi sikap, motivasi dan keyakinan diri yang tinggi juga menjanjikan kejayaan usahawan Sikh. Majoriti usahawan Sikh mengunakkan teknologi e-perniagaan untuk memasarkan produk mereka tetapi terdapat segelintir yang masih mengunakkan kaedah konvensional.

5. Yusof Bin Boon dan Sapiah Binti Bohari (2010). Kesediaan untuk menceburi bidang keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar bumiputera tingkatan empat di tiga buah sekolah sekitar Skudai, Johor. 1-13.

MASALAH KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tahap kesediaan untuk menceburi bidang keusahawanan di kalangan pelajar bumiputera tingkatan empat di tiga buah sekolah sekitar Skudai, Johor Bahru. PERSOALAN KAJIAN 1) Adakah kajain ini dapat mengenalpasti tahap minat pelajar bumiputera terhadap mata pelajaran perdagangan dan keusahawanan ? 2) Adakah kajian ini dapat mengenalpasti tahap persepsi pelajar bumiputera tentang bidang keusahawanan ? 3) Adakah kajian ini dapat mengenalpasti tahap minat pelajar bumiputera terhadap bidang keusahawanan ? 4) Adakah kajian ini dapat mengenalpasti tahap dorongan ibubapa kepada pelajar untuk meminati bidang keusahawanan ? MEYHODOLOGI KAJIAN Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik yang mengandungi 34 item berdasarkan kepada skop kajian. Soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A, melibatkan latar belakang responden dan Bahagian B yang melibatkan jawapan responden terhadap aspek yang dikaji. Kebolehpercayaan soal selidik telah diuji dalam kajian rintis, dan nilai Alpha Cronbach yang diperolehi ialah 0.893. Analisis kajian dibuat berdasarkan kekerapan, peratusan dan min. Data diproses menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages For Social Sciences) versi 13.0. Hasil kajian menunjukkan responden memberikan jawapan yang negatif terhadap tiga daripada empat persoalan kajian yang dikaji dengan nilai tahap yang rendah. Faktor minat terhadap mata pelajaran perdagangan dan keusahawanan, dan factor dorongan ibu bapa menunjukkan tahap yang paling rendah (nilai min 2.12 masingmasing) diikuti faktor minat terhadap bidang keusahawanan (nilai min 2.14). Hanya faktor persepsi terhadap bidang keusahawanan menunjukkan pada tahap sederhana (nilai min 2.65).

KEPUTUSAN KAJIAN Dapatan kajian ini mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar bumiputera mengikut jantina, iaitu pelajar perempuan didapati mempunyai kesediaan yang lebih tinggi berbanding pelajar lelaki untuk menceburi bidang keusahawanan.

6. Nor Fadila Mohd Amin dan Dzufi Iszura Ispawi (2011) Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan bidang keusahawanan sebagai kerjaya dalam kalangan pelajar pendidikan Teknikal dan Vokasional. pp. 1-6. MASALAH KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan bidang keusahawanan sebagai kerjaya di kalangan pelajar teknikal dan vokasional. PERSOALAN KAJIAN 1) Adakah kajian ini dapat mengenal pasti disiplin yang ada dalam diri pelajar untuk menjadi seorang usahawan ? 2) Adakah kajian ini dapat usahawan? 3) Adakah kajian ini dapat mengenal pasti sumber timbulnya keinginan pelajar untuk menjadi seorang usahawan? METHODOLOGI KAJIAN Responden kajian ini terdiri daripada 140 orang pelajar perdana tahun akhir Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik berstruktur yang mengandungi 25 item yang menggunakan maklum balas skala Likert. Data yang diperolehi pula dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science untuk mendapatkan nilai frekuensi dan peratusan. mengenal pasti dorongan untuk pelajar untuk menjadi seorang

KEPUTUSAN KAJIAN Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor yang paling mempengaruhi pemilihan bidang keusahawanan sebagai kerjaya di kalangan pelajar adalah disiplin, diikuti dengan faktor dorongan dan seterusnya faktor keinginan

7. Norasmah Othman, Azzyyati Anuar, dan Muhammad Husin, (2009) Kekangan dalam menjalankan perniagaan dalam kalangan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 12 . ISSN 0128-2735. pp. 87-107 MASALAH KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk meninjau kekangan-kekangan yang dihadapi oleh pelajar dari pelbagai fakulti dalam mengendalikan perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). PERSOALAN KAJIAN 1) Adakah trait personaliti menjadi kekangan kepada pelajar untuk mengendalikan perniagaan ? 2) Adakah kemahiran teknikal pelajar menjadi kekangan kepada pelajar dalam mengendalikan perniagaan ? 3) Adakah persekitaran mikro menjadi kekangan kepada pelajar dalam mengendalkan perniagaan? METHODOLOGI KAJIAN Kajian kualitatif telah digunakan. Ia menggunakan teknik temu bual mendalam dan pemerhatian. Empat pelajar yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan di universiti secara separuh masa telah dipilih sebagai responden kajian. KEPUTUSAN KAJIAN Hasil kajian mendapati bahawa elemen trait personaliti, kemahiran teknikal juga persekitaran mikro memang menyumbang kepada kekangan di kalangan pelajar semasa menjalankan perniagaan.Kekangan ini memberi implikasi yang besar kepada pelajar, pensyarah dan juga pegawai di Hal Ehwal pelajar. Maka, dapatan kajian ini diharap dapat membantu mengurangkan atau meminimumkan impak kekangan tersebut terhadap perniagaan pelajar di universiti.

8. Shahrin bin Hashim dan Mohammad Shaiful Nizam Bin Abu (2010) Strategi Promosi Peniaga Gerai Jualan Di Pesta Konvokesyen. Strategi Promosi Peniaga Gerai Jualan Di Pesta Konvokesyen pp. 1-7 MASALAH KAJIAN Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti elemen paling dominan dalam campuran promosi yang digunakan oleh peniaga untuk meningkatkan jualan di pesta konvokesyen di UTM, Skudai. PERSOALAN KAJIAN 1) Adakah kajian ini dapat mengenalpasti elemen paling dominan dalam strategi pengiklanan menurut persepsi peniaga ? 2) Adakah kajian ini dapat mengenalpasti elemen paling dominan dalam strategi publisiti menurut persepsi peniaga ? 3) Adakah kajian ini dapat mengenalpasti elemen paling dominan dalam strategi jualan langsung menurut persepsi peniaga? 4) Adakah kajian ini dapat mengenalpasti elemen paling dominan dalam strategi promosi jualan menurut persepsi peniaga ? 5) Adakah kajian ini dapat mengenalpasti elemen paling dominan dalam campuran promosi oleh peniaga ? METHODOLOHI KAJIAN Soal selidik digunakan untuk mendapatkan data bagi dianalisis. Hasil analisis telah dilakukan untuk mendapatkan peratusan dan nilai min dengan menggunakan pakej SPSS 16.0 ( Statical Package For Sosial Sciences ). KEPUTUSAN KAJIAN Dapatan menunjukkan jualan langsung merupakan elemen paling dominan dalam strategi campuran promosi diikuti dengan publisiti, pengiklanan dan promosi jualan. Seterusnya, cadangan dibuat agar peniaga gerai meningkatkan usaha-usaha promosi dengan memperkukuhkan aktiviti sedia ada dan menilai aktiviti promosi untuk mencapai keberkesanan campuran promosi yang dilaksanakan.

9. Amran bin Daud. (2004). Faktor faktor yang mendorong usahawan wanita berniaga di Pasar Besar Tanah Merah, Kelantan. 1-24.

MASALAH KAJIAN Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong usahawan wanita berniaga di Pasar Besar Tanah Merah, Kelantan. PERSOALAN KAJIAN 1) Adakah faktor minat menjadi pendorong usahawan wanita menceburkan diri dalam bidang perniagaan ? 2) Adakah faktor mengubah nasib keluarga menjadi pendorong usahawan wanita perniagaan ? 3) Adakah faktor keuntungan yang menjadi pendorong usahawan wanita menjalankan perniagaan? 4) Adakah faktor kepuasan diri menjadi pendorong usahawan wanita menjalankan perniagaan ? METHODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan 196 orang sebagai sampel yang mewakili 389 keseluruhan populasi. menjalankan

Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah menggunakan kaeadah tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan statistic deskriptif frequensi dan peratusan. Instrument kajian yang digunakan adalah soal selidik yang mepunyai 2 bahagian iaitu bahagian A mengkami latar belakang responden dan bahagian B adalah menjawab persoalan kajian. KEPUTUSAN KAJIAN Dapatan kajian menunjukan kesemua faktor seperti umur, mnegubah nasib, keluarga, keuntungan dan kepuasan diri menjadi pendorong usahawan wanita menjalankan perniagaan. Walau bagaimanapun faktor pendorong iniperlu digabungkan dengan ciri-ciri keusahawanan supaya usahawan waniata dapat meperluasakan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

10. Thuaibah @ Suaibah Binti Abu Bakar, Azlah Bin Md Ali, Dr Rozeyta Binti Omar, Pm Dr Hishamuddin Md Som, dan Syaharizatul Noorizwan Binti Muktar. (2007). kritikal kejayaan dan kegagalan pengendalian perniagaan. Vot 75087. 1-183. Penglibatan kaum wanita dalam aktiviti keusahawanan di negeri johor: Kajian terhadap faktor-faktor

MASALAH KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong penglibatan usahawan wanita dalam bidang perniagaan. PERSOALAN KAJIAN 1) Adakah kajian ini dapat mengenal pasti profil perniagaan usahawan wanita di Negeri Johor ? 2) Adakah kajian ini dapat mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan wanita dalam bidang perniagaan di Negeri Johor ? 3) Adakah kajian ini dapat mengenal pasti persepsi responden terhadap tahap penglibatan usahawan wanita dalam bidang perniagaan di Negeri Johor ? 4) Adkah kajian ini dapat mengenal pasti persepsi responden terhadap faktor yang mempengaruhi kejayaan dan kegagalan usahawan wanita dalam bidang perniagaan di Negeri Johor? METHODOLOGI KAJIAN Soal selidik telah digunakan sebagai kaedah pengumpulan data dan diedarkan kepada 215 orang usahawan wanita yang terlibat dalam aktiviti keusahawanan di negeri Johor. Seterusnya data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan program Statistical Packages For Social Science (SPSS) 10.0 untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. KEPUTUSAN KAJIAN Dapatan kajian juga mendapati elemen sikap merupakan elemen yang paling mempengaruhi kejayaan seseorang manakala elemen kemahiran pula merupakan elemen yang paling mempengaruhi kepada kegagalan seseorang wanita dalam perniagaannya.

You might also like