You are on page 1of 4

SJKT DESA CEMERLANG MINIT MESYUARAT AGM PIBG 2013

TARIKH MASA TEMPAT

: 17.03.2013 (AHAD) : 9.00 Pagi : DEWAN SEKOLAH

1.

Pengerusi Majlis Pn.Rathika mengalu-alukan kehadiran para ibu bapa ke mesyuarat PIBG yang ke 34 ini. Majlis ini dimulakan dengan doa selamat oleh saudari Anparasi serta rakanrakannya. En.Muthu Samy selaku Pengerusi PIBG telah memberikan ucapan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada para hadirin yang sudi meluangkan masa ke AGM PIBG yang ke 34 ini. 3.1 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar sekolah Pn.K.Rajamani, AJK PIBG dan para ibu bapa yang memberikan kerjasama yang sepenuhnya sepanjang pucuk pimpinannya. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para penderma yang menghulurkan bantuan dan sumbangan pada masa-masa tertentu. Beliau menyatakan bahawa walaupun keputusan UPSR pada tahun 2012 tidak begitu memberangsangkan, namun kita haruslah bangga dengan muridmurid yang berjaya dari segi rohani dan sahsiah. Munurut beliau, bilangan 7A adalah tidak penting manakala melahirkan insan yang berguna adalah sangat penting dan SJKT Desa Cemerlang telah berjaya melakukannya. Beliau juga menyatakan bahawa para ibu bapa yang bekerja tidak ada masa untuk menjaga anak-anak mereka. Perkara ini haruslah dipertimbangkan oleh ibu bapa supaya dapat berganding bahu dengan anak masing-masing supaya berjaya dalam pelajaran. Beliau telah memesan para ibu bapa supaya mengadakan rancangan yang teratur untuk masa depan anak-anak mereka. Ibu bapa haruslah menanam cita-cita yang tinggi dalam diri anak-anak mereka. Ini dapat memastikan masa depan anak-anak mereka terjamin.

2.

3.

3.2

3.3

3.4

3.5

4.

Seterusnya merupakan ucapan Guru Besar selaku Penasihat PIBG sekolah. Beliau telah mengalu-alukan kehadiran para tetamu dan juga ibu bapa. 4.1 Beliau menyatakan bahawa SJKT Desa Cemerlang melahirkan anak-anak murid yang berjaya dari segi kurikulum dan juga ko-kurikulum. Beliau menyatakan bahawa murid-murid sekolah ini dapat menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti dan juga berjaya mendapat kedudukan yang membanggakan. Beliau berasa bangga dengan murid-murid yang berjaya malayakkan diri ke Science Fair peringkat kebangsaan pada tahun 2012. Tidak ketinggalan juga seorang murid yang mendapat tempat pertama dalam pertandingan melafazkan sajak pada peringkat negeri. Beliau seterusnya memesan para ibu bapa supaya sentiasa peka terhadap pelajaran anak masing-masing. Kerjasama dan komitmen ibu bapa adalah sangat penting bagi melahirkan seseorang murid yang cemerlang. Seterusnya, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada En.Muthu Samy selaku YDP PIBG kerana memberi sokongan yang hebat kepada pihak pentadbiran. Tanpa beliau segala rancangan dan program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah tidak akan berjaya. Beliau juga memberi penerangan tentang sarana ibubapa kepada semua ibubapa . Akhir sekali, beliau telah menyatakan bahawa keputusan UPSR pada tahun lepas telah merosot dan perkara ini amat menyedihkan. Maka, tindakantindakan telah pun diambil pada tahun ini bagi mengatasi masalah tersebut. Antara program yang dijalankan adalah : Program Pagi -7.00 hingga 7.20 pagi Program Petang 12.30 hingga 12.50 petang Kelas Tambahan bagi murid-murid Tahun 4 hingga Tahun 6.

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

5.

Pn.K.Shanti selaku Setiausaha PIBG telah membacakan laporan PIBG tahun 2012/2013. Dicadang oleh : Pn.Tamilarasi Disokong oleh : Pn.Kanga Devi

6.

Seterusnya, En.K.Mathiyalakan selaku Bendahari PIBG telah membacakan perbelanjaan PIBG dari 1 Januari 2012 31 Disember 2012. Dicadang Oleh : Pn.Gowri Disokong Oleh : En.Murali

7.

Penubuhan barisan AJK baru bagi sesi 2013/2014 telah dijalankan. 7.1 En.K.Muthu Samy dicadangkan untuk dilantik sebagai YDP oleh En.Nanthakumar dan disokong oleh Pn.Vasuki. Manakala En.Paranjothi dicadangkan oleh En.Balakrishnan dan disokong oleh En.Perumal. Majlis dengan sebulat suara telah melantik En.Paranjothi sebagai YDP bagi sesi 2013/2014. En.Nanthakumar telah dilantik sebagai Timbalan YDP. Dicadang Oleh : En.Gurunathan Disokong Oleh : En.Vijayan 7.4 En.Shanmugasundram telah dilantik sebagai Bendahari. Dicadang Oleh : En.Vijayan Disokong Oleh : En.Balakrishnan 7.5 Barisan AJK pula dilantik secara sebulat suara iaitu perlantikan secara sukarela. Berikut adalah senarai barisan AJK yang dilantik : En.Vijayan En.Ranga Rao En.Subramaniam En.Seghar En.S.Vijayan En.Anparasan Maniam En.K.Magenthiran Iyer En.Ramesh En.Balakrishnan En.R.K.Ramesh En.B.Elanseliyan En.V.Rajendran

7.2 7.3

8.

En.Paranjothi selaku YDP baru bagi sesi 2013/2014 telah memberikan ucapan. 8.1 8.2 8.3 8.4 Beliau mengucapkan terima kasih kepada barisan AJK lama dan juga kepada para ibu bapa dan guru-guru kerana diberi kepercayaan. Beliau telah menyatakan bahawa tugas sebagai seorang YDP PIBG bukannya mudah kerana terpaksa berkorban dan mempunyai komitmen yang tinggi. Beliau berharap akan dapat menjalankan tugasnya dengan baik dengan adanya kerjasama dari ibu bapa dan juga para guru. Dengan adanya kerjasama dari semua pihak, beliau akan berusaha untuk menjadikan SJKT Desa Cemerlang sebagai sekolah cemerlang di negeri Johor.

9.

Sumbangan PIBG sebanyak RM50 akan diteruskan pada tahun ini.YDP berharap para ibu bapa akan memberi kerjasama yang sepenuhnya pada tahun ini. Kutipan sumbangan PIBG sebanyak RM50 telah dicadang oleh En.K.Muthu Samy dan disokong oleh En.Siva. Hal-hal lain (am) 10.1 Pn.K.Shanti (ibu bapa) meminta pihak sekolah untuk menjual majalah bulanan seperti `Kuyil dan `Chutti Mayil. Para ibu bapa telah bersetuju dengan sebulat suara bagi cadangan tersebut. Beberapa ibu bapa telah memohon pihak sekolah supaya sentiasa mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa bagi membincangkan prestasi anak mereka. Permintaan untuk membuka koperasi di sekolah tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan tempat. Ada ibu bapa yang meminta supaya Kelas Yoga diadakan bagi semua murid. Kelas Yoga bagi murid-murid Tahun 5 dan 6 sudah pun dimulakan. Permintaan tersebut akan dipertimbangkan oleh pihak sekolah. Hanya 17 orang murid sahaja layak menerima RMT pada tahun ini. Pendapatan perkapita bagi RMT adalah RM110.00 sahaja. Jumlah Pendapatan bagi KWAPM pula ialah RM720.00 dan perkapita adalah RM180.00 bagi setiap isi rumah. Bantuan-bantuan seperti ini sukar dipohon kerana borang permohonan tidak dihantar pada jangka masa yang ditetapkan. Para ibu bapa harus peka terhadap isu ini.

10.

10.2

10.3 10.4

10.5 10.6 10.7

11.

Pengerusi Majlis telah memberi ucapan penangguhan. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama dan sumbangan bagi menjayakan AGM pada tahun ini.

Majlis bersurai pada 10.45 pagi.

Laporan disediakan oleh, ______________________________ (K.Santhi) S/U PIBG

Disemak Oleh, ________________________ (K.Paranjothi ) YDP PIBG

You might also like