You are on page 1of 10

1.

PENGENALAN SENI

Seni merupakan istilah yang sukar ditakrifkan memandangkan perkataan ini boleh digunakan mengikut bidang masing-masing dengan makna yang lain. Secara umumnya, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun masyarakat. Seni turut ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah, terutamanya dalam bentuk visual (Hornby, 1974: 43). Menurut Kamus Dewan Edisi Baru, seni didefinisikan sebagai karya yang diciptakan dengan bakat dan kebolehan untuk mencipta sesuatu yang indah. Menurut Herbert Read dalam bukunya yang bertajuk The Meaning of Arts, seni adalah merupakan penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik.

Kesenangan estetik ini terhasil apabila adanya penghayatan terhadap keindahan seni visual. Melihat daripada persepsi agama pula, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab Al- Iman, menjelaskan bahawa kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Seni itu dilihat sebagai suatu bentuk ilmu di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, seterusnya dapat menghargai keindahan objek karya seni tersebut. Terlalu banyak kupasan dan pendefinisian mengenai seni, baik melalui tokoh-tokoh sejagat mahupun tokoh seni tempatan. Hal ini melambangkan betapa luasnya pengertian kesenian itu sendiri dan menunjukkan betapa besarnya pengaruh seni dalam kehidupan.

3.0

PENULISAN ILMIAH: KEPENTINGAN SENI DALAM PENDIDIKAN Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa mengalami perubahan selari dengan peredaran zaman dan tuntutan keperluan negara masa kini. Menurut Ayob Jantan (2005), cabaran utama yang dihadapi oleh sistem pendidikan kebangsaan adalah untuk melahirkan warganegara yang berdaya tahan, dinamik, progresif, berilmu pengetahuan, kreatif, inovatif dan berdaya saing pada peringkat nasional dan antarabangsa. Amabile (1992) menyifatkan institusi sekolah merupakan tempat paling penting untuk memupuk alam kreativiti di kalangan pelajar. Oleh itu, usaha-usaha memantapkan kualiti pendidikan negara telah dipertingkatkan melalui penambahbaikan sistem penyampaian dalam sesi pengajaran di dalam kelas, penyediaan tenaga pengajar yang berkelayakan dan memastikan kurikulum adalah relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan telah dilaksanakan. Hal ini penting agar melahirkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bakal menyumbang kepada inovasi dan produktiviti yang tinggi bagi menangani cabaran negara dalam arus globalisasi. Dalam konteks pendidikan yang luas dan menyeluruh, Seni Dalam Pendidikan (SDP) merupakan satu lagi cabang ilmu ke arah melahirkan generasi pelajar yang berilmu pengetahuan dan berdaya saing. Terdapat tiga bidang utama dalam mata pelajaran ini, iaitu Seni Visual, Muzik dan Pergerakan. Ketiga-tiga bidang ini merupakan alat dan saluran yang penting di dalam usaha meningkatkan persepsi, estetika dan kreativiti pelajar dalam pembelajaran mereka. Justeru, penggabungan ketiga-tiga mata pelajaran ini dalam SDP adalah selaras dengan usaha untuk melahirkan warga pelajar yang seimbang dan berkualiti. Dalam konteks Seni Dalam Pendidikan (SDP), ketiga-tiga bidang ini mempunyai kelebihan dan unsur yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan pengintegrasian seni dalam pendidikan lebih menjurus kepada rasional untuk melahirkan pelajar yang

serba boleh dalam pembelajaran mereka melalui aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Melalui penghasilan karya seni dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, murid dapat meningkatkan pemahaman mereka supaya lebih kekal lama. Sebagai contoh, aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang boleh dijalankan adalah yang berkaitan dengan integrasi Seni Visual dalam mata pelajaran Sains. Dengan kemahiran ini, murid dapat mengaplikasi kemahiran melukis mereka dengan melukis gambar atau objek dalam mata pelajaran Sains seperti melukis gambar haiwan karnivor, herbivor dan omnivor. Di samping itu, murid boleh melukis peta minda bagi mengingati sesuatu topik yang berkaitan dengan pembelajaran Sains mereka di sekolah. Menurut Som Hj. Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli (1998), peta minda membolehkan pelajar mengingat sesuatu dengan mudah. Pelajar sangat mudah mengingati isi pelajaran dengan menggunakan peta minda yang mereka reka sendiri. Oleh itu, kita dapat simpulkan bahawa integrasi kemahiran seni dalam pendidikan masa kini dapat membantu membina keupayaan pada diri murid-murid bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini. Pengintegrasian mata pelajaran ini boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif bersesuaian dengan teori konstuktivisme. Menurut Howard Gardner (1983), jika hanya satu sahaja pendekatan yang digunakan dalam pengajaran, murid tertentu sahaja yang akan mendapat maklumat yang ingin disampaikan oleh guru. Hal ini kerana tahap kebolehan menaakul dan menganggap bagi setiap murid adalah berbeza. Oleh itu, pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan adalah perlu kerana hal ini memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif. Seni dalam pendidikan turut memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui perkembangan insan secara

seimbang dan menyeluruh. Teori konstruktivisme menyatakan bahawa

kanak-kanak tidak beroleh pengetahuan secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif. Melalui aktiviti yang dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen dan mengolah bahan, murid akan memperoleh pengalaman yang baru. Oleh itu, aktiviti mewarna, menyanyi, melukis, melakukan eksperimen dan amali yang tergolong dalam kesepaduan subjek yang digabung seperti dalam mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberikan satu pengalaman yang kekal kepada murid kerana mereka meneroka sendiri dan menggunakan pencaindera mereka untuk menilai dan menyelesaikan masalah yang dialami. Justeru, hal ini dapat membantu dalam perkembangan insan yang lebih bersifat holistik dan menyeluruh. Pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga dapat membenntuk perkembangan sosial murid. Melalui Mengikut Teori Pembelajaran Sosial oleh Albert Bandura, pembelajaran akan diperolehi berdasarkan kepada melihat, meniru dan memerhatikan tingkah laku orang lain. Bandura telah menegaskan bahawa seseorang individu itu akan memperolehi kepuasan dan peneguhan yang tinggi melalui peniruan tingkah laku. Oleh itu, melalui aktiviti permainan yang melibatkan pergerakan, perkembangan sosial murid dapat dibentuk. Hal ini kerana aktiviti pergerakan seiring dengan lagu yang dilakukan mampu memperkembangkan lagi aspek sosial murid kerana mereka berpeluang melihat, memerhati, meniru perlakuan rakanrakan dan seterusnya dapat berkomunikasi sepanjang aktiviti dijalankan Selain itu, Seni Dalam Pendidikan adalah penting bagi guru untuk diintegrasikan dalam pendidikan kerana dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah menjadi lebih menyeronokkan. Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan dan kreatif, guru perlulah mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemen-elemen irama dan dalam masa yang sama menggunakan ruang

yang sesuai bagi meransang minda kanak-kanak sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah tersebut iaitu gabungan elemen seni dalam pendidikan, murid akan berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Murid-murid tidak akan terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang tradisional dimana ianya lebih berpusatkan kepada guru. Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. Quadrant Concept (1991) oleh Hermann menunjukkan

perkembangan otak kiri dan kanan, menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk murid agar dapat mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan dan seterusnya meningkatkan keupayaan berfikir. Selain itu, melalui

pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan dalam aktiviti pengajaran, guru juga dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran turut memotivasikan guru untuk menjadi kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan

professional. Menurut Howard Gardner (1983), murid mempunyai kebolehan menakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. Oleh itu, pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid. Hal ini bermakna

pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat memotivasikan guru untuk menyediakan pelbagai

aktiviti yang dapat merangsang minat kanak-kanak dan memenuhi keperluan murid-murid yang mempunyai kepelbagaian gaya belajar. Guru akan berusaha untuk menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas dapat berjalan dengan lancar dan menarik. Melalui penggunaan alat bantu mengajar menarik yang dapat menarik perhatian murid, seseorang guru itu bukan sahaja akan menjadikan pengajarannnya begitu bermakna malah secara tidak langsung akan membina kreativiti diri disamping kelihatan berketrampilan dan bersifat professional. Pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran turut membantu para guru dalam melaksanakan proses pemindahan maklumat di dalam kelas. Menurut Bersoon (1982), kanakkanak menggunakan deria dan respon emosinya dalam memperoleh pengalaman yang disediakan. Menerusi kegiatan seni yang dilakukan, murid turut dapat meningkatkan keupayaannya untuk membuat

pengamatan dan pentaksiran. Hal ini menunjukkan bahawa penerapan aktiviti Seni Dalam Pendidikan di dalam proses pengajaran, proses pemindahan maklumat bukan sahaja dapat dilakukan malah turut dapat meningkatkan keupayaan diri murid dalam melakukan pengamatan dan pentaksiran. Sebagai contoh, guru menayangkan persembahan power point yang menunjukkan beberapa gambar haiwan di hadapan muridmurid dan menerangkan ciri-ciri luaran haiwan tersebut. Seterusnya, murid diberikan lembaran kerja dan diminta untuk mewarna ciri-ciri luaran haiwan yang terdapat dalam lembaran kerja tersebut. Melalui aktiviti mewarna yang telah diberikan oleh guru, kita dapat melihat bahawa seni visual yang diintegrasikan dalam aktiviti kelas dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan maklumat

pembelajaran di dalam kelas seterusnya dapat mengaktifkan fungsi otak kanan dan kiri murid sepanjang melakukan aktiviti tersebut. Justeru, ketiga-tiga bidang Seni Visual, Muzik dan Pergerakan mempunyai kesan yang positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bidang-bidang ini mempunyai perkaitan di antara satu sama lain dalam membentuk suasana pembelajaran yang efisien di sekolah. Menurut Chen, Hwe Min (2004), jikalau situasi

pembelajaran tidak menarik, kaedah dan strategi pengajaran guru yang tidak bersesuaian dengan tahap kognitif atau keperluan pelajar maka akan menyukarkan guru menyalurkan ilmu kepada pelajar. Oleh itu, guru hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang

diperlukan dalam pengajaran Seni Dalam Pendidikan agar dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan berkesan.

4.0

REFLEKSI Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek Seni Dalam Pendidikan yang telah memberikan satu tugasan yang penuh bermakna dan berfaedah kepada saya. Tugasan ini mengandungi dua bahagian iaitu tugasan A yang memerlukan saya menghasilkan sebuah rancangan pengajaran harian dengan mengintegrasikan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Bagi tugasan B pula, saya dikehendaki menghasilkan satu penulisan akademik mengenai kepentingan mengintegrasikan seni dalam pendidikan dalam menjayakan proses pengajaran di bilik darjah. Saya dapati tugasan yang diberi ini memberi peluang kepada saya untuk mendalami berbagai teknik dan kaedah untuk menarik minat anak didik memberi fokus dan seterusnya menjadikan pembelajaran menjadi menarik. Pencarian maklumat berdasarkan tugasan telah membuka

ruang yang luas kepada saya untuk meneroka topik perbincangan secara lebih mendalam.Sebagai contoh dalam mencari bahan bagi tugasan membina dan mengguna bahan bantu mengajar ,saya dapat mengetahui mengenai berbagai sumber grafik,klip video,muzik,karektor dan juga gambar dapat digunakan bagi tujuan meningkatkan lagi minat murid untuk belajar. Melalui tugasan ini juga, saya dapat menambahkan ilmu

pengetahuan dengan lebih luas. Dengan berbekalkan pengetahuan yang baru saya perolehi ini dapat menjadikan saya lebih mahir dalam membuat rancangan pengajaran harian dan menyesuaikannya dengan kaedahkaedah pengajaran yang sepatutnya serta bahan bantu mengajar yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, dengan adanya pengetahuan yang berguna ini, akan saya gunakan apabila menjadi seorang guru kelak, samada semasa praktikum nanti mahupun semasa menjadi seorang guru nanti.

Melalui tugasan ini juga saya telah dapat menguasai dan memahami isi pelajaran yang cuba disampaikan oleh pensyarah subjek walaupun interaksi kami di dalam kelas adalah terhad kerana komitmen yang menghambat diri di mana pensyarah dan guru pelatih masingmasing menggalas tanggungjawab yang berbeza dan sibuk dengan tugas masing- masing namun isi pelajaran yang ingin disampaikan akhirnya telah dapat saya kuasai hasil daripada proses menyiapkan tugasan ini. Dengan adanya tugasan seni didalam pendidikan dimana kombinasi tiga elemen iaitu seni muzi, seni lukis dan seni gerakan saya yakin dan percaya ianya akan memberikan kesan yang positif kepada bakal guru untuk mendidik anak bangsa dengan cara yang menarik dan berkesan. Semasa dalam proses menyiapkan tugasan ini, tidak dinafikan saya menghadapi sedikit masalah berkaitan dengan pengurusan masa. Saya telah mengalami kebuntuan di mana pada masa yang sama saya perlu menyiapkan lima tugasan yang lain. Namun dengan jadual masa yang tersusun dan teratur yang telah dibuat oleh saya dengan lebih awal, akhirnya saya telah dapat menyiapkan dengan baik walaupun banyak pengorbanan dari segi masa dan kewangan yang banyak dihabiskan. Kesimpulannya, saya telah banyak mendapat pengajaran daripada tugasan kumpulan ini. Impaknya adalah sebagai seorang bakal guru, saya bukan sahaja dapat menyiapkan diri saya dengan ilmu dan kemahiran dalam melaksanakan proses pengajaran-pembelajaran sahaja tetapi juga menjadi rol model kepada para pelajar pada masa depan. Akhir kata, tugasan ini memberi faedah kepada saya dari pelbagai sudut.

BIBLIOGRAFI Buku

Hamid, M. J. (2008). Apresiasi & Kritikan Seni Visual. Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Hashim, H., & Che Lah, Y. (2007). Panduan Pendidikan Prasekolah.Batu Caves, Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Yusof,N. M. (2006). Konsep Pendidikan.Wangsa Melawati, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Jurnal Smilan, C. (2007). The Creative Art of Education. International Journal of Human and Social Sciences , 241-248. Sofia Shillito, Kim Beswick & Margaret Baguley. (2008). The Aims of Art Education: An Analysis of Visual Art in Tasmania's Essential Learnings Curriculum. Journal of Arts Education , 1-16. Hashim, O., & Ibrahim, A. G. (2007). Ke Arah Peningkatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni dalam Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Masalah Pendidikan, 30(1), 37-42.

Internet Pengenalan Konsep Seni Dalam Pendidikan . (2010, Oktober 01). Retrieved Ogos 20, 2012, from http://notapismp.blogspot.com/2010/10/pengenalan-konsep-seni-dalampendidikan.html Pengenalan Seni, Definisi Seni, Definisi Pendidikan & Definisi Pendidikan Seni . (2010, Januari 24). Retrieved Ogos 20, 2012, from http://colourexist.blogspot.com/2010/01/pengenalan-seni-definisi-senidefinisi.html Seni Dalam Pendidikan. (2008, Julai 06). Retrieved Ogos 23, 2012, from http://raisingthesoftvolume.blogspot.com/2008/07/seni-dalam-pendidikansdp.html

You might also like