You are on page 1of 3

Baca cerita dibawah dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.

Izhar menutun basikalnya lalu perlahan lahan lalu menyandarkan pada tiang rumahnya. Dia berasa serba salah untuk berhadapan dengan ibunya. Waktu itu, ibunya sedang menyidai pakaian di ampaian. Malunya aku hendak memberikan kad kemajuan ini untuk ditandatangani oleh ibu, bisik Izhar sambil merenung ke arah sebuah busut di bawah rumahnya. Wah hebatnya anai anai itu! .Setahu aku ayah telah mencangkul busut itu minggu lepas. Izhar terpukau oleh kerajinan anai ania yang tidak mengenal erti mengalah. Dugaan yang dihadapi dapat diatasi oleh anai anai itu.Kerja kerja membina busut itu tetap dilakukan. . Busut itu tentunya sekecil bola beberapa hari yang lepas. Hari ini busut itu telah meninggi setinggi baldi merah ibu, bisik Izhar lagi. Izhar pun terus mengingatkan kembali keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang diperolehnya tadi. Impiannya untuk mendapat 5A dalam peperiksaan berkecai. Jangan bimbang, ayah, ibu. Saya pasti akan berjaya mengharumkan nama sekolah. Sekolah saya terkenal sebagai Sekolah Harapan Negara. Lagipun saya seorang murid yang dikagumi di sekolah itu. Kata kata itu diingati kembali selepas ayah dan ibunya berleter kerana tidak mengulang kaji pelajaran. Aku kesal dengan kata kataku tempoh hari. Selama ini aku rasakan akulah yang terbaik dalam kalangan rakanku. Aduh, pedihnya rasa hatiku ini! Aku malu hendak berjumpa dengan mereka, bisiknya lagi. Izhar, apakah yang kamu buat di tepi rumah itu?Pergilah naik.Ibu telah menyediakan makanan di dapur. Makan ya, nak! tegur ibunya. Baiklah ,ibu, kata Izhar Semasa hendak makan, Izhar termenung lagi. Kali ini dia teringat ingat akan kehebatannya dalam bidang sukan di sekolah. Semua guru memujinya dan mereka sering menasihatinya agar berusaha dengan bersungguh sungguh,tetapi dia masih bersikap sambalewa.

Perbuatan Izhar akhirnya makan diri. Dia benar benar menyesal.Cita - cita ibu dan ayahnya hendak melihatnya memasuki sekolah berasrama penuh mungkin punah. Mulai hari ini, aku berjanji akan berusaha seperti anai anai itu dan tidak akan mengalah sama sekali.Aku akan memastikan hasrat ayah dan ibu tercapai, bisik Izhar.

anai-anai kata-kata teringat-ingat cita-cita perlahan-lahan kerja-kerja rakan-rakan sungguh-sungguh benar-benar