You are on page 1of 1

Latihan Amali Terapi Pasir ( PGSR P.

KHAS 2011)
Terapi adalah rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghadapi sebarang penyakit @ mengalami sesuatu kecederaan bertujuan menyebabkan kefungsian badan secara normal. (Kamus Perubatan Mosley, 2001) Aktiviti Terapi Pasir memberi peluang kepada diri individu untuk mendalami dirinya sendiri dan membuat resolusi kehidupan berhubung dengan beberapa isu dalaman seperti kemarahan (anger), kedukaan (depression) , deraan (abuse) atau kesedihan (grief). Secara berpasangan anda dikehendaki merancang dan melaksanakan satu sesi terapi melalui aktiviti Terapi Pasir berdasarkan kepada tugasan yang diberi. 1) Pilih seorang pelajar dan nyatakan profil pelajar tersebut ( kategori pelajar berkeperluan khas, umur, jantina, kesukaran yang dihadapi dan sebagainya)

2) Menyediakan satu rancangan aktiviti yang mengandungi gambar rajah/ ilustrasi aktiviti dan peralatan yang akan digunakan. 3) Jelaskan spesifikasi peralatan yang telah dipilh dan akan digunakan ( spt. nama, ukuran, cara penggunaan dsb.) 4) Objektif aktiviti yang dirancang dan tempoh masa pelaksanaan. 5) Sediakan satu laporan bergambar pelaksanaan aktiviti terapi tersebut.

You might also like