You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-MAHMUDI KM 108, JLN MARAN, KG.

AWAH 28030, TEMERLOH, PAHANG MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI Ke-1 2013 Tarikh Hari Masa Tempat Kehadiran 1. En. Husaini Azlim bin Abd Malik 2. Pn. Shariffah Nur Farhatun Bt Syed Ab. Aziz 3. En. Ghazali bin Sabudin 4. Pn. Nurul Aini binti Mohd Fauzi AGENDA 1. 2. 3. 4. 5. 6. Ucapan Pengerusi Rancangan Pelajaran Tahunan Mata Pelajaran Sains berdasarkan HSP Pengurusan PEKA Sains Analisa dan Post Mortem PMR 2012 PBS Hal-hal lain Ketua Panitia Sains Setiausaha Panitia Sains AJK AJK : 10.1.2013 : Khamis : 12.30 tengah hari : Makmal Sains

1.0 Ucapan Aluan-aluan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih kepada guru-guru kerana sudi menghadirkan diri padamesyuarat Panitia Sains kali ke-1 ini. 2.0 Rancangan pelajaran tahunan matapelajaran sains berdasarkan hsp 2.1 Rancangan Pengajaran Tahunan perlu disediakan dalam bentuk bertaip dan dikemaskini dengan tarikh berdasarkan Takwim Sekolah. 2.2 En. Husaini Azlim telah mencadangkan agar Rancangan Pengajaran Tahunan dikumpul dan disimpan dalam bentuk soft copy, sebagai rujukan Panitia. Makluman 3.0 Pengurusan peka sains 3.1 En. Ghazali bin Sabudin membangkitkan tentang pergerakan evidens PEKA apabila pelajar berpindah keluar dari sekolah. Makluman

4.0 Analisa PMR 4.1 Berdasarkan keputusan PMR 2012, kadar GPS adalah menurun iaitu 2.63 berbanding 2.38 pada tahun 2011. 4.2 Bagi tahun 2013, target GPS adalah sebanyak 2.07 dengan peratus lulus 100% dengan jumlah pelajar seramai 28 orang. A = 9 orang B = 8 orang C = 11 orang Makluman 5.0 PBS 5.1 Kursus dalaman PBS bagiTingkatan 2 yang telah dihadiri oleh En. Husaini Azlim bin Abd Malik telah pun dijalankan secara in house training kepada semua guru sains. 5.2 Bagi pelajar Tingkatan 1 PBS dijalankan seperti biasa. Namun begitu, bagi pelajar Tahfiz 1, pentaksiran dinilai berdasarkan kemampuan pelajar akibat kekangan masa. 5.3 HOT (Higher Order Thinking) merupakan satu bentuk penilaian yang akan dilakukan oleh pelajar Tingkatan 1. Penilaian ini adalah berbentuk aplikasi pembelajaran dalam kehidupan seharian. Ia akan diadakan secara bersepadu pada bulan 6 dan merupakan percubaan yang pertama sebelum penilaian sebenar yang akan diadakan pada tahun 2014-2016. Makluman 6.0 Hal-hal lain 6.1 En.Husaini Azlim membangkitkan tentang keperluan seorang pembantu makmal bagi melicinkan proses PBS kerana banyak eksperimen perlu dijalankan dalam menghasilkan evidens PBS. 6.2 En. Ghazali bin Sabudin telah memaklumkan tentang pelupusan bahankimia yang telah tamat tarikh luput. Hal ini telah dimaklumkan kepada JAS (Jabatan Alam Sekitar dan Bomba tetapi masih tiada tindakbalas. 6.3 Pn. Shariffah Nur Farhatun telah mencadangkan agar cuti persekolahan ganti untuk dijadikan sebagai Hari Saintis Muda dan seterusnya dijadikan sebagai aktiviti persatuan untuk mencungkil bakat-bakat pelajar dalam bidang Sains. Makluman Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.................................................................. (SH. NUR FARHATUN BT SY AB. AZIZ) Setiausaha Panitia Sains SMA Al-Mahmudi

..................................................................... (MOHD ANIS BIN DATO MAHMUD) Penolong Kanan Pentadbiran SMA Al-Mahmudi 2

You might also like