You are on page 1of 20

JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH

KAJIAN TINDAKAN

PROJEK MODEL PENSIANGAN SALINATAN

TAJUK KAJIAN

MENINGKATKAN PENGUASAAN MENJAWAB SOALAN KEMAHIRAN


PROSES SAINS (KPS) BAHAGIAN B
DALAM KALANGAN MURID TAHUN 6
SK SUNGAI TAKA

OLEH :

NOOR HANA BINTI CHE HASAN


SK SUNGAI TAKA
09800 SERDANG
KEDAH DARUL AMAN

SEPTEMBER 2008

ABSTRAK
Kajian tindakan yang saya jalankan ini adalah bertujuan untuk mencari
penyelesaian kepada masalah murid Tahun Enam yang kurang menguasai
cara menjawab soalan bahagian B kertas sains yang melibatkan kemahiran
proses sains (KPS). Seramai 25 orang murid Tahun Enam terlibat dalam
kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan kaedah temu
bual, soal selidik, membuat pemerhatian, dan berdasarkan ujian bulanan.
Hasil daripada tinjauan, saya mendapati mereka kurang mengetahui cara
bagaimana untuk mendapatkan maklumat yang terdapat dalam soalan
ketika menjawab soalan pada bahagian B yang menguji kemahiran proses
sains (KPS). Begitu juga dengan soalan latihan yang diberikan, segelintir
murid tidak cuba untuk menjawab soalan bahagian B, mereka hanya
menunggu jawapan daripada guru sahaja walaupun penerangan tentang
soalan telah diberikan. Untuk mengatasi masalah ini, saya menjalankan
kajian dengan melakukan beberapa aktiviti seperti memberi penerangan
tentang teknik menjawab soalan sains bahagian B. Melalui aktiviti ini, saya
menerangkan kepada murid tentang kaedah mendapatkan maklumat
daripada soalan. Untuk memantapkan penguasaan murid terhadap kosa
kata sains dalam bahasa Inggeris saya membimbing mereka cara
menggunakan buku glosari sains dan ’wordlist’ dengan betul. Seterusnya
murid diberi modul latihan menjawab soalan KPS dan latih tubi soalan. Saya
juga mendapati murid-murid menghadapi masalah untuk mengingat topik-
topik yang telah dipelajari. Oleh yang demikian, untuk mengatasi masalah
ini saya meminta mereka membina peta minda. Saya percaya jika murid
dibimbing dengan kaedah atau cara yang betul, mereka boleh mendapatkan
markah yang lebih baik lagi pada bahagian ini. Perbandingan keputusan
Ujian Pra (Ujian Bulan April) sebelum aktiviti dijalankan dengan Ujian Pasca
( Peperiksaan Percubaan Negeri) selepas aktiviti dijalankan menunjukkan
peningkatan walaupun tidak seperti yang diharapkan.

ISI KANDUNGAN
Muka
surat

Abstrak ii

Isi Kandungan iii

1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

2. Fokus Kajian

3. Objektif Kajian

4. Kumpulan Sasaran

5. Pelaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Masalah

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.3 Merancang Tindakan

5.4 Melaksanakan Tindakan

a) Aktiviti 1- Teknik Menjawab Soalan


b) Aktiviti 2- Glossari dan ’Wordlist’
c) Aktiviti 3- Latihan Menjawab Soalan
d) Aktiviti 4- Peta Minda

5.5 Refleksi Kajian

6. Cadangan Lanjutan

Lampiran

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Murid Tahun 6 dalam kelas saya terdiri daripada murid yang sederhana dan
murid yang lemah pencapaiannya. Daripada pemerhatian yang dijalankan
melalui keputusan ujian, kerja rumah dan juga cara mereka menjawab
soalan yang diberi semasa proses pengajaran di dalam kelas memang
dapat dikenal pasti mereka menghadapi masalah semasa mempelajari mata
pelajaran Sains.

Berdasarkan latihan yang diberikan semasa pengajaran dan pembelajaran


di dalam kelas saya mendapati mereka kurang mengetahui cara bagaimana
untuk mendapatkan maklumat yang terdapat dalam soalan ketika menjawab
soalan pada bahagian B yang menguji kemahiran proses sains (KPS).
Terdapat juga segelintir murid tidak cuba untuk menjawab soalan bahagian
B, mereka hanya menunggu jawapan daripada guru sahaja walaupun
penerangan tentang soalan telah diberikan. Selain daripada itu, melalui soal
jawab saya dengan murid, saya mendapati ada di antara mereka tidak
memahami kehendak soalan, tidak memahami istilah sains, dan perkataan
Sains dalam Bahasa Inggeris serta tidak memahami sebahagian tajuk yang
telah diajar.

Kegagalan murid mendapat markah pada bahagian B semasa peperiksaan


amat merugikan. Jika murid-murid yang lemah dibimbing dan didedahkan
dengan teknik menjawab soalan bahagian B dengan betul, saya merasakan
masalah ini akan dapat diatasi. Masalah segelintir murid yang tidak memberi
tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar juga mempengaruhi masalah
kesukaran untuk menjawab soalan latihan, ujian dan peperiksaan yang
mereka hadapi.

2. FOKUS KAJIAN
Berdasarkan keputusan ujian bulanan Kedua (April) yang dijalankan, hampir
keseluruhan murid gagal menjawab dengan cemerlang soalan-soalan di
bahagian B iaitu mendapat markah melebihi 16/20 markah. Hanya seorang
sahaja yang mendapat markah melebihi 16/20 markah, seramai empat
orang mendapat markah antara 10-15, manakala bilangan murid mendapat
markah bawah daripada 10 adalah seramai 25 orang. Memandangkan hasil
ujian yang tidak memuaskan dan amat membimbangkan, maka saya terfikir
untuk membuat kajian bagaimana untuk meningkatkan kemahiran murid
menjawab soalan pada bahagian B ini. Antara kelemahan murid-murid ini
mungkin berpunca daripada beberapa faktor seperti berikut :

• tidak menguasai kemahiran proses sains.


• tidak memahami kaedah guru mengajar
• tidak mengetahui kaedah menjawab soalan dengan betul
• tidak dapat mengaitkan soalan dengan topik yang telah dipelajari.
• tidak boleh membaca atau boleh membaca tetapi lemah
• tidak memahami istilah kemahiran proses sains (KPS) dan
perkataan sains dalam Bahasa Inggeris.

Walaupun terdapat banyak faktor yang menyebabkan murid-murid tidak


dapat menjawab soalan di bahagian ini, saya hanya memfokuskan kajian
ini kepada kaedah atau teknik menjawab soalan Kemahiran Proses Sains
Bahagian B.
3. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum

Meningkatkan prestasi murid dengan menjawab soalan Sains Bahagian B


dengan betul.

Objektif Khusus

i Meningkatkan pengetahuan murid terhadap maklumat yang terdapat di


dalam soalan kemahiran proses sains bahagian B.
ii Meningkatkan pemahaman murid terhadap maklumat yang terdapat di
dalam soalan kemahiran proses sains bahagian B
iii Membantu murid mengingat kaedah atau teknik menjawab soalan sains
dengan betul.
iv Membantu murid menguasai kemahiran belajar dengan merujuk glosari
sains atau kamus.
v Meningkatkan peratus lulus murid bagi mata pelajaran Sains.

4. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 25 orang murid Tahun 6 SK Sungai Taka yang terdiri
daripada 17 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan.
5. PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

Tinjauan awal terhadap masalah yang dikenalpasti telah dibuat bertujuan


untuk memahami dengan lebih terperinci masalah tersebut. Perincian
terhadap masalah tersebut dilihat daripada aspek berikut :

a) Pengetahuan sedia ada murid memahami maklumat yang terdapat di


dalam soalan melalui temu bual dan soal selidik.
b) Latihan menjawab soalan untuk mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh murid semasa menjawab soalan Sains Bahagian B.
c) Ujian bagi mengenal pasti tahap pemahaman murid selepas
mempelajari sesuatu topik dalam subjek Sains.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

a) Hasil Temubual Dengan Murid


Hasil temu bual dengan murid saya mendapati sebahagian 10/25
orang murid tidak dapat mengaitkan soalan dengan tajuk yang
dipelajari, 15/25 tidak menguasai teknik menjawab soalan, tidak
membaca soalan dengan teliti dan ada juga yang tidak berminat untuk
menjawab soalan.

b) Tinjauan Buku Latihan Murid Dan Lembaran Kerja


Kelemahan murid dalam menjawab soalan Sains Bahagian B juga
ditinjau dengan terperinci melalui buku latihan murid. Sebahagian
murid tidak dapat menjawab soalan latihan yang diberikan.

Kesilapan yang sering dilakukan oleh murid seperti berikut :


i) Tidak memahami kehendak soalan.
ii) Murid belum menguasai istilah penting dalam KPS seperti
membuat inferens, hipotesis, mengawal pemboleh ubah dan
mentafsir data.
iii) Kurang menggunakan maklumat yang diberi didalam soalan
sama ada maklumat dalam bentuk jadual, graf, carta palang,
gambar rajah dan pernyataan ayat.

c) Kelemahan murid menjawab soalan dapat dikenalpasti melalui Ujian


Topikal yang diadakan setelah selesai sesuatu topic.

Jadual 1 : Hasil tinjauan Penguasaan Murid Menjawab Soalan KPS


Berdasarkan Ujian Topikal.
( contoh soalan - Rujuk Lampiran 1)

Perkara yang ditinjau Bilangan murid


Murid tidak dapat menjawab
Soalan (a) 16
Soalan (d) 18
Murid tidak dapat menjawab soalan 15
mengawal pemboleh ubah (b)
Murid tidak dapat menjawab soalan 16
mentafsir data (c)

5.3 Merancang Tindakan

Berdasarkan data-data yang dikumpul daripada tinjauan awal, saya telah


menentukan aktiviti yang perlu dilaksanakan.

a) Aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan bagi menangani masalah ini iaitu:


i. Penerangan tentang teknik menjawab soalan Sains Bahagian B
ii. Penggunaan Glosari Sains atau kamus
iii.Latihan menjawab soalan Sains Bahagian B
iv.Membina mengikut topik yang dipelajari

6. Melaksanakan Tindakan

a) Aktiviti 1 :
Penerangan tentang teknik menjawab soalan Sains Bahagian B

Saya mengambil masa selama dua jam untuk menerangkan kepada murid
tentang teknik menjawab soalan Sains Bahagian B menggunakan aplikasi
komputer ’power point’ dengan memaparkannya di skrin. Panduan (rujuk
Lampiran 2) untuk mendapatkan jawapan bagi soalan Sains Bahagian B
dan istilah-istilah penting KPS diedarkan kepada murid. Untuk menarik
minat murid dalam slot ini, saya menyediakan soalan (rujuk Lampiran 3)
untuk dijawab oleh murid. Saya fokuskan soalan yang mudah
mendapatkan markah berpandukan maklumat yang terdapat pada
perenggan / pernyataan ayat / Gambar rajah / Carta Palang / Jadual

Contoh Soalan:

Maklumat yang boleh didapati dari perenggan, gambar rajah dan


pernyataan ayat.

Perenggan
A group of people are asked to construct three tower models of
equal height using manila cards. The three models constructed
by the group are shown in table below.
Gambar
rajah

Pernyataan
ayat

Pemerhatian :

Walaupun sebelum ini, saya telah menerangkan teknik menjawab soalan


kepada murid, masih lagi ada murid yang kurang faham dan keliru untuk
menjawab soalan bahagian B ini.

Dari pemerhatian yang telah dibuat melalui aktiviti ini, didapati sebahagian
murid-murid menunjukkan reaksi positif manakala sebahagian lagi masih
kurang jelas terhadap penerangan yang diberikan. Setelah ’hand out’
panduan menjawab soalan diedarkan dan saya menerangkan cara
merujuknya barulah murid yang keliru tadi dapat memahami cara
menjawab soalan. Namun masih ada murid yang kategori lemah tidak
faham langsung walaupun dibimbing oleh saya.

Refleksi :

Lebih kurang 72 % orang murid dapat menjawab soalan yang diberikan


manakala sebahagian lagi dibimbing oleh saya.

Aktiviti 2 :

Penggunaan Glosari Sains, ’Wordlist’ dan kamus

Saya menggalakkan murid merujuk pada buku glosari sains yang


dibekalkan oleh kementerian, dan ‘wordlist’ (rujuk lampiran) yang
disediakan oleh saya untuk mencari makna perkataan yang tidak difahami
secara berterusan dan menambah penguasaan istilah dan
perbendaharaan kata sains dalam bahasa Inggeris. Setiap murid
diberikan ‘Wordlist’ atau senarai perkataan sains dalam Bahasa Inggeris.
Diakhir setiap pengajaran dan pembelajaran, saya akan mengadakan kuiz
teka kata secara spontan untuk dijawab oleh murid berdasarkan topik
yang dipelajari.

Contoh soalan Kuiz :

Questions Answer

Species of plant or animal that are almost extinct Endangered

An interaction in which two or more organisms living in


Competition
the same habitat, trying to gain control of the same
resources
Pemerhatian :

Dari pemerhatian yang dibuat, seramai 18 orang murid telah mencatat


perkataan-perkataan yang mereka tidak faham di dalam buku ‘vocabulary’
mereka. Murid juga berminat dengan aktiviti kuiz yang dijalankan.

Refleksi :

Murid-murid sememangnya boleh menguasai kosa kata sains dalam


B.Inggeris sekiranya mereka sentiasa membaca, merujuk dengan
menggunakan buku glosari sains senarai perkataan sains dan berbincang
sesama mereka. Perbendaharan kata murid akan lebih meningkat lagi.

Aktiviti 3 :

Latihan Menjawab Soalan Bahagian B.

• Guru memberi modul soalan KPS yang dibekalkan oleh JPN


kepada murid. Sebelum menjawab soalan latihan daripada modul,
murid diminta supaya mengingat kembali teknik-teknik menjawab
soalan seperti memahami maklumat yang terdapat dalam
perenggan / penyataan ayat / gambarajah / carta palang / jadual
dan mencari kata kunci soalan dengan menggaris di
bawahnya.(Rujuk lampiran)

• Guru mengedarkan kad soalan (rujuk lampiran) kepada murid


secara berkumpulan, murid dikehendaki mencari maklumat penting
dan menggariskan kata kunci yang terdapat pada soalan.
• Setiap minggu murid akan diberikan sekurang-kurangnya 2 soalan
latihan bahagian B (rujuk lampiran) samada berbentuk gambarajah,
jadual dan carta palang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari
melibatkan tujuan penyiasatan/eksperimen, pembolehubah-
pembolehubah yang terlibat, membuat inferens, membuat
hipotesis, mentafsir data dan membuat ramalan.

Pemerhatian

• Masih terdapat murid yang tidak ingat teknik-teknik menjawab


soalan. Sebahagian murid tidak dapat mencari maklumat yang
terdapat dalam soalan seperti dalam perenggan / ayat /
gambarajah / carta palang / jadual dan mencari kata kunci dengan
menggaris di bawahnya. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah
membimbing murid-murid yang di kenalpasti kelemahan mereka
menjawab soalan. Saya membimbing mereka secara kumpulan
semasa waktu rehat dan selepas waktu persekolahan selama lebih
kurang 10 hingga15 minit.
• Aktiviti menjawab kad soalan secara berkumpulan ini telah
menunjukkan peningkatan. Murid-murid dapat berbincang dalam
kumpulan dengan mengenalpasti maklumat-maklumat penting
yang terdapat dalam soalan. Murid-murid yang lemah juga
dibimbing oleh rakan sebaya.
• Soalan latihan mingguan ini dapat membantu murid meningkatkan
penguasaan mereka dalam menjawab soalan sains bahagian B ini.

Refleksi
Melalui aktiviti ini, lebih ramai murid menunjukkan peningkatan dalam
menjawab soalan setelah diberi bimbingan oleh guru dan rakan
sebaya.

Aktiviti 4 : Membina Peta Minda Mengikut Topik Yang Dipelajari.

Saya juga mendapati murid-murid menghadapi masalah untuk mengingat topik-


topik yang telah dipelajari. Oleh yang demikian, untuk mengatasi masalah ini
saya meminta mereka membina peta minda (rujuk lampiran) berdasarkan topik
yang telah dipelajari.Murid yang lemah akan dibimbing oleh guru. Berdasarkan
peta minda yang dibina, murid diminta memahami konsep atau fakta yang
terkandung di dalam peta minda tersebut.

Pemerhatian

Melalui pemerhatian semasa P&P dijalankan, kebanyakan murid dapat membina


peta minda berdasarkan topik yang dipelajari. Ini menunjukkan aktiviti membina
peta minda dapat membantu murid meningkatkan penguasaan mereka terhadap
topik yang dipelajari. Namun masih terdapat murid yang lemah membina peta
minda terutamanya murid yang masih lemah dalam bacaan dan tidak boleh
membaca. Untuk mengatasi masalah ini guru membimbing murid dengan
membaca nota dan memberi panduan kepada murid yang lemah.

Refleksi

Aktiviti membina Peta minda dalam P&P dapat menarik minat murid dalam
pembelajaran. Selain itu, peta minda juga dapat membantu meningkatkan daya
ingatan murid terhadap topik- topik yang telah dipelajari.
7. REFLEKSI KAJIAN

Setelah melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancang prestasi murid


menjawab soalan diukur daripada pemeriksaan buku latihan, lembaran kerja,
markah penilaian ujian dan peperiksaan yang dijalankan. Berdasarkan
Peperiksaan Percubaan Negeri didapati markah paling minima yang diperolehi
oleh murid selepas kajian ini ialah 2 markah. Tidak ada lagi murid yang
mendapat 0 markah. Terdapat juga masalah yang dihadapi oleh saya semasa
menjalankan aktiviti yang dirancang seperti murid tidak serius dan bersungguh-
sungguh menjawab soalan. Kajian yang telah dilaksanakan ini dapat membantu
meningkatkan pencapaian murid menjawab soalan Sains bahagian B walaupun
tidak sepenuhnya.

Jadual 2 : Analisis Markah Sains Bahagian B dalam Ujian


dan Peperiksaan Percubaan Negeri.

Markah Bilangan Murid


Ujian Bulanan Pep.Percubaan
(April) UPSR
Negeri
16 - 20 0 4
10 – 15 0 11
0-9 25 10

Berdasarkan analisis markah ini terdapat peningkatan pencapaian murid dalam


peperiksaan percubaan.
8. CADANGAN LANJUTAN

Memandangkan bilangan murid yang mendapat markah bahagian B Sains


bawah 10 markah masih ramai maka saya akan meneruskan kajian ini dengan
membuat penambahbaikan seperti mengadakan program Mentor Mentee yang
melibatkan dua orang guru sains. Murid akan di bahagikan kepada dua
kumpulan supaya murid dapat dibimbing dengan lebih berkesan untuk mencapai
sasaran markah bahagian B iaitu mendapat markah lebih daripada 10 markah.
Lampiran 1

Contoh Soalan

A small ball was pushed with the same force along different surfaces. Table 2 shows  the 
time taken by the ball to move a distance of 2 metres on different surfaces.

Surface Time taken (s)

Glass 2
Plank 4
Cement floor 7
Sand paper 12

Table 2

(a) Give your inference on the differences in time taken by the ball to move the same 
      distance.

    …………………………………………………………………………………………………

     …………………………………………………………………………………………………
[ 1 mark ]
(b) State the thing that is

     1. changed : …………………………………………………

     2. observed : ………………………………………………..
[ 2 marks ]

(c)What is the relationship between the frictional force produced and type of surface?

     ……………………………………………………………………….......................................

     …...………………………………………………………………………………………………
[1 mark ]

(d) Ani has two pair of shoes. One pair has a smooth sole while the other has a 
     patterned sole. Which pair of shoes is safer to wear? Give reason for your answer.

     ........................................................................................................................................

     …………………………………………………………………………………………………..
[1 mark ]

Lampiran 2
Panduan mendapatkan jawapan bagi Sains Bahagian B:

Kemahiran Proses Sains - KPS ( Science Process Skills – SPS) yang diuji
dalam Kertas Soalan Sains UPSR Bahagian B.

1. Inferens ( Inference)
2. Hipotesis (Hyphothesis)
3. Mengawal Pemboleh ubah (Variables / Things)
4. Mentafsir data (Interpreting data )
5. Meramal (Prediction)
6. Application (Aplikasi)

Panduan mendapatkan jawapan bagi Sains Bahagian B:


Fahamkan maklumat yang diberi pada
- perenggan / pernyataan ayat / Gambar rajah / Carta Palang /
Jadual
-
Fahamkan soalan

- cari kata kunci ( keyword) dan gariskan seperti


- ‘change, observe, keep the same, two information, aim/ purpose,
hyphothesis, relationship, conclusion, inference, reason, trend,
pattern’.
Cari jawapan dari :

i) perenggan / pernyataan ayat / Gambar rajah / Carta Palang /


Jadual
ii) Topik yang dipelajari atau
iii) Kemahiran berfikir logic atau
iv) Pengalaman hidup seharian Lampiran 3

You might also like