You are on page 1of 8

PENGENALAN:

Archimedes atau Archimedes of Syracuse, seorang tokoh matematik dan jurutera Yunani merupakan orang yang pertama menyedari bahawa terdapat satu daya julangan yang bertindak ke atas objek dalam cecair. Daya julangan ini berasal dari cecair dan menyebabkan objek seolah-olah kehilangan berat dalam cecair.

Prinsip Archimedes menyatakan bahawa jasad yang rendam sepenuh atau separa rendam dalam bendalir akan mengalami satu daya tujah ke atas yang sama magnitudnya dengan berat bendalir yang disesarkan oleh jasad tersebut. Oleh kerana tekanan cecair bertambah dengan kedalaman cecair, maka satu objek yang terendam separa atu sepenuhnya dalam cecair akan mengalami daya yang lebih besar di bahagian bawahnya dan daya yang lebih kecil di bahagian atasnya.

Daya tujah ke atas menyebabkan keapungan berlaku. Fenomena keapungan inilah yang menyebabkan kapal laut terapung di permukaan laut. Ini turut membolehkan kita berenang dalam air kerana wujudnya daya tujah ke atas yang bertindak pada badan kita.

Faktor yang mempengaruhi daya tujah ke atas ialah isi padu jasad, ketumpatan cecair dan kekuatan medan graviti.

Jasad yang lebih besar saiznya akan ditindakkan oleh daya tujah yang lebih besar.

Cecair yang lebih tumpat akan menghasilkan daya tujah yang lebih besar. Medan graviti yang lebih kuat akan menghasilkan daya tujah yang lebih besar.

PCK 2

KEAPUNGAN, TIMBUL DAN TENGGELAM. Mengenal pasti keadaan yang diperlukan untuk

Hasil pembelajaran :

mengapung, terapung dan tenggelam Masalah : Menyiasat mengapa sesuatu jasad terapung atau tenggelam di dalam cecair Radas dan bahan : Dua silinder penyukat, larutan garam, dua biji telur, besen air, dan lima bebola plastisin (setiap satu 50 g).

Aktiviti:

Menyiasat mengapa sesuatu benda terapung atau tenggelam dalam cecair.

Prosedur: 1. Dua silinder penyukat diisi penuh dengan, satu silinder mengandungi larutan garam manakala satu silinder lagi menggandungi air pili. Letakkan telur ke dalam kedua-dua bekas dan perhatikan apa yang berlaku. 2. Tiga bebola plastisin diambil, setiap satu mengandungi berat 50 g. Dua bebola plastisin dibentuk menjadi bentuk perahu. Satu perahu dengan sisi rendah dan satu lagi dengan sisi tinggi. 3. Kedua-dua perahu dan bebola plastisin diletakkan ke dalam besen air yang mempunyai air. Pemerhatian kemudian direkodkan.

4. Dua biji bebola plastisin 50 g diambil dan diletakkan secara perlahan-lahan ke dalam kedua-dua perahu tadi setiap satu. Pemerhatian direkodkan. 5. Inferen dinyatakan untuk setiap pemerhatian. 6. Laporan aktiviti ditulis dengan menggunakan format berikut: Mengenal pasti masalah, membuat hipotesis, menguji hipotesis, merekod dan menganalisis data dan kesimpulan.

Laporan prosedur 1: Keapungan telur

Mengenal pasti masalah: Adakah cecair yang berlainan jenis dan ketumpatan akan menghasilkan kesan keapungan yang berlainan? Hipotesis: Ketumpatan cecair akan mempengaruhi kadar keapungan objek (telur).

Keputusan: Jenis larutan Air pili + telur Pemerhatian Telur tenggelam ke dasar air pili. Inferens Telur tenggelam di dalam air pili kerana telur mempunyai

ketumpatan yang lebih tinggi berbanding ketumpatan air pili. Larutan garam Telur hanya tengelam di bawah Telur akan tenggelam di bawah + telur permukaan air. permukaan air kerana

ketumpatan telur lebih rendah berbanding ketumpatan larutan garam.

Inferens: Telur lebih tumpat dari air pili tetapi air pili kurang tumpat berbanding dengan larutan garam.

Rajah 1: Keputusan keapungan telur dalam air pili dan larutan garam

Dalam eksperimen ini, didapati telur tenggelam sepenuhnya dalam air pili manakala telur hanya berada pada pemukaan larutan garam menunjukkan bahawa ketumpatan larutan atau cecair mempengaruhi daya keapungan telur. Hal ini kerana semakin tumpat sesuatu larutan maka ketumpatan larutan akan menghasilkan daya tujah air yang lebih kuat yang boleh mengatasi berat sesebuah objek. Dalam aktiviti ini, larutan garam membuktikan bahawa ia mempunyai daya tujah yang kuat hingga telur tersebut tidak tenggelam sepenuhnya. Berbanding dengan air pili, yang mempunyai ketumpatan yang kurang menyebabkan daya tujah air pili tidak mampu untuk mengatasi berat objek menyebabkan objek tenggelam sepenuhnya.

Keputusan prosedur 2:

Manggenalpasti masalah: Adakah bentuk, ketinggian sisi perahu dan isipadu mempengaruhi keapungan dan tenggelam sesuatu objek? Hipotesis: Bentuk dan ketinggian sisi objek serta isipadu mempengaruhi keapungan sesuatu objek.

Rajah 1: Keputusan keapungan perahu dan bola plastisin

Jenis perahu Perahu sisi rendah

Pemerhatian

Inferens

Perahu terapung tetapi apabila bola Perahu sisi rendah mempunyai 50 g bola plastisin diletakkan di isipadu yang besar. Perahu

dalam perahu. Perahu tenggelam tersebut tengelam apabila bola sepenuhnya ke dalam dasar besen plastisin kerana tebing perahu di masuki air. dimasukkan kerana

daya tujahan cecair tidak mampu untuk mengatasi berat objek.

Perahu sisi tinggi

Perahu

terapung

dalam

besen. Perahu sisi tinggi mempunyai yang kecil. Perahu

Apabila bola plastisin 50 g diletakkan, isipadu

sisi perahu tenggelam sedikit tetapi tersebut terapung apabila bola perahu masih berada dalam keadaan plastisin terapung. Tidak terdapat kemasukan daya air ke dalam perahu. dimasukkan cecair kerana adalah

tujahan

melebihi berat perahu.

Bola

Bebola plastisin tenggelam sebaik Bentuk bebola plastisin yang

plastisin 50 g sahaja diletakkan di atas permukaan bulat dan tidak mempunyai tapak air. yang luas untuk menghasilkan daya tujah yang tinggi maka bebola plastisin tenggelam.

PERBINCANGAN:

1. Mengapa objek boleh terapung atau tenggelam di dalam cecair? Hal ini kerana setiap objek terdapat ketumpatannya. Jika cecair lebih tumpat daripada objek maka objek akan terapung kerana terdapat daya tujahan yang bertindak dari cecair manakala jika objek lebih tumpat daripada cecair maka objek tersebut akan tengelam kerana daya tujahan cecair tidak mampu untuk mengatasi berat objek.

2. Bolehkah objek yang lebih tumpat daripada air terapung? Jelaskan. Tidak boleh. Hal ini kerana sekiranya objek itu lebih tumpat daripada cecair yang menampungnya, ia akan tenggelam walaupun daya tujahan tetap wujud. Ini kerana magnitud daya tujah atas yang bertindak tidak mampu untuk menyokong berat objek .

3.Nyatakan faktor yang mempengaruhi keapungan objek. Isipadu objek yang terendam di dalam cecair tersebut Ketumpatan cecair Pecutan graviti

SOALAN MASTERI PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN

a. Apa yang telah anda pelajari dari aktiviti ini? Daripada aktiviti ini saya dapat belajar bahawa: 1) Daya keapungan sesuatu objek adalah dipengaruhi oleh kadar ketumpatan cecair dan sesuatu objek. 2) Daya tujah ke atas menyebabkan keapungan berlaku 3) Jika cecair lebih tumpat daripada objek maka objek akan terapung kerana terdapat daya tujahan yang bertindak dari cecair manakala jika objek lebih tumpat daripada cecair maka objek tersebut akan tengelam kerana daya tujahan cecair tidak mampu untuk mengatasi berat objek.

4) Daya keapungan juga dipengaruhi oleh isipadu objek yang terendam di dalam cecair tersebut. 5) Plastisin yang dibentuk menjadi kapal yang bersisi tinggi adalah mempunyai isipadu yang lebih kurang berbanding kapal yang mempunyai sisi yang rendah, jadi ia mempunyai kadar keapungan yang lebih tinggi. 6) Saya mempelajari bahawa ciri-ciri utama kapal yang selamat seperti mempunyai rongga udara yang banyak di bawah perahu, sisi yang tinggi dan mempunyai keadaan tapak yang tirus.

b. Bahagian manakah dalam Kurikulum Sains Sekolah Rendah mengajar topik ini? KBSR Tahap 1, Tema mengenai Mempelajari Dunia Sekeliling Kita dalam topik mengenal pasti bahan yang timbul dan tenggelam.

c. Bincangkan bagaimana anda menggunakan aktiviti ini dalam pembelajaran dan pengajaran? 1) Aktiviti ini boleh dilakukan semasa dalam fasa orientasi dimana kita membawa pelajar kita untuk memahami bagaimana bahan seperti telur dan tanah liat boleh terapung, dalam masa yang sama kita boleh menggunakan aktiviti ini untuk mengajar bagaimana sesebuah bahan itu boleh terapung. 2) Aktiviti ini juga amat sesuai digunakan sebagai tugasan projek kepada pelajar tahun enam kerana bersesuaian dengan aras pemikiran mereka. 3) Aktiviti ini boleh diaplikasikan dalam proses P&P dengan mengadakan aktiviti seperti eksperimen dan demonstrasi. 4) Fasa orientasi juga boleh dilakukan dengan aktiviti seperti tayangan powerpoint atau animasi mengenai tajuk keapungan untuk merangsang minat murid. 5) Setelah itu kita boleh mengadakan aktiviti dalam bentuk kumpulan dengan menjalankan eksperimen seperti menguji keapungan pelbagai objek didalam air. Kita harus membiarkan murid merasai sendiri hasil eksperimen ini supaya mereka lebih mudah untuk faham konsep tajuk ini.

d. Apakah peranan guru dalam hal aktiviti ini? 1) Guru sebagai seorang yang mampu memberi inspirasi kepada pelajar agar mereka mampu untuk mengembangkan kreativiti mereka. 2) Guru sebagai pemerhati di mana kita memerhatikan bagaimana pelajar melaksanakan aktiviti. 3) Peranan guru hanya sebagai fasilitator.

KESIMPULAN: 1) Ketumpatan cecair akan mempengaruhi kadar keapungan objek 2) Bentuk dan ketinggian sisi objek serta isipadu mempengaruhi keapungan sesuatu objek.

You might also like