You are on page 1of 1

Rancanglah masa depan anda sebaiknya walaupun kita tahu apa yang dirancang tidak semestinya berlaku, tapi

itulah corak kehidupan. Setiap jalan yang kita pilih akan memberikan hasil yang berbeza. Jadi kita perlu bijak untuk menyesuaikan diri dengan apa jua yang berlaku disekeliling kita. Saya sendiri pun masih banyak kekurangannya. Kalau dari segi result pun bukanlah tergolong dalam golongan orang yang cemerlang pun. Tapi satu je. Utamakan yang lebih utama. And put your effort on it. Jangan ambil masa yang sangat lama sehingga kita terlepas peluang tu. Jika ragu-ragu, istikhorohlah. Selepas itu teruskan kehidupan seperti biasa. Apa yang berlaku selepas itu, anggap ujian buat kita kerana dia kasih kepada kita. Andai kita betul memahami erti sebuah kehidupan dari kaca mata DIA, pasti tidak ada satu pun yang patut dikesali kerana DIA tidak pernah menzalimi hambaNYA malah kasih sayangNYA mengatasi kemurkaanNYA. Buat yang bercadang untuk menyambung pengajian, rancanglah sebaiknya. Buat yang bercadang untuk bekerja, teruskan kerja anda dan buat yang terbaik untuk kerja anda. Bukanlah ukuran kehebatan seseorang itu terletak pada sijil-sijilnya dan peringkat pengajiannya. Tetapi pada amalan kita dan bagaimana kita mampu memberi manfaat pada ummah. Walau anda mungkin tidak mempunyai sijil langsung, tapi anda berjaya menjadi insan yang bermanfaat buat ummah, itu lebih baik dari mereka yang mempunyai sijil-sijil tapi hanya merosakkan ummah. Wallahualam.

perancangan hidup secara teknikal dan taktikal mesti dibuat. merancang adalah untuk belajar mengurus. pengurusan yang baik datang daripada pembinaan diri sendiri yang tersusun. meletakkan sasaran jangka panjang 'mengakibatkan' diri berdisiplin serta tergerak dan berusaha ke arah tersebut.

You might also like