You are on page 1of 17

PEMBENTANGAN TUGASAN PROJEK ELM 3103

NOR NAJWA ARIFAH BT SAPRI 5 PISMP RBT 1

GURU TEKNOFOBIA ANTARA PENYEBAB KETIDAKBERKESANAN PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

MENGENAL PASTI ISU ATAU MASALAH


kajian menunjukkan terdapat sebahagian guru masih tidak menggunakan teknologi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Kajian juga menunjukkan kegagalan ini berpunca dari ketidakmahiran guru (Norizan,2003) dalam menggunakan pelbagai alatan dan perisian yang semakin meningkat keupayaannya.

Terdapat juga guru yang fobia dengan teknologi ICT dan menurut Zorinawati (1999), fobia golongan pendidik biasanya mempunyai tiga jenis iaitu fobia dengan komputer atau takut dengan komputer, fobia dengan perkembangan komputer atau takut tidak mampu menanggani perkembangan komputer dan fobia dengan kerja atau takut jika tahu komputer, akan diberikan banyak kerja oleh Pengetua/Guru Besar.

SUMBER :
KEMAHIRAN ICT DI KALANGAN GURU-GURU PELATIH UTM : SATU TINJAUAN Megat Aman Zahiri Megat Zakaria,, 1Baharudin Aris , 2Jamalludin Harun Jabatan Multimedia Pendidikan,Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia,81310 Skudai , Johor, Malaysia (megat aman)

MENGENAL PASTI ISU ( SPESIFIK )

Guru Teknofobia

LITERATUR
Teknofobia terhadap komputer juga dikenali sebagai fobia komputer atau ketakutan terhadap komputer (Brosnan dan Davidson, 1994).

Menurut ahli psikologi, fenomena teknofobia melambangkan pelepasan kebimbangan dan ketakutan seseorang individu apabila memikirkan untuk menggunakan teknologi. Dengan kata lain, teknofobia menyelubungi pemikiran seseorang individu, sehingga menyebabkan mereka mengatakan teknologi bukan untuk saya (Brosnan dan Davidson, 1994; Haywood, 1998).

Teknofobia menyebabkan proses peminggiran dan pemencilan diri berlaku khususnya dalam kalangan golongan dewasa dan tua (Zuraidah, 2005) kerana wujud perasaan malu akibat tidak dapat menguasai teknologi.

TEORI-TEORI
Teori Resapan Inovasi (Roger, 1990), tahap resapan teknologi adalah berbeza-beza bagi pengguna baru dan pengguna lama.
Roger (1983), telah mengklasifikasikan tahap penerimaan pengguna terhadap teknologi berdasarkan kategori kelompok kecil yang cepat menerima, kelompok majoriti yang cepat menerima, kelompok majoriti yang lambat menerima dan kelompok yang tertinggal.

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIVISME


( Jean Piaget ) idea utama teori ini adalah mental. Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui struktur mental dikenali sebagai skema yang akan menentukan bagaimana data dan maklumat yang diterima difahami oleh manusia. Jika idea tersebut sesuai dengan skema, idea ini akan diterima begitu juga sebaliknya.

TEORI ACCEPTANCE MODEL ( TAM )


Theory Acceptance Model(TAM) sebuah teori sistem maklumat (Sistem yang terdiri daripada rangkaian saluran komunikasi yang digunakan dalam sebuah organisasi) yang menerangkan bagaimana pengguna menerima dan menggunakan teknologi.(Abdalla,I.,2005)

SUMBER :
KEENGGANAN MEMILIKI KOMPUTER DAN INTERNET DI RUMAH: SATU PERSOALAN JURANG DIGITAL DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA1 Mohd Sobhi Ishak Jabatan Teknologi Media Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden Universiti Utara Malaysia msobhi@uum.edu.my Prof. Dr. Musa Abu Hassan Jabatan Komunikasi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia musbah64@yahoo.com

KEPENTINGAN ISU
Teknologi amat perlu untuk menjayakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

CADANGAN PENYELESAIAN ATAU PENAMBAHBAIKAN


Guru perlu yakin pada diri sendiri untuk menggunakan teknologi. Mengikuti kursus kemahiran komputer. Guru memiliki komputer peribadi untuk lebih menyesuaikan diri dengan teknologi.

You might also like