You are on page 1of 5

Pada zaman millennia ini, sama ada kita menyedarinya atau tidak dengan pelbagai jenis gejala sosial

yang berlaku dari hari ke hari yang mana dilakukan oleh rakyat sendiri terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah yang rata-ratanya adalah remaja iaitu bakal pemimpin yang bakal meneraju pucuk pimpinan Negara. Sejak kebelakangan ini, kita sering sahaja menyaksikan kes-kes gejala sosial yang semakin meruncing dalam kalangan pelajar di kaca-kaca televisyen mahupun membacanya di dada-dada akhbar. Isu-isu hangat ini sering sahaja meniti bibir-bibir segenap lapisan masyarakat. Apakah yang dimaksudkan dengan gejala sosial? Gejala sosial merujuk kepada tingkah laku yang salah dari sudut undang-undang, yang mana ia bukan sahaja memberi kesusahan kepada diri sendiri akan tetapi keluarga, masyarakat mahupun Negara turut merasa bebanan tersebut. Antara gejala yang sering berlaku di sekolah ialah seperti merokok, ponteng sekolah, buli, gangsterisme, vandalisme dan banyak lagi. Jika kita lihat, gejala merokok dalam kalangan pelajar di sekolah semakin membarah. Menurut mantan Menteri Kesihatan, Dato Dr. Chua Soi Lek peningkatan merokok dalam kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006. Pada bulan April 2003, Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Musa Mohammed telah melakukan lawatan mengejut ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh. Dalam lawatan mengejut itu, beliau mendapati banyak puntung rokok di bawah katil dan meja pelajar di asrama pelajar tersebut. (Harian Metro, 29 Ogos 2003:16). Ini jelas menunjukkan amalan merokok semakin membimbangkan. Mengapa bilangan perokok dalam kalangan pelajar meningkat, sedangkan sudah terang lagi bersuluh perbuatan merokok di kawasan sekolah merupakan kesalahan utama. Bagi membendung masalah ini dari terus merebak, kita perlu mengenal pasti faktor yang menyebabkan pelajar terpengaruh dalam budaya ini yang mana dianggap oleh remaja sebagai fesyen masa kini. Gejala merokok kebiasaanya berlaku di sekolah menengah. Pelajar sekolah menengah adalah satu golongan remaja yang berada dalam lingkungan usia antara 13 hingga 19 tahun. Pada peringkat ini, remaja ini akan membuat apa sahaja perbuatan yang boleh mendatangkan keseronokan. Bahkan golongan ini akan mencuba mahupun meneroka sesuatu perkara yang baru sebagai contoh merokok. Mereka beranggapan bahawa tabiat ini menandakan mereka cepat dewasa. Hal ini demikian, mereka mahu

diri mereka dilayan seperti orang dewasa. Oleh itu faktor utama penyumbang kepada masalah ini adalah berpunca dari diri pelajar sendiri. Aziziah binti Lebai Nordin (2002), turut berpendapat bahawa faktor penglibatan pelajar dalam gejala sosial adalah dari diri mereka sendiri. Remaja mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi. Sikap ini sebenarnya baik bagi remaja namun masalah akan timbul jika mereka hilang panduan daripada orang yang lebih dewasa. Oleh hal demikian, perasaan ini sekaligus mendorong mereka untuk buat sesuatu perkara tanpa memikirkan akan kesannya. Pelajar juga akan mencuba sesuatu perkara yang dilihatnya. Sebagai contoh, iklan-iklan rokok yang sering ditayangkan di kaca televisyen. Melalui pengamatan ini akan lahirlah perasaan ingin mencuba dalam diri mereka. Dengan ini mereka akan mula menjinakkan diri mereka dengan tabiat ini. Pada mulanya mereka sekadar mencuba akan tetapi lama kelamaan akan berasa ketagih dengan kenikmatan yang dikecapi. Menurut pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendakwa bahawa tembakau yang terdapat dalam rokok itu merupakan sejenis dadah atau nikotin yang boleh menyebabkan ketagihan. Tambahan pula faktor lain yang mempengaruhi ialah latar belakang keluarga mereka sendiri. Jika terdapat ahli keluarga mereka yang merokok sudah pasti kebarangkalian untuk pelajar menjadi perokok adalah tinggi. Terdapat sebilangan pelajar yang mengakui bahawa mereka sering melihat ayah, abang atau ahli keluarga yang lain merokok. Jadi mereka akan menganggap bahawa perbuatan itu tidak salah. Pelajar juga senang memperoleh rokok tanpa perlu membelanjakan sesen pun wang saku harian mereka kerana mereka dapat mengambil rokok dari ayah mahupun abang mereka. Akhirnya mereka merokok kerana mencontohi sikap ahli keluarganya yang mengamalkan tabiat tersebut. Gejala sosial yang kedua ialah ponteng sekolah. Masalah ini semakin parah dalam kalangan pelajar. Fenomena ini turut diakui oleh pengarah pelajaran sebuah negeri. Dalam kenyataan beliau, hampir separuh pelajar di sekolah ponteng pada hari khamis dan jumaat. Tambahan pula, ia cukup memeranjatkan apabila Jabatan Pelajaran Pahang mendedahkan hampir 1200 pelajar negeri tersebut terjebak dalam gejala ini dalam tempoh 10 bulan pertama. Isu ponteng ini boleh dikatakan berada pada tahap kritikal dan perlu dikaji faktor yang menyumbang kepada perkara ini. Ada pihak yang menyalahkan guru kerana tidak pandai mengajar. Menurut kenyataan Timbalan Menteri

Pelajaran, Datuk Mahadzir Md. Khir yang dipetik dari utusan Malaysia menyatakan bahawa segelintir guru yang tidak kreatif dalam pengajaran menyebabkan sesi pengajaran menjadi bosan dan ini sekaligus mendorong pelajar untuk ponteng kelas. Namun kita tidak boleh menyalahkan 100% kepada guru. Ini dibuktikan menerusi kajian tentang punca ponteng oleh Dt. Amirah Latif dan Dr. Adillah Syazwani Khairi yang merupakan pensyarah pendidikan di Universiti Malaya. Dalam kajian mereka yang melibatkan 125 orang pelajar yang pernah ponteng sekolah, hanya 10 orang pelajar yang ponteng kerana berasa bosan dengan corak pengajaran guru. Faktor mengapa gejala ini merupakan kes disiplin dengan peratusan tertinggi berbanding salah laku lain (Laporan Disiplin Pelajar: 1994), adalah suasana persekitaran sekolah yang berubah akibat daripada proses urbanisasi. Pembinaan pusat permainan video, siber kafe dan pusat-pusat membeli belah yang berhampiran dengan sekolah menjadi satu daya penarik kepada gejala ini untuk berlaku. Ada kajian yang mendakwa ponteng sekolah kerap berlaku dalam kalangan pelajar yang sekolahnya terletak di pinggir bandar. Gejala sosial yang ketiga ialah masalah buli. Seperti yang sedia maklum, masalah buli kini semakin hari semakin hangat diperkatakan dan ia seakan-akan menjadi satu pesta yang berleluasa di Malaysia. Sebagai contoh, baru-baru ini pada tahun 2004, Muhammad Farid Ibrahim meninggal dunia akibat dipukul dan dipijak oleh lapan pelajar senior Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor, Negeri Sembilan. Banyak lagi kes-kes yang timbul dan ia seakan menjadi salah satu tradisi turun-temurun terutamanya pembulian dalam kalangan pelajar asrama. Gejala ini berlaku tidak hanya dalam kalangan pelajar lelaki tetapi juga berlaku dalam kalangan pelajar perempuan. Malah pelajar perempuan masa kini tiada lagi memikirkan adab dan sopan-santun tetapi lebih bermegah diri dengan menunjukkan aksi-aksi samseng dalam membuli pelajar yang lemah. Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kes pembulian ialah golongan ini iaitu remaja inginkan perhatian daripada orang lain di sekeliling mereka. Mereka mahu melakukan sesuatu yang mampu menarik perhatian orang lain terutamanya ibu bapa mereka yang sering sahaja sibuk dengan kerja mereka. Kasih sayang yang

berkurangan daripada keluarga akan menyebabkan mereka berasa sunyi dan inginkan kasih sayang dan perhatian daripada rakan-rakan mahupun guru mereka. Namun

begitu, mereka tidak tahu cara yang betul bagi meluahkan perasaan mereka itu. serta menunjukkan kekuatannya kepada orang lain dengan tujuan mahu diri mereka menjadi sanjungan dan mendapat pengiktirafan oleh rakan . Ada segelintir pembuli beranggapan bahawa perbuatan membuli ialah sebagai hobi mereka. Mereka hanya mahu berseronok bagi menghilangkan perasaan bosan dan tekanan yang dihadapi oleh pembuli tersebut. Ada juga pembuli yang menjadikan mangsa buli sebagai alat bagi melepaskan perasaan benci, marah, selain dengan tujuan untuk membalas dendam. Isu gangsterisme juga tidak asing lagi di sekolah. Terdapat beberapa kes yang dikaitkan dengan kegiatan gangsterisme pada tahun 2003 dengan menunjukkan banyak kes terjadi di sekolah. Di antara rentetan kejadian tersebut ialah kes di mana, lapan orang pelajar tingkatan lima dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) telah dibuang sekolah termasuk dua orang yang telah mengugut warden dengan menggunakan parang. Manakala seramai 20 orang pelajar dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh telah dibuang sekolah kerana terlibat dengan kegiatan gengsterisme melalui kumpulan yang dikenali sebagai The High Council. Kumpulan ini telah melakukan kegiatan membuli pelajar junior dan juga penderaan dari sudut psikologikal. Menurut statistik yang telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada tahun 2008 seramai 8,809 pelajar berusia antara tujuh dan 18 tahun ditahan di seluruh negara kerana terlibat dalam kes-kes jenayah. Daripada jumlah itu, 3,683 terlibat dalam jenayah kekerasan manakala selebihnya terlibat dalam jenayah harta benda. Fenomena ini sekaligus memberi gambaran bahawa tahap pelanggaran disiplin dalam kalangan para pelajar sekolah pada hari ini semakin membimbangkan semua pihak. Faktor yang menyumbang kepada masalah ini ialah kelemahan institusi kekeluargaan. Terdapat ibu bapa yang terlalu mengejar kemewahan sehinggakan mereka sanggup meletakkan tanggungjawab mereka kepada orang lain sebagai contoh kepada pembantu rumah. Masa yang sepatutnya diluangkan untuk keluarga juga adalah terhad. Hal ini membuatkan anak-anak kurang mendapat kasih sayang dan mereka akan mencari alternatif yang lain bagi mengisi kekosongan kasih sayang yang sepatutnya mereka dapat dari rumah. Selain daripada itu, rumah tangga yang bermasalah seperti penceraian dan pergaduhan turut mempengaruhi remaja untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti tidak sihat sebagai gangsterisme. Cara ini merupakan satu cara alternatif bagi mereka melepaskan tekanan yang mereka hadapi di rumah. Apabila ibu bapa mula mengabaikan tanggungjawab mereka, anak-anak mula tidak akan berasa

takut untuk melibatkan diri secara aktif di dalam gejala ini. James Becker menyatakan bahawa faktor ketidakseimbangan disiplin bagi sesebuah keluarga akan menyebabkan anak-anak tidak dapat mewujudkan pengawalan diri yang baik. Budaya vandalisme di sekolah juga sering mendapat perhatian

Berita Harian,12 Julai 2001 lalu telah melaporkan bahawa dalam tempoh 10 tahun antara tahun 1989 hingga tahun 1998,kadar jenayah membabitkan remaja meningkat sebanyak 35 peratus bagi lelaki dan 25 peratus bagi perempuan.Statistik ini menunjukkan bahawa masalah sosial dalam kalangan remaja semakin membimbangkan.Hal ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana remaja merupakan satusatunya tonggak negara dalam menerajui kepimpinan negara sesuai dengan ungkapan pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara.

You might also like